9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, October 22, 2016

Gathering Geng 'Mak-Mak' di Taman Botani Putrajaya

Sejak aku kawen, aku jarang dah jumpa kawan-kawan baik masa zaman-zaman sekolah or zaman Uni dulu. Ada.. tapi sangat jarang. Aku ni takde BFF. sobs. kesian kan haha. Sebab aku berkawan dengan semua orang. Siapa baik dengan aku.. aku baik lah dengan dia orang hehe. siapa duduk serumah dengan aku sebilik dengan aku kira kategori kawan-kawan baik aku lah tu. Yang dah banyak berkongsi macam-macam suka duka ehehe. Now masing-masing dah ada life masing-masing. Kami keep in touch melalui Facebook atau Whatsapp aje lah. 

Kau tengok? aku tak boleh masuk belog. Bila dah ada mood nak menulis kemahen panjang mukadimah padahal aku nak cerita benda lain haha. Point nye ialah kawan-kawan aku sejak dah berkahwin ni adalah sahabat-sahabat maya aku, Gojes Blogger Supermom and Baby. kawan-kawan blogger. Yang mana aku kenal sejak zaman Be-to-Be.. dan seterusnya Mommy-to-Be... Now masing-masing dah beranak 2.. 3... soon jadi gorgon-to-be pulak lah kot haha. alah tak payah tunggu anak 3 baru nak tukar gorgon.. anak satu pun dah haru kau kan hahaa... *mengata diri sendiri 



Anyway last Saturday.. *woiii seminggu dah baru nak hapdetttt kitorang ber'gathering' di Taman Botani Putrajaya. aku tak ingat dah bila last aku jejak Putrajaya tu. lama dah rasa. Taman Botani tu pun aku pernah jejak masa aku jadi fasilitator treasure hunt masa zaman Diploma kat Bangi dulu. Lama woi 10 years back aku rasa ada tu. *tua dah gamokkkk


So last minute plan geng-geng gojes ni ajak gath kat sana. Aku pun tak pernah join gath area sana asyik belah-belah sini je kan sekali-sekala kita turun padang join dengan geng-geng belah sana pulak hehe. As usual ben keje Sabtu. So, untuk elak sesat barat dan haru biru dalam kereta aku car pool dengan az hehe. Kebetulan laki dia pun keje hari tu. But oklah takde lah jauh mana pun Putrajaya tu. kurang sejam kitorang dah sampai. Next time kalau aku drive sendiri pergi pun takde hal kot *berlagak kau eh







Yang bestnya gath haritu ramaiiii sangat kawan-kawan yang datang. ada dalam 15-16 orang kot.. seriously meriah. ada yang aku first time jumpa macam cikkin, Ayu, Lala, Lin... ah GBSB ni jumpa lah kali pertama pun tapi macam dah sepuluh kali jumpa haha. tak segan dah weh. ;P 
















Macam biasalah huru hara tempat tu dibuatnya macam takde orang lain kan haha. *ada aku kesah giteww dengan anak-anak macam-macam perangai.. fuhhh... aku lagi lah dengan laki takde. anak kejap2 nak tek la nak kencing lah nak air lah.. serabai dibuatnya haha. Mimi siap bawak belon plastik balance si befday rafif tah tahun bila. anak aku nak kemahen tapi bukan nak jaga elok. berapa kali dah aku kejar si elmo kena tiup angin.. sudahnya balik elmo tak dapat dikesan dapat bawa balik cik dora je haha. Itupun aku simpan je dalam bonet sebab tinggal satu kang aku bawa masuk berebut dua beradik tu hahaha.. biarlah dia mereput dalam bonet hahah







As usual, kalau dah jumpa haruslah potluck. Kalau dulu aku rajin 'beli' je kali ni kita masak lah khennnn.. tak surirumah lah kalau beli jugak hahaha. aku plan asalnya memang malas masak pun kahkah. dah verangan order kuih nona manis 50 bijik tapi dah kata takde rezeki kan akak yang buat nona manis tu emergency nak balik kampung pulak. Dah kelam kabut lah aku masak bihun goreng tomyam pagi tu hehe. Tah apa rasa. tapi licin lah jugak :P aku kalau gath GBSB ni tak lain aku pikir nak makan je hahaha. tapi aku tak berapa banyak mengunyah plak haritu. sebab dok jaga anak 2 ketul ni lah haha. sempat rasa-rasa je lah makanan yang lain. mana yang datang kendian tu ada yang aku tak jamah langsung pun ada sobs. bila dah balik teringat2 pulak uwwaaaa...

By tengahari kitorang balik. Anak-anak pun masing-masing bateri dah flat. Dhia je steady lagi sampai ke petang adeh. Malam pengsan awal haha.






Anyway gath kali ni memang best. best sebab ramai yang datang. best sebab makanan yang sedap. best sebab mimi yang baik hati siap buat photoshoot family. tapi malangnya family photo ku tidak sempurna tanpa suami di sisi sob sob.. apapun, kredit kat Cik Mimi. Thanks mi! Next time kau cas ye. satu family 50sen dah la... haha :P


Ok next gath kat mana pulak? hehe. Soon ciknaa dah nak pindah pahang *uwwaaaa sedihhh so aku yakin at least akan ada sekali lagi gathering dengan geng2 sengal ni haha. ai is tak sabar ok haha.. :P

Looking forward for a next Gathering! :P




5 comments:

CikNaa said...

Hahaha 50 sen tu ku setuju. Padilah buat mak mimi beli air sirap kehkehkeh.. next gathering please!

Hafizah said...

Siape wt sirap benornyer... padilah ke mimi? 😂😂😂

CikNaa said...

Boleh lahhhh. Benci enpon ni kecik nau

Chekgu Azrine said...

giler punya happening...
semoga kita punya ukhuwah makin terjalin erat..amiin

Sue Izza said...

wahhhhh meriah betul haaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers