9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 12, 2018

Gojes Blogger Supermom and Baby's Family Fun Day Volume IV at Cyberview Resort & Spa

Alhamdulillah.. baru-baru ni telah berlangsung dengan jayanya Family Fun Day kali ke-4 oleh geng mak-mak blogger karam 😂, Gojes Blogger Supermom and Baby 😍.. Walaupun sendu tapi Ukhwah tetap padu...haaa gitewww kata kau!😋

Geng mak-mak yang aku dah kenal sejak beranak sorang. Ada yang aku dah kenal daripada zaman Bride to Be juga so tolak tambah lebih 5 tahun juga dah kenal cumanya hubungan tu lebih rapat bila tertubuhnya group GBSB ni. Banyak-banyak group blogger yang aku join inilah group yang paling lama bertahan malah ukhwah antara kami semakin akrab dan erat ecewah. Macam adik beradik gitew.. sentap sentap takde hal InsyaAllah tak makan dalam lama sangat, tak masam muka lama-lama esok2 baik balik hehe. InsyaAllah macam tu lah feeling aku pada semua. Kalau aku ada tercakap belakang ke depan2 ke MAAFkan aku ye geng. aku SAYANG semua 😍😘

Ok back to our recent Family Day, lokasi kali ini di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Check in petang Sabtu Kelmarin 8 Sept 2018. Allah.. aku yang duduk Selangor pun lepas Asar baru sampai haha. 


Ben cuti korbankan hari kerja dia Sabtu tu, nasib baik haha. Walaupun 24jam hp dia berbunyi je client call/wasap all the time geram je aku nak bersuka ria pun payah. Rehat-rehatlah sikit bang oiii.. 😏

Check in, Potluck & Mandi Kolam

Sampai-sampai je Cyberview petang tu ambil kunci, pergi check in dulu. Aku booking Deluxe Room. Oklah besar selesa ada sofa bed, iron bagai. Cumanya bukan rezeki aku bilik tak ada bath tub hahahaha. Tapi yang ruginya aku bukan duduk bilik sangat pun. Bilik untuk solat, tidur, mandi je selebihnya banyak aktiviti luar je. Berak pun tak sempat oiii hahahha.

Lepas check in aku terus siap-siap solat asar, tukar baju dan pergi area kolam jumpa geng2 dekat sana. Banyak makanan aku tak merasa adeh licin semua hahaha sobs.

Aku bawa nasi lemak sambal petai dan tauhu begedil petang tu. Tapi sayangnya nasi lemak yang aku bawa  boleh tergolek depan chalet Allahuakbar. Bergolek2 bekas makanan tu aku selamatkan dah tinggal half haha half lagi rezeki tar 😪 Haih mujurlah ramai dah kenyang masa tu n ada menu nasi lain juga adududududu ralat sungguh.



Petang tu haruslah dengan aku-aku sekali masuk kolam. Lama dah tak berendam sejak bersalinkan Dayyan haha. Dayyan pun festime masuk kolam ceria nampaknya lepas ni boleh campak kolam lagi haha.


antara geng mak-mak yang ada. yang lain mana tah berendam kolam barangkali hehe

Menu potluck petang tu banyak sangat tapi sebab aku sampai lambat makanya yang sedap-sedap banyak dah licin awal huhu sabo je lah. wajib repeat potluck gath lepas ni kahkah #dasarpemakan 😆

Birthday Celebration | Tukar-tukar hadiah | Lucky Draw

Malam Sabtu tu ada buat birthday celebration sikit untuk Sept babies. Banyak kek. Pakal lah perut aku kekenyangan sangat dah kalau tak mau habis aku bedal semua sedap woi. 

Foods yang nana bawa untuk malam tu pun sedap aku makan bihun. Teh tarik siapa bawak woiii nana jugak ke orang lain. Aku ni jarang minum teh tapi teh tarik tuuu sedap giler! Minum panas-panas perghhhhhh... ahhh citer makan lagi hahahha

Malam tu Dhia dapat hadiah lucky draw untuk kids. Dapat baju kebaya batik budak daripada @fea.rissa, belum redeem lagi sebab kupon nya aku tak jumpa mana letak 😂 Hadiah tukar-tukar aku dapat hadiah daripada Leenda, kupon AEON RM50. Thanks leenda kang boleh shopping spender dekat aeon hahaha. Hadiah aku dapat dekat Diana Dekna, aku bagi telekung dengan buku je. Harap-harap sudilah terima dengan doa semoga dapat sikit pahala akhirat aku bila si penerima guna 😉 Hadiah lucky draw aku dapat tudung bawal daripada @Fayrainspire. Tapi belum rasmi lagi, harap2 comellah nanti haha. Dah guna nanti aku share naaa 😉

Malam tu tak pasti lah majlis habis pukul berapa. Anak-anak dah merengek maka cepat-cepatlah mc lajukan majlis haha. Nasib lah anak aku tak tahap tantrum lagi kalau tak mau mak pun bertukar singa jadian 😋 Malam tu balik bilik bersihkan diri suruh anak3 tido. Laki pun selamat mentido lepas solat tapi aku pukul 1pagi pun buntang lagi mata padahal badan penat dah huhu. Sempatlah aku kemas barang-barang kejap sebelum lelap.

Sukaneka | Penutup


Pagi tu aku bangun 6 pagi untuk bersiap-siap, usai solat terus kejut laki, anak3 mandi bersiap jugak. Sebelum 8 pagi kitorang turun Cafe untuk breakfast. 
Makanan dia not bad, tapi tak ada kuih muih macam karipap ke, serimuka ke donut ke jenuh aku pusing cari hahaha #villagepeople 😁

Lepas breakfast acara sukaneka pulak. Adoi punyalah meriah game pagi tu penat-penat pun layan lagi haha. Aku banyak kelek dayyan je, sian dhia danish join game aku tak boleh nak support sangat video n pic diorang pun aku tak ambil harap ehsan kawan-kawan je la hahaha. Laki aku tu aku ajak dia main game tak mau lantok la #janjidianakpergifamdaybersyukurbanyakdahhahaha



Game habis tu habis around 11am macam tu. Banyak betul goodies budak-budak ni dapat. Seronok sangat anak-anak-anak sampai taknak balik haha. Yela pergi hotel mahal-mahal dapat buat apa je pun. Nak sambung mandi balik tu pun xdan ada agenda lain. Berbulu je aku tengok geng geng lain duk extend stay siap sempat pergi playground, spa, jakuzi bagai. Kalau ada duit wajib repeat hahaha. 

Overall

Alhamdulillah, aku rasa tahun ni event paling best antara family day sebelum2 ni. Eceh padahal ini baru kali ke-2 aku join. 2 tahun sebelum ni tak dapat join sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Tahun ni syukurrrrrr... Allah izinkan hehe. overall okay cuma tu lah mungkin boleh dah lepas ni buat 3 hari 2 malam. Heheh aku kalau 3 hari 2 malam tu dekat2 bolehlah kot kalau luar negeri kena fikir dulu haha memandangkan laki aku tu busy kerja sobs. 

hadiah-hadiah tahun ni pun superlah banyak. Anak-anak pun seronok. Sponsor pun banyak, tahun depan kena reduce sikit lah sebab aku tak larat nak review banyak2 kahkahkah.

Apapun, aku nak ucap TERIMA KASIH kepada kawan-kawan GBSB yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam event kita kali ni. Alhamdulillah, kita ramai sebenarnya cuma tak berapa nak timbul. See kali ni lebih 30 family yang datang kan. happening sangat! Yang festime join pun tak rasa macam baru festime join kan kan kan. Lepas ni kita gather2 lagi okay. 😍

Kalau ada kekurangan atau kelemahan dari pihak aku AKU MINTA MAAF ya. Haa kalau ada siapa2 aku berhutang tu bagilah tahu kot ade yang aku termiss tak bayar haha.

InsyaAllah panjang umur, tiada aral kita jumpa FAMILY DAY 2019.

errr... gathering hujung tahun ni ada lagi tak? potluck? 😜

*gambar lain ak up kemudian kahkah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers