9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label bapa rogol anak. Show all posts
Showing posts with label bapa rogol anak. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Haruan makan anak

“Si buta mengaku perkosa anak hingga hamil tujuh bulan walaupun sudah ada dua isteri”
Baru-baru ini kalau kita lihat di media cetak mahupun elektronik terdapat banyak sangat kes-kes rogol melibatkan insan bergelar bapa dengan darah dagingnya sendiri. Bapa rogol anak kandung… bapa tiri rogol anak tiri… bapa tiri rogol anak tiri depan ibu kandungnya sendiri pun ada…T_T…
Sedih sangat kalau baca cerita-cerita macam ni. Selalu sangat ada… sampaikan My dah tak ingat berapa banyak dah cerita mengenai bapa rogol anak sebab setiap kali baca paper ada je kes-kes baru yang keluar.

Apa nak jadi dengan dunia hari ini? Bukan isu zina dan anak luar nikah je berleluasa malah orang yang sepatutnya menjaga maruah darah dagingnya itu sanggup melapah tubuh suci anak yang lahir dari benihnya sendiri… Mana pergi akal kewarasan yang Allah beri? Hilang pedomankah kamu sanggup merosakkan anak sendiri? Tiada imankah kamu wahai ayah?? 
“Sepatutnya kamu jaga bukan rosakkan”
Siapa yang jadi mangsa? Anak yang tidak berdosa itu juga. Gelap masa depannya. Bagaimana dia nak menghadapi masa akan datang dengan kenyataan bahawa maruahnya telah tercalar…? bahkan tercalar itu disebabkan BAPA KANDUNGnya sendiri! Malah lebih parah apabila dia hamil angkara perbuatan keji ayah! Dengan panggilan apakah harus dipanggil anaknya yang lahir itu nanti? Anak atau adiknya?? Panggilan apa yang harus dipanggil kepada bapa durjana itu nanti? Ayah kah? Atau datuk???
Sudahnya bayi yang lahir tidak mengerti apa-apa itu terpaksa diserahkan kepada rumah kebajikan atau keluarga angkat. Kasihan bayi kecil itu… Dahlah lahir tidak sah taraf… kalau dia besar macam mana nak terangkan dari mana asal usulnya kalau ditanya? Nau’zubillah……T_T

Wahai ayah… sedarilah kamu bahawa anak adalah permata yang tidak terhingga nilainya… Dia lahir kedunia hasil daripada benihmu, yang patut kamu pelihara kamu bentuk kamu didik menjadi manusia berguna… berguna kepada pencipta, padamu dan masyarakat… Anak inilah suatu hari nanti yang akan membalas jasa-jasamu.. yang akan sedekahkah doa andai kamu pergi menemuiNya…

Moga kamu-kamu yang lelaki pabila membaca entry ini menjadi ayah atau bakal ayah yang berguna pada anakmu… Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers