9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, August 18, 2015

Dhia ke Taska Permata 2016

omg! Anak mommy dah 4 tahun next year! tolong jangan cepat sangat besar plisss huhu.. kejap je dah besar anak dara aku ni. Itu juga membawa makna yang aku dah semakin berusia haha.

Memandangkan Dhia dah petah bercakap dan cepat sangat belajar aku dengan enchek somi plan nak hantar dia ke Taska next year so that instead of dia menghafal lirik lagu Akim Mewangi tu adalah lebih baik dia ke skolah n belajar apa yang patut hehe. risau aku weh kalau naik kete bukak radio boleh kata semua lagu dia boleh ikut.


Mommy setakat alip ba ta, ABC tu boleh lah nak ajar.. maklumlah mak ni kan bekerjaya mana lah ada masa nak homeschool anak. isk rasa teruk sangat ni. So kalau Dhia dapat masuk Taska at least Dhia learn something there. n dapat belajar berkawan jugak InsyaAllah... 

Tapinya..... sedang terfikir... sape nak amik anak aku balik dari skolah? taska tu sampai pukul 5pm je. Takde OT. adoiii... pengasuh aku dah bunga2 asik tanya je sapa amik Dhia kalau skolah.. bunyinya macam 'jangan suruh aku pulak' gamaknya haha. haih~ entahlah. nanti bincang kemudian. sekarang ni apply dulu.. sobs

yang penting, kakak eksaited sangat nak gi school. Hari2 tanya nak gi school dia ingat esok lusa dah nak pi hantar huhu sian. Sabar eh sayang... tunggu tahun depan.. kalau ada rezeki.. :)

membesar jadi anak yang baik ye kakak... mami sayang kakak... :-*


3 comments:

♥ ROS ♥ said...

Omeinya gmbr tu..hihi... cpt sgt kan rasa diorg mbesar*^▁^*

nini said...

Tomeinya dhia.....hihi

safurara said...

Princess pon 4 tahun tahun depan, tp belum anta school lg kot.tgu 5 tahun lah.OMG, dh besar anak kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers