9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, November 13, 2016

Masalah Jerawat? Atasi dengan Pure by Safiyyah Osman

Sejenis aku adalah sejenis yang susah nak jumpa produk yang sesuai especially untuk kulit muka. Aku ni jenis muka sensetif kalau tengok muka aku masa zaman muda remaja dulu MasyaAllah memang teruk. Jerawat penuh especially tang pipi. Giler dulu aku stress untuk hilangkan segala tok nenek jerawat dan parut dekat muka. Aku rasa zaman habis Uni pun tak settle lagi masalah negara aku nan satu tu haha. Tapi mujur lah ada jugak orang berkenan nak kawen kan agagagaga.. :P

Lately ni jerawat kerap naik kat bahagian tepi pipi

Masa zaman mula bekerja masalah jerawat tu dah berkurang sampailah dah kahwin. Jerawat susah sikit nak naik dah tak macam dulu-dulu. Cuma lately aku agak ambil kisah bila aku dah mula ada jerawat kat bahagian tepi muka. Stressnya masyaAllah tak tahu nak cakap.. dia naik seketul seketul.. datang seketul dia bawa geng-geng dia semua pakat duk tumpang pipi aku nate sungguh haha. lama-lama jadi parut aku pulak jenis tak boleh duduk diam kerja nak usik je jerawat tu hehe.



Start dari situlah aku try cari produk yang sesuai nak atasi masalah jerawat aku ni. Kau tahulah produk-produk zaman sekarang ni tumbuh macam cendawan macam-macam jenis ada kat pasaran luar sana. jenis kulit muka tak okay macam aku ni kalau silap pilih mahu makin teruk jadinya kan.


Aku berminat nak cuba Pure by Safiyyah Osman bila tengok owner yang merangkap sahabat blogger aku kat facebook si Piya ni mula pasarkan produk-produk berasaskan bahan organik. PUREbySO dibuat sepenuhnya secara homemade & 100% buatan tangan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Semua bahan yang digunakan adalah natural, 100% vegan dan organik serta tiada pewangi tiruan,tiada pewarna tiruan dan tiada paraben serta SLS. Bila dah organik, siapa yang tak mahu cuba betul tak?

Jadi selepas dapatkan consult daripada Piya aku ambil keputusan untuk ambil kombinasi Set Jerawat & Berminyak untuk atasi masalah kulit muka macam aku ni.


Berikut adalah item yang terdapat dalam set kombinasi tersebut:


1. Detox Face & Body Soap (Comb.ac-n) - RM16


Bahan utama: Goat Milk,Sandalwood Powder,Pure Sandalwood Oil,Cocoa Powder.


Yang bestnya sabun PBySO ni dia akan kick out lebihan minyak yang ada pada kulit muka. Susu kambing berfungsi untuk merawat kulit yang bermasalah dan akan okkan PH kulit kita. Sandalwood yang terkandung di dalamnya juga berfungsi untuk mengecutkan jerawat dan membantu menghalang jerawat baru dari naik dekat kulit. Pakai sabun ni jimat giler uols aku beli dah berbulan-bulan pun tak habis lagi haha.

aku suka potong-potong macam ni. tahan lama sikit haha

Kebaikan lain:

  • Sesuai untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.
  • Sangat aktif mengecutkan jerawat bernanah.
  • Meredakan kemerahan pada kulit.
  • Kaya dgn Vitamin A.
  • Bagus utk beri kelembapan pada kulit.
  • Membekalkan AHA (Alpha Hidroksi Asid) iaitu kesan pengelupasan secara lembut dan menstrukturkan kembali kulit baru.
  • Mencerahkan kulit dan memberikan kesan kesegaran serta kelembutan pada kulit.
  • Ph yang seimbang,Susu Kambing mempunyai pH antara 5 hingga 6 hampir sama dengan pH kulit manusia.
  • Pelembab semulajadi kulit.
  • Sangat bagus untuk hilangkan whitehead/blackhead


2. ESA Lavandula Mist Toner. - RM35


Diadun dengan minyak asli lavender,olea vera extract,witch,minyak rosehip dan minyak vitamin E. 

Haa biasanya lepas je cuci dengan sabun Comb. Ac-n aku akan dap dap kan dengan Mist Toner ni. sedap nyaman je rasa kulit muka tu. Mist Toner ni selain bertindak untuk menutup liang pori-pori yang terbuka ia juga mengecutkan jerawat. Piya cakap kena guna secara konsisten InsyaAllah parut akan hilang so sekarang memang aku tengah gigih disiplin sapu hari-hari untuk hilangkan parut ni. Bahan organik kan so kau tak bolehlah expect harini kau sapu esok parut kau hilang. kena sabar ok sabar.. haha.
.
Kebaikan lain :
  • Mengecilkan liang pori-pori.
  • Merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat.
  • Meningkatkan regenerasi kulit.
  • Membunuh bakteria yang menjadi punca jerawat.
  • Melembabkan kulit muka yang kering. 

Cara guna:
1. Digunakan selepas mencuci muka dengan Comb.ac-n Soap
2. Pam 1-2x pada tapak tangan atau cotton ball,ratakan ke seluruh muka.
3. Boleh juga digunakan pada bila-bila masa atau dimana-mana.



3. Heroin & Pure Face Mask.- RM25


Bahan yang digunakan : Rolled oat organik,serbuk koko & campuran minyak asli.

Face Mask ni pun best giler hehe aku pakai dalam 1-2 kali je seminggu. Ia berfungsi untuk tutup liang-liang pori dan tarik whitehead/blackhead. Selain tu Face Mask ni juga kurangkan merah-merah dekat kulit muka aku yang ada jerawat ni. Jerawat pun cepat je kecut.

Kebaikan lain :
  • Menanggalkan blackhead & whitehead.
  • Mengecutkan jerawat bernanah dan ruam jerawat.
  • Memudarkan parut jerawat.
  • Mengecilkan liang pori-pori dan membersihkan liang pori-pori.
  • Menghilangkan lebihan minyak pada kulit wajah.


Cara guna :
1. Ambil 1-2sudu kecil serbuk face mask ke dalam mangkuk kecil.
2. Masukkan sedikit susu segar atau air bersih.
3. Kacau hingga menjadi paste.
4. Sapukan keseluruhan wajah.
5. Biarkan kering.
6. Bilas bersih.


4. ESA Golden Jojoba Oil Face Lotion.- RM36


Bahan utama yang digunakan adalah minyak asli lavender,minyak asli sweet orange,minyak vitamin E,shea butter,minyak jojoba,minyak kepala,minyak sweet almond,minyak rosehip seed oil.


Haaa Golden Jojoba Oil ni sangat bagus untuk kulit yang sensitif kering atau sensitif berjerawat dan minyak paling dekat dengan minyak yang terhasil dari kulit muka manusia. Face Lotion ni kaya dgn antioksidan dan antifungus serta bakteria so ia bantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan berfungsi utk melembabkan kulit tanpa pertumbuhan jerawat baru. Biasanya aku guna sebagai cream siang & malam. Oh face lotion ni jugak ada SPF 25 tau ;)

Kalau korang nak tau, Face Lotion Golden Jojoba Oil ni antara produk PALING HOT di PBySO sebab ia ada 1001 kegunaan dan kebaikan. Kau boleh guna pada kuku, pada rambut kau boleh buat jadi base sebelum makeup ;) Tekstur dia sangat sangat ringan dan mudah serap ke kulit. Nak kulit sihat, kena cari pelembab yang tak memudaratkan, Esa Golden Jojoba Face Oil tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, tiada pewarna & pewangi tiruan. Tidak bertoksik, tiada pengawet. Memang lembut & selamat pada kulit. ;)


Kebaikan lain :
  • Melembabkan kulit & menyingkirkan minyak jahat dari kulit.
  • Bagus untuk semua jenis kulit.
  • Dijadikan primer makeup.
  • Antiradang & antibakteria
  • Menyihatkan kulit muka.
  • Kaya dengan vitamin A, B, dan E.
  • Bagus untuk merawat kesan luka, parut,sunburn.
  • Mengurangkan radang kulit, eczema @ psoriasis.
Kesan Set Skincare ni pada aku?

Jerawat dah mengecut dan takde kemerah-merahan dah
Alhamdulillah, aku rasa lebih lega. Lepas aku konsisten pakai all above dalam tempoh kurang sebulan, jerawat banyak keluar which means itu adalah tindak balas awal untuk dia remove dan detox segala tok nenek kotoran kat bawah kulit aku ni. Kalau dulu Jerawat ni lambat je nak baik lepas tu dia duk berjangkit-jangkit pakat panggil geng dia mai tumbuh sekali tapi sekarang kalau tumbuh jerawat tak ambil masa lama untuk dia kecut. Now aku dalam proses nak hilangkan parut-parut lama jerawat ni. Piyah dah pesan kena konsisten pakai PBySO ni lepas tu bahagian-bahagian lain kena jaga jugak macam contoh pemakanan. Yela kau muka dah lah sensetip kalau kau tonyoh macam2 jenis produk pun kalau pemakanan kau macam Nau'zubillah tak okay jugak ye dak hehe. Air pun nak kena minum banyak baru kulit muka meletop! haaa gitu.. ;) 

Skincare Set daripada PBySO ni boleh tahan berbulan-bulan. Tapi kau kena tengoklah sebab dia organik so ada jangka hayat dia. Tapi InsyaAllah sempat sangatlah kau pakai sampai sebelum tarikh luput kalau kau pakai secara konsisten. ;) haa, dah lah tahan lama murah pulak tu. Yela kalau kau tengok harga produk-produk skincare kat luar sana yang nama meletop-meletop tu mahal kan? Tapi kandungan dia? Sure ke selamat? PBySO ni dah lah 100% Handmade, Homemade, semulajadi, takde guna bahan kimia, bebas pewarna atau pewangi tiruan pulak tu tapi harga dia? MasyaAllah berbaloi sangat. Mampu milik untuk rakyat marhaen macam aku ni haha. Lagi satu, korang tak perlu risau sebab semua produk PBySO ni mesra solat means korang jangalah risau sebab takde masalah boleh bawa solat ;)


So, kalau korang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit muka korang, korang cubalah PBySO ni. Jangan risau korang boleh pm dulu Piya atau agen-agen dia yang sah untuk consult dulu produk mana yang sesuai sebelum korang guna. 

Kalau berminat nak dapatkan info produk PureBySafiyyahOsman ni korang boleh roger-roger diorang kat:

Contact no:

+60194163319

Facebook: 


PureBySafiyyahOsman


Instagram:

purebysafiyyahosman

Senarai Stokis/ Agen/ Dropship:

stokist.purebysafiyyahosman

Kalau korang masih ragu-ragu korang boleh cari #testimonipbyso dan boleh lihat sendiri testimonial pelanggan yang dah rasa keberkesanan PBySO ni ;)

Oh ye kalau korang buat PEMBELIAN mana-mana produk PBySO bernilai RM30 ke atas dalam satu resit korang LAYAK menyertai LUCKY DRAW GUNA & MENANG. Korang berpeluang memenangi IPHONE 7 & IPHONE 6 tau! siapa nak bagi FREE kan? hehe

haaa tunggu apa lagi... Info lanjut korang boleh ke klik SINI okay.. :)

till then!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers