9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, July 31, 2016

Sinopsis Ramadhan dan Syawal 2016

*entry ni sebenarnya dah siap minggu lepas tapi sebab anak aku masuk wad makanya aku publish lewat sket. acah2 backdated lah ye hehe*

Bismillah..

hai korang. Okay as promised aku hapdet jua harini okay. Walaupun harini dah 26 Syawal aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin hehe. Nak wish selamat berpuasa melampau sangat tapi boleh lah jugak selamat berpuasa ganti bagi yang tak dapat berpuasa penuh haha :P

Aku tak tahulah nak cakap nampak macam ALASAN sangat tapi frankly speaking duduk kat rumah ni aku tak banyak masa sangat. bangun awal tidur lambat aku masih tak cukup 24jam tu hehe. Mana aku nak urus anak, suami, makan pakai diorang, bisnes online lagi.. fuhhh.. amacam. valid tak alasan untuk tak update belog? hahaha.. yes seriously. But yelah ini semua alasan kan kan. oklah lepas ni akan aku cuba fully utilize 24 jam yang Allah bagi ni untuk macam-macam aktiviti berfaedah termasuk amalan kerohanian aku. InsyaAllah.. kadang-kadang agak tersasar juga macam kurang zikir, solat sunat, etc. ok kemon My... u can do it.. -_-

So, amacam cerita Raya korang? Ikutkan minggu ni last weekend beropen house, berhari raya bagai kan. Aku pun ada menerima beberapa jemputan dan pada awalnya memang nak turut serta tapi apakan daya kita mampu merancang namun Allah menentukan. Dhia dan Danish demam since Khamis. Now dah Ahad Dhia dah okay tapi Danish masih on off. Ubat demam dah tak jalan aku sumbat ubat punggung baru turun panasnya. Esok kalau tak okay jugak aku nak bawa ke KK check darah. Harapnya takde apelah mungkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang kan. *sedapkan hati









Family belah MIL. sorang abang beraya Melaka sorang kakak beraya Ganu
Anyway berbalik kepada cerita Raya, bagi aku tahun ni punya raya biasa-biasa je. Saban tahun aku rasa Raya sekarang dah tak semeriah Raya dulu-dulu. kan kan? huhu. Tahun ni aku turn raya rumah mertua. So raya pertama di Kepong KL. Raya pertama tu berjalan raya ke rumah saudara-mara ben je. Raya kedua gerak balik raya di Segamat rumah mak aku pulak. Tak ke mana pun cuma raya ketiga ada ke kampung mak di Kluang seperti biasa menyambut raya bersama-sama ahli-ahli koperasi keluarga kat sana. Kurang seminggu cuti raya tu aku dah balik rumah sebab cuti raya tahun ni tak panjang kan lagipun takde buat apa sangat kat kampung ditambah plak Dhia pun dah naik skolah so memang decide balik awal je. *Sian juga kat mak anak-anak semua balik awal huuuu

Bawah ni gambar family aku huhu. gambar2 share kat group family wasap aje le sebagai pengganti diri hehe


Mak dan cucu2

Abang sulung aku

Kakak aku n family
Kakak no 2 aku n family
Abang aku no 2 n wife
Anak2 depa. haha depa raya pertama takde gamba family haha
Adik bawah aku. Nak kawen dah hujung tahun ni kottt
Adik bongsu
ni gambar masa dah balik Johor.
Adik beradik perempuan aku. aku putri bongsu.. :P
Family belah emak. tak cukup korum

Dah balik KL, weekend aku kat sini aku penuhi dengan menghadiri open house je lah. walaupun Sabtu ben keje Raya tetap ON 3 beranak haha. Aku banyak habiskan masa dengan geng-geng gojes mommy blogger ajelah join baraan ke rumah masing-masing. Minggu kedua raya tu ke Gombak dan Kepong. Sempat jugak tersasar ke Cheras rumah Yatie Ahad nya. hehe






*lantaklah situ gambar tunggang langgang haha*

Minggu berikutnya Sabtu tu pagi-pagi buta aku dah angkut anak-anak ke Klang beraya dengan geng-geng dari sana pulak *as usual laki mak kejeeee Mujurlah ada si aznor so aku follow dia je dari Rawang sampai nak balik kiki. senang keje mak.. :P






Perkara paling best Raya tahun ni aku dengan ben organize 'makan-makan' (not so called open house la hehe) kat rumah. Asalnya aku nak jamu makan kecil-kecil je dengan kawan-kawan blogger mommy memandangkan 2 tahun lepas aku tak pernah host open house plus diorang ni beriya beno suh aku buat haha. Aku bukan taknak jemput orang datang rumah walaupun rumah aku kecil dan buruk haha tapi sebab rumah kat hulu kan aku takut bila aku buat kang takde sape nak datang hahaha. Anyway at last buat jugak itupun ben suruh jemput jiran-jiran, kawan-kawan dia dengan sedara mara dia. ah sudah... masak lah akuuu... nak jamu apa??

Open house rumah aku. hahah ni je gambar? hahahah

*seyes aku takde amik gambar sangat masa open house rumah aku sebab tak sempat! nanti aku godek2 lagi gambar kwn2 yang ada hahaha*
Seriously seumur hidup aku tak pernah organize sendiri majlis open house ke befday ke kenduri doa selamat ke kat rumah ni. Dulu biasa organize untuk event company je. lain-lain tolong participate je macam kenduri-kenduri family kan. Tapi ini our own event. kat rumah sendiri. masak sendiri. barang-barang semua kena decide nak beli apa masak apa. tak ke masak ko dibuatnya? haha. dah lah dapat suami tak pandai masak diri sendiri pun masih belajar aku fikir at earlier tah apa jadi majlis kitorang nanti haha.

Tapi akhirnya sungguh aku tak sangka. The event went smooth. Alhamdulillah. part majlis makan-makan ni aku cerita kat separate post okay panjang beno kalau nak cerita sini. Cukupla aku ringkaskan majlis tu dikira berjaya untuk first timer macam kami hehe. *bangga dengan diri sendiri hikhik

n minggu terakhir Raya ni kami tak kemana pun memandangkan Dhia n Danish tak berapa sihat so kira makan-makan minggu lepas kat rumah aku tu kira penutup Raya aku la tuh haha. pejam celik pejam celik je kan puasa dan raya habis dah. Tak terasa pun sobs. Ko nampak tak betapa dunia ni dah makin tua? semua bergerak lajuuuuu je huuu...

Raya Haji tak lama dah September nanti kan. InsyaAllah beraya dengan mak kat Segamat. Ingat nak spend masa lama sket kat sana kang sebab haritu aku tak stay lama kat kampung sian mak sunyi dia anak-anak n cucu dah balik huhu.

Oklah. ni je lah cerita raya aku haha. ok lah kan consider sinopsis hahaha. nanti aku up post lain.

haaa aku kalau dah kena rasuk mood rajin macam-macam aku nak up haha.. :P

till then! 

1 comment:

Hafizah said...

laaa...dh publish ke rupenyer...penat aku tunggu. nway aku curik gmbr. t.kasih...😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers