![]() |
suka sangat gambar ni π |

So haritu aku repeat ke sana dengan siapa lagi kalau bukan geng mak mak blogger kesayangan heheh. Kitorang pergi dalam 10 family ada kot. Janji nak masuk sama-sama petang tu around 6pm. Kalau korang nak berjalan dan tengok pemandangan malam sedang elokla datang waktu-waktu macam tu. boleh maghrib je dekat dalam tu hehe
![]() |
Credit pic: Rara |
Make sure korang masuk 99 Wonderland Park tu melalui Gate 1 tau dekat pintu gerbang besar dia tu. Sebab dia ada 3 pintu gate masuk yang ada car park tapi tiket still kena beli dekat pintu utama. Parking FREE je yuols jangan risau hehe. Tiket masuk ke 99 Wonderland Park pun murah je RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak. Tunjuk je Mykad/Mykid korang okay. Lepas tu bolehlah mulakan pengembaraan korang either dari sebelah kanan atau sebelah kiri park heheh.
![]() |
Antara anak-anak mak blogger yang datang |
![]() |
Dayyan π |

Kalau aku suka ke arah kiri dulu ke I Love KL Sculpture. So bolehlah kau orang ambil gambar dulu sebagai kenang-kenangan turun KL hahaha. Masalahnya aku tak sempat nak ambil gambar dekat situ sebab penuh orang melepak haha ambil gambar dengan budak-budak gonjeng ni nampak sipi-sipi pun bolehlahhhhh... π
![]() |
the gonjeng's |
Okay sudah. anak ayam pun dah kenyang mohlah kita mulakan pengembaraan ke 99 Wonderland Park hehe. Jalan depan sikit lagi nanti korang akan melalui jambatan (boardway). haaa.. kalau anak korang tak pernah tengok spesis itik secara live masa ni lah korang boleh tunjuk.. "nakkkkk inilah itikkkk.. macam mana bunyi itikkk? Kuek kuek! kuek kuek!" Homeschooling di luar rumah kekdahnya ngeee π
. Makanan itik korang boleh beli dekat situ RM3 je bagi anak tabur dekat itik mesti seronok anak-anak tengok hehe.
![]() |
Rumah itik. bersih je kannn.. bau pun tak ada tauuu |
![]() |
Baby Raccoon |
![]() |
big mommy πͺ |
![]() |
baby Rabbit! |
![]() |
apa ni weh hahaha xingattt |
Next pit stop adalah 12 Zodiac Zone. Sepanjang 200 meter walkway tu terdapat 12 bulan karakter haiwan bulan kelahiran korang hehe. Korang lahir tahun apa? Aku ofkos tahun haiwan paling comel, Rabbit!π
Anyway kalau nak tahu weekend yang kitorang pergi haritu ada Lanthern Festival tau. So sepanjang 3 hari tu ada jual lampu lanthern tu so bolehlah beli untuk anak-anak main malamnya, lepas tu dia ada jual kuih bulan halal dan ada pertunjukan bunga api waktu malam. Masa kitorang pergi haritu di sepanjang walkway dalam Wonderland Park tu dipenuhi lampu-lampu Lanthern. Cantik giler! π

Okay selepas 12 Zodiac Zone tu korang akan melalui Golden Waterfall sepanjang 115 metre. Dulu aku masuk sini waterfall ni belum ada air tau now dah ohsem! ambil gambar pun cantik hehe.


![]() |
Antara geng ARNAB. ce teka tahun berapa kitorang lahir haha |
![]() |
gojes babies. dayyan dah 'rosak' hahaha |
![]() |
Lanthern serendah RM3 |
![]() |
cantik kan kan |

Okay selepas 12 Zodiac Zone tu korang akan melalui Golden Waterfall sepanjang 115 metre. Dulu aku masuk sini waterfall ni belum ada air tau now dah ohsem! ambil gambar pun cantik hehe.


Jalan depan sikit lagi korang akan jumpa Duck Lagoon, Deer Yard, Ostrich Farm, Bird Square dan Peacock House. So bolehlah gembirakan lagi jiwa anak-anak dengan memberi layanan istimewa kepada haiwan-haiwan ini hehe.

![]() |
Harga foods dekat sini RM5. Credit gambar: Rara |
![]() |
Pinjam gambar rara. gambar aku nan hado sebabnya aku dok sibuk layan danish bagi makan deer tak dan pegang kamera haha |
![]() |
Ada photo booth kalau nak ambil gambar dengan parrot atau ular sawa |
Fuhhh.. penat berjalan. hari pun dah semakin senja. Tak sempat kitorang nak habiskan tawaf sebelum gelap haha. Antara attaction lain yang aku tak dan nak buat adalah naik 99 Cruise Ride di 99 Jetty. yang tu fee RM10 dewasa dan FREE untuk kanak-kanak tau. Tapi aku dah merasa lah naik masa datang sebelum ni so takdelah frust sangat. Lepas tu ada FREE Buggy yang aku tak sempat juga nak merasa. Tu maknanya kena datang lagi haha. So kalau korang penat-penat berjalan tak larat boleh pergi dekat pit stop buggy tu naik je tayah bayar okay hehe. Untuk anak-anak korang ada juga FREE Electric Car Ride untuk diorang okay. Tapi anak-anak aku tak dan juga nak merasa sebabnya aku datang berempat saja dengan anak-anak laki kerja makanya susah sikit nak handle kan Queue pun boleh tahan panjang hehe.
![]() |
Cruise Ride |
![]() |
Electric Car Ride |
![]() |
Food Stall |
![]() |
Air Sirap bandung RM3. sobs π |
![]() |
Tempat lepak nak makan |
![]() |
Sooooo chantekkk!!! |
Habis je makan kitorang bergegas kejar Maghrib di Surau. Alhamdulillah memang ngam sangatlah berjalan lewat petang ke malam. Sebab surau disediakan dekat 99 Wonderland Park ni. Toilet dia pun bersih dan selesa. Sepanjang nak ke surau tu kitorang lalu dekat Magical Bridge. Memang cun sangat lah kalau datang waktu malam nak ambil gambar tau hehe.


![]() |
Take turn solat tolong babysit anak-anak haha |
Usai je solat anak-anak dah tak sabar nak main Lanthern. Seronok anak masing-masing termasuk Dhia Danish. So malam nya kitorang sambung berjalan pergi T-Rex Ring dan Sky Fountain pulak sementara nak tunggu bunga api hehe.
![]() |
Gigih mak ak nyalakan api haha |
![]() |
Credit pic: Rara |
![]() |
Lanthern waktu malam |
![]() |
T-Rex Ring |
![]() |
Sky Fountain. Boleh bagi makan fish dekat sini |
Akhirnya yang dinanti-nanti pertunjukan bunga api muncul jugak around jam 9 malam tu. Fireworks ni setiap hari Sabtu malam ada tau. Tapi haritu masa Lanthern Festival 3 malam berturut-turut diorang buat hehe.
Fuhhhh... giler penat sangat. Tapi serius berbaloi. Aku dengar lepas ni banyak lagi penambaikan yang 99 Wonderland Park akan buat so semestinya kena repeat lagi datang hahaha. Mujur lah perjalanan nak ke sini tak sampai setengah jam dari rumah heheh.
Around 10 malam juga aku balik malam tu. Dayyan siap tertidur2 dalam carrier. Dhia Danish tak penat-penat sebab seronok sangat hehe. So sebelum pulang ke sarang wajiblah ambil gambar kenang-kenangannnnn π
So, dah tau ke mana destinasi nak beli jiwa anak-anak cuti hujung minggu ni? Jangan lupa shortlisted kan 99 Wonderland Park as the one okay π Info tempat aku letak dekat bawah.
Address (Landmark : Pasar Borong KL)
99 WONDERLAND PARK Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan+6012 5599034 / +603 61891899
enquiry@99wonderlandpark.com.my
Opening Hours: Wednesday - Sunday & Peak Season (Public/School Holiday) 9am-11pm (Closed on Monday & Tuesday)
Website : www.99wonderlandpark.com.my
Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my
Waze : 99 Wonderland Park
FB : 99 Wonderland Park IG : 99WonderlandPark

No comments:
Post a Comment