9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label 39 weeks pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 39 weeks pregnancy. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Saya Belum Bersalin hehe

Baaa chak! hehe. Aku belum beranak lagi. 39 minggu dah sekarang. And harini kali terakhir aku gi checkup kat Klinik Kesihatan.

Kalau ikut gomen, aku dijadualkan kena serah diri pada 30hb ni (due to GDM). Kalau ikut private aku bersalin 9 November.

So, skrg ni aku dalam dilema tatao lah nak ikut mana. Doctor Wan Ratna yang aku selalu checkup dengan dia kat PMC Sg Buloh tu tengah bercuti sehingga 2 November. Dia kata akan ada replacement Doc perempuan lain kalau kata aku bersalin masa dia takde. Harap2lah. InsyaAllah kalau sebelum 30hb ni nak terbersalin aku akan ke private dan serah diri dengan Doc perempuan tu. Nama pun aku tatao haha. Kalau kata takde Doc perempuan n aku nak bersalin dalam tempoh terdekat ni terpaksalah serah diri di gomen. Yela, dari aku mengangkang depan Doc lelaki di private lebih baik aku cuba di gomen mana tau bernasib baik dapat Doc perempuan kan.


30hb ni aku ada checkup kat private dengan doc perempuan lain tu. So aku takkan serah diri kat gomen dlu kot. Will see how. Kalau perlu 31hb baru aku ke gomen. Kalau rasa aku boleh tunggu lagi then aku mungkin akan tunggu Dr Wan Ratna balik. Yela, aku tak pernah bersalin kat private kan so aku pun tak boleh nak buat keputusan yang cepat dan tepat. Lagi2 bila kat gomen Doc sahkan aku diabetic (on diet control), di private dia takde pantau pun aku ada GDM ke tak ke, bagi doc aku ok je. dia scan baby pun ok. So dia memang tak ubah EDD asal aku 9 november tu. Dia suruh stick with that date.

Kenapa private ada dalam list? Bukan sebab keselesaan je jadi keutamaan.. tapi aku nak kan doc perempuan. That's it. ye aku tau bersalin kat mana-mana pun sakit tetap sama (typical orang kita, suka ckp gitu kan....). Tapi situasinya berbeza... tak faham tayah kondem2 hokay.. :P

Tanda2 bersalin? Belum ada lagi. Setakat sakit2 perut sakit2 pinggang tu ada lah. Aku pun tak pernah alami tanda2 hampir nak bersalin macam mana memandangkan dlu Dhia pun aku 1st experience, kena serah diri dan induce baru sakit datang. So, aku takleh nak cakap kali ni macam mana.. yang penting sakit tu bukalah contraction sebab contraction sakit yang konsisten. 

Aku harap2lah aku akan bersalin dalam masa terdekat ni. Aku harap2 ada turun tanda. Aku harap2 la tayah nak paksa (induce) bersalin baru baby nak keluar. n aku harap2 dan berdoa sangat aku dapat bersalin dengan doc perempuan.. tak kisahlah bersalin kat private or gov.

Pray for me pls... 


Thursday, October 23, 2014

Dhia recover + 39 weeks of pregnancy

Alhamdulillah... Dhia dah baik demam. Camne bleh baik? Kena duduk rumah bermanja dengan mommy baru dia ok.. :P Cuma masih berbaki batuk dan selsema. Rasanya demam sebab tumbuh gigi kot? entahlah aku pun tatao gigi yang ada tu tumbuh masa bila. Sebab banyak sangat plak yang naik.. 

Perubahan sejak demam ni, dia tak bernafsu untuk makan. Puaslah pujuk makan nasik makan mee itu ini dia tak berapa nak. Biasanya sebelum ni pantang nampak mommy makan bernafsu nak makan sama tapi sekarang ni sikit tak heran. Adakah sebab gusi dia bengkak tak selesa nak makan? Atau selera dia terhadap makanan dah berkurang? Entahlah. Tapi menyusu kuat... Sekejap2 nak susu.. so oklah kan cover balik dengan susu takdelah dia kelaparan. Hopefully selera makan dia datang baliklah lepas ni. Kalau tak aku kena ON Mealshake Shaklee lah jawabnya huhu.

Oh I am 39 weeks already...! Sekarang ni malam susah sangat nak tido, malam tadi je bape kali perut aku rasa tak sedap macam krem. Aku tatao lah itu contraction ke false contraction kepejadahnya tah yang aku tau memang sakit... susah betul nak lena.. Dah la susah nak tido dengan Dhia plak asyik merengek2 bangun. Terpaksa aku kejutkan daddy dia buatkan susu, tidokan dhia apa semua nak harap aku sorang memang tak larat. Nak bangun dari pembaringan tu pun Allahuakbar cukup seksa.

Dalam masa tunggu hari ni aku masih pergi kerja. Nak ambil cuti awal? Macam malas. kang tiba2 tengah ambil cuti terbersalin pulak dah membazir cuti kan. Aku suka simpan cuti untuk waktu2 genting macam anak sakit... kecemasan itu kecemasan ini... senang. Kalau takde benda penting memang aku sayang betul nak cuti. Yela kita dah ada anak ni bukan tentu kan. Ada masa2 macam Dhia demam baru2 ni takkanlah aku nak lepas tangan hantar dia kat babysitter pulak. Nak harap laki aku memang aku tak harap sangat yela nama pun bapak, lelaki.. kang Dhia yang jaga daddy bukan daddy jaga dhia hehe. Lagipun cuti tahun laki aku dah abes. Ni kang nak tambah cuti aku bersalin pun dia kena ambil unpaid. huuuu 

Korang doa2lah aku cepat bersalin. Turun tanda tayah serah2 diri pi induce macam dulu.. T__T

Lagipun aku tak sabar nak gomol2 baby baru ni uuuuuuuuu



 

Monday, November 26, 2012

Mommy To Be at 39 weeks++


Haluuuuu…. Mommy to be still in da house yaw…. Yeah right… Baby masih belum nak keluar dan My masih gagah bekerja! I am now 39weeks and 3days already.. Fuhhhh…. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan… Agaknya baby dah selesa sangat duk dalam poyot ni sampai tanak keluar kan.. maklumlah rumah first hand hehe…


Anyway, company launch event has been accomplished on last Friday… Alhamdulillah everything goes smoothly cuma ada sedikit glitches yang tak dapat dielakkan but it was a successful event. Thanks to my lady boss and clique jugak sebab without them for sure My lah yang akan terkial-kial on that day dengan perot yang sudah maju ke depan ni huhu. n nasib baik My tak rasa nak bersalin on that day, maybe baby ni ikut kata lady boss jangan keluar on the event day heheh. Sudahnya dah 2 days after event pun dia still tanak keluar…. Haih sabo je lah… -..-



Yet, yesterday was our last weekend life as wife and husband.. Next weekend InsyaAllah will be with our newborn!!! Yeay. We will be a mommy and daddy!! Coming to hidup bertiga pulak… Due date My adalah hari Jumaat ni, 30hb nov. Kalau sampai on the date takde tanda-tanda baby nak keluar nampak gayanya terpaksalah My serah diri kat hospital… Alahai… harap-haraplah baby keluar secara semula jadi… takmolah kena pakse baru baby boleh keluar kan… L My harap kelahiran bakal anak kami nanti akan dipermudahkan… Amin…. yu ols doakanlah My selamat dan dipermudahkan bersalin ye… berdebar-debar ni! Ada tips tak yu ols? Meh kongsi hehe…

Hari ni datang ofis semua orang duk pelik n cakap… ‘eh ada lagi?’… adeh…dah baby tanak keluar lagi kannnn memang ado je lah muka My ni kat ofis hehe. Nak amik cuti awal pun rasa macam malas je sebab kalau cuti pun boring gak duk rumah… so better gi ofis… clear up mana-mana keje yang masih pending, etc…

Mommies to be out there macam mana? Ada tak yang due sama dengan My tapi dah deliver dulu? Kawan-kawan My yang due date selepas My boleh dikatakan semua dah selamat deliver tau! Stress je bila dapat tau… Yela, orang dah selamat yang kita ni? uwwwaaaaa…..

Mommy just can’t wait to see you darling!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers