9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 9, 2016

10 Tips Keselamatan Kanak-Kanak Ketika Menggunakan Eskalator

Lagi kes Budak Tersepit Kaki di Escalator. Kaki putus, berlaku di KL Sentral. Tersentak aku bila nampak berita ni lalu di newsfeed FB malam tadi. Mahunya tak, dahlah budak tu sebaya Dhia lingkungan empat tahun, kejadian plak berlaku di KL Sentral je. tempat biasa aku ulang-alik masa kerja sana dulu.. sobs.


Aku tak tahu macam mana dia boleh tersepit tapi aku rasa MALAYSIA perlu buat langkah-langkah lebih drastik dan serius bagi menangani masalah ni dari terus berulang. Ni bukan kes pertama. Dah banyak dah kita dengar kes-kes kemalangan eskalator ni, bukan saja di Malaysia malah di seluruh negara di dunia!

Aku tertarik dengan beberapa komen pada gambar kerja-kerja menyelamatkan di Fanpage Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) yang kita semua boleh ambil dan jadikan panduan. Mohon share ye tuan punya komen.. :)

Iklan di Radio Sinar tu aku tak pernah dengar plak. Mungkin ada kesilapan cara mereka sampaikan khidmat nasihat tu. Wallahua'lam. Kalau info yang mereka bagi silap hopefully bolehlah pihak radio perbetulkan untuk kebaikan bersama.. :)




Bila sebut pasal crocs, a bit shocked jugak sebab aku pun suka bagi Dhia pakai kasut jenis macam ni. Dahla dhia tu suka turun berdiri sendiri (dengan pengawasan aku dan ben) so lepas ni kena EXTRA careful. Tak sangka pula kasut sangat mainkan peranan bila menggunakan escalator ni. Bila aku google rupanya kat negara lain dah lama aware dan banyak kajian dah dilakukan especially ke atas kasut jenis crocs ni. Tak percaya korang boleh tengok video ni.



video


Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa tapi kita boleh cuba yang TERBAIK untuk mencegahnya daripada berlaku lebih-lebih lagi kita yang mempunyai anak-anak kecil yang belum PEKA kepada tahap keselamatan.

Pagi ni aku buat sedikit googling berkenaan kes ni dan berikut sedikit tips keselamatan yang aku kumpul dan aku share di sini.

10 Langkah Keselamatan Kanak-Kanak Ketika Menggunakan Eskalator
  1. Sebelum menggunakan eskalator, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh supaya tidak terperangkap di antara alur eskalator.
  2. Pastikan anda pegang kuat pemegang tepi eskalator dan sentiasa berpegang tangan dengan anak sepanjang berada di atas eskalator yang bergerak. Larang anak-anak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
  3. Pastikan anak tidak bermain, tidak bersandar di tepi atau duduk di atas eskalator yang sedang bergerak.
  4. Jangan menggunakan stroller/ kerusi roda ketika berada di atas eskalator. Cuba cari alternatif lain seperti elevator (lif) seboleh mungkin. Terdapat kajian yang dilakukan daripada 13,000 kejadian kanak-kanak yang berkaitan dengan kemalangan menggunakan eskalator, 723 kes adalah melibatkan Stroller. So, sayang anak ke sayang masa? Adalah lebih baik kalau kita luangkan sedikit masa untuk berjalan ke lif untuk menggunakannya sebelum terjadi perkara tak diingini. kan?
  5. Mendukung anak ketika menggunakan escalator. Ini adalah lebih baik lebih-lebih lagi kalau anak-anak kita tu masih terlalu kecil dan belum mahir untuk imbangkan badan ketika berada di atas eskalator dan ketika nak keluar dari platform. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kadang-kadang teragak2 bila waktu perlu langkahkan kaki keluar dari eskalator. betul tak? Kalau anak-anak kita berdiri sendiri masa guna eskalator seeloknya masa dah sampai hujung sebelum melangkah tu angkatlah mereka keluar, to be safe.. :)
  6. Melangkah ke atas 'comb plate'. comb plate ni yang biasanya terdapat di hujung escalator sebelum melangkah keluar. benda alah ni kalau korang tak tahu sebenarnya merupakan alat keselamatan untuk mengelakkan pengguna berkemungkinan untuk terperangkap di antara jurang langkah dan comb tu. so make sure kita berpijak kat atas tu dan 'mendarat' lah dengan selamat.. :P
  7. Berdiri betul-betul di tengah-tengah eskalator. Elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator. tidak terlalu ketepi tidak terlalu kedepan atau kebelakang. TENGAH-TENGAH. Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak. 
  8. Cuba elakkan memakai kasut yang fleksibel. Kajian menunjukkan terdapat Crocs atau jenis kasut yang sama yang boleh menyebabkan kemalangan eskalator. Jika kedudukan kaki anak anda berada di tepi eskalator, ia boleh menyebabkan geseran dan mendapat risiko untuk kami terperangkap di dalamnya. 
    sumber google
  9. Perhatikan keadaan persekitaran sebelum menggunakan eskalator. Kita mungkin aware dengan anak kita tapi kadangkala kita tak perasan dengan orang lain disekeliling.Berhati-hati dengan pengguna-pengguna lain yang mungkin tergesa-gesa menuruni/menaiki eskalator tanpa hiraukan pengguna lain terutama anda yang mempunyai anak kecil. Pengguna-pengguna ini mungkin boleh tertolak anak anda. So sebagai langkah keselamatan seeloknya biarkan ruang tangga yang kosong beberapa langkah sebelum menggunakannya.
  10. Perhatikan setiap gerak langkah anak. anak-anak yang masih kecil belum faham apa erti keselamatan so as parent kena selalu peka. Jangan buat benda lain macam tengo HP ke, borak2 ke.. etc. Pastikan anak tak berlari, bermain, duduk atau cuba mengambil objek yang mungkin jatuh ketika berada di atas eskalator. Ini boleh menjadi punca kepada kejadian yang tak diingini
Kalau sebelum ni aku 'kurang' beri perhatian pada hal-hal macam ni di eskalator lepas ni kena lebih berhati-hati. TAK BOLEH biarkan dhia dengan perangainya yang suka nak buat semua benda sendiri especially bila turun eskalator ni. Lagi satu bab kasut tu. Kes semalam kat KL Sentral tu pun budak tu memang pakai kasut jenis crocs tu. Tapi daripada apa yang aku baca ada saksi kejadian cakap masa benda tu jadi budak tu main seret2 kaki kat tepi eskalator tu (correct me if i'm wrong), so memang mengundang bahaya sangat. 

Pendek kata bagi aku, budak-budak ni bukan faham bahaya ke tak ke. Kita yang dewasa as parent ni la patutnya kena main PERANAN besar. wajib extra careful. jangan biarkan anak tanpa pengawasan. benda kalau nak jadi sekelip mata je boleh jadi... :(

Other than that, bagi aku sudah tiba masa pihak berwajib ambil langkah-langkah untuk educate pengguna/ orang ramai. Educate maksud aku tidak hanya cukup dengan menampal poster-poster amaran di eskalator tapi lebih kepada melakukan kempen-kempen lain. Bukan apa, setakat poster-poster amaran atau tanda bahaya ni kadang-kadang kita tak berapa alert, tak berapa nak aware dan baca. Mungkin pihak-pihak sepatutnya boleh lakukan kempen kesedaran dengan memberi talk, atau menggunakan laman-laman sosial untuk menekankan bahayanya ketika berada di atas eskalator. Langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan eskalator pun boleh dititiberatkan melalui platform-platform sebegini. 

With hope, dengan penambahbaikan sebegini takkan ada lagi kejadian-kejadian tak diingini seperti ini terjadi terutamanya kepada anak-anak kita.. :(


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers