9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, July 21, 2015

Kisah Raya ku yang Singkat..

Bismillah…

Alhamdulillah.. cuti raya yang amat SINGKAT tapi sebolehnya cuba dimanfaatkan bersama family tercinta. Oleh kerana cuti tahun ni turn aku beraya di sebelah Johor makanya aku decide ambil cuti lebih awal sebelum Raya. Bagi peluang pada staff lain bercuti semasa/selepas Raya. Walaupun dalam keterpaksaan aku gagahkan diri jugak ke tempat kerja pada hari Raya ke 4 bila mana masih ramai yang sedang bercuti RAYA huhuhu

5 hari sebelum Raya aku dah gerak balik kampung. Dapatlah spend masa lama sikit teman emak kat kampung. Emak baru je berhenti kerja sebagai kerani Pos Mini 30 June haritu so masa dia sekarang banyak kat rumah je sesekali adalah join kawan-kawan ke kelas mengaji, marhaban dan sebagainya. Kitorang anak-anak yang suruh mak berhenti dah lama sangat dah lebih umur pencen pun (mak dah 61 tahun). Dah berhenti haritu nampak lega lah sikit dia tapi baru-baru ni ada jugak komplen bosan kat rumah tak buat apa. Lagilah bila duk sorang2 lagi banyak pikir. Alahai emak.. Nak suruh ke rumah aku, aku keje... lagi lah kesian nanti.. :( kena pikir sesuatu untuk masa depan emak. *nanti bincang adik badik

So berbalik pada citer Raya, turn Raya pertama dengan emak tahun ni adalah aku dan abang aku di Perlis n macam biasalah dengan adik-adik yang belum kawen tu lagi. Dah plan dengan makcik pakcik belah mak nak beraya di Kluang Johor (kampung emak). Atok nenek dah takde tapi Alhamdulillah silaturrahim kami tetap erat tiap-tiap tahun wajib ada perjumpaan Raya di rumah atok nenek yang didiami oleh family adik mak yang bongsu. So this time kami berkumpul sama-sama berbuka hari terakhir Ramadhan dan berhari raya di sana.

Kami ke Kluang (dari Segamat) petang terakhir Ramadhan tu. Berbuka dan bermalam di sana malam raya tu. Pagi tu macam biasalah bangun awal bersiap2. hah layan gambar je lah yek haha



Ni je adik badik yang beraya di Kluang, kakak2 aku beraya rumah mertua. gambar ni aku nampak gemok! fine
Susah hoi nak dapat gambar satu family haha

Adik baru kutip raya sekeping dah ketiduran hehe
haha abaikan muka laki aku tengah bebel kat Dhia

Kakak sulung aku anak no 2, gambar sent thru wassap beraya dgn mertua haha












Kakak no 3 beraya di rumah mertua jugak hehe

Seronok berkumpul ramai2 tapi BERBEZA sangat raya dulu dengan raya sekarang. KURANG rasa meriahnya hehe... Apapun Raya tetap best! :)

Jom pi BERAYA!!


Cousins/ Aunties Uncles









tutup sikit terlebih tonggeng pulak haha

hehe love this pic. yg snap pic ni abang aku yg duk kat Perlis


Perut sudah kenyang... Kami adik badik gerak balik Segamat petang Raya tu jugak sebab kakak aku nak balik rumah mak pulak so tak boleh lah tinggal rumah lama-lama kan hehe.

Raya ke 2 aku tak ke mana-mana pun duduk rumah makan tido makan tido je haha. sadis tak. Eh Raya ke 2 aku ke Kubur abah lah. Allah... rindu sangat dekat abah.tahun ni Ramadhan & Syawal ke 2 tanpa abah. Kejap sangat masa berlalu tapi rasa macam baru semalam abah pergi. Sangat2 rindukan suasana sambut raya bersama-sama. Semoga abah baik-baik sahaja di sana.. Amin.....


tup tup eh dah Raya ke 3. bermakna cuti sudah habis! maka moh la kita balik Key ELL!! sob sob

Dia punya bersiap lagi over dari Mak!
gemok gemok!!!
dengan mak dan kakak. ye dan aku yg gemok T__T

punyalah susah dapat gambar berdua dengan cinta hati ni haish.. ye gemok lagi! -.-



dengan kekasih gelap haha. ni abang sulung.



Sampai KL 5.30 ptg Alhamdulillah tak harung jem huhu. Terus ke rumah PIL di Kepong. Malam tu sampai rumah jam 9.30 malam mengemas, membasuh 2 pagi baru tido. 

Paling haru bila balik rumah blackout. Stock EBM Danish semua LEBUR!!!! sedih dia jangan cakaplah. dah. takmo citer. mak kena positip dan struggle lebih lagi. sobs.. T___T

ok dah. camtu je citer Raya aku. Singkat tapi tetap ada kenangan yang boleh aku bawa balik sob sob...

Moh la kita back to reality... back to work... handle kids... married life... dan yang sewaktu dengannya...

till then!

8 comments:

Nadia Johari said...

meriah raya

Chekgu Azrine said...

sakannya raya!!!
salam aidilfitri sis

Liyana said...

selamat hari raya mai :)

aizamia3 said...

Bertabahlah ye.. kena lipat-gandakan usaha untuk re-stock EBM Danish tu.
Salam Aidilfitri.. ;)

IQ = Iez Qis said...

meriahnya beraya dengan family, setiap hari raya sedondon =)

Inani Hazwani said...

Meriahnyaa Raya :)

seri said...

seronok raya bersama family...

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers