9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, November 29, 2015

Danish Harraz 1 Year Old

Errr... bad mommy.. baru sebok nak update anak dah masuk umur setahun hehe.

How fast time flies.. sedar tak sedar Danish Harraz dah masuk setahun 7 November haritu.



Takde big party just pegi makan2 dengan family kecil kami. Hanya Doa yang mampu mommy panjangkan.. agar anak2 mommy sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan membesar jadi HambaNya yang soleh.. mommy harap diberikan kesabaran yang tinggi untuk menjaga dan mendidik anak2 mommy.. Amin...



Danish 1 year dah pandai berjalan.. Alhamdulillah cepat juga progress dia as a boy.. orang kata boy ni biasanya lambat sikit tapi memang ye compared dengan dhia danish agak lambat sikit meniarap, merangkak, berjalan. Lambat sikit je lah. Dhia dulu 11month dah berjalan adik setahun baru pandai berjalan.

Gigi adik pun lambat je tumbuh macam kakak dulu hehe baru 3 batang. 2 batang bawah sebatang atas. Adoiii bila menyusu datang geran dia tu menggigit nak terputus rasa oiiii!



Boy dengan girl memang nampak beza dia. Adik ni 'gagah' semacam kakak walaupun ganaz tapi masih nampak kelembutan dia as a girl hehe.. apapun, moga anak2 mami membesar dengan baik ok.. :)

I love you to the moon and back!

Thursday, November 5, 2015

Kerja baru yang lebih mencabar, 2 boss baru bikin pusing kepala

Assalam...

ko tengok.. dah 2 hari baru dapat update balik hahah. sementara boss tengah tido lagi ni i hapdet lah kejap ngeh3..

meh nak perkenalkan 2 orang boss baru aku..

*
*
*
*
*
*


hehe.. my anak-anak syurga.. Dhia dan Danish.. Masa ni dah lewat petang ketiduran kepenatan. si adik sampai tak sempat mandi hehe. 

Ye.. aku surirumah sepenuh masa sekarang. Err... nak nampak lebih advance aku dah jadi WAHM a.k.a Work at Home Mom... err.. nak extra advance lagi.. i am a Domestic Engineer... heheh...

Aku tatao lah kenapa aku berani sangat buat keputusan macam ni. tinggalkan career as Marketing Exec.. tinggalkan gaji yang dah agak lumayan (bagi marhaen macam aku) dan duduk rumah jaga makan pakai laki.. makan pakai anak-anak... errr..

Bila pandang muka anak-anak syurga ni.. aku taknak pandang belakang dah. firm. Aku anggap inilah jalan terbaik untuk aku, untuk suami aku, untuk anak-anak..

Aku kesian kena tinggalkan diorang 7pagi 7 petang.. kadang2 drag sampai 8 malam baru diorang dapat tengok muka aku. dah balik, dapat spend time 2 3 jam je lepas tu tidur n ulang-ulang rutin yang sama... aku sedih. huhu

Takpelah aku korbankan sedikit 'keduniaan' aku tu.. Nak kata dah kaya.. memang taklah. Tapi InsyaAllah.. aku selalu berpegang pada rezeki itu hak Allah, datang dari Allah.. bukan dari majikan aku.. selagi Allah ada.. aku tak perlu risau.. InsyaAllah...

Sementara ni aku jadikan Business kecil-kecilan aku tu sebagai part time. Jadilah. taklah masyuk tapi InsyaAllah kalau aku usaha lebih keras lagi hasilnya boleh lah buat simpan2. korang kalau tatao aku buat apa bolehlah free2 tu jengah ke page biz aku ye:

Website: www.fingertips-shop.com
Fanpage: Fingertips Shop  |  Baju Menyusu
Instagram:@barangbaby_fingertips.shop|@nursingwear_4_nursingmom|@breastpump_untuk_mama

Aku jual barang-barang kelengkapan baby, kids, and moms. Biasalah dah jadi mak-mak ni kan.. haha. Selain tu aku juga adalah agen Shaklee dan Gel Amani. kalau tatao apa dia korang gugel je lah ye haha

Bisnes ni as part time je kalau ada masa. Lagipun niat aku nak jaga anak-anak. Biz ni aku buat sebab aku minat meniaga. dah lebih 3 tahun aku buat part time biz ni, direct dengan supplier. Alhamdulillah aku masih lagi buat. sebab aku memang minat nak buat hehe. Korang doa2 lah empayar biz aku lebih maju di masa2 akan datang yek hehe.. *berangan.


Anyway, bila dah duduk rumah ni, seronok je tengok anak-anak menghadap aku 24jam. bila aku tanya kakak nak pergi rumah ibu (pengasuh) tak? Dia jawab taknak. tak pernah jawab nak. aku tanya, kenapa? dia kata taknak, nak duduk rumah dengan mommy. huhu. walaupun mak dia ni selalu tukar hijau dia tetap nak duduk celah ketiak huhu... Aku harap Allah beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menjaga dan mendidik 2 anak syurga ni...



Takut jugak sebenarnya bila dah duduk rumah ni, yela dah biasa kerja kan. korang doa2kanlah aku mampu ye. Aku nak jadi isteri and mommy yang baik.. aku nak dapat ganjaran hebat kat akhirat sana nanti... InsyaAllah... :)


Monday, November 2, 2015

Hari Pertama Bekerja di Tempat 'Baru'

Hari ni merupakan hari pertama bertugas di tempat kerja 'baru'... jeng jeng jeng...

namun, tiada kawan baru.. tiada laptop baru.. tiada kenaikan gaji baru.. hehehe..

*
*
*
*
*
*
*
Alhamdulillah, permohonan aku untuk bekerja sebagai 'Domestic Engineer 'telah diluluskan dan diterima bekerja bermula harini, sampai...... aku harap sampai akhir hayat bergantung pada tahap keupayaan aku heheh

Setakat ni semua masih under control, aku masih cuba sesuaikan diri dengan persekitaran.. dengan dua orang boss yang fuhhhh menguji keimanan.. dan aku rasa barang seminggu dua lagi aku bakal lupa tarikh dan hari hahaha...

oklah. bosses dah panggil2... bagi aku kasik settle ini boss baru aku sambung di next entry ye... saje je bagi la nampak sket aku banyak hapdet hahahahaha...

daaa~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers