9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, December 20, 2017

Penatnya jadi mak anak tiga

Err.. belum boleh bercerita pengalaman bersalin. Tunggu balik rumah nanti lah. La ni kat kampung lagi. InsyaAllah weekend ni balik dah. Rindu dekat tok laki haha 😝

Fuhhh.. sementara nak tido ni singgah sini kejap berleter. Kehkeh. Sekurang2 nya ada sebab untuk menulis kan. Tidaklah bersawang lagi as usual. Gittewww

Aku ada masa nak pegang betul2 handphone ni pun masa ni lah. Time anak3 dah lena. 24 jam pun memang aku hadap jugak telefon. Cari makan kan. Tapi tidaklah dapat setenang ini huuu 😅

Anak anak aku ni time tido je lah diorang tak bergaduh, tak menjerit, tak berlari..😣
Kalau tak all the time siang hari Allahuakbar.. boleh kena darah tinggi lama-lama mak dia ni haha.

Itu pasal aku cakap penat haha. Penat berleter. Penat marah. Eh.. penat macam2 lah.

Dhia dengan Danish balik rumah nenek sukalah diorang. Rumah kemahen luas. Lepas tu takde sepupu lain. Memang berdua diorang je lah main. Tu lah geng main tu lah geng gado. Aduhai.. tu satu hal. celik mata je nak gaduh. Yang kakak dengki adik.. yang adik dengki kakak..

Anak-anak korang ada macam tu? Ke aku je?

Aku ni ko paham2lah ada baby kecil. Kadang2 time baby susah tido si abang kakak ni buat hal. Allahu... mana tak darah naik kepala. Cuba dah urut dada. Tapi tak boleh. Lepas tu main lari2. Berapa kali pesan jangan berlari jangan naik turun tangga.. dia buatttt jugak. Cakap lembut tak jalan nak kena tinggi suara baru dengar. Dah tu macam mana?

Meletus jua gunung berapi hoi. Sehari kalau tak marah anak tak sah. Sehari kalau tak pegang hanger tak sah. Lepas tu di malam hari macam ni mulalah sayu menyesal.. menangis sorang2 sobs. 😭

Bila kita marah mulalah cakap 'mami tak sayanggggg'... tapi taknak dengar cakap 😣

Allah.. penatnya. Penat melayan karenah anak yang macam2. Baru anak 3 orang 😭 aku risau balik rumah sendiri esok ni kang entah macam mana. Mampu kah aku? Ya Allah hari2 taubat taknak jadi mak naga. Baca buku parenting. Doa jadi orang sabar. But still... selalu hilang kesabaran.

Sedangkan... apalah dosa anak tu kan. Baru sekecil 3 dan 5 tahun Allahu.. berdosanya aku sebagai ibu... 😭

Dengan baby plak lain karenahnya. Kadan2 okay kadang tak okay. Fasa bawah 6 bulan ni biasalah ragam baby berubah2. Memang kena banyak bersabar. Kadang2 mengadap baby je sampai tak sempat aku nak minum. Ini untung masih dekat rumah mak. Aku nak mandi, nak solat, nak makan mak tolong tengokkan baby kalau dia tak tidur. Kalau ditinggal dengan Dhia Danish tataola apa jadi. Bukan boleh percaya haha.

Fuhhhh... penat jugak jadi mak anak 3 ni kan. Alah. Anak 2 pun penat jugak. Dah kau yang nak beranak. Terima je lah kan haha. Aku risau je tak boleh nak tahan amarah ni. Yela kalau selalu marah anak pun bukan boleh kan. Risau terkesan kat diorang lagi2 Dhia tu dah terlebih faham. Dah pandai main dengan emosi... sobs.

Harap2nya aku mampu lah handle anak3 esok sorang2 bila dah dekat rumah sendiri nanti. Yelah anak3 akan ada seharian dengan aku 24/7 while suami bekerja pagi ke malam. Kalau tak lepas maghrib tak sah baru nak sampai rumah huwaaaa...

Bertabahlah my... InsyaAllah kau boleh buat.

Maafkan mami anak3.. mami janji try my best to be better okay... segarang2 mana mami pada korang... mami sayang korang lebih daripada segala2nya tau! 😭

Sleep tight anak3. Lupakan hari ini. Esok main lagi ya 🙁

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers