9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, October 28, 2015

Pecat Majikan untuk Kerja yang Lebih Baik

Bismillah...

Assalamualaikum... Alhamdulillah secara rasminya, aku dah berhenti kerja sebagai Marketing Executive di private company pada 1 October. Hari terakhir adalah pada 20hb yang lepas, while the rest aku utilize cuti berbaki sehingga 30 Oct ni.

Sekarang aku sedang menikmati cuti yang tak berapa cuti sebelum memulakan 'kerja baru' bermula minggu depan. Sebagai apa? di mana? nanti aku cerita di post lain ye hehe..
my last day with my love Malakoff
Alhamdulillah.. niat nak berhenti kerja di tempat lama dah lama aku tanamkan. cuma tunggu masa sesuai. Pernah kuburkan niat tu tapi hati sudah meronta-ronta hehe. Bukan tak sayang pada kerja.. company.. kawan-kawan.. tapi, it's the time untuk aku move on.. kalau hati dah tiada rasa cinta dengan kerja untuk apa aku memaksa diri kan? Kerja hanya untuk dapatkan gaji buat aku rasa bersalah. terasa macam.. berkat je gaji aku ni? sedangkan aku tiada cinta lagi untuk bekerja kat situ. hurm.

Bila nak berhenti orang mesti akan persoalkan... 'boss ko tak ok ke?'.. erk.. hehe boss ok je. kalau tak okay takkan aku bertahan 5 tahun dengan boss. kan boss kan? :P Tapi, like i said it's the time untuk aku look forward. Ye.. pengalaman 5 tahun tu masih terlalu 'mentah'.. masih belum cukup makan garam. tapi, my decision is firm. Aku dah malas nak mintak pandangan orang lain. Cukuplah orang-orang penting dalam hidup aku redha dan restu, itu dah memadai

dan InsyaAllah.. tempat 'kerja baru' nanti akan beri aku 1001 kepuasaan dan keberkatan.. i hope so...

May Allah ease everything... Amin...


Wednesday, October 21, 2015

Kenangan Semalam....

Bismillah..
Assalam readers...

wahai mood berblog. datanglah! :P

jam sekarang menunjukkan 3.04 am... wah3 kau My... punya serius nak update post pukul 3 pagi pun kau tak tido lagi mentang2 esok 'tak keje' hahaha

Haha actually aku dah tido before 10pm tadi. Aku biasa memang macam ni lah. tidokan anak dengan aku hanyut sekali makanya aku tido dulu bangun kemudian untuk urus apa patut hehe. Biasanya aku sibuk dengan urusan bisnes tapi pagi ni aku pilih untuk berbelog jap. dengan harapan semoga aku lebih bersemangat untuk aktif kembali memandangkan esok (eh hari ni lah) bermulalah fasa terbaru dalam hidup secara tak rasminya.. hehehe

Anyway... kenangan semalam dah ku tinggalkan di belakang. Namun, aku tidak akan melupakannya.. never!

aku doakan mereka2 yang aku tinggalkan berjaya dalam setiap apa yang mereka lakukan.. begitu juga aku... semoga istiqamah...

InsyaAllah....

Friday, October 2, 2015

Istikharah Cinta

Adeh... Ingatkan dah ada app blogeroid rajinlah sikit hapdet kan. ko tengok ko tengok! culas jugak hahaha. ampunnn

Workload sikit recently. but still under control. sejak schedule KTM bertukar haritu aku jarang sampai stesen kat rumah aku tu on time 7pm. Masa busy dengan meeting kat ofis baru2 ni lagila keluar ofis lambat sampai rumah paling lambat 8.30pm.. what a tired day... sobs

aku penat aku lambat ok lagi. yang aku terkilan bila ben (enchek somi) pun terpaksa balik lambat sebab belum settle keje so anak terpaksa ambil lambat jugak. adehla... Dengan dhia yang dah petah tu.. aku sampai2 depan rumah BS je.. "mami!!! kenapa amik dhia lambat niiiiiii penat dhia tungguuuu...".. ko rase?? hahahaha

maca tu lah rutin aku everyday.. wakeup early at 4/5 am in the morning... and balik rumah paling awal sampai pun 7pm+ ... Malam tu ada 2 3 jam je masa bermain bersama dengan anak2.. sebelum diorang masuk tidur dan ulang rutin yang sama.. :) 


Anyway.. semalam 1 October 2015 aku dah buat satu keputusan besar dalam tempoh 28tahun hidup menumpang kat bumi Allah ni.. Aku tatao apakah itu yang terbaik tapi aku buat keputusan tu setelah fikir semasak-masaknya dan berbincang dengan shuben. Aku dah habis menangis.. aku dah istikharah... hati aku masih kata aku mahu pilih jalan ini... so that is the final...

Aku harap Allah berikan aku kekuatan.. n korang pun doakanlah aku dipermudahkan ye..

Nanti bila dah settle everything aku share kat belog ye..

huuu tu je nak hapdet...

okbai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers