9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, April 14, 2015

Surirumah Separuh Masa

Pengasuh anak cuti sejak minggu lepas sebab kena chicken pox.. sama kes macam aku dulu tua2 baru nak kena huhu. Nak buat camne sakit bukan kita minta dah benda tu datang terpaksalah aku cuti kan anak-anak aku jugak, kang berjangkit dah double susah hati aku dibuatnya. Sebab serba salah nak cuti lama2 aku mintak tolong jiran sebelah rumah jaga. Nasib baik dia berbesar hati nak tolong jaga. Akak sebelah rumah memang suri rumah tapi agak menyusahkan pulak sebab dia kena keluar amik hantar anak anak sekolah. Tapi Alhamdulillah seminggu dia jaga ok je. 


Ingatkan dah pulih dah BS anak aku tu, yela chicken pox biasa makan masa 2 minggu ye dak. Terpaksalah dia cuti lagi seminggu. Pening jugak aku memikirkan mana aku nak letak anak lagi seminggu ni. Rasa serba salah dengan anak-anak, serba salah dengan jiran sebelah, serba salah dengan boss. Allah.. which is my priority? Of course my kids but at the same time my attendance record? Komitmen kerja? Kadang-kadang rasa agaknya apa orang fikir ye, minah ni asyik cuti je macam dia sorang ada anak… -..- Bukan saja-saja aku nak cuti. Aku jarang cuti, cuti memang aku banyak simpan untuk kes-kes emergency macam ni. Biasanya kalau aku cuti semua pasal family matters. Aku takde family terdekat nak mintak tolong. Yes I have my MIL at Kepong tapi MIL dah tak larat jaga budak. SIL semua ada anak-anak kecik takkan aku nak menyusahkan diorang plak kan lagipun rumah bukan dekat2 aku nak hantar walaupun sekitar KL/Selangor je. 

Sudahnya aku cuti 3 hari. Terpaksalah nak buat camne. Akak sebelah tu dah offer nak jaga lagi seminggu dia tak kisah tapi aku ni bukan jenis suka lepas tangan macam tu je. Anak aku sepatutnya jadi tanggungjawab aku la kan. Aku cuti 3 hari Isnin – Rabu. Khamis tu mintak akak sebelah jaga jugak. N Alhamdulillah Jumaat BS wassap bagitau dah boleh hantar anak2 so aku hantar la anak2 ke rumah ibu diorang semula. Kusss semangat janganlah lepas ni ada anak2 pengasuh plak kena chicken pox konpem aku kena benti keje la gamaknya sob sob… 


Hantar balik kat ibu Dhia menangis. Mungkin dah lama tak jumpa ibu. Dhia tu aku tau sangat dia nak duduk rumah dengan aku dia tak nak duk rumah orang lain. Walaupun dia tau mami dia ni garang dia tetap nak aku huuuu. Dia redha je bila aku cakap aku nak gi work.. Dia menangis tapi dia akur seolah2 dah faham sangat… sebak aku tengok. Rasa jahat sangat sebab kena tinggal anak dengan orang. Bukan sekejap… 7 pagi sampai 7 petang baru aku amik. Itupun sedaya upaya aku akan pastikan aku tak lewat walaupun kadang2 terpaksa jugak lewat atas sebab yang tak dapat aku elakkan. Bila dah balik kadang2 tak sempat main2 dhia dah tidur sebab kepenatan.. Esok bangun dah pegi rumah pengasuh balik. Macam tu je lah rutin weekdays. So ada masa sepenuhnya dengan dia weekend sahaja. 

Aku tau jadi surirumah pun bukan senang. Even duduk rumah dengan anak2 3 hari bukan aku rilex2 je.. Aku tak boleh nak manage masa sangat. Nak mengemas.. nak mandikan anak2 tidurkan diorang.. memasak… Aku memang takde masa untuk diri sendiri. Bila diorang tidur aku buat keje, bila aku nak rehat2 diorang plak dah bangun. Letih sebenarnya tapi itu semua tanggungjawab aku. Kadang2 terfikir macam mana orang lain (pengasuh) boleh jaga anak aku sehari suntuk? Macam mana mereka-mereka yang tidak bekerja duduk rumah jaga anak semata? Aku teringin apply keje ‘surirumah’ tu tapi bersediakah aku? Huhu 

InsyaAllah one fine day… aku teringin besarkan sendiri anak-anak aku tanpa harapkan orang lain. Nak buat macam mana, aku bukan orang senang aku kena tolong suami tingkatkan ekonomi keluarga. Sedikit sebanyak mentenen aku pun tak lari wakakaka.. sempat ko… heheh 

Anyway, duduk rumah jaga anak2 pun taklah seteruk mana. Walaupun kadang2 mami ni jadi singa tapi Alhamdulillah aku masih boleh jaga rumah bersama 2 orang anak. Alah bias tegal biasa ye dak.. Aku yakin dengan diri aku sendiri. Kalau suami aku ha ye memang ak takleh caya dia bleh handle anak2 satu masa hahaha… 

I just hope one day…….. Aku dengan yakin dan bangganya boleh hantar surat resign dan hantar permohonan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. *hahahahaha poyo sangat! 

okbai!



2 comments:

Allene typicalmommy said...

amin my.. insyaallah.. 1 day nnt duduk umah tak payah kelaur bekerja dah..

Zaidalifah Hussin said...

Alooo comelnye...

Bonde singgah dr group KBBA done follow sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers