Sakit bersalin kat hospital kerajaan ke hospital swasta ke.. sakit
tetap sakit ye dak.. kos pun opkos jauh beza.. tapi apa yang membezakan? Masa..
Layanan… Perkhidmatan… standing lah dengan bayarannya kennnnnzzz hehe. Ok meh
nak citer pengalaman bersalin kat hospital swasta, Putra Medical Centre Sg
Buloh. Ni konpem ramai yang akan gugel nih. So hope this help hehe…
Kalau tahu senang nak bersalin n service pun superb masa bersalin Dhia
dulu ku dah pergi private haha. Tapi yela anak pertama kan takde pengalaman..
takut ada risiko apa2 so bulat2 serah diri ke klinik dan hosp gomen sahaja.
Bukan lah aku ni kerek beno kang orang kata banyak duit takpelah boleh gi
private.. Bukan masalah byk duit ke tak ke.. ikut kan idoklah aku ni terlalu
berkemampuan tapi memandangkan dah ada benefit yang disediakan oleh company
tempat aku bekerja makanya? Rugilah kalau aku tak gunakan ye dak.
Tujuan UTAMA aku ke hosp private bukanlah semata-mata nak dapatkan
service yang tiptop tapi aku mahukan doctor yg mahram untuk sambut anak aku..
Alhamdulillah nasib aku baik dulu masa bersalin Dhia pun disambut oleh bidan
perempuan. Tapi tak semua orang bernasib baik kan.. Walaupun sesetengah org
cakap boleh request doc perempuan tapi kalau kena time tu memang takde doc
perempuan makanya terpaksalah doc lelaki yang sambut anak ye dak? Terkangkanglah
kau nampak tuuttt tu depan lelaki bukan mahram… adeh… kesian kat laki kite
bayar riban2 nak dapatkan kita secara halal sedangkan doc tak perlu bayar sesen
pun boleh pegang2 dan tengok.. erk… just my lima puluh sennnn… hehe
Anyway, to be safe walaupun berbelah bahagi pada awalnya at last aku
decide ke PMC jugak. Alhamdulillah keputusan aku untuk tidak serah diri di hosp
gomen adalah tepat… So selamatlah aku bersalin di PMC akhirnya…..
Ok bebel panjang pulak. Berbalik kepada pengalaman bersalin di PMC… ok
kalau korang nak bersalin di PMC Sg Buloh ni sila pastikan korang ada history
maternity checkup kat situ at least 3
times. Macam aku, tak silap masa usia kandungan 7 bulan aku baru mula
checkup kat situ. Sebelum pergi sila pastikan dengan doctor siapa yang korang
nak bersalin nanti.. ada dua doc O&G kat PMC iaitu Dr Wan Ratna yang lemah lembut dan Dato’ Dr Zarul yang boleh tahan hensem hehe. Sila pastikan jadual
waktu bekerja doctor berkenaan. Then untuk first timer silalah datang walk in.
Macam aku, aku call dulu tanya bila waktu klinik doc Wan Ratna.. So hari dia
bertugas aku datang walk in untuk pertama kali checkup. Next checkup baru dia
akan berikan tarikh untuk korang datang.
Aku checkup kat situ sampai aku nak bersalin. Dalam pada masa sama aku
masih berulang ke Klinik Kesihatan. So kiranya aku buat dua2 checkup di gov and
pvt. Senang. Kos maternity checkup adalah anggaran RM100 ke bawah setiap pertemuan. murah kan? huhu
Kos bersalin di PMC Sg Buloh? Ok korang boleh tengok bawah ni:
Tak perlu bayar dulu apa-apa untuk booking. Korang kena bayar deposit
tu masa hari korang nak masuk wad untuk bersalin. Macam aku, pagi tu dah rasa
contraction and pergi hosp.. nak masuk wad tu baru hasben aku bayar deposit.
RM1500. Selebihnya bayar sebelum korang discaj dari wad.
Wad ada yang satu katil, 3 atau 4 katil dan suite. Awalnya aku nak request bilik single
senang laki aku nak teman tapi masa warded tu bilik single full so aku masuk
dulu bilik yang ada 4 5 katil tak silap. Ok la tapi still tak selesa sebab
ruang yang agak kecil dan tak berapa nak privacy huhu.
Labor room dia pun ok je. Yang penting laki aku boleh teman aku dari aku nak melayan contraction sampai bersalin hehe..
Aku duduk kat wad 4 katil tu sampai tengahari
macm tu. Lepas tu aku transfer bilik Suite. Bilik single masih belum kosong
makanya aku mintak masuk suite tak kisahlah mahal janji aku selesa. and and
yang penting aku boleh angkut ben dengan Dhia sekali tidur situ hahaha.. ohsem!
giler ko nasib baik aku bersalin pagi2.. rindu giler aku kat Dhia. Tengahari tu
lepas hasben aku gi solat Jumaat dia balik rumah angkut barang2 and amik Dhia
kat rumah pengasuh. Kak Ipar aku offer nak tolong jaga kan Dhia tapi kitorg
taknak kang rindu huhu so bawa skali dia tidur dalam wad.
Bilik Suite tu bilik paling selesa kat PMC. Katil
turun naik pakai remote je tayah susah2 nak putar2 macam roda impian haha.
So dapatlah aku tido satu malam kat suite tu... yang penting laki aku anak2 aku ada kat sisi hehe..
Makanan dia pun ok lah just nice. tapi aku tatao la menu diorang bagi ni boleh ke aku makan memandangkan aku baru lepas bersalin. haha tapi aku bedal je.. :P
Aku discaj keesokan harinya. Sebelum discaj haruslah 'wefie' dulu haha..
![]() |
sila jangan muntah hahaha |
![]() |
Buah tangan daripada pihak PMC |
![]() |
Jom balik!!! |
So ini adalah jumlah bil rawatan bersalin sepanjang aku berada di PMC Sg Buloh satu malam, RM2,748
hehe... bagi aku tak mahal kot kalau nak compare dengan hospital private yang lain hehe. Yang paling penting RM2,500 daripada jumlah bayaran ni ditanggung oleh company tempat aku bekerja. So, aku cuma perlu tanggung RM248 sahaja, lebih kurang sama kos kalau bersalin di hospital gomen wad kelas kedua hehe.
Nak bersalin di PMC? recommended!!!
till then!!!