9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, January 24, 2016

Monyet di Sekitar Legoland Malaysia Resort Sempena Perayaan Tahun Baru Cina!

Cuti Umum adalah hari yang kebiasaannya dinanti oleh setiap orang terutamanya yang berkeluarga sebab waktu-waktu macam ni lah mereka sangat teruja untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti membeli belah dengan harga yang murah, bersiar-siar atau pergi bercuti sempena cuti yang agak panjang. betul tak? Aku dapat rasakan ramai yang menantikan cuti Tahun Baru Cina yang tak lama je lagi ni. Amacam? Dah ada plan nak habiskan cuti ke mana? Tahun Baru Cina 2016 jatuh pada 8 & 9 Februari iaitu hari Isnin & Selasa (kecuali Kelantan & Terengganu 8hb sahaja), bermakna kalau korang kerja normal hour korang ada 4 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad tau!! Rugi kalau duduk termenung kat rumah je! hehe


haa.. kalau korang takde idea nak bercuti kemana apakata korang ke Legoland Malaysia Resort sebab mereka sedang meraikan pengunjung-pengunjung sempena tahun Monyet sepanjang Perayaan Tahun Baru Cina ni. Dengan cuti hujung minggu yang panjang bersambung plak dengan cuti Raya Cina inilah masa sesuai untuk korang berkunjung ke sana.

lunar year celebration 2016

Baru-baru ini, majlis pelancaran dan perasmian oleh Ketua Pengarah Tourism, Dato' Mirza Mohammad Taiyab telah diadakan di City Stage, Legoland Theme Park di mana dalam majlis tersebut Legoland Malaysia Resort mengajak pengunjung turut serta membantu menjayakan pembinaan bilangan Lego Monyet terbanyak untuk mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records iaitu sebanyak 2016 replika Lego Monyet!

lego monkey lunar year 2016

luna year 2016

Jika korang bercadang untuk berkunjung ke Legoland Malaysia Resort di antara 22 Januari sehingga 14 Februari korang juga berpeluang untuk mencipta Lego Monkey korang sendiri macam hakak-hakak comel ni dan kemudian..


bolehlah posing dengan Lego Monkey masing-masing!! weehuuuu~ :)





Inilah dia rupa Lego Monkey tu. Cute sangat kan? sayangnya tak boleh bawa balik nanti tak cukup 2016 ekor untuk cipta rekod haha. Oklah, tinggallah awak comel kiut. semoga awak berjaya dikumpulkan bersama-sama kawan awak seramai 2016 ekor tu!! hehe


Tau tak, korang juga berpeluang menikmati promosi "Bawa Kawan untuk Separuh Harga" dan mendapatkan blok peringatan edisi terhad Tahun Baru Cina secara percuma tau! Promosi ini bermula daripada 12 January sehingga 5 Februari ini.

Eh bukan itu jer, ada jugak promosi lain sempena Tahun Baru Cina kali ni seperti Promosi Jualan dengan mana-mana pembelian produk Lego anda juga dapat percuma Angpow Packet, dan macam-macam lagi... untuk info lanjut korang boleh terus ke Kaunter Tiket di Legoland Malaysia Resort atau layari www.legoland.myLEGOLAND Malaysia Resort dibuka setiap hari daripada 10 pagi - 6 petang sepanjang musim perayaan!


3 comments:

Julia Johari said...

One of my dreams nk pi sini my....best promosi skrg okey2 noted

Sue Izza said...

bawa balik tak sekor monyetnya hehehehe

aizamia3 said...

Menabung untuk ke sini.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers