9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, April 30, 2015

Dhia turns 3, Dayyin Turns 1!

Eh. Dhia tu dah betul anak aku tapi Dayyin tu anak sape? Ngeh3. Dhia n Dayyin adalah anak Puan Pingu! Same pulak nama anak kite khennnn hehe. Anak no 2 je tak sama nama hehe.

Weekend lepas memang adalah hari tidak duduk di rumah haha Sabtu ke majlis Soft Launching Dolceryna Café Boutique Ahad esoknya ke Befday Party anak-anak Umi (Puan Pingu) juga merupakan salah seorang rakan blogger.. J Tahun lepas tak dapat memenuhi undangan makanya tahun ni berjaya meracun enchek suami untuk pegi hoyeh hoyeh haha.

Sejak dua menjak ni agak ‘close’ dengan geng-geng gonjeng blogger mommies ni so masa gi rumah umi memang agak ‘riuh rendah’ sikit hahaha.. Apepun enjoy that day walaupun tak lama. Yang penting? Bergambar!!!!

So layan je lah gambar2 ni yek. :P




dengan omak pengantin haha. anak masing2 dah kelaut takpe imak tetap menten! :P
omak2 gojes. macam iklan gigi kan. say cheese!!!





Adik dengan aunty Aznor!

with mami rafif, Mimi tukang jahit n Anis yang sanggup turun dr Kg Gajah Perak heheh

Dgn Ct Nurhaliza. eh. Nadt!:P X aci kan kaber badan dgn beg grrrr

Pwincess mommy!





Happy Befday Dhia n Dayyin! Nak adik lagi mintak ibu omak yo hahah..

sebok2 menjemah baru pasan xamik pun gambar daddy ngan Danish hahahaha.. ampunnnnnn!!



Jubah Muslimah Nursing Friendly @ Dolceryna Cafe Boutique

Minggu lepas 25hb April telah berlangsung majlis ‘Soft Launching’ Dolceryna Cafe Boutique di Prima Sri Gombak.

Dolceryna Cafe Boutique merupakan kepunyaan rakan blogger, Eira Zainal yang baru sahaja mula beroperasi pada 16 May yang lalu. Alhamdulillah, tahniah untuk Eira selangkah lagi ke depan, semoga usaha ini berterusan dan Eira dimurahkan rezeki.

Haa rasanya kedai yang berkonsepkan butik vendor ni dah tak asing lagi bagi korang betul tak? Kalau ada yang tatao, butik vendor adalah sebuah kedai yang meletakkan pelbagai barangan daripada pelbagai vendor. Pemilik butik akan mewar-warkan pembukaan butik mereka dan memberi peluang kepada vendor a.k.a peniaga-peniaga yang berminat untuk menyewa tapak dan meletakkan produk mereka.


Sebagai contoh, aku juga merupakan salah seorang vendor di butik Eira. Hehe saja suka-suka. Jual apa? Jual Jubah.. :) Upon persetujuan perjanjian contract dengan Eira makanya aku dah pun meletakkan Koleksi Jubah di sana.. :)

jom layan gambar2 kat bawah ni:






Ohsem kan? hehe kalau korang yang ada biz teringin nak jadi vendor macam aku bolehlah berurusan terus dengan owner okay ---> Eira Zainal


Dengan rakan blogger yang hadir, Kayrul
Owner butik, Eira Zainal

bersama Allene dan Kayrul

Sempat singgah menjemah kat rumah Kak Amy hahaha
Haaa korang yang berminat nak cari baju raya ke, baju bertunang ke, baju nak jadi pengapit ke pengepit ke sudi-sudikanlah singgah ke Dolceryna Cafe Boutique okay. InsyaAllah baju-baju yang aku bawa masuk adalah ekslusip dan setanding harga.. :)

Sekian! till then hehe

Tuesday, April 21, 2015

Perlukan Khidmat Pemasangan atau Servis Air-cond di Sekitar Lembah Klang?

Saje nak promote sikit. Kang aku mintak sikit komisen kat laki aku haha. Ye… kalau korang perlukan perkhidmatan2 berikut:
  • Pemasangan Aircond
  • Servis Aircond
  • Baikpulih Aircond
  • Pendawaian elektrik (contoh: rumah nak buat wiring)
  • dan lain-lain kerja yang berkaitan

Bolehlah hubungi suami #perfect10 aku, Beney Airie di 0122535242 / 0133344122. Jangan cari aku sebab aku tatao apa2 pasal aircond haha. Jangan risau laki aku orang melayu original haha bukan omputih, bukan orang iban, bukan orang seberang hahaha… sebab bila aku sebut nama laki aku soalan pertama keluar ‘suami ko orang apa?’.. :P

Untuk pengetahuan korang, suami aku dah buat full time biz since 1st April haritu. Kalau perlukan khidmat dia mohon whatsapp/call dulu ye. Sebab laki aku amik keje sub contractor dengan company lama dia so for sure hari2 memang dia akan ada kerja. Jadual memang pack. Sian aku tengok hari-hari balik keje penat je sampai demam kejap haritu hehe. Kulit pun dah makin gelap mana taknya sebelum ni kerja dalam building la ni kerja kat rumah-rumah orang, duk merata naik van ke sana sini memang sunburn la hehe. Nak buat macam mana rezeki dia ke arah itu kan… Alhamdulillah, moga2 murah rezeki laki aku. Kalau murah rezeki banyak duit cukup tanggung makan minum pakai kami anak beranak boleh lah aku benti keje goyang kaki kat rumah ye dak hahaha… *berangan!

Ok itu je nak cakap. Nak quotation direct kat laki aku yek.. :P

Okbai.

Tuesday, April 14, 2015

Befday Hubby ke -30 dan Bekerja Sendiri

7 April baru-baru ni laki aku genap umur 30 tahun. Selamat melangkah ke alam 3-series sayang.. bukan masih berbaki 3-kuota hokay haha.. :P 

Aku? eh aku masih sweet 20's... bagi lah aku jimba2 sat dengan angka '2' ni lagi hahah... 


Befday hubs tak kemana pun. On the day aku cuti jaga anak while hubby pegi kerja. Malam tu je lepas Maghrib kitorang makan2 di Secret Recipi. Biasanya tiap2 tahun macam tu je lah. Takde special gift pun haha sebab aku ni tak reti nak bagi2 hadiah. Aku dah cakap ngan laki aku nak hadiah ape name it je tapi dia tak nak so as usual aku banjer makan je la. heheh

Sekarang ni schedule kitorang everyday agak lari sikit sebab hasben dah benti keje hakiki. Berhenti kerja hakiki means dia dah bekerja sendiri sepenuh masa. Bisnes yang dia handle secara part time since 2006 sebelum ni dah dijalankan sepenuhnya secara sepenuh masa. 

Bisnes apa?

Bisnes kecik2 je. Buat bisnes Aircond dan Electrical Wiring. But major dia adalah Air-Conditioner. Barang kelengkapan bekerja sikit2 dia kumpul since awal2 bukak bisnes dulu n now Alhamdulillah dah complete n ada transport sendiri untuk berulang alik buat kerja. Beli van second hand oklah daripada tak hado kan bertahan sampai bila Wallahua'alam but aku harap by the time dia mintak 'tukar' masa tu duit laki haku dah kepuk2 la haha.

Aku harap laki aku dipermudahkan dengan urusan kerjanya. Sian aku tengok balik kerja penat. Mana tak kalau sebelum ni keje dalam building but now ke hulu ke hilir dia pergi rumah customer. Petang dah rushing nak amik bini nak amik anak2... Dah rezeki dia kat situ... So biar lah dia dengan kepakaran dalam bidangnya... Aku mampu doa je lah.

Aku? Aku tiada kepakaran haha. Memasak pun aku masih fail.. :P Bisnes? InsyaAllah ada minat dan masih aktif berbisnes tapi masih perlu banyak belajar... :)

hii okbai.. :P


 

Surirumah Separuh Masa

Pengasuh anak cuti sejak minggu lepas sebab kena chicken pox.. sama kes macam aku dulu tua2 baru nak kena huhu. Nak buat camne sakit bukan kita minta dah benda tu datang terpaksalah aku cuti kan anak-anak aku jugak, kang berjangkit dah double susah hati aku dibuatnya. Sebab serba salah nak cuti lama2 aku mintak tolong jiran sebelah rumah jaga. Nasib baik dia berbesar hati nak tolong jaga. Akak sebelah rumah memang suri rumah tapi agak menyusahkan pulak sebab dia kena keluar amik hantar anak anak sekolah. Tapi Alhamdulillah seminggu dia jaga ok je. 


Ingatkan dah pulih dah BS anak aku tu, yela chicken pox biasa makan masa 2 minggu ye dak. Terpaksalah dia cuti lagi seminggu. Pening jugak aku memikirkan mana aku nak letak anak lagi seminggu ni. Rasa serba salah dengan anak-anak, serba salah dengan jiran sebelah, serba salah dengan boss. Allah.. which is my priority? Of course my kids but at the same time my attendance record? Komitmen kerja? Kadang-kadang rasa agaknya apa orang fikir ye, minah ni asyik cuti je macam dia sorang ada anak… -..- Bukan saja-saja aku nak cuti. Aku jarang cuti, cuti memang aku banyak simpan untuk kes-kes emergency macam ni. Biasanya kalau aku cuti semua pasal family matters. Aku takde family terdekat nak mintak tolong. Yes I have my MIL at Kepong tapi MIL dah tak larat jaga budak. SIL semua ada anak-anak kecik takkan aku nak menyusahkan diorang plak kan lagipun rumah bukan dekat2 aku nak hantar walaupun sekitar KL/Selangor je. 

Sudahnya aku cuti 3 hari. Terpaksalah nak buat camne. Akak sebelah tu dah offer nak jaga lagi seminggu dia tak kisah tapi aku ni bukan jenis suka lepas tangan macam tu je. Anak aku sepatutnya jadi tanggungjawab aku la kan. Aku cuti 3 hari Isnin – Rabu. Khamis tu mintak akak sebelah jaga jugak. N Alhamdulillah Jumaat BS wassap bagitau dah boleh hantar anak2 so aku hantar la anak2 ke rumah ibu diorang semula. Kusss semangat janganlah lepas ni ada anak2 pengasuh plak kena chicken pox konpem aku kena benti keje la gamaknya sob sob… 


Hantar balik kat ibu Dhia menangis. Mungkin dah lama tak jumpa ibu. Dhia tu aku tau sangat dia nak duduk rumah dengan aku dia tak nak duk rumah orang lain. Walaupun dia tau mami dia ni garang dia tetap nak aku huuuu. Dia redha je bila aku cakap aku nak gi work.. Dia menangis tapi dia akur seolah2 dah faham sangat… sebak aku tengok. Rasa jahat sangat sebab kena tinggal anak dengan orang. Bukan sekejap… 7 pagi sampai 7 petang baru aku amik. Itupun sedaya upaya aku akan pastikan aku tak lewat walaupun kadang2 terpaksa jugak lewat atas sebab yang tak dapat aku elakkan. Bila dah balik kadang2 tak sempat main2 dhia dah tidur sebab kepenatan.. Esok bangun dah pegi rumah pengasuh balik. Macam tu je lah rutin weekdays. So ada masa sepenuhnya dengan dia weekend sahaja. 

Aku tau jadi surirumah pun bukan senang. Even duduk rumah dengan anak2 3 hari bukan aku rilex2 je.. Aku tak boleh nak manage masa sangat. Nak mengemas.. nak mandikan anak2 tidurkan diorang.. memasak… Aku memang takde masa untuk diri sendiri. Bila diorang tidur aku buat keje, bila aku nak rehat2 diorang plak dah bangun. Letih sebenarnya tapi itu semua tanggungjawab aku. Kadang2 terfikir macam mana orang lain (pengasuh) boleh jaga anak aku sehari suntuk? Macam mana mereka-mereka yang tidak bekerja duduk rumah jaga anak semata? Aku teringin apply keje ‘surirumah’ tu tapi bersediakah aku? Huhu 

InsyaAllah one fine day… aku teringin besarkan sendiri anak-anak aku tanpa harapkan orang lain. Nak buat macam mana, aku bukan orang senang aku kena tolong suami tingkatkan ekonomi keluarga. Sedikit sebanyak mentenen aku pun tak lari wakakaka.. sempat ko… heheh 

Anyway, duduk rumah jaga anak2 pun taklah seteruk mana. Walaupun kadang2 mami ni jadi singa tapi Alhamdulillah aku masih boleh jaga rumah bersama 2 orang anak. Alah bias tegal biasa ye dak.. Aku yakin dengan diri aku sendiri. Kalau suami aku ha ye memang ak takleh caya dia bleh handle anak2 satu masa hahaha… 

I just hope one day…….. Aku dengan yakin dan bangganya boleh hantar surat resign dan hantar permohonan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. *hahahahaha poyo sangat! 

okbai!



Friday, April 3, 2015

[Throwback] Gathering Gojes Blogger Supermom & Babies selepas Seabad?

Hamboi ko… kalah busy pak menteri dah berminggu2 baru nak hapdet haha. Actually gathering ni was on 14th March yang lepas. Hew hew hew… baru terhegeh2 ai nak hapdet kannnzzz…

Gojes Blogger Supermom and Baby adalah group blogger yang terdiri daripada mak2, mama2, ibu2, dan mommy2 sahaja and of course lah yang dah beranak haha. Aku pun tak sure bila group ni ditubuhkan malah founder dia pun aku tatao (ok dah tahu. ciknaa!!! haha) haha sebab aku join pun lewat sikit dalam pertengahan 2013. As for now group ni masih kekal aktif di our secret group di fb. So usually kitorang selalu share pasal family, pasal laki, pasal anak2, anything yang bleh comfort, give pendapat, etc... so boleh kata group ni penyelesai masalah atau pendengar setia untuk kami2 yang bergelar emak ni hehehe. 

Last gath dengan diorang rasanya nak dekat 2 tahun yang lepas haha masa tu Dhia pun tak reti jalan lagi. Boleh tengok entry ni --> Throwback. Punyalah busy mak2 ni kan baru la ni dapat gath lagi. Ngeee~


Oh anyway ni kali pertama aku beranikan diri driving with my 2 anak syurga. Fuhhh perjalanan about 40 minutes jugak but Alhamdulillah i’ve passed! Adik ketiduran separuh perjalanan while kakak behave sangat kat seat belakang. Sampai2 parking penuh aku cuba buat pusingan lagi sekali dengan doa ‘ya Allah tlglah berikan aku parking’… MasyaAllah… zass terus Allah makbulkan lepas satu lagi pusingan ada orang keluar parking.. n the parking was under the tree! Syukur Alhamdulillah…


Antara mak2 gojes blogger yang datang haritu:

Aien from

Boleh tak aku tatao link yang lain2 tu hahaha.. nanti later i tepek ye. jgn maraaaa... :P 

Makanan pagi tu semua lazat-lazat belaka mau nye tak yang datang ni ada tokey lasagna, ada tokey kek, pavlova, haih apa lagi menjamu sakan lah semua haha. 



Kek yang super sedap ini didatangkan khas oleh Achiek Anis. Ada lagi satu Kek Leleh yang dah lama aku idam nak order akhirnya dapat jugak. Tapi lupa nak snap gambar hehehe.. Sape2 area Putrajaya boleh contact Anis beli kek hokayyy 



Pavlova Super ohsem daripada Cik Puan Rara kita! sedap sangat nih haritu sempat makan satu je. Lupa nak cilok bawa balik 4 5 ketoi sob sob!



Lasagna yang Super Lazat daripada Kak Amy, dah beberapa kali aku repeat order memandangkan ofis kami tak jauh haha... Sapa2 area Batu Caves/ Sri Gombak boleh roger2 Kak Amy untuk order ye. Selain lasagna beliau juga sedia menerima tempahan Baked Pasta Cheese dan Puding Roti Epal + Sos Kastad yang super sedap jugak!


dan ini adalah lasagna yang baru aku order 2 3 hari lepas hahahaha.. nyum nyum nyum


... gambar-gambar selebihnya, aktiviti menjemah heheh.





Rara jual shawl! haha


Dhia pun seronok dapat jumpa kawan-kawan. Mula2 tu dia agak diam n segan nak bergaul tapi lama-lama mami pun dia tak ingat dah haha. Tapi mami tak bleh la lepa kang mana2 menghilang maklumlah jadi single mother sekejap so kena control dua2 anak sekaligus huuu nasib baik adik behave sangat hehe






ehem ehem



haih la anak... habis org punya.. -.-
Tengah-tengah menjemah boleh plak geng2 Horlicks ni bagi sample horlick perisa baru FREE kat kitrang. Tak cukup bagi free dia datang lagi bawa mendatang ni suh bergambar haha.. agaknya nampak group kitorg paling havoc haritu menjemah kann.. kalau diorang tau kami ni blogger mesti dah mintak review skali hahaa. Orang dah suruh posing ape lagiiii haha

ko dah kenapa tak reti cover gelak tu My oiiiii



Dan akhirnya.... Group Photo! hehe



gambar papa2 gojes aku malas nak tepek sebab takde gambar laki haku hahaha

Nak balik tengahari tu si adik meragam. Mana tak tak tidur dari pagi mengamuk la die hehe.. Sebelum gerak bf die dlu... pertengahan jalan adik mengamuk lagi lapar agaknya.. benti kejap dekat petronas bf adik while kakak kat belakang behave macam sebelumnya. 









Dan akhirnya dua2 tertidur kepenatan hehe. Thanks anak2 mommy sebab behave dengan mommy haritu i love u so much bebeh!!!

So next gath??? kat mana plak gojes? hehehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers