9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, September 24, 2016

Dhia Danish Jumpa Doktor Gigi

Posting sebelum tidur sambil baring-baring hehe. Siang tadi aku bawa DhiaDanish pergi dentist. Pergi Klinik Kesihatan je. Mujur beratur depan-depan dapatlah no giliran awal-awal sikit taklah mak tukar gorgon tunggu lama-lama 😅

Tak pernah bawa anak-anak pergi dentist. Disebabkan gigi Danish dah teruk sangat makanya harini aku gigihkan diri bawa dia orang pergi.

Dhia aku tak risau sangat sebab gigi dia cantik elok je. Sebab dia dulu tumbuh gigi lambat so bila dah tumbuh penuh tu dah boleh diharap untuk gosok gigi. Tadi dentist cek pun dia puji gigi memuaskan hehe.

Tapi si Danish.. masyaAllah hahaha. Aku pun tak sanggup nak hadap. Memang dah teruk sangat. Danish ni tumbuh gigi awal lagi lagi yang bahagian depan tu. Tapi belum 2 tahun gigi dah rosak. Plug banyak. Nurse pun cakap SANGAT tak memuaskan okay. Danish ni memang payahhhh sangat nak bersihkan gigi dia. n mungkin silap mak dia ni jugak tak cegah awal-awal. Tadi dentist cuma sapu macam gel untuk cegah karier macam tu lah. Dia kata gigi takleh buat apa dah unless jaga je dari terus rosak camtu lah. Nanti setiap 6 bulan datang cek lagi.

Esok siaplah aku nak paksa rela si Danish ni sental gigi dia. Kalau aku bawa pergi Private kan agak-agak bolehlah dia orang cuci kerak-kerak gigi danish ni ek? Ke macam mana aku nak buat? Ada suggestion anyone? Sadis aku tengok. Muka comel tapi gigi ya ampunnnn hahaha.

Oh gambar pergi dentist tak ada takut kena marah pula aku ambil gambar dalam tu haha.

Esok esok aku ambil gambar gigi si Danish ni. Pening kepala makkkkk..

Ok dah nak tidur. Bai haha.

2 comments:

nadiah hanum said...

Rasanya klu gi private diaorg boleh bersihkan kot..tapi bagus la si danish ni dia ok jer bawak ke dentist, sesetengah budak baya gitu mengaruk tak nak check gigi.

mynameismy said...

Kahkahkah mau nye ok menangis smalam. My skali baring atas tu duk peluk dia hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers