9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

Penatnya jadi mak anak tiga

Err.. belum boleh bercerita pengalaman bersalin. Tunggu balik rumah nanti lah. La ni kat kampung lagi. InsyaAllah weekend ni balik dah. Rindu dekat tok laki haha 😝

Fuhhh.. sementara nak tido ni singgah sini kejap berleter. Kehkeh. Sekurang2 nya ada sebab untuk menulis kan. Tidaklah bersawang lagi as usual. Gittewww

Aku ada masa nak pegang betul2 handphone ni pun masa ni lah. Time anak3 dah lena. 24 jam pun memang aku hadap jugak telefon. Cari makan kan. Tapi tidaklah dapat setenang ini huuu 😅

Anak anak aku ni time tido je lah diorang tak bergaduh, tak menjerit, tak berlari..😣
Kalau tak all the time siang hari Allahuakbar.. boleh kena darah tinggi lama-lama mak dia ni haha.

Itu pasal aku cakap penat haha. Penat berleter. Penat marah. Eh.. penat macam2 lah.

Dhia dengan Danish balik rumah nenek sukalah diorang. Rumah kemahen luas. Lepas tu takde sepupu lain. Memang berdua diorang je lah main. Tu lah geng main tu lah geng gado. Aduhai.. tu satu hal. celik mata je nak gaduh. Yang kakak dengki adik.. yang adik dengki kakak..

Anak-anak korang ada macam tu? Ke aku je?

Aku ni ko paham2lah ada baby kecil. Kadang2 time baby susah tido si abang kakak ni buat hal. Allahu... mana tak darah naik kepala. Cuba dah urut dada. Tapi tak boleh. Lepas tu main lari2. Berapa kali pesan jangan berlari jangan naik turun tangga.. dia buatttt jugak. Cakap lembut tak jalan nak kena tinggi suara baru dengar. Dah tu macam mana?

Meletus jua gunung berapi hoi. Sehari kalau tak marah anak tak sah. Sehari kalau tak pegang hanger tak sah. Lepas tu di malam hari macam ni mulalah sayu menyesal.. menangis sorang2 sobs. 😭

Bila kita marah mulalah cakap 'mami tak sayanggggg'... tapi taknak dengar cakap 😣

Allah.. penatnya. Penat melayan karenah anak yang macam2. Baru anak 3 orang 😭 aku risau balik rumah sendiri esok ni kang entah macam mana. Mampu kah aku? Ya Allah hari2 taubat taknak jadi mak naga. Baca buku parenting. Doa jadi orang sabar. But still... selalu hilang kesabaran.

Sedangkan... apalah dosa anak tu kan. Baru sekecil 3 dan 5 tahun Allahu.. berdosanya aku sebagai ibu... 😭

Dengan baby plak lain karenahnya. Kadan2 okay kadang tak okay. Fasa bawah 6 bulan ni biasalah ragam baby berubah2. Memang kena banyak bersabar. Kadang2 mengadap baby je sampai tak sempat aku nak minum. Ini untung masih dekat rumah mak. Aku nak mandi, nak solat, nak makan mak tolong tengokkan baby kalau dia tak tidur. Kalau ditinggal dengan Dhia Danish tataola apa jadi. Bukan boleh percaya haha.

Fuhhhh... penat jugak jadi mak anak 3 ni kan. Alah. Anak 2 pun penat jugak. Dah kau yang nak beranak. Terima je lah kan haha. Aku risau je tak boleh nak tahan amarah ni. Yela kalau selalu marah anak pun bukan boleh kan. Risau terkesan kat diorang lagi2 Dhia tu dah terlebih faham. Dah pandai main dengan emosi... sobs.

Harap2nya aku mampu lah handle anak3 esok sorang2 bila dah dekat rumah sendiri nanti. Yelah anak3 akan ada seharian dengan aku 24/7 while suami bekerja pagi ke malam. Kalau tak lepas maghrib tak sah baru nak sampai rumah huwaaaa...

Bertabahlah my... InsyaAllah kau boleh buat.

Maafkan mami anak3.. mami janji try my best to be better okay... segarang2 mana mami pada korang... mami sayang korang lebih daripada segala2nya tau! 😭

Sleep tight anak3. Lupakan hari ini. Esok main lagi ya 🙁

Sunday, January 24, 2016

Monyet di Sekitar Legoland Malaysia Resort Sempena Perayaan Tahun Baru Cina!

Cuti Umum adalah hari yang kebiasaannya dinanti oleh setiap orang terutamanya yang berkeluarga sebab waktu-waktu macam ni lah mereka sangat teruja untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti membeli belah dengan harga yang murah, bersiar-siar atau pergi bercuti sempena cuti yang agak panjang. betul tak? Aku dapat rasakan ramai yang menantikan cuti Tahun Baru Cina yang tak lama je lagi ni. Amacam? Dah ada plan nak habiskan cuti ke mana? Tahun Baru Cina 2016 jatuh pada 8 & 9 Februari iaitu hari Isnin & Selasa (kecuali Kelantan & Terengganu 8hb sahaja), bermakna kalau korang kerja normal hour korang ada 4 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad tau!! Rugi kalau duduk termenung kat rumah je! hehe


haa.. kalau korang takde idea nak bercuti kemana apakata korang ke Legoland Malaysia Resort sebab mereka sedang meraikan pengunjung-pengunjung sempena tahun Monyet sepanjang Perayaan Tahun Baru Cina ni. Dengan cuti hujung minggu yang panjang bersambung plak dengan cuti Raya Cina inilah masa sesuai untuk korang berkunjung ke sana.

lunar year celebration 2016

Baru-baru ini, majlis pelancaran dan perasmian oleh Ketua Pengarah Tourism, Dato' Mirza Mohammad Taiyab telah diadakan di City Stage, Legoland Theme Park di mana dalam majlis tersebut Legoland Malaysia Resort mengajak pengunjung turut serta membantu menjayakan pembinaan bilangan Lego Monyet terbanyak untuk mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records iaitu sebanyak 2016 replika Lego Monyet!

lego monkey lunar year 2016

luna year 2016

Jika korang bercadang untuk berkunjung ke Legoland Malaysia Resort di antara 22 Januari sehingga 14 Februari korang juga berpeluang untuk mencipta Lego Monkey korang sendiri macam hakak-hakak comel ni dan kemudian..


bolehlah posing dengan Lego Monkey masing-masing!! weehuuuu~ :)





Inilah dia rupa Lego Monkey tu. Cute sangat kan? sayangnya tak boleh bawa balik nanti tak cukup 2016 ekor untuk cipta rekod haha. Oklah, tinggallah awak comel kiut. semoga awak berjaya dikumpulkan bersama-sama kawan awak seramai 2016 ekor tu!! hehe


Tau tak, korang juga berpeluang menikmati promosi "Bawa Kawan untuk Separuh Harga" dan mendapatkan blok peringatan edisi terhad Tahun Baru Cina secara percuma tau! Promosi ini bermula daripada 12 January sehingga 5 Februari ini.

Eh bukan itu jer, ada jugak promosi lain sempena Tahun Baru Cina kali ni seperti Promosi Jualan dengan mana-mana pembelian produk Lego anda juga dapat percuma Angpow Packet, dan macam-macam lagi... untuk info lanjut korang boleh terus ke Kaunter Tiket di Legoland Malaysia Resort atau layari www.legoland.myLEGOLAND Malaysia Resort dibuka setiap hari daripada 10 pagi - 6 petang sepanjang musim perayaan!


Wednesday, January 6, 2016

Selamat Datang 2016 & Sekilas 2015

Bismillah...

Pejam celik pejam celik.. dah 2016. Allah.. cepatnya.. kan? Alhamdulillah masih diberikan peluang bernafas dekat bumi pinjaman Allah ni... Moga2 aku panjang umur lagi untuk lihat anak-anak membesar. InsyaAllah..

Curik-curik masa post blog sementara Danish tengah mentido ni hehe. alahai belog kesian kau aku selalu abaikan ko huhu. Dah duduk rumah ni memang tak menang tangan dan masa. Mana aku nak handle anak-anak. mengemas.. memasak.. layan customer... fuhhh.. ditambah sekarang rutin bertukar lagi bilamana hasben eksiden dan dah hampir sebulan tak keje duduk kat rumah. Makanya tanggungjawab aku lebih sikit dari sebelumnya..huhu so faham2 jelah kenapa belog selalu bersawang.. :P

Anyway.. oleh sebab aku banyak sangat termiss post untuk dikongsikan dalam ni meh nak flashback sikit apa yang jadi recently in 2015...

WAHM

Alhamdulillah, dengan izin Allah aku tinggalkan gaji 4 angka dan kehidupan bersosial (offline) demi 2 anak-anak syurga yang aku sayang. Aku harap keputusan yang aku buat tu bukan keputusan yang salah memandangkan ada dugaan yang Allah bagi selepasnya. Aku harap ianya cuma ujian kecil Allah untuk melihat sejauh mana aku bersyukur atas apa yang aku ada.. terima kasih Allah atas peringatanMu... Aku redha..

Harapan aku, aku terus kuat dan sabar untuk berdiri di mana aku berdiri sekarang. InsyaAllah.. aku kuat!! :)

Birthday Dhia ke 3 Tahun

Tak dan nak post pasal befday dhia haritu sobs. Just small celebration at Pizza Hut. Seronok sangat dia bila abang kakak pizza tu surprise datang meja bawa kek sambil nyanyi lagu befday hehe..

Happy 3-yr old sayang.. Allah.. kejap je anak mommy dah besar. Dulu masa dhia kecik mommy selalu tertanya2 bilalah anak mommy ni nak besar. Hah sekarang.... mommy rasa nak turn back masa dhia time kecik-kecik pulak. really miss every single moments when you are still baby sayang... Anak mommy dah big girl.. dah petah bercakap membebel macam2 huhu.. Jadi hamba Allah yang baik ye sayang... dengar cakap mommy daddy n jaga adik-adik sebaiknya.. 

Mommy, daddy, adik.. sayang kakak sangat2.. huhu

Bercuti ke Perlis dengan siblings

Dah lama plan nak berjalan ke Utara dengan adik beradik. Lepak rumah abang di Perlis. So here we go.. Time flies.. 3 malam kat sana tak terasa sangat. Rasa sekejap je huhu. Kami adik beradik jarang jumpa so setahun sekali at least dapat berkumpul semua bercuti kat mana-mana. Yela raya pun belum tentu dapat gather complete 7 beradik since masing2 dah ada mertua so kami kena lah take turn. 

Aku ke sana without ben sobs tu yang sedih sikit tapi nak buat macam mana kan. Dia ada kerja so dengan izin ben aku pergi dengan anak-anak je. 
Bukit Bendera
On the way back from Perlis kami sempat singgah ke Batu Kurau, Taiping Perak ke rumah adik arwah abah, Mak Teh. Last kami jumpa Mak Teh masa abah sakit sebelum meninggal. Allah.. sampai2 je menangis Mak Teh peluk kami. Mungkin teringatkan arwah abah. Huuu kami apatah lagi. rindu sangat dengan abah sobs. Bawah ni gambar rumah arwah tok.. tempat abah membesar. Dah kosong tak berpenghuni. Rumah Mak Teh belakang rumah tok. Banyak kenangan dengan rumah ni. Kecik2 dulu balik raya sini... T___T Kami bukan orang senang, balik beraya ke Bt Kurau pun 3 4 tahun sekali masa abah ada dulu.

Ya Allah... tolong jagakan abah untuk kami... :(




Husban Eksiden Patah Tangan

Hari aku dengan yang lain on the way back to KL dapat call dari hasben cakap dia eksiden patah tangan. Allah.. aku percaya tak percaya je. Dia cakap sekejap je lepas tu terus letak fon. Takkan aku nak terbang masa tu jugak kan. Dah gelabah huhu. Terus call jiran rumah mintak tolong dia jenguk ben di KPJ Rawang.

Masa tu memang aku jauh lagi nak sampai KL... so duk gelisah je lah dalam kete tunggu sampai sobs.

Aku sampai ke KPJ Damansara (Hasben warded situ) betul2 waktu Maghrib. Alahai sayu aku tengok laki tangan patah sebelah. Macam2 dah bersarang dalam kepala.. dugaan apakah yang Allah bagi pada kami ni.. sobs


Malam tu hasben operate masuk plate ke steel ke apatah dalam tangan tu. Ada 3 tulang yang patah di pergelangan tangan. Malam tu gak aku n family balik rumah dulu.. Esoknya pagi2 aku bersiap n ke hospital semula angkut anak-anak. Family aku mak n adik badik dah bertolak balik Johor sebab nak melawat makcik di Hospital sebab eksiden jugak. Dah beberapa hari tak sedarkan diri sebab kecederaan kat kepala. So terpaksalah aku berdikari sendiri gagahkan diri bawa anak-anak. Malam tu kami 4 beranak tidur dalam wad. Mujurlah ada Insurans dapat masuk private hospital, kalau masuk gomen hosp terfikir jugak aku macam manalah aku nak jaga laki nak jaga anak-anak.. dengan Danish menyusu badan, taknak orang... Aku sendiri tak pernah berpisah dengan anak-anak.. Allah.. syukur tak perlu menyusahkan orang lain. Tak kisahlah aku susah sikit.. penat sikit.. asalkan orang2 kesayangan aku ada kat sisi aku.. :'(...

Malam tu aku dengan anak-anak tidur berhimpit kat katil seblah (2 bedded ward). Mujurlah takde pesakit katil sebelah so menumpang tido je situ hehe.. Kesian anak2 tidur tak selesa.. Aku apatah lagi.. tidur pun tidur2 ayam je..


Esoknya hasben dibenarkan discaj. Senanglah sikit hati yela dapat balik rumah lepak2 rumah lebih selesa aku nak jaga semua orang kan. 

Ngeri aku tengok luka tangan hasben. Yang berdarah2 tu bekas operate. Haih... 


Maka sejak mula haritu (hasben eksiden awal dec 2015), bermulalah rutin baru aku, bukan setakat nak jaga anak-anak tapi kena jaga laki sekali. Tolong hasben mandi, bukak baju, pakai baju, uruskan anak-anak. Segala benda yang sebelum ni aku boleh harapkan hasben buat terpaksa aku buat semuanya seorang diri... sobs

Seminggu awal emosi hasben tak berapa okay. Dia kerap menangis tiba2, menangisi nasib yang menimpa diri.. tak mampu buat itu ini.. tak mampu pergi kerja... Aku mampu nasihat je.. hakikatnya aku juga sedih. Aku hanya menangis atas sejadah setiap kali solat. Aku xboleh menangis depan dia takut dia lebih down... Aku mampu berdoa je moga Allah permudahkan hidup kami. 

Aku dah tak bekerja. Hasben pun bukan bekerja dengan orang. Bila kerja sendiri, tak kerja maka tiadalah income. Pekerja yang ada memang tak boleh diharap lagi kalau ketiadaan hasben. Makanya kami hanya mampu berserah pada Allah... InsyaAllah, rezeki tu Dia yang bagi... 

Aku tau Allah takkan duga hamba2Nya lebih daripada apa yang dia mampu. Allah tau kami boleh hadapi ujian ni sebab tu Dia duga kami dengan ujian kecil ni. Aku redha... Apalah sangat ujian kecil kami ni nak dibandingkan orang lain? Aku bersyukur hasben cuma patah tangan... kalau dia patah kaki? aku bersyukur hasben masih panjang umur... kalau sebaliknya? Allahu.... mintak dijauhkan... Aku belum bersedia.. :(

Terima kasih Allah... datangkan ujian ni buat kami lebih dekat denganMu... datangkan ujian ni buat kami lebih beringat...

Dan aku bersyukur juga bila ditimpa ujian macam ni aku bukan lagi terikat bekerja. Tak dapat bayangkan jugak kalau aku kerja.. mana aku nak fikir pergi kerja balik kerja.. dengan anak-anak.. suami yang sakit... Allah... syukur...


Sejak peristiwa hasben eksiden memang aku je drive kereta.. bawa dia pergi follow up check up.. bawa pi urus hal sana hal sini.. ini pun aku bersyukur sangat2.. mampu bawa kereta. Kalau aku xpandai drive nak menyusahkan siapa???


After 3 weeks, gian nak gak bawa kereta. Time cuti2 hjg tahun ni orang semua balik kg tapi kami anak beranak duduk rumah je sob sob. so petang2 ada masa kami keluar pekena cendol & rojak hehe... Jadilah... sesekali ambil angin luar... :)

******

Begitulah pengakhiran 2015 kami... walaupun ada dugaan kecil di penghujungnya....

Aku harap 2016 ni beri sinar baru dalam hidup kami sekeluarga... InsyaAllah...

tq sudi baca hehe. till then!

Friday, December 11, 2015

Suami Eksiden Patah Tangan

Allahuakbar... Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat sihat. Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat sakit.. Sekelip mata Allah boleh tarik nikmat kaya dunia.. 

Sepanjang Disember ni banyak sangat dengar musibah menimpa orang.. Yang tak pernah sakit mati tiba-tiba.. yang itu yang ini.. bila haritu Zass! kena kat diri sendiri. rasa terduduk sekejap. Allah..

Masa dapat berita buruk ni aku dari Perlis on the way back to KL selepas 3 hari berjalan ke rumah abang bersama family. Hasben tak ikut sebab kerja. Dengan izin dia aku dengan anak-anak je yang ikut. Dapat call daripada hasben tengahari tu. Dengan nada cemas dan menahan sakit dia cuma bgtau dia eksiden, patah tangan dan ada di hospital.. Allah... :'(

Kalau boleh terbang rasa nak terbang je haritu. jauhnya perjalanan ku rasakan. maghrib baru kami sampai direct terus ke KPJ Damansara tengok hasben kat sana. Luluh nya hati tengok tangan sebelah tergantung tidak mampu berfungsi dengan baik lagi.. :(

Mujurlah kami ada Medical Card. Dapatlah hasben berehat dengan selesa kat hospital tu. Kami anak beranak pun dapat tido sekali temankan. Hasben suruh gak balik kesian kat anak-anak tak selesa tido tapi aku nak temankan dia kat sana. Lagipun susah pulak aku nak berulang jauh dari rumah dengan anak-anak. Sekurang2 bila aku ada boleh tolong mandikan hasben, boleh tolong pakaikan baju, suap makan, etc.. 

Hasben discaj lepas 2 malam kat wad. Now bertukarlah rutin harian aku. daripada jadi supermak sekarang dah bertambah jadi superwife. Kena jaga 3 beranak kat rumah. Dengan anak-anak melasak, pergerakan suami pula terbatas.. Allah betul-betul menguji aku kali ni.. :'(

Ya Allah moga dengan ujian kecilmu kali ini buat aku lebih kuat dan sabar.. moga dengan ujian kecilmu ini aku peroleh pahala sebagai ibu dan isteri.. 

Aku penat.. tapi apa mampu aku buat? Aku cuma minta Allah bagi aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua ni..

Orang takkan nampak apa yang kita hadapi. Mungkin pada dasarnya orang lihat kita ok tapi hakikatnya hanya Allah mengetahui...

Moga aku sabar tempuh hari2 mendatang ni.. 

doakan aku ye kawan-kawan.. :(

nanti got time aku update lagi. till then!

Sunday, November 29, 2015

Danish Harraz 1 Year Old

Errr... bad mommy.. baru sebok nak update anak dah masuk umur setahun hehe.

How fast time flies.. sedar tak sedar Danish Harraz dah masuk setahun 7 November haritu.



Takde big party just pegi makan2 dengan family kecil kami. Hanya Doa yang mampu mommy panjangkan.. agar anak2 mommy sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan membesar jadi HambaNya yang soleh.. mommy harap diberikan kesabaran yang tinggi untuk menjaga dan mendidik anak2 mommy.. Amin...



Danish 1 year dah pandai berjalan.. Alhamdulillah cepat juga progress dia as a boy.. orang kata boy ni biasanya lambat sikit tapi memang ye compared dengan dhia danish agak lambat sikit meniarap, merangkak, berjalan. Lambat sikit je lah. Dhia dulu 11month dah berjalan adik setahun baru pandai berjalan.

Gigi adik pun lambat je tumbuh macam kakak dulu hehe baru 3 batang. 2 batang bawah sebatang atas. Adoiii bila menyusu datang geran dia tu menggigit nak terputus rasa oiiii!



Boy dengan girl memang nampak beza dia. Adik ni 'gagah' semacam kakak walaupun ganaz tapi masih nampak kelembutan dia as a girl hehe.. apapun, moga anak2 mami membesar dengan baik ok.. :)

I love you to the moon and back!

Tuesday, July 21, 2015

Kisah Raya ku yang Singkat..

Bismillah…

Alhamdulillah.. cuti raya yang amat SINGKAT tapi sebolehnya cuba dimanfaatkan bersama family tercinta. Oleh kerana cuti tahun ni turn aku beraya di sebelah Johor makanya aku decide ambil cuti lebih awal sebelum Raya. Bagi peluang pada staff lain bercuti semasa/selepas Raya. Walaupun dalam keterpaksaan aku gagahkan diri jugak ke tempat kerja pada hari Raya ke 4 bila mana masih ramai yang sedang bercuti RAYA huhuhu

5 hari sebelum Raya aku dah gerak balik kampung. Dapatlah spend masa lama sikit teman emak kat kampung. Emak baru je berhenti kerja sebagai kerani Pos Mini 30 June haritu so masa dia sekarang banyak kat rumah je sesekali adalah join kawan-kawan ke kelas mengaji, marhaban dan sebagainya. Kitorang anak-anak yang suruh mak berhenti dah lama sangat dah lebih umur pencen pun (mak dah 61 tahun). Dah berhenti haritu nampak lega lah sikit dia tapi baru-baru ni ada jugak komplen bosan kat rumah tak buat apa. Lagilah bila duk sorang2 lagi banyak pikir. Alahai emak.. Nak suruh ke rumah aku, aku keje... lagi lah kesian nanti.. :( kena pikir sesuatu untuk masa depan emak. *nanti bincang adik badik

So berbalik pada citer Raya, turn Raya pertama dengan emak tahun ni adalah aku dan abang aku di Perlis n macam biasalah dengan adik-adik yang belum kawen tu lagi. Dah plan dengan makcik pakcik belah mak nak beraya di Kluang Johor (kampung emak). Atok nenek dah takde tapi Alhamdulillah silaturrahim kami tetap erat tiap-tiap tahun wajib ada perjumpaan Raya di rumah atok nenek yang didiami oleh family adik mak yang bongsu. So this time kami berkumpul sama-sama berbuka hari terakhir Ramadhan dan berhari raya di sana.

Kami ke Kluang (dari Segamat) petang terakhir Ramadhan tu. Berbuka dan bermalam di sana malam raya tu. Pagi tu macam biasalah bangun awal bersiap2. hah layan gambar je lah yek haha



Ni je adik badik yang beraya di Kluang, kakak2 aku beraya rumah mertua. gambar ni aku nampak gemok! fine
Susah hoi nak dapat gambar satu family haha

Adik baru kutip raya sekeping dah ketiduran hehe
haha abaikan muka laki aku tengah bebel kat Dhia

Kakak sulung aku anak no 2, gambar sent thru wassap beraya dgn mertua haha












Kakak no 3 beraya di rumah mertua jugak hehe

Seronok berkumpul ramai2 tapi BERBEZA sangat raya dulu dengan raya sekarang. KURANG rasa meriahnya hehe... Apapun Raya tetap best! :)

Jom pi BERAYA!!


Cousins/ Aunties Uncles









tutup sikit terlebih tonggeng pulak haha

hehe love this pic. yg snap pic ni abang aku yg duk kat Perlis


Perut sudah kenyang... Kami adik badik gerak balik Segamat petang Raya tu jugak sebab kakak aku nak balik rumah mak pulak so tak boleh lah tinggal rumah lama-lama kan hehe.

Raya ke 2 aku tak ke mana-mana pun duduk rumah makan tido makan tido je haha. sadis tak. Eh Raya ke 2 aku ke Kubur abah lah. Allah... rindu sangat dekat abah.tahun ni Ramadhan & Syawal ke 2 tanpa abah. Kejap sangat masa berlalu tapi rasa macam baru semalam abah pergi. Sangat2 rindukan suasana sambut raya bersama-sama. Semoga abah baik-baik sahaja di sana.. Amin.....


tup tup eh dah Raya ke 3. bermakna cuti sudah habis! maka moh la kita balik Key ELL!! sob sob

Dia punya bersiap lagi over dari Mak!
gemok gemok!!!
dengan mak dan kakak. ye dan aku yg gemok T__T

punyalah susah dapat gambar berdua dengan cinta hati ni haish.. ye gemok lagi! -.-



dengan kekasih gelap haha. ni abang sulung.



Sampai KL 5.30 ptg Alhamdulillah tak harung jem huhu. Terus ke rumah PIL di Kepong. Malam tu sampai rumah jam 9.30 malam mengemas, membasuh 2 pagi baru tido. 

Paling haru bila balik rumah blackout. Stock EBM Danish semua LEBUR!!!! sedih dia jangan cakaplah. dah. takmo citer. mak kena positip dan struggle lebih lagi. sobs.. T___T

ok dah. camtu je citer Raya aku. Singkat tapi tetap ada kenangan yang boleh aku bawa balik sob sob...

Moh la kita back to reality... back to work... handle kids... married life... dan yang sewaktu dengannya...

till then!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers