9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, August 27, 2015

Pemilik status Wechat dikecam

Bukak FB tengahari ni berduyun-duyun orang share satu screenshot moment wechat pemilik seorang 'wanita'. Mungkin. Kalau tengok gambar sah2 la pompuan (terpaksa ditutup sebab tidak menutup aurat).

Yang menjadi kemarahan netizen adalah moment yang ditulisnya. Melalui status itu semua menganggap si minah ni mungkin pekerja taska.



Haih. Aku baca pun hangin. Mau xhangin dia maki budak tu dengan nama binatang. Hoi kalau jd kat anak aku ni konpem la aku bertukar hijau.

Apa salah budak tu? Atau apa salah mak budak tu? Kalau yg bersalah tu mak budak janganlah kau lepaskan kat budak tu.

Ada 2 benda je aku nak huraikan...

Kita ni jadi mak budak janganlah berkira dengan pengasuh anak. Tak kiralah pengasuh individu ke kat taska ke. Yang penting dia yang bertanggungjawab menjaga anak kita sewaktu kita keluar mencari rezeki.

Jangan berkira maksud aku rajin2lah memberi contohnya bawakan makanan untuk dia.. belikan jajan ke untuk semua anak2 asuhan.. kalau time raya tu bg baju atau duit raya.. bayar bulan2 jangan lambat dan biarlah berlebih. Bukan apa.. kalau kita buat baik dengan dia InsyaAllah dia pun tak sampai hati nak buat benda xbaik kat anak kita. Kalau berkira sangat atau cakap benda yang menyakitkan hati pengasuh inilah antara salah satu perkara yang kita taknak jadi.

Kan kan kan.

Satu lagi.. budak jenis macam ni eloklah jangan amik sebagai pekerja taska. Jenis bekerja main taram je nak keje apa janji ada gaji. Kalau tak suka tak sayang budak eloklah cari keje lain..

Takut2 esok lusa keluar surat khabar muka depan.

*mulalah terfikir anak2 sendiri sobs
posted from Bloggeroid

Wednesday, August 26, 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari Sambut Harijadi Panda di Zoo Negara sempena Blogger’s Day


Ahad 23 Ogos baru-baru ni aku se-family berpeluang menyertai geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari ke Zoo Negara untuk menyambut harijadi Panda yang ke 9-tahun. Eksaited punya pasal pukul 5 pagi dah bangun bersiap dan kejut anak-anak hehe. Punyalah liat nak kejut si kakak. Pukul 8 lebih baru keluar dari rumah dan Alhamdulillah sharp 9.00 am kami sampai di Zoo Negara dan terus register dekat entrance. Dhia is soooo eksaited to see the Panda hehehe…

Oh anyway, ini merupakan event pertama aku bersama KBBA walaupun dah join the Club sejak dari awal penubuhannya,. Selama ni cuma banyak bual-bual kosong dan bertukar pendapat di group whatsapp Lembah Klang je. Baru-baru ni je aku mintak untuk dimasukkan dalam group #KBBAKerja supaya aku boleh aktifkan diri dalam event-event macam ni. Selain dapat aktifkan balik blog yang selalu ‘bersawang’ dapatlah aku kenal all the KBBA members yang dah beranak-pinak ni haha.



Ada few bloggers yang aku memang dah kenal rapat especially all the mommies from GBSB (Gojes Blogger Supermom & Baby) macam Allene, Anez, Jue, Moon… So takdelah aku awkward sangat bila sampai kan at least ada somebody yang aku boleh menjemah haha. Oh that day Kayrul and Mimi pun turut serta walaupun they are not part of KBBA. Datang dengan inisiatif sendiri bawa family dan jumpa kawan-kawan. Rajin uols! #muahciked . Walaupun sepanjang hari ada kat sana still tak sempat nak suaikenal dengan all the bloggers. Dapatlah bertegur sapa dengan beberapa orang (yang selalu borak di whatsapp tapi tak pernah jumpa each other). So u guys yang mungkin aku terlepas pandang tak bertegur tu mahaplah ye tak cam!!! Haha. InsyaAllah next time jumpa lagi kita laga-laga pipi hokay. Janji! hehe.

Okay dah panjang sangat Mukadimah uols. Dah jom kita masuk Zoo tengok vinatang-vinatang peliharaan negara haha. Lepas registration and menjemah kat entrance we ols kena divide by 2 groups, Hornbill dan Tiger. So senang Zoo Guide tu nak bawa menjelajah kat dalam hehe. Aku tak ingat ini kali ke berapa dah ke Zoo Negara sebab banyak kali jugak dah rasanya masuk haha. Masa zaman Uni dulu tak silap 2009 pernah datang bawa anak-anak yatim, ofkos lah all sponsored kan then after that masa kerja in 2012 aku handle event untuk customer kat Zoo jugak. so before event tu ofkos lah kena datang sana few times untuk deal dengan pihak Zoo sebelum the day of event kan. Jadinya dah few times lah aku kuar masuk Zoo tu secara percuma haha. 2012 tu aku tengah pregnantkan Dhia 5 bulan and I’m the one yang responsible to organize the event. Memang all out demi menjayakan that big event and Alhamdulillah successful. And last time pergi Zoo Negara adalah tahun lepas hehe. Masa tu tengah mabuk-mabuk pregnantkan Danish, saja bawa Dhia berjalan tapi yang frustnya masa tu tatao pun Panda nak dibawa masuk and masa kitorang datang tu lagi few weeks je Panda nak sampai haha. So melepas lah tak dapat tengok hehe. tapi rezeki… dapat plak pergi kali ni dengan KBBA and all sponsored!!! Weeehuuuuu!

Errrr.. ko tengok aku ni memang susah nak hapdet belog tapi sekali dah hapdet tiba2 ting! Idea mencurah2 haaaa over ko sampai OOT haha. Tu baru kat entrance Zoo kemahen panjang cerita haha. Ok2 kat mana kita tadi?



Haaa lepas dah bahagi group tu (tapi rupa macam tak bahagi pun sebab masuk tu bersepah2 semua haha), kitorang mulakan tour di dalam Zoo Negara. First checkpoint is Butterfly Garden. Pusing2 je lah tengok rama-rama berterbangan dan snap sana snap sini sebelum kuar semula untuk ke hentian seterusnya hehe. Next perhentian adalah Children’s World di mana ianya menempatkan kambing, rusa, horses, rabbit, tortoise and segala jenis pet animal. Lepas tu kami dibawa ke Aquarium Tunku Abdul Rahman sambil melalui kandang-kandang yang menempatkan spesis-spesis monkey macam ungka, beruk, apa tah lagi aku pun tak ingat haha. Tapi spesis depa ni ada tangan pendek ekor panjang… ada ekor panjang tangan plak pendek. Yang penting masing-masing pandai bergayut hahah.
ni je gambar ikan yang aku sempat snap haha. bukan ikan terbesar. ada lagi yg besar hehe


Di Aquarium Tunku Abdul Rahman tentu-tentu lah kami tengok hidupan air iaitu ikan hehe. Dah nama pun aquarium kan takkan diorang letak gajah plak haha. Tapi aku masuk sekali lalu je tak sempat nak berkenalan sekor-sekor dengan ikan-ikan dalam tu sebabnya Dhia dah melalak-lalak takut. Takut sebab bawah tu kan gelap so dia macam seram sket. Haishhhhh. Tak pasal-pasal mami kena dukung sepanjang dalam tu. Dhia dhia…..


Keluar je dari aquarium Danish dah bagi signal mintak isi tank hehe so berehat2 lah dulu kat bawah pokok sinun sebelum meneruskan penerokaan seterusnya ke Zoo Negara Show Amphitheatre untuk menyaksikan Animal Show secara Live!!! Wahhhh best best. Sebab Show ni aku tak pernah berkesempatan untuk tengok sebelum2 ni. So this time dapat tengok mau tak seronok. Dah lah masuk FOC dapat plak tengok Animal Show ohsem sangat tuuuuu! Hehe.

tunggu animal show hehe

Oleh kerana seat kebanyakannya dah penuh kami anak beranak sukehati je duduk kat paling depan sekali bertenggek kat situ haha. Nasib kau lah nakkkk.. janji dapat tengok animal buat show hehe. Emcee animal show hari tu sape ke nama dia tak ingat tapi dia sangat best… gaya yang bersahaja dan the way dia berinteraksi dengan crowd sangat bagus. Seyes tak bosan dan rasa nak lagi nak lagi hehe.


Animal show hari itu dimulakan dengan aksi dua ekor burung kakak tua. Diikuti dengan banyak lagi haiwan-haiwan lain seperti Singa Laut, Ular Sawa, dan lain-lain (senanya aku tak ingat apa nama binatang tu pasal sebut ‘lain-lain’ je hahaha ampunnnn). Korang layan gambar je la eh eh.. :P

 -gambar kemudian, aku tak jumpa plak dalam folder. errrr-

Lebih kurang sejam tengok animal show kami beredar untuk menaiki tram ke Wild Restaurant. Dhia eksaited dapat naik hehe. so di sepanjang perjalanan tu dapatlah lihat binatang2 ‘ternakan’ zoo yang lain macam zirafah, harimau, dan sebagainya.


Lunch hari tu kami makan fast food je. Alhamdulillah kenyang. Dhia je tak biasa makan fast food tanya ‘mami… mana nasikkk’ haha. Balik tu baru balun nasik. Hehe.

Bila perut sudah kenyang hati pun girang maka mari kita teruskan lagi tour ke Bee Muzium. Aku tak larat nak masuk dah duduk kat depan je hehe. Enchek hubby yang masuk tengok siap dapat rasa madu ori tu macam mana. Huhu. Madu lebah takpe ye bang makan le banyak2. Jangan Madu yang ehem ehem udoh leeeee!!! :P


Selepas itu  kami ke lastttt station iaitu yang paling ditunggu tunggu, Giant Panda Conservation Centre!! Hoyeh hoyehhhh akhirnyaaaaaaa.


Sebelum dapat tengok panda kami mendengar sedikit taklimat daripada pihak zoo. Dapatlah tengok najis Panda tu macam mana. Diorang kata takde bau sebab panda kan makan buloh je tapi idoklah aku sua kan hidung untuk buktikan sendiri ada bau ke tak haha. Kami juga diingatkan supaya tidak membuat bising ketika berada di kawasan panda. Alamak masa tu dok lah berdoa janganlah Dhia bikin drama dia kat bawah kang hehe. So kenalah sentiasa ingatkan Dhia.. tak boleh bising nanti panda marah hehe.







Turun je kat tempat panda memang suasana agak sepi. Masing-masing mata meliar duk cari mana panda… oooo dia lepak kat belakang. Lama panda tu duduk sambil hadapkan belakang kat kitorang jenuh jugaklah tunggu bila nak berganjak dari situ hehe. Tak lama lepas tu yeay! Dia keluar… sempat berak kencing dulu haha. The best part is ada kek HARI JADI panda! Hehe… comel angat tuuuuuu…




Ohsem sangat panda ni tau rasa nak polok-polok je hehe. Kami dapat tengok Xing Xing je masa ni. Liang Liang dikuarantinkan 2 bulan sebab baru lepas beranak. Berpantang kekdahnya hehe… So tinggallah Xing Xing sekor-sekor… sian tengok takde geng hehe.

Dah puas snap2 video n gambar Xing Xing pun beredar masuk dalam kandang dia kot. So kami pun beredar la jugak haha. Sebelum keluar dari Conservation Centre tu gi collect Goodie Bag dulu daripada Zoo Negara! hehe

Maka dengan itu berakhirlah tour kami di Zoo Negara. Aktiviti lepas tu adalah free and easy. Aku dah tak larat dah cari jalan keluar je masa tu hahahaha..


amboi dikkkkk

Sebelum beredar sempatlah polok2 laga2 pipi dulu dengan beberapa blogger yang berkesempatan jumpa hehe...

Jumpa mimi!!

sebahagian daripada geng2 gojes hehe

KBBA yo!


Kitorang keluar dari Zoo around 3.30petang, singgah petronas sat solat Zohor n zaaaasss balik rumah hehe.. Dhia dah kepenatan. dapat susu terus senyap hehe. Mami pun penatttt sangat tapi penat hari ni berbaloi hehe..


Goodies from sponsors! Congrates and big claps pada penganjur, Kak Farah and the geng, pihak Zoo Negara, Cosmoderm and all the sponsors!!! 

Hope in future boleh join lagi event2 seumpama ini. n u guys yang aku tak sempat nak kenal tu InsyaAllah kita jumpa lagi nanti ye hehe..

notakaki: banyak lagi gambar nak upload senanya tapi ntah knp aku tak jumpa gambar nya hahaha padahal dah simpan semalam. bersepah2 dalam laptop ni hahahaha... nantilah aku tambah ye.. :P

till then!


Friday, August 21, 2015

Cara Mudah Transfer Gambar dari HP/Laptop ke Laptop/ HP

Korang ada tak masalah negara seumpama bab2 nak transfer gambar ke notes ke dr hp ke laptop atau dr laptop ke hp?

Bila nak kena blutut ke transfer ke rs menyusahkan bebenor huhu. Macam aku kadang2 suka edit pic guna laptop pastu bile dah save haaa jenuhlah nak blutut ke hp. Kdg2 datang weng dia blutut tu error pulokkkk..



Haa ni nak share app EVERNOTE ni. App ni very useful untuk aku la. Korang aku tatao la aku share je haha. 1st thing 1st pastikan korang donlod app ni di HP dan di LAPTOP. Macam mana nak guna? Kalau ada gambar yg nak kena transfer ke laptop/hp korang upload je dlm evernote ni pastu sync kan.

Cth gmbr dr hp ak nk transfer masuk ke laptop ak gi evernote aku attach gmbr dlm tu. Pastu ak gi evernote kt laptop.. sync kan die.. nnti muncullah file gmbr tu. Tggl save attachment sajo.. 😊

Faham ke faham? Hehe

App ni amat membantu peniaga picisan macam ak ni hehehe..

Okbai.

TIKET MASUK ZOO PERCUMA UNTUK TENGOK PANDA!

Sudah sedia maklum Panda yang kat Zoo Negara tu dah beranak kan kan.. errr tapi tak pasti plak jantinanya lanang ke wedok hahaha..

Haaaa nak tau apa kata AHAD ni (23 Aug) korang bawa isteri/suami dan anak-anak ke zoo negara!



Tiket masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan PERCUMA untuk sesiapa sahaja yang lahir pada 23 Ogos 2015! Wahhhhh syioknyee!!!

Jom weh pi tengok Panda!!! Aku pun tazabar nak bawa Dhia ngan Danish ke sana. Tahun lepas ke Zoo tapi Panda belum masuk lagi time tu hehe. Haaa takpe kalini kita qada balik hehehe..

Kita jumpa kat Zoo Ahad ni okay!

Tuesday, August 18, 2015

My Breastfeeding Journey Part II

Alhamdulillah.. i'm proud to be a mommy. Rasa tak percaya dah jadi emak kepada sepasang anak syurga Dhia dan Danish.

dan aku bangga bila aku dapat menyusukan anak aku sepenuhnya dengan susu ibu. Dulu masa lahirkan Dhia aku kurang ilmu penyusuan tapi Alhamdulillah aku tetap menyusukan Dhia cuma masa Dhia dulu terdapat banyak rintangan yang perlu aku lalui... So aku agak struggle sikit untuk memenuhi kehendak Dhia.. 

Alhamdulillah walaupun tak sempat menyusukan Dhia sampai 2 tahun at least dia tetap merasa susu ibu sehingga setahun empat bulan. Aku wean off sebab mengandungkan Danish. Rasa kesal juga tak dapat meneruskan penyusuan hanya kerana aku mabuk teruk dan tiada mood nak melayan kehendak dia. Macam-macam aku buat nak suruh dia wean off termasuk sapu asam jawa kat (.) (.) ngeh3... Sudahnya 2 minggu macam tu je dia macam weng sikit sebab tak dapat candu lepas tu dia dah okay.

Bila aku dah baik mabuk susu pun dah kering.. Dhia pun dah tak mengempeng lagi malam. oh rindu! Bila dah bersalin Danish aku sua pun dia tak hingin dah hahaha... padan muka aku sendiri.. :P

Anyway, sebelum aku lahirkan Danish aku sudah lebih bersedia berbekalkan pengalaman melahirkan Dhia. Alhamdulillah sehingga hari ini Danish dah 9 bulan masih menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Aku harap ini akan berterusan sehingga umurnya 2 tahun + Amin....

Bagi aku, penyusuan adalah suatu nikmat yang semua orang yang bergelar ibu boleh dapat. kuncinya adalah ILMU. Aku agak sedih bila dengar ada mak-mak especially first timer yang selalu give up awal tidak mahu meneruskan breastfeeding dan memilih untuk memberikan susu formula. 

Nasihat aku, carilah ilmu. Sekarang segalanya di hujung jari. Bersiap sedialah bukan sahaja kelengkapan kelahiran malah ilmu dan kelengkapan untuk penyusuan juga. InsyaAllah, kalau kita ada ilmu kita akan berusaha untuk menyusu secara eksklusif. 

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Takde makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan seharusnya diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Macam mana untuk mencapai penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan? WHO (World Health Organization)  dan UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menyarankan perkara-perkara yang berikut :
  1. Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran bayi. - Ini sangat penting sebagai permulaan. Tujuannya adalah untuk stimulate pengeluaran susu ibu. Masa lahirkan Dhia dan Danish right after bersalin aku terus susukan. Kalau jenis aku awal-awal preg memang susu jenis segan-segan nak keluar. tapi tak boleh give up kena bagi jugak. InsyaAllah lama-lama nanti adalah susu tu. Macam aku, aku suka urut lepas tu confirm (.)(.) tu bengkak hehe.
  2. Penyusuan eksklusif iaitu bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak. - Sepanjang 6 bulan pertama aku tak pernah bagi makanan dan minuman lain selain susu ibu SAHAJA pada anak-anak. Ingat ye, berikan susu ibu sahaja.
  3. Menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi. - Kerapkan menyusu anak biasanya dalam 2 - 3 jam silalah susukan anak. Kalau mak-mak baru lepas bersalin, kerap menyusu itu perkara biasa. Anak menangis juga perkara biasa. Keperluan mereka untuk setiap sesi amat sedikit tetapi kerap. 
  4. Tiada penggunaan botol atau puting tiruan diperkenalkan kepada bayi dalam tempoh tersebut. - Masa Dhia dulu aku ajar botol terlalu awal so dhia mengalami nipple confusing pada awalnya. Sudahnya dia menolak untuk direct breastfeed. So agak susahlah jugak sebab kena pam then masuk botol baru nak minum. Bila dah bekerja malam-malam kena bangun panaskan susu bagi dia minum haha memang struggle sangat masa Dhia dulu. Masa Danish aku ajar botol hanya masa 2 minggu sebelum mula bekerja. Alhamdulillah Danish takde masalah untuk menyusu direct atau botol. Dua-dua pun dia okay.. :)
  5. Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut - No water.. no drugs. 

Ketinggian Nilai khasiat susu ibu                                                   

Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Gajah, kucing, lembu, kuda dan binatang lain menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi mereka yang perlu berjalan sejurus selepas dilahirkan.  Oleh itu,susu mereka mengandungi kandungan mineral yang tinggi untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik  bagi setiap mamalia manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optima. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.  Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu memberikan faedah yang banyak kepada ibu dan bayi sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.                                                                                                                                                                                          
Susu Ibu melindungi Bayi

Setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini  tidak berupaya melindungi dirinya daripada sebarang penyakit. Sistem pertahanan bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk melawan penyakit .  Susu ibu mengandungi beberapa faktor anti infeksi (melawan jangkitan)  yang akan membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis jangkitan kuman, antaranya termasuklah yang berikut:

  • Laktoferin yang akan bergabung dengan zat besi (iron)  untuk  mencegah perebakan bakteria usus
  • Immunoglobulin (IgA) dan sel darah putih  yang bertindak melawan kuman dalam badan.     Kandungannya tinggi di dalam kolostrum.  Kolostrum merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus. 
  • Protein, vitamin A dan E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • ‘Bile salt stimulated lipase’ yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan ameba
  • Faktor bifidus yang berfungsi untuk membantu bakteria khas iaitu lactobaccilus untuk membiak di dalam usus bayi. Dengan adanya bakteria baik ini, bakteria tidak baik (patogenik) akan dihapuskan dan hal  ini dapat menghindarkan bayi daripada mendapat penyakit. 
  • Limfosit-limfosit dan makrofaj yang membantu melawan kuman yang masuk ke dalam badan bayi
  • Agen anti keradangan yang melindungi bayi daripada mendapat kesan keradangan yang teruk.
  • Antibodi ibu boleh diberi kepada bayi  melalui penyusuan susu ibu. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat mendapati, bayi yang menyusu dengan susu ibu akan menerima antibodi daripada ibunya yang akan melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
  • Faktor pembesaran. Selenium, karotenoid asli dan nukleotida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi. Kematangan sistem imun penting supaya badan bayi  berupaya untuk melawan penyakit yang menjangkitinya.
Selain melindungi daripada jangkitan kuman, penyusuan susu ibu secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko penyakit alahan seperti lelah (asma)  dan ekzema. Risiko penyakit kencing manis semasa remaja dan kegemukan juga akan berkurangan pada bayi yang diberi susu ibu. Selain itu bahan laktosa yang terdapat dalam susu ibu boleh membantu mencegah penyakit riket, iaitu dengan meningkatkan penyerapan kalsium dan merangsang perkembangan otak bayi.

Bayi yang menghisap susu ibu jarang mengalami  gejala seperti cirit birit, jangkitan salur usus dan jangkitan salur pernafasan berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pencegahan Malnutrisi Kanak-Kanak di Brazil, menunjukkan penyusuan susu ibu dapat mengelakkan kematian dan kemudaratan akibat cirit-birit pada bayi. Bayi yang tidak diberi susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.

So, in short silalah cari gali ilmu penyusuan.. n enjoy breastfeed! :)

Rujukan Asal: husm.my

Dhia ke Taska Permata 2016

omg! Anak mommy dah 4 tahun next year! tolong jangan cepat sangat besar plisss huhu.. kejap je dah besar anak dara aku ni. Itu juga membawa makna yang aku dah semakin berusia haha.

Memandangkan Dhia dah petah bercakap dan cepat sangat belajar aku dengan enchek somi plan nak hantar dia ke Taska next year so that instead of dia menghafal lirik lagu Akim Mewangi tu adalah lebih baik dia ke skolah n belajar apa yang patut hehe. risau aku weh kalau naik kete bukak radio boleh kata semua lagu dia boleh ikut.


Mommy setakat alip ba ta, ABC tu boleh lah nak ajar.. maklumlah mak ni kan bekerjaya mana lah ada masa nak homeschool anak. isk rasa teruk sangat ni. So kalau Dhia dapat masuk Taska at least Dhia learn something there. n dapat belajar berkawan jugak InsyaAllah... 

Tapinya..... sedang terfikir... sape nak amik anak aku balik dari skolah? taska tu sampai pukul 5pm je. Takde OT. adoiii... pengasuh aku dah bunga2 asik tanya je sapa amik Dhia kalau skolah.. bunyinya macam 'jangan suruh aku pulak' gamaknya haha. haih~ entahlah. nanti bincang kemudian. sekarang ni apply dulu.. sobs

yang penting, kakak eksaited sangat nak gi school. Hari2 tanya nak gi school dia ingat esok lusa dah nak pi hantar huhu sian. Sabar eh sayang... tunggu tahun depan.. kalau ada rezeki.. :)

membesar jadi anak yang baik ye kakak... mami sayang kakak... :-*


Hello blog... hidup lagikah awak? :P

Assalam...

hehe as usual lah kan nak sebulan baru ada entry baru haha. mahap. sobs. 

Syawal dah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu. Sempat jugalah join rumah terbuka di hari-hari terakhir Syawal. Malah dah masuk 1 zulkaedah pun ada lagi yang masih buat open house haha. That's my Malaysia.. puasa sebulan.. raya pun sebulan haha. siap plus 1week after hehe.

So what's update? Me, myself macam biasalah rutin as working mom.. Kakak dah semakin petah bercakap. dah pandai buat muka dengan mommy haish.. adik is turning 9 month baru-baru ni and for sure pun dah makin lasak hehe. Baru ni dah pandai duduk sendiri yeay kipidap adik! 

Aku niat ni nak kembali aktif berblog. tak dapat blog kat opis aku blog kat rumah. kan ada app blogger (ada dah senanye haha). will see how... jangan hangat2 taik ayam macam biasa...

now tengah pikir... apa topik aku nak up hahahaha..

okbai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers