Ahad 23 Ogos
baru-baru ni aku se-family berpeluang menyertai geng-geng Kelab Blogger Ben
Ashaari ke Zoo Negara untuk menyambut harijadi Panda yang ke 9-tahun. Eksaited
punya pasal pukul 5 pagi dah bangun bersiap dan kejut anak-anak hehe. Punyalah
liat nak kejut si kakak. Pukul 8 lebih baru keluar dari rumah dan Alhamdulillah
sharp 9.00 am kami sampai di Zoo Negara dan terus register dekat entrance. Dhia
is soooo eksaited to see the Panda hehehe…
Oh anyway, ini
merupakan event pertama aku bersama KBBA walaupun dah join the Club sejak dari
awal penubuhannya,. Selama ni cuma banyak bual-bual kosong dan bertukar
pendapat di group whatsapp Lembah Klang je. Baru-baru ni je aku mintak untuk
dimasukkan dalam group #KBBAKerja supaya aku boleh aktifkan diri dalam event-event
macam ni. Selain dapat aktifkan balik blog yang selalu ‘bersawang’ dapatlah aku
kenal all the KBBA members yang dah beranak-pinak ni haha.


Ada few bloggers yang aku memang dah kenal rapat especially
all the mommies from GBSB (Gojes Blogger Supermom & Baby) macam Allene,
Anez, Jue, Moon… So takdelah aku awkward sangat bila sampai kan at least ada
somebody yang aku boleh menjemah haha. Oh that day Kayrul and Mimi pun turut
serta walaupun they are not part of KBBA. Datang dengan inisiatif sendiri bawa
family dan jumpa kawan-kawan. Rajin uols! #muahciked . Walaupun sepanjang hari
ada kat sana still tak sempat nak suaikenal dengan all the bloggers. Dapatlah bertegur
sapa dengan beberapa orang (yang selalu borak di whatsapp tapi tak pernah jumpa
each other). So u guys yang mungkin aku terlepas pandang tak bertegur tu
mahaplah ye tak cam!!! Haha. InsyaAllah next time jumpa lagi kita laga-laga
pipi hokay. Janji! hehe.
Okay dah panjang sangat Mukadimah uols. Dah jom kita masuk
Zoo tengok vinatang-vinatang peliharaan negara haha. Lepas registration and
menjemah kat entrance we ols kena divide by 2 groups, Hornbill dan Tiger. So
senang Zoo Guide tu nak bawa menjelajah kat dalam hehe. Aku tak ingat ini kali
ke berapa dah ke Zoo Negara sebab banyak kali jugak dah rasanya masuk haha.
Masa zaman Uni dulu tak silap 2009 pernah datang bawa anak-anak yatim, ofkos
lah all sponsored kan then after that masa kerja in 2012 aku handle event untuk
customer kat Zoo jugak. so before event tu ofkos lah kena datang sana few times
untuk deal dengan pihak Zoo sebelum the day of event kan. Jadinya dah few times
lah aku kuar masuk Zoo tu secara percuma haha. 2012 tu aku tengah pregnantkan
Dhia 5 bulan and I’m the one yang responsible to organize the event. Memang all
out demi menjayakan that big event and Alhamdulillah successful. And last time
pergi Zoo Negara adalah tahun lepas hehe. Masa tu tengah mabuk-mabuk
pregnantkan Danish, saja bawa Dhia berjalan tapi yang frustnya masa tu tatao
pun Panda nak dibawa masuk and masa kitorang datang tu lagi few weeks je Panda
nak sampai haha. So melepas lah tak dapat tengok hehe. tapi rezeki… dapat plak
pergi kali ni dengan KBBA and all sponsored!!! Weeehuuuuu!
Errrr.. ko tengok aku ni memang susah nak hapdet belog tapi
sekali dah hapdet tiba2 ting! Idea mencurah2 haaaa over ko sampai OOT haha. Tu
baru kat entrance Zoo kemahen panjang cerita haha. Ok2 kat mana kita tadi?
Haaa lepas dah bahagi group tu (tapi rupa macam tak bahagi
pun sebab masuk tu bersepah2 semua haha), kitorang mulakan tour di dalam Zoo
Negara. First checkpoint is Butterfly Garden. Pusing2 je lah tengok rama-rama
berterbangan dan snap sana snap sini sebelum kuar semula untuk ke hentian
seterusnya hehe. Next perhentian adalah Children’s World di mana ianya
menempatkan kambing, rusa, horses, rabbit, tortoise and segala jenis pet
animal. Lepas tu kami dibawa ke Aquarium Tunku Abdul Rahman sambil melalui
kandang-kandang yang menempatkan spesis-spesis monkey macam ungka, beruk, apa
tah lagi aku pun tak ingat haha. Tapi spesis depa ni ada tangan pendek ekor
panjang… ada ekor panjang tangan plak pendek. Yang penting masing-masing pandai
bergayut hahah.
 |
ni je gambar ikan yang aku sempat snap haha. bukan ikan terbesar. ada lagi yg besar hehe |
Di Aquarium Tunku Abdul Rahman tentu-tentu lah kami tengok
hidupan air iaitu ikan hehe. Dah nama pun aquarium kan takkan diorang letak
gajah plak haha. Tapi aku masuk sekali lalu je tak sempat nak berkenalan
sekor-sekor dengan ikan-ikan dalam tu sebabnya Dhia dah melalak-lalak takut. Takut
sebab bawah tu kan gelap so dia macam seram sket. Haishhhhh. Tak pasal-pasal
mami kena dukung sepanjang dalam tu. Dhia dhia…..
Keluar je dari aquarium Danish dah bagi signal mintak isi
tank hehe so berehat2 lah dulu kat bawah pokok sinun sebelum meneruskan
penerokaan seterusnya ke Zoo Negara Show Amphitheatre untuk menyaksikan Animal
Show secara Live!!! Wahhhh best best. Sebab Show ni aku tak pernah
berkesempatan untuk tengok sebelum2 ni. So this time dapat tengok mau tak
seronok. Dah lah masuk FOC dapat plak tengok Animal Show ohsem sangat tuuuuu! Hehe.
 |
tunggu animal show hehe |
Oleh kerana seat kebanyakannya dah penuh kami anak beranak
sukehati je duduk kat paling depan sekali bertenggek kat situ haha. Nasib kau
lah nakkkk.. janji dapat tengok animal buat show hehe. Emcee animal show hari
tu sape ke nama dia tak ingat tapi dia sangat best… gaya yang bersahaja dan the
way dia berinteraksi dengan crowd sangat bagus. Seyes tak bosan dan rasa nak
lagi nak lagi hehe.
Animal show hari itu dimulakan dengan aksi dua ekor burung
kakak tua. Diikuti dengan banyak lagi haiwan-haiwan lain seperti Singa Laut,
Ular Sawa, dan lain-lain (senanya aku tak ingat apa nama binatang tu pasal
sebut ‘lain-lain’ je hahaha ampunnnn). Korang layan gambar je la eh eh.. :P
-gambar kemudian, aku tak jumpa plak dalam folder. errrr-
Lebih kurang sejam tengok animal show kami beredar untuk menaiki
tram ke Wild Restaurant. Dhia eksaited dapat naik hehe. so di sepanjang
perjalanan tu dapatlah lihat binatang2 ‘ternakan’ zoo yang lain macam zirafah,
harimau, dan sebagainya.
Lunch hari tu kami makan fast food je. Alhamdulillah kenyang.
Dhia je tak biasa makan fast food tanya ‘mami… mana nasikkk’ haha. Balik tu
baru balun nasik. Hehe.
Bila perut sudah kenyang hati pun girang maka mari kita
teruskan lagi tour ke Bee Muzium. Aku tak larat nak masuk dah duduk kat depan
je hehe. Enchek hubby yang masuk tengok siap dapat rasa madu ori tu macam mana.
Huhu. Madu lebah takpe ye bang makan le banyak2. Jangan Madu yang ehem ehem
udoh leeeee!!! :P
Selepas itu kami ke
lastttt station iaitu yang paling ditunggu tunggu, Giant Panda Conservation
Centre!! Hoyeh hoyehhhh akhirnyaaaaaaa.
Sebelum dapat tengok panda kami mendengar sedikit taklimat daripada
pihak zoo. Dapatlah tengok najis Panda tu macam mana. Diorang kata takde bau
sebab panda kan makan buloh je tapi idoklah aku sua kan hidung untuk buktikan
sendiri ada bau ke tak haha. Kami juga diingatkan supaya tidak membuat bising
ketika berada di kawasan panda. Alamak masa tu dok lah berdoa janganlah Dhia
bikin drama dia kat bawah kang hehe. So kenalah sentiasa ingatkan Dhia.. tak
boleh bising nanti panda marah hehe.
Turun je kat tempat panda memang suasana agak sepi. Masing-masing mata meliar duk cari mana panda… oooo dia lepak kat belakang. Lama panda tu duduk sambil hadapkan belakang kat kitorang jenuh jugaklah tunggu bila nak berganjak dari situ hehe. Tak lama lepas tu yeay! Dia keluar… sempat berak kencing dulu haha. The best part is ada kek HARI JADI panda! Hehe… comel angat tuuuuuu…
Ohsem sangat panda ni tau rasa nak polok-polok je hehe. Kami
dapat tengok Xing Xing je masa ni. Liang Liang dikuarantinkan 2 bulan sebab
baru lepas beranak. Berpantang kekdahnya hehe… So tinggallah Xing Xing
sekor-sekor… sian tengok takde geng hehe.
Dah puas snap2 video n gambar Xing Xing pun beredar masuk
dalam kandang dia kot. So kami pun beredar la jugak haha. Sebelum keluar dari Conservation Centre tu gi collect Goodie Bag dulu daripada Zoo Negara! hehe
Maka dengan itu berakhirlah tour kami di Zoo Negara. Aktiviti lepas tu adalah free and easy. Aku dah tak larat dah cari jalan keluar je masa tu hahahaha..
 |
amboi dikkkkk |
Sebelum beredar sempatlah polok2 laga2 pipi dulu dengan beberapa blogger yang berkesempatan jumpa hehe...
 |
Jumpa mimi!! |
 |
sebahagian daripada geng2 gojes hehe |
 |
KBBA yo! |
Kitorang keluar dari Zoo around 3.30petang, singgah petronas sat solat Zohor n zaaaasss balik rumah hehe.. Dhia dah kepenatan. dapat susu terus senyap hehe. Mami pun penatttt sangat tapi penat hari ni berbaloi hehe..
Goodies from sponsors! Congrates and big claps pada penganjur, Kak Farah and the geng, pihak Zoo Negara, Cosmoderm and all the sponsors!!!
Hope in future boleh join lagi event2 seumpama ini. n u guys yang aku tak sempat nak kenal tu InsyaAllah kita jumpa lagi nanti ye hehe..
notakaki: banyak lagi gambar nak upload senanya tapi ntah knp aku tak jumpa gambar nya hahaha padahal dah simpan semalam. bersepah2 dalam laptop ni hahahaha... nantilah aku tambah ye.. :P
till then!