9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label asia tour 2011. Show all posts
Showing posts with label asia tour 2011. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS CHELSEA 21 JULAI 2011

LIVE DARI STADIUM BUKIT JALIL PERLAWANAN MALAYSIA MELAWAN CHELSEA 21 JULAI ASIA TOUR 2011
Perlawanan persahabatan Asia Tour 2011 hari ini akan memperlihatkan pertemuan di antara Malaysia dan The Blues! (Chelsea) tepat jam 8.45pm. Pastinya ramai yang berpusu-pusu ke stadium hari ini untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri pemain kesukaan bermain bola di Stadium Bukit Jalil kan kan. Yang mana minat Chelsea je laaa..;D

Dengarnya pada pertemuan kali ini Malaysia akan membawa masuk 2 pasukan iaitu skuad senior dan olimpik. Pada separuh masa pertama Malaysia akan menampilkan pemain senior manakala masa berbaki 45 minit akan memasukkan skuad olimpik. Betul ke? Wah macam best je..;)

Kalau dilihat pada perlawanan sebelum ini Malaysia tewas dengan Arsenal 4-0 dan Liverpool 3-6 namun dapat kita lihat pasukan Malaysia telah berusaha keras untuk permainan tersebut. Apakah kali ini mereka berjaya membolos gawang The Blues??? InsyaAllah yakinlah dengan pasukan negara anda!!

Chelsea dikatakan membawa turun kesemua pemain-pemainnya termasuk Fernando Torres, Frank Lampard, John Terry dan Diddy Drogba. My percaya mereka juga gerun untuk bertemu Malaysia lebih-lebih lagi di hadapan penyokong-penyokongnya yang membanjiri stadium.

Apapun, kita doakan semoga malam ini Malaysia mampu mempamerkan rentak permainan yang terbaik seperti yang kita harapkan langsung menguatkan semangat mereka untuk bertemu Singapura Sabtu ini!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemain-pemain Malaysia berentap! Kalau tade live di tv jangan risau kerana anda boleh menyaksikan live streaming.  Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa..;)

MALAYSIACHELSEA 1

Tuesday, July 19, 2011

MALAYSIA VS CHELSEA LIVE STREAMING 21 JULAI 2011 | ASIA TOUR 2011

Seperti yang dijadualkan, Khamis ini 21 Julai merupakan perlawanan ketiga bagi Asia Tour 2011 si Stadium Bukit Jalil di mana bakal menyaksikan Malaysia bertemu lagi dengan Chelsea sejak 2008.

Dua perlawanan sebelum ini tidak menyebelahi Malaysia apabila dibedil 0-4 ketika menentang Arsenal dan 6-3 ketika menentang The Reds, Liverpool. Namun My percaya kekalahan itu dianggap satu semangat buat semua pemain untuk lebih bersedia menghadapi Singapura minggu hadapan.

Kalau dilihat pada rentak perlawanan ketika Malaysia bertemu Liverpool baru-baru ini tidak kurang hebatnya. Safiq Rahim berjaya dengan mudah sepakan percuma ke arah gawang dan selepas kemasukan Safee Sali dilihat anak muda itu begitu semangat melepasi benteng pertahanan Liverpool langsung menjaringkan gol. Ketika Malaysia hampir menyamakan kedudukan apabila berada dekat dengan kedudukan 3-4 namun nasib tidak baik di saat-saat terakhir The Reds berjaya menjaringkan 2 lagi gol.

Walaupun tewas syabas diucapkan kepada pemain Malaysia, sedikit sebanyak mereka boleh jadikan perlawanan ini sebagai pengalaman paling berharga selain dijadikan sebagai latihan persediaan bagi mental dan fizikal untuk menempuh kejayaan di masa akan datang.

Apapun, jangan lupa saksikan perlawanan di antara Malaysia dan Chelsea Khamis ini 21 Julai!!! Kalau nak pergi Stadium Bukit Jalil pergi ke ticketpro untuk pembelian tiket!

Tak dapat tengok live? Kenapa risau? Streaming kan ado… heheh

Stay tuned!!



Free desktop streaming application by Ustream


Saturday, July 16, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS LIVERPOOL 16 JULAI 2011 | ASIA TOUR 2011

MALAYSIA 3  LIVERPOOL 6

ok lettewwwww....;)

Thursday, July 14, 2011

MALAYSIA VS LIVERPOOL 16 JULAI 2011 | ASIA TOUR 2011 STADIUM BUKIT JALIL

Seperti yang dijadualkan, Sabtu ini 16 Julai merupakan perlawanan kedua bagi Asia Tour 2011 si Stadium Bukit Jalil. Kalau malam tadi kita lihat Malaysia telah dibedil oleh Arsenal sebanyak 4–0, selepas ini kita akan saksikan pula Malaysia bertemu dengan Liverpool. Agak-agak berapa pula Malaysia nak bagi kat Liverpool ek hehe.

Haip! Jangan pandang rendah pada Harimau Malaya! Untungla tu nak bagi 4 gol kalau tak kerana kecekapan pemain kita Arsenal dah bolos gawang lebih dari itu tau. Apapun, syabas diucapkan kepada pemain Malaysia, sedikit sebanyak mereka boleh jadikan perlawanan ini sebagai pengalaman paling berharga selain dijadikan sebagai latihan persediaan bagi mental dan fizikal untuk menempuh kejayaan di masa akan datang.

Ecewah cakap berabuk jek, padahal satu hape pun tak tahu pasal bola. Tahu tengok je.. Nama club-club bola obesi tu pun My tak amik port haha.. Asal orang duk huha huha tengok My pun selit sama.. bila tak masuk gol dok marah-marah bila masuk gol jerit suka tak hengat.. -.-’

Apapun, jangan lupa saksikan perlawanan di antara Malaysia dan Liverpool Sabtu ini 16 Julai, yang juga merupakan birthday My yang ke -15! Tettttt….;D Pada awalnya nak ajak enchek tunang pergi menonton tapi dia tak berminat so kempunan lah den nak saksikan bola sepak secara live di Stadium Bukit Jalil.. isk isk.
So pada y’ols yang teringin nak pergi menonton boleh lah beli di laman web www.ticketpro.com.my. Harga tiket adalah RM388, RM108, RM68, RM58. Nampaknya My tengok di rumah sahaja lah. Itupun entah tengok entah tak manalah tahu ada orang nak ajak pi celebrate befday hoho..;D

Hurm, tiket Malaysia menentang Singapura bila open ek? Hehe, nak try pujuk enchek tunang pergi lah! Dah lama teringin merasai suasana live di Stadium..-.-’

K guys, sama-sama kita saksikan pertemuan Malaysia menentang Liverpool Sabtu ini. Tak pasti lah ada atau tidak siaran langsung di televisyen sebab perlawanan antara Malaysia dengan Arsenal semalam pun takde live, buat siaran tertunsa hari ini siapa nak tengok der.. grrr… takpe, kalau takde live pun still boleh saksikan secara live streaming di internet! That’s what technologies for kan hehe…

Ok bai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers