9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, May 22, 2015

Family Day PERTAMA Geng Blogger Supermom & Babies!

Errr.. hai. Nampak macam dah lama ke tak hapdet? :P haha bizi yu ols. Anyway kita make it short! Last weekend kami anak-beranak ke Singgah Santai Hulu Langat join Family Day geng2 mommy blogger hehe.

Plan asal bermula setelah event kitorang masa dekat Taman layang2 haritu. Aku ada citer di entry ini. Dah pulak lepas tu mak-mak ni masing-masing verangan kalaulah ada masa yang lebih baik dan panjang untuk kami lepak sama-sama. Bling! Idea family day ni pun muncul, aku tatao kepala otak sape yang sebut-sebut dulu sebab aku masuk-masuk group masing2 dah mula cari tempat for the event. Aku pun main redah je cakap join walaupun aku sedikit gusar yang laki aku takkan setuju untuk join.

Tapi entah di mana mimpinya.. laki aku on plak bila aku bgtau sekian-sekian date aku nak ajak gi family day. Hehe. Aku suruh dia confirm sebab aku nak bayar booking, etc. Tak fikir panjang pun dia cakap okay je haha.. Luckily laki aku dah keje sendiri so senang lah nak cuti ikut suka dia kan. So awal-awal aku block date nak gi event ni supaya tak redundant dengan benda-benda lain. Yeay!

Sebulan gak planning untuk event ni. Macam-macam jenis pening keluar, nak book tempat. Nak buat t-shirt. Nak prepare goodies. Nak prepare games. Etc. etc. Yang mana semua keje ni satu pun bukan keje haku walaupun keje hakiki aku memang biasa hadap semua ni. haha. Anyway congrates buat semua admin yang bertungkus lumus. Macam aku ni cuma tolong hulur je lah duit berapa yang kena bayar each family, dan sediakan hadiah untuk befday boyz/girlz n hadiah tukar-tukar. Lain2, aku tolong bagi nasihat/ pandangan/ tapi paling banyak bagi pening je sebab selalu OOT dalam grup.. :P

Check in + Mandi + Portluck

Konon-konon niat asal nak gerak awal sikit so that dapatlah aku sampai on time waktu check in dan bolehlah book bilik depan kolam haha. Tapi paham-paham je lah mak dah anak 2 bangun sebelum subuh pun still lambat nak siapkan anak-anak, kemas apa yang patut, bla bla bla sudahnya omaknya jugak yang paling lambat siap haha. Keluar rumah pun dah almost 12pm. Singgah makan dulu, lepas tu misi mencari susu dhia pulak sebab kedai biasa pergi tu dah habis stok adeh. Susu dhia tu tak semua tempat ada jual tu yang payah sket. Gugel-gugel jumpe jugak kat area Selayang. So kiranya dah pukul 2 pun kitorang masih dekat KL lagi hahah.


Sudahnya sampai SS around 3pm+. Dah ramai jugak yang sampai dan misi penting untuk book bilik depan kolam tidaklah tercapai dek kerana mak mimi dengan mak aznor dah book dulu. Hampeh. Terpaksa aku check in bilik belakang sikit… -.-



Masa kami sampai tu hujan turun, lebat jugak. Harapan Dhia nak mandi kolam hampir musnah hehe. tapi petang tu Alhamdulillah dah renyai2 sikit so dapat jugaklah kakak mandi kolam dengan daddy. Mommy duduk tepi je bersosial dengan mommy2 lain sian nak bawa adik berendam sama hehe. Seronok Dhia mandi kolam. Siap tak nak pakai pelampung hokay sebab air tu paras dada dia kemain berani.


Portluck petang tu sangat ohsem sebab makanan-makanan yang dibawa semua sedap-sedap belaka termasuklah apa yang aku bawa, air teh bunga dengan air mineral hahahahaha. Paling aku banyak ngap cheese cake yang anez bawa dengan puding jagung kayrul. Nyum3.. hoi terasa lagi kat tekak ni!! *tibe2 lapor -.-

aku malas nak upload gambar makanan leceh nak letak watermark hahaha. choiiii

Sebelum maghrib aku dah naik bilik mandi-mandi bersiap sebelum ke next activity.

BBQ Dinner + Befday Party + Gift Giving



Aktiviti malam tu kami buat dekat kafe. Makan nasi goreng, kambing bakar, ayam bakar, fries dan pencuci mulut. Menu malam tu biasa-biasa je tapi Alhamdulillah kenyang syukur atas rezeki. Acara kemuncak mula agak lambat sikit. Maklum lah kami ni bawa anak-anak kecik so masing-masing ada yang dah mula merengek2 mengantuk (penat berendam siang tu), ada yang dah siap tidur kat kusi hehe. Dhia dengan Danish steady lagi jenuh menjaga si kakak siap hampir-hampir nak masuk kolam adeh la anak.


dapat hadiah daripada Anez! TQ #muahciked

Aku rasa macam panjang betul aktiviti malam tu haha yela family yang ada je dah almost 20 family (ke ngam 21 korang aku tak sure haha). Paling aku tazabar acara tukar-tukar hadiah haha. Setiap family kena bawa satu hadiah so akan bertukar dengan family lain by picking up number. Hadiah aku mak mimi yang dapat (malu je hadiah tak seberapa.. :P), hadiah yang aku dapat pulak daripada anez zambri. Dia bagi tupperware walaupun aku sendiri memang ahli Tupperware haha. Hadiah lucky draw lepas tu pun aku dapat hadiah Tupperware jugak hahahaha. Muntah Tupperware.. :P Anyway tq Anez!


Selesai majlis balik bilik tidurkan anak-anak. Daddy dengan anak-anak dah berdengkur aku jugak yang paling lambat tidur… nasib baik tak de dengar benda-benda mistik.. >_<

errr... tu je gambar aku upload time dinner? dasar pemalas! :P

2nd Day activity – Indoor Games + Mandi + Family Photo




Pagi tu konon ikut tentative kena turun breakfast at 7 am. Haremmmm semua lambat turun haha normal la kan semua ada anak2. Kena ikut time anak bangun nak kejut awal-awal kesian pulak. Aku pukul 6 am dah bangun mandi, solat n kemas apa yang patut sementara tunggu Dhia Danish bangun. Around 7.30 am kot kitorang ke kafe untuk breakfast. Breakfast pagi tu makan nasi lemak dan sedikit kuih. Burrppppp





Pagi tu banyak acara Games je untuk all participants. Aku sempatlah join game kotak beracun untuk kategori mommies. Sampai turn apak2 punya games dengan anak-anak laki aku dah menghilang. Segan nak join katanya huuu so aku pun malas lah nak paksa-paksa. Ditambah plak Dhia dah bising nak mandi nak mandi bila nampak kolam huhu. Aku pun suh la daddy gi bawa dia gi mandi. Hah berdesup dua beranak tu balik bilik gi salin baju mandi.. tak kisahlah janji dorang happy huhu.. -.-‘

Acara penutup ada sedikit goodies untuk semua. Macam-macam isi ada kat dalam. Nanti kita review kat entry lain ye. Selain itu ada juga hadiah untuk beberapa kategori yang saja-saja dibikin sendiri oleh geng-geng gojes yang berbesar hati sponsor hadiah.




Pasangan paling Romantik – Sue Haida dan Suami
Keluarga Favourite – Kayrul & Family
Keluarga Sporting – Anez & Family
Keluarga  - Cik Nad & Family


Sebelum balik kitorang lunch dulu and opkos lah selpiaq hoiii hahaha.. selagi tak habis battery henpon tu memang tak benti lah amik gambar… :P


alolololo comey adik nangis
erkkkk?





In short, eventho entry aku ni tak lah se-short yang dijanjikan, bagi aku this event was successful dan mencapai matlamat. Mana yang terkurang terlebih InsyaAllah boleh diperbaiki di masa akan datang. Siapa sangka kawan-kawan yang hanya kenal dan bertemu melalui alam maya sebagai blogger sahaja mampu berkawan sejauh ni. Bila jumpa rasa macam dah kenal sangat lama. Ada yang gelar diri masing-masing pun ‘aku-kau’ je termasuk haku hehe. Means that how close u feel when u with them.. :)

So dikesempatan ini, walaupun dah berucap dalam grup wassap yang dah dibubarkan… Aku nak minta maaf pada korang sepanjang semua mengenali aku di GBSB. Aku harap none of you terasa apa-apa dengan aku. Kalau ada harap2 korang maafkanlah kekhilafan diri aku yang hina ini ececece.. :P n ofkos aku harap persahabatan kita semua ni biarlah berpanjangan… InsyaAllah…
kepenatan sudaaaa hehe
Dah tu je. Yes!!! Akhirnya update jugak pasal family day hahhahha.. tettttt… :P

okbai! 

Supermoms!
Superdads!


notakaki: nanti2 aku update balik k tambah gambar2 lain hahaha.. ni je yang sempat edit hahahaha




3 comments:

juicy X said...

ALAAAAAAAA BESTNYAAA! NAK JOINNNNNNN :(

SweetLikeWhat said...

Ade jgk gmbr kite dua my..haha

Dpt tupperware byk, Leh la ko bwk potluck byk2 gathering pasni..hahaha

Mizz ErMa said...

wah, bestnya family day..macam2 aktiviti ada..len kali nk join jgk boleh x? hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers