9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 20, 2015

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya... I'm back haha

Bismillah...

Caaakk! errr.. as usual tenggelam timbul.. ampunnnn! :P

Rasanya dah terlambat aku nak wish SELAMAT BERPUASA kat korang kan, makanya aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca (ade ke hahaha) semoga Raya kali ni disambut dengan meriah...

Mahaplah bukan taknak hapdet. Rasanya banyak yang nak dikongsikan kat belog tapi masa sangat mencemburui aku hehe. Allahu, terasa tua sangat dah dunia ni masa berlalu begitu pantas. Ko tengok tup2 dah habis puasa... dah raya pun! laju betul! Aku ni susah nak hapdet belog kat rumah.. nak pakai blogger app sangatlah aku rasa tak besh dan tak puas. Nak on laptop di rumah dengan anak2 membesar memang tak lah. So biasanya kalau berkesempatan aku akan hapdet kat ofis itupun kalau ada masa. Tapi masalahnya opis aku BLOCK blogspot weh... alahai bagi aku as long as tak kacau keje hakiki why not. Bekerja takkan dari pg ke petang nak hadap screen dan keje bagi lah staff release2 tension sket sesekali bersosial. dapat sosial time break pun ok what. haih~ redha je lah.

ok forget it. NOW, ada sikit chance hapdet ni... jom tulih laju2 hahahah~

Anyway sepanjang beberapa bulan ni aku macam biasalah dengan married life, anak-anak sorga, as working mom... entahlah agaknya banyak khilaf aku dengan si Pencipta ni sebab 24jam aku rasa umpama 24 minit. Macam banyak benda yang aku tak sempat buat bila rasa masa tu terlalu pantas bergerak. Alahai My... muhasabah diri ciked huhu.

Sejak hasben berhenti kerja sebab buat biz ekonnya tu jadual harian aku agak lari sikit. Kalau dulu pergi balik kerja berhantar now aku kena balik sendiri sebab dia buat kerja sana sini memang tak sempat nak pick up aku. Nak tak nak terpaksalah aku travel Serendah - KL - Serendah almost everyday... penat jangan cakaplah aku ni balik keje 5.30 ptg tapi belum tentu dapat keluar on time sebab aku kena kira cash, kalau department lambat pass maka lambatlah aku keluar kalau on time pun aku kena cepat2 berkejar2 ke KTM station untuk naik komuter. kalau lambat terpaksa tunggu next train.. kalau lambat sampai kat stesen Rawang lambat jugaklah aku sampai rumah sebab aku kena transit satu lagi station dari rawang tu. Perjalanan aku naik komuter dalam 45 minit - satu jam setengah. Depends pada kepantasan aku mendapatkan komuter fuhhh..

So biasanya kalau aku dapat kejar train awal aku akan sampai rumah ngam2 pukul 7 pm. If not, memang akan lambat sampai-sampai memang dah gelap la jawabnya sobs. Aku ni terkejar2 nak balik cepat sebab ANAK-ANAK je. Yela dari 7 pagi aku tinggal kan anak-anak dengan orang.. sedih lah kalau aku tak dapat ambil on time. Nak-nak danish sekarang dah kenal orang.. dah pandai sekarang kalau hantar ke rumah BS merengek tak nak BS ambil.. Dhia pun sekarang asyik nangis je 'tak nak pergi rumah ibuuuuuuu'... Oh anak-anak... :'(

So, bila rutin hari-hari macam ni bila dah sampai rumah aku rasa flat sangat. giler tak letih ko.. pastu enchek suami tak tentu balik nya. Kalau keje habis awal dia balik lebih kurang time aku je.. Baru-baru ni masa bulan puasa boleh kata setiap hari dia balik lambat. ko bayangkanlah betapa supermom nya aku nak melayan dua2 anak berakal tu balik keje. Kadang-kadang bila dah penat sangat aku 'ter' marah si kakak.. Kadang-kadang dengan laki laki aku sekali kena tempias marah aku tu... Allahu.... padahal laki aku pun penat jugak lagilah dia keje outdoor huuuu... Entahlah. Aku ni keje pagi petang malam nak melayan anak-anak pulak, kerja-kerja rumah lagi... n kerja2 tu semua berlarutan sampai weekend... so aku pendek citer kepenatan aku tu sampai bila-bila pun tak habis... tu pasal la aku rasa macam tak cukup masa nak buat itu ini.. fuhhh *picit pale

Ko tengok ko tengok.. mengeluh tak habis-habis aku ni kan.. *pukul diri sendiri
haih~ itu lah mungkin aku kena muhasabah diri.. berhenti mengeluh... baiki hubungan dengan Pencipta.. Banyakkan memberi.. My My... huhuhu

Anak-anak sedang membesar, kena banyak sabar sikit. Dhia pun dah banyak sangat akal. Bila anak takde depan mata terbayang2 keletah.. Alahai anak2... mami sayang u both!

Oklah. short update je. Warm up je dlu hehe.. RAYA post will coming up next! InsyaAllah... :P

Till then!

-My-















1 comment:

aizamia3 said...

Memang tabik springlah pada semua ibu.. ;)
Moga dipermudahkan dalam rutin harian hendakNYA.
Juga selamat hari raya Aidilfitri.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers