Salam y'ols...
Kalau y'ols notice, last week hujan turun tak henti-henti. Dekat KL hujan tak tahulah di tempat y'ols. Masa hujan tak henti-henti tu I berada di Hulu Langat menjayakan Teambuilding 3 hari 2 malam tu. I tak tahu pun yang Selatan tanah air dah teruk dilanda banjir tak terkecuali kampung halaman I, Segamat. Bila balik dari teambuilding tu baru tengok berita, fesbuk dan notice pasal semua tu. Segera hubungi mak kat kampung pagi Isnin haritu. Mak kata kat sana dah beberapa hari hujan tak henti-henti. Kawasan kampung those yang dekat-dekat dengan sungai, parit memang naik air. Mak kata nak keluar ke mana-mana pun tak boleh. Jalan dalam tutup, jalan nogori pun tutup. Adik nak balik Melaka pun terkandas sebab banjir kat jelai. Haih~..
![]() |
| Sungai Segamat |
![]() |
| Jalan Pemuda, Segamat |
![]() |
| Bandar Segamat |
Apapun, I doakan moga banjir pulih dengan segera.. Mari kita sama-sama doa agar hujan berhenti, banjir surut dan orang ramai dapat meneruskan rutin harian seperti biasa. Kepada mangsa-mangsa banjir, ambil langkah-langkah keselamatan di kala banjir ni untuk mengelakkan perkara yang tak diingini...
**Tidak lupa kepada anak-anak Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir.. Moga ditempatkan di kawasan-kawasan selamat.....
**gambar : sumber, Facebook




No comments:
Post a Comment