9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, September 21, 2018

Bosan cuti hujung minggu? Jom ke Farm In The City!

Sabtu baru-baru ini sepatutnya Dhia join rombongan sekolah dia ke Lenggeng. Memandangkan cost nak ke sana agak tinggi dan daddy pula perlu bekerja makanya Dhia kami withdraw kan daripada mengikuti rombongan tersebut. Tapi.. sebagai ganti kami dah janji nak bawa ke tempat yang seakan-akan sama.. iaitu Farm In The City! 😍


Biasa kalau pergi zoo kita banyak tengok haiwan-haiwan besar dalam kandang kan, tapi kali ini iaya adalah zoo yang ada haiwan-haiwan ternakan yang boleh disentuh dan dilihat dari jarak yang dekat. wow! 😱

senyumanmu menawan hatiku
Actually, aku dah lama ada niat nak bawa anak-anak ke sini tapi tak juga jadi2 kenyataan. Alhamdulillah kali ni ada rezeki bawa anak-anak ke sana. Sambil berjalan dapatlah kenalkan anak-anak dengan haiwan yang real kan, biasa tengok dalam TV atau buku je hehe.


So, the next day Ahad haritu kami ke Farm In The City. Siap bawa atuk dan nenek sekali. Farm in The City (FITC) ni dibuka seawal jam 9.30 pagi dan tutup jam 6 petang. Pagi tu awal pagi aku dah kejut siapkan anak-anak. Yela kalau lambat-lambat nanti dah tengahari panas pulak kan. So around 10.30 pagi macam tu dah sampai ke FITC. Parking pun dah penuh husband drop by kami dan kena park dekat luar kawasan FITC tu. 
PRICE TICKET:

Normal Rate : Adult RM55.00 Child RM45.00

MYKAD Rate : Adult RM37.00 Child RM30.00
*Child denotes below 11y/o*Child 90cm below FOC
Ini kalau by package
Mix animal foods sebelum ke kaunter tiket. RM10 sebaldi kecil
Sebelum masuk dalam korang akan jumpa kedai souvenir dulu, so buat-buat tak nampak je lah sebelum anak mintak yang bukan-bukan kahkah. Kaunter tiket dia korang kena masuk dalam sikit turun tangga. So sebelum masuk tu kalau korang nak beli makanan haiwan boleh lah beli siap-siap. Dekat dalam ada juga jual tapi kena beli pakai token dekat mesin. Dekat kaunter tiket tu korang tunjuk mykad nanti dapatlah harga murah sikit. Harga tiket masuk warga emas sama harga macam kanak-kanak ya. 



Anyway yang bestnya FITC ni mesra wheelchair dan stroller. Walaupun kawasan dia tak berapa luas dan jalan sedikit berliku tapi aku nak puji depa masih sediakan laluan untuk yang berkerusi roda dan stroller. So memang senanglah kami bawa atuk dan nenek haritu. Kalau penat masa berjalan pun jangan risau sebab banyak je tempat boleh pit stop dan duduk-duduk rehat dulu. 😍

So dah masuk tu korang pusing lah puas-puas tengok binatang dari pintu masuk sampai pintu keluar hehe. jom cekidaut binatang apa yang ada dekat dalam
Mula-mula masuk sini jumpa kuda dulu. Bagi anak-anak ride kejap hehe


RM7 per round
Cubaan bagi makan kambing tapi budak-budak ni takut hahah


Raccoon
Suruh pegang masing2 tak berani haha
Kura-Kura
Ingatkan rumah nenek kat kampung je ada ayam sini pun ada tauuu
Bagi makan fish pulak






Daddy bagi makan kambing. berebut haha


Appaca

Kura2 gergasi

Mami amik gambar kakak dekat situ. ok foinneeee

Terserempak dengan rakan blogger KBBA




ular atas kepala!





tangkap ikan!



food animals











amboi sombongnye muka cik burung unta belakang tu hahaha







Fuhh... dekat 2 jam jugaklah dalam tu melayan anak-anak. Apapun bestlah sebab serono tengok anak happy kan kan kan hehe. So korang kalau bosan-bosan tak ada idea nak bawa anak-anak pergi mana bolehlah ke Farm In The City 😊




LOKASI FITC:
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Tel: 03-89412099/3099

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers