Menjadi seorang ibu kepada seorang anak bukanlah
kerja mudah kalau tak dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesabaran yang tinggi.. Fuhhh… Mak My kata,
akak My kata, even kawan-kawan yang dah melalui first timer pun ada kata.. baby
dalam hari ni memang macam-macam ragam.. mungkin dia baru nak adopt dengan
dunia luar perut. So, memang kena banyak bersabar dalam bulan-bulan pertama ni.
Same goes with me… Hari pertama menjaga si kecil
dah cukup menguji kesabaran kami suami isteri.. Mana tidaknya, malam pertama di
rumah setelah bawa pulang anak keesokannya selepas kelahiran, si kecil meragam
tak mahu tidur. Menangis je.. My pulak dahla baru start berpantang so emosi tu
agak tak menentu sikit ditambah dengan kekurangan tidur sejak di hospital
lagi.. So, malam tu kami lebih banyak berjaga memujuk Dhia.. Bila dah tak boleh
handle sangat MIL pun tolong dukung n pujuk baby huhu tersengguk-sengguk kami
menahan ngantuk… Around 4,5 pagi jugakla baru Dhia tidur di pangkuan My… haih…

Hari ketiga kami dah gerak balik Segamat, Johor
untuk My tinggal di sana dalam tempoh berpantang. Kami bertiga je dalam
kereta.. enchek hasben drive sementara My duduk di belakang bersama Dhia… Fuhh
mencabar jugaklah. Kami tak berhenti makan pun. Nasib baiklah masa tu My masih
baru bersalin so rasa nak terkucil tu kureng sikit jadinya My dapat bertahan 3
jam perjalanan tak berhenti ‘membuang’ huhu. Singgah RnR, enchek hasben je
turun gi solat n beli makanan. My tunggu dalam kereta dengan anak yang
kejap-kejap je tidur… Susu badan dahlah belum nak keluar masa tu ngamuk-ngamuk
jugaklah si kecil bila isap tak puas…-..- Alhamdulillah perjalanan kami selamat
sampai ke destinasi… J
Enchek hasben sempat bersama kami kat kampung dalam
4/5 hari je sebelum pulang semula ke KL untuk kembali bekerja. U know what…
masa nak hantar enchek hasben kat depan pintu.. punyalah My sebak.. Sebelum tu
masa makan dengan dia My dah meleleh air mata.. Masa nak hantar dia tu My tahan
je airmata ni yela kang mak abah perasan lak kan… Sedihnya masyaAllah… Allah je
tau… Lepas je kereta enchek hasben menghilang daripada pandangan… My masuk
bilik menangis semahu-mahunya… :’( Sambil breastfeed anak pun My menangis
teresak-esak.. Memang seharian tu airmata ni tak boleh nak berhenti menangis..
My sms enchek hasben sepanjang selepas dia pergi.. beritahu dia betapa sedihnya
My bila dia tinggalkan kami… L
Tak pasal-pasal enchek hasben yang sambil drive balik kL tu pun menangis…
uwwaaaa… Macam ni lah penangan bila dah ada anak kan… n My tau korang2 yang
berpantang kat kampung tanpa suami macam My mesti pernah mengalami perasaan
yang sama kan kan. Subhanallah perasaan….

2/3 hari lepas tu baru macam okay sikit emosi ni
kalau tak pantang ada peluang memang My nangis je. Tak putus-putus sms enchek
hasben gtau My rindu rindu rindu…-..- Yela bayangkanlah dahlah tengah
berpantang emosi macam hape dengan nak jaga anak lagi… Mak bape kali pesan
jangan nangis-nangis tak elok nanti bentan huuuuu~ Kat rumah biasanya rutin
harian malam mak akan tido dengan My n Dhia. Sepanjang malam tu kalau Dhia
terjaga memang mak orang pertama yang akan bangun n pangku dia. My bangun bagi
susu je pastu tido balik. Maklah yang tersengguk-sengguk tidokan anak My yang
jenis susah sangat nak lena tu huhu. Siangnya plak, pukul 5.30 am mak dah
bangun siap nak Subuh dengan abah. Kalau Dhia dah bangun My lah ambil alih
tugas semula huhu. My bagi dia minum cukup-cukup dan biasanya dia akan tidur
semula. Awal pagi My dah mandi, makan. Mak plak pergi kerja. Ye, mak masih
bekerja so tinggallah My dengan abah kalau abah tak pergi dialisis buah
pinggang. Adik-adik pun ada tapi serupa tak ada lah sebab diorang takde
function lepas subuh tido balik sampai matahari naik atas kepala..grrr.
3 minggu terawal di kampung, tiap-tiap minggu
enchek hasben balik. So kalau dia ada relax sikit mak sebab enchek hasben yang
akan tolong My dalam bab menjaga anak hehe.
Ok, then tengahari mak akan balik masak tengahari
untuk My n biasanya My tak akan mandikan anak sendiri.. takut lagi nak pegang
kecit-kecit kan huhu so, sampai tengahari la My tunggu mak baru mandikan Dhia…:D
Nak mandikan pagi-pagi dia tido lagi, lagipun sejuk kan hehe. Lepas Zohor mak
pergi kerja semula n tinggallah My jaga Dhia.. Biasanya kalau dia ok, dia
tido.. kalau tak tido pun dia baring tu main sorang-sorang senyap je.. My
oklah.. Yang tak oknya kalau dia meragam.. fuhhh… Kalau time senang nak dipujuk
takpe lah jugak My dodoi-dodoi je.. Ni kena time susah sangat nak dipujuk
perghhh becinta betul… Mulalah My gabra.. yela sakit perut ke sakit sana sini
ke mana My nak tau kan. Haaa mulalah My gi ambil mnyak dok sapu-sapu perut
dia.. kot lah dia sakit perut kan huhu. Ada satu masa tu, mak pergi kenduri…
Dhia plak merengek-rengek taknak diam.. menangis tak benti lama-lama My jadi
stress… memang buntu tatao nak buatpe sampai menangis tau tak.. L Sudahnya, My kol adik
yang gi merayap tu suh panggil mak balik dari rumah kenduri. Mak balik baru My lega.. Dhia
bertukar tangan. Yang peliknya, kat tangan nenek senyap plak si kecit ni… L

Bab berbuai dan puting plak, niat awal dulu dengan
enchek hasben taknak ajar anak kami berbuai dan isap puting. Berputing sebab
taknak dia jadi habit sampai ke besar jongang plak kang hehe. Tak nak bagi buai
sebab senang nak ke mana-mana. Tapi ini anak… MasyaAllah.. macam-macam
ragamnya.. Time nak tido memang suka di dodoi-dodoi.. kalau topok-topok muntut
dia memang tak makan saman buntang je lah mata tu tak nak tido. Dah memang
sifat si kecil gaknya memang suka dibuai-buai kan makanya pasrah je lah. Sudah
sedia maklum rumah mak ni memang ada buai. Buai tu akak punya dulu masa anak
dia guna waktu kecit.. memang saja ditinggalkan kat rumah mak untuk kegunaan
anak-anak buah lain. Awalnya, memang tak sentuh langsung buai tu… Lagipun Dhia
pun kecit lagi kan nak masuk dalam buai. So, si Daddy dia ni balik kampung belikanlah
bouncer kununnye senang mak tak lenguh peha nak dodoikan Dhia hehe. Ah
sudahnya, mana mau dia dok dalam bouncer tu lama-lama. Nak tidurkan dia dalam
tu pun sikit punya susah… L
At last, terpaksa surrender jugak… Kami masukkan dalam buaian… mak aih lena
plak dia tido… grrrr… So, bila enchek hasben balik dia belikan motor elektrik automatic
untuk buaian tu gerak sendiri hehe. Yela, Dhia ni jenis susah sangat nak tido. Kalau
buai dia mau makan sejam baru dia nak lena so kami belilah menda alah tu supaya
buaian tu gerak secara automatic so takpenat ah tangan nak mengayun hehehehe…:D

Puting? Dhia ni suka mengempeng… Kalau sekejap
takpe.. Ni, dahlah susah nak lolap mengempeng sket punya lama.. My tak larat… L So, daddy dia belikan puting
anti jongang huhu… Mula-mula buweekk buweekk gaklah dia isap lama-lama oklah.
Bukan apa puting tu nak bagi dia lalai je supaya senang tido. Kalau tak memang
My akan bagi dia mengempeng je. Bila dia dah terlelap biasanya puting tu My
tanggallah dari mulut dia huhu.

Baru-baru ni, ada satu malam tu lepas maghrib Dhia
menangis tak mahu berhenti. Biasanya kalau macam tu dia nak menyusu atau
mengantuk nak tido je.. Tapi masa tu memang tak mahu dipujuk. Selalunya mak
pujuk sekejap je dia dah ok tak pun terlelap tapi mak pun naik takut tengok dia
menangis seakan-akan dicubit gamaknye.. L
Abah pun puaslah bacakan itu ini tapi mahu gak dia diam. Sudahnya kami bawa
pergi rumah bidan suh tengok-tengokkan kot lah tergeliat badan ke apa kan. Masa
dalam kereta diam plak dia.. sampai rumah bidan pun masih senyap siap boleh
senyum-senyum dengan mak bidan. Mak bidan bogelkan Dhia.. sapu minyak kat badan
dia n tekan sikit je haa mulalah dia menjerit-jerit menangis sebab kesakitan..
Mak bidan kata badan dia sakit lagi-lagi tang bawah ketiak.. Agaknya maknya
salah dukung katanya…-..- Kesian anak den, menangis sampai bengkak-bengkak
mata.. Sudah je mak bidan urut dia, My bagi susu. Tak lama lepas tu senyap plak
dia sampailah balik rumah…Dah lega lah tu… Haihlah Dhia….
Kalau nak cerita pasal ragam si kecil ni sampai
esok pun tak habis hehe tu belum lagi My cerita dia tak suka nak dibedung.. -.-... tapi macam ni lah lumrah dah bergelar sebagai ibu… Dulu
masa mula-mula kawen nak sangat anak.. bila dah mengandung tak sabar nak tunggu
anak keluar nak polok cium.. sekarang dah keluar hamekau… peliharalah
sebaiknya. Inilah anugerah Allah yang tak ternilai harganya… My selalu cakap
kat enchek hasben tak sabarnye nak tunggu Dhia besar sikit.. Tapi percayalah,
satu masa nanti bila dia dah tak sebesar ini kita akan rindukan saat-saat
kecilnya… kan? So, adalah lebih baik My bersabar sikit masa saja lagi n hargai
masa-masa berharga ini bersama Dhia… InsyaAllah…

Betullah.. kadang-kadang memang rasa stress sangat
nak jaga anak.. Tapi, bila stress tu dah reda tengok muka anak mula rasa kesal
balik sebab perasaan kita yang sebelumnya tu… Kesian je tengok muka dia.. Habis
dia kena cium ngan mummy… Mak selalu cakap, “biasalah dah ada anak kecil ni..
Mak dulu lagilah 7 orang anak mak berpantang sorang-sorang.. dalam hari ni
biasalah banyak ragamnya.. dah habis hari kang InsyaAllah dia ok..”. Yela sebab
abah My dulu askar duk pindah randah memang mak takpernah balik kampung dia
berpantang. Solute kat mak gila-gila.. Macam manalah mak sangat kuat jaga 7
orang anak dia berpantang sorang-sorang. Kalau My… fuhhh memang tak boleh. At
least untuk first time ni memang My belum mampu nak bersendiri… Even dah dekat
sebulan ni pun My belum mampu sepenuhnya nak jaga Dhia tanpa bantuan mak
mahupun enchek hasben.. L

Satu lagi masalah, susu badan. U ols tau tak seawal
Dhia berusia 2 hari My dah bagi dia minum fm. Yela masa tu susu badan My belum
nak keluar masa tu kat KL lagi berurut pun belum. Tengok Dhia meraung-raung nak
susu tak sampai hati tengok dia minum susu badan yang nak tanak kuar ni.
Sudahnya suh enchek hasben belikan fm.. L
Bila balik kampung berurut baru susu badan keluar itupun mati segan idup tak
mahu.. Entahlah. Setiap kali Dhia direct mesti tak lama lepas tu dia akan
mengamuk seakan-akan tak puas.. Susu tak banyak satu hal, nipple My ni plak
macam kurang nak timbul tu dia tak berapa nak syiok isap gaknye.. L Sudahnya sampai harini
My belum mampu nak putuskan fm tu.. L
My selang selikan dengan fm.. Biasanya kalau tak direct My akan bagi dia minum
susu yang My pump. Pump tu pun tak banyak yang keluar.. Biasanya akan dapat 1
atau 2oz je untuk dua-dua miss B. Penah dapat sekali dua je 4 ke 5 oz.. L So, sampai sekarang
belum dapat buat stok ebm lagi untuk naik keje nanti.. L Bukan My taknak fully bf.
Memang niat n azam utama masa pregnant dulu nak sangat fully bf sebab My tau
susu ibu adalah yang terbaik.. Tapi orang yang takde kat tempat My tatao pe
yang My rasa n alami. Ye, My tau susu badan tu ada. My masih berusaha…
Macam-macam milk booster dah yang My ambil sekarang untuk pastikan susu ni ada. Kalau tak banyak
pun at least biarlah susu ni sentiasa ada… InsyaAllah kalau usaha ini terus
bertambah dan mendatangkan hasil, My akan campak jauh-jauh fm tu. Sape tak
sedih tengok anak minum susu lembu kan.. L
Apapun, My harap sangat My mampu jalani hari-hari
mendatang dengan kehadiran insan baru ni. Moga-moga kami suami isteri mampu
galas tanggungjawab yang diamanahkan Allah untuk menjaga dan mendidik anak
ini.. InsyaAllah…
Tak sabar nak tunggu habis pantang.. nak bawa Dhia
gi jalan-jalan soping huhu.. InsyaAllah lepas 44hari nanti My akan pulang ke KL…
belajar jaga anak kat sana plak. Lagipun kami nak start hantar kat pengasuh
supaya pengasuh dan Dhia boleh sesuaikan diri… J
Oklah, till then… J
Notakaki: Pengalaman korang plak macam mana? Bagilah tips kalau ada.. J