Salam…
Hai readers… sorrylah, makin malas hapdet belog… :D
Ops sila diberitahu bahawa My masih belum melahirkan ye.. baby masih aktif
menendang-nendang di dalam perut mommynya ni… haish…. Counting days!!
My dah 38 weeks++ today… n masih tiada sebarang tanda-tanda
menunjukkan yang baby nak keluar… Perasaan? Entahlah… macam-macam perasaan
ada.. perasaan paling kuat adalah… ‘risau’… Tertanya-tanya bilalah baby ni nak
kuar… betul-betul nak tunggu 40 minggu ke? Kalau 40 minggu tu dia tak nak
keluar jugak? L My
tak boleh lebih dari due date… biasalah GDM… in case dalam 40 weeks nanti baby
tak mau keluar nampak gaya kenalah My serah diri kat hospital. Kalau takde
tanda apa akan doktor buat ek? Induce? Hurm… Harapnya boleh bersalin normal…
Amin….
Bila dah cukup bulan ni, tapi masih lum ada tanda
nak keluar rasa macam… urghhh… entahlah. Pagi ni je My rasa stress. Stress
sebab dapat tau beberapa kawan terdekat dah nak bersalin n dah bersalin
sedangkan due date diorang selepas My… I feel like…. ‘asal diorang bersalin
dulu dari aku ni…’… L
Mulalah rasa risau… baby okay ke… My ni okay ke? Sebab banyak berfikir punya
pasal My menangis masa drive ke Klinik gi check up pagi tadi… Tatao kenapa hati
ni rasa sebak sangat-sangat. Sampai bengkak-bengkak mata lah nangis haih… Sabar
My… sabar… ada seminggu lebih lagi… Sabar itu separuh daripada Iman….. Fuhhh..
okay. Chill… !
Anyway tadi check up okay je kot. HB pun makin
tinggi daripada sebelumnya… cumanya, latest BSP tak review lagi gara-gara My
lupa yang check up harini. Sepatutnya My check BSP semalam! Tup tup malam tadi
tengok buku lorhhhhhh check up harini My ingatkan esok (Rabu)! Sudahnya tadi
gtau kat nurse My lupa nak cek semalam. So My cek BSP harinilah… then esok doc
suruh datang klinik dia nak review result BSP. Hopefully okay lah… kalau tak
control dia nak refer My ke hospital plak… erkkk~
Enchek hasben pun dah tak sabar nak tunggu anak dia
keluar. Hari-hari dia cakap-cakap dengan baby… n baby pun masih aktif bergerak
especially waktu malam… Ya Allah… tak sabar nya nak tunggu dia lahir… L
Korang doakanlah My dipermudahkan bersalin nanti
ye. Kalau boleh biarlah turun tanda… taknaklah kena paksa bersalin baru
bersalin kan isk isk… Hurm, mungkin baby mommy ni nak tunggu keje ofis mommy
settle kot… Jumaat ni ada event kat office.. so I’m one of the committee… so,
bersangka baik je lah… baby nak mommy jadi pekerja yang komited… Dah
sarat-sarat pun dia nak mommy dia perform kerja betul-betul… kan baby kan? J
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku…
permudahkanlah kandunganku sehingga selamat melahirkan… Amin…..
7 comments:
semoga dipermudahkan segalanya.... kak my bawak2 la rehat.... udah2 la tu keje kak...huhuhuhu jaga kesihatan k...
insyaallah ..semoga segalanya dipermudahkan..amin...
My pegang perut n pujuk baby..
mcm Gadis hari tu...
kite usaha jek...
semua kuasa tuhan bila time baby nk kuar..=)
Amin. Moga dapat zuriat yang soleh dan solehah.
my kene pujuk baby hr2
ajak die kuar cepat
pastu byk2kan jalan
semoga dipermudahkan bersalin
insyaallah
sabar My..nanti rindu la nak ngusung baby dlm perut. hehe
actually..even me cant wait to deliver! huhuhuh sakit semacam dah perut sampai mak dh risau sgt..blm ada bloody show. juz rs mild period pain jer. tu pun kdg2..
semoga kta dipermudahkan urusan My.
agknya dah selesa sangat dah kat dalam tu... :)
DH DKT HRI NI, JGN STRESS2 TAU...
Post a Comment