9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Throwback

Hola… I’m back!!! Ahahaha… macam baru balik hanimun je kan kat parissss hahaha. Biasela ofis ku kena block belogsepot so mood ku berbelog pn bagai diblock-block… T__T (alas an semua tu!)

Ok nak throwback sikit aktiviti-aktiviti kebelakangan ini…

#Gathering with Mommies & Babies Gojes @ Taman Layang-Layang Kepong

Tak hengat bape HB tapi last month (Oct) if im not mistaken hehe. Kuar santai-santai di pagi hari di Taman Layang-Layang bersama geng-geng Gojes. This is my second time meet them. First time masa Raya haritu (tapi tak buat entry pun hahahhaa). But some of them ada yang baru festime jumpa kat sini.



Hari Sabtu kan kome. Enchek somi pi keja so apalagi kita pi meronggeng la hehe. Tapi dengan keizinan suami leeee… huhu. Ku drive dari rumah ke Kepong. Dhia dah mula meronta-ronta keboringan bila nak dekat sampai huhu. Takpe, ku dah biase.. umpan lah dengan apa-apa yang attract dia supaya tak nangis tak mengamuk.

Di gathering ku jumpa dengan Kak Amy, Anis, Kak Mimy (yang ni pernah jumpa time Raya), Anies, Ciknaa, Aznor, Ain, Julia, Kerol, Mimi… eh sape lagi sape lagi yang ku tak sebut?? Hihi ampunnnnnn kalau ada yang tertinggal ye.. :P



Rasanya yang datang jadi single mother haritu ku, kak mimy, n kerol kot hehe. Yang lain-lain lengkap satu family bahagia gitewwww… eleh ku pun bahagia jugakkkk cuma apakan dayaaa cik abang keluar mencari rezeki hehe.

Anyway, geng-geng gojes ni adalah geng-geng blogger yang dah berkeluarga and ada baby or babies!! Diorang semua memang gojes n ohsem! :P Nice to see yu ols!!

#Balik Segamat setelah 3 bulan tak balik  #Port Dickson

Cuti Deepavali ku balik Segamat setelah dah lama tak balik sejak cuti raya huhu. Rindu koooooo… Yela, bila dah kawen ni kannnn kenalah ikut suami, duk ngan suami. Suami plak keje Senin-Sabtu memang tak dan selalu nak balik kampung… :)



Berkesempatan ke PD dengan mak abah n family akak. Dapatlah tido semalam n berendam dalam air laut. Ku n Dhia yang tak baik-baik dari selsema pun join sekali hehe.

So lepas ni bila plak balik lagi? Huuuuuu

# Dhia's Development & Improvement

Alhamdulillah, Dhia is turning 1 year on coming 3rd December!!! Ya Allah... Syukur atas kurniaanmu yang indah tak terkata ini... n how fast time flies... Dhia dah nak masuk setahun???!!! Rasa macam baru semalam mommy lahirkan Dhia hehe.




Dhia dah banyak berjalan dari merangkak sekarang. hehe mungkin dia dah rasa sedap berjalan. Kalau tak sebelum ni 2 3 langkah dah turun merangkak hehe.. Now dia lagi banyak berjalan dari merangkak. yeayyy... pls make sure u turn 1 year je dah pandai berjalan sepenuhnya hokayyy hehe...

Dhia sekarang dah pandai apa lagi ye? Oh ye dah pandai babai, dah pandai flying kiss, dah pandai buat duckface, dah pandai clap hands when mommy sing 'if you happy n u know it clap ur hands!!', dah pandai angkat tangan bila mommy say 'siapa dhia batrisyia angkat tangannnn!' and the latest one dhia dah pandai salam cium tangan mommy yeayyyy... :)


One thing yang mommy slalu deram dengan Dhia ialah... dah pandai marah n mengamuk. Omaigod... kalau kita xikut rentak dia, she will scream at the highest volume u know! like.... arghhhh biar betul anak aku ni... seyes nak kuar anak tekak dia kalau mengamuk menjerit. sabaaa je la... -.- Bila kita buat nada marah pun dia dah tau dah.. mula la buat mimik muka mencebik nak menangis huhu...

yang penting anak mommy sangat ohsem n comel!!! :)

Moga Allah berikan kesabaran yang tinggi kat My untuk jaga Dhia... Maklumlah kadang2 ku hot temper sikit... Anak pulak semakin membesar dan sangat lasak kaannnn risau je xleh control huhu.. Hopefully not.. :)

Err... oklah. till then!!!





Thursday, October 17, 2013

Latest Update.. :P

Erk… tatao lah nak categorize diri ku ini macam mana. Sebulan sekali je koooo hapdet belog. Makin menyerlah kemalasan ku. Actually bukan malas.. tatao lah ngape sekarang ni sering ketandusan idea nak menulis macam mana. Selalu je ku cuba untuk hapdet citer itu ini end up.. My save draft sajo biar tergantung.. nak sambung balik udoh expired entry tu hahaha..

Anyway… right now, My cuba jugak habeskan entry ni.. Tapi… tapi.. nak citer apa? -.-‘

Ok let’s story the latest update bout myself, hubs, Dhia….

Me? As usual, masih seorang ibu.. masih seorang isteri.. masih seorang kuli hehe… Workdays bekerja pegi pagi balik lewat petang… Sabtu spend time dengan Dhia di rumah bilamana enchek hubby keluar bekerja. Sunday? Masa kami bertiga… ke kenduri, ke rumah PIL, ke mall shopping, bla bla bla…

Enchek hubby? Dah mula bosan kerja makan gaji katanya. Ada perancangan untuk berhenti kerja paling lewat dalam awal 2014. Nak teruskan dengan his part time business, nak buat full time. Will see how… Kalau ada rezeki InsyaAllah niat itu akan diteruskan...

My? Bila dah jadi mak orang ni.. rasa nak berhenti kerja tu memang 24jam terasa huhu. Teringin nak duduk rumah nak tengok anak membesar… nak duk umah jaga makan pakai enchek hubby. Ah angan-angan je. Apa boleh buat… Kehidupan sederhana beginilah… Kenalah saling memberi dan menerima.. tolong enchek hubby cari rezeki untuk keluarga. At least My bolehlah tong-tong mana yang tak cukup. Dan mentenen diri sendiri pun tak lari ye dak… :P

Dhia Batrisyia?? How fast time flies… our little precious is 10month+ now!! Ya Allah.. bila throwback balik gambar-gambar lama Dhia since she is newly born sebaknya rasa… Tak sangka si kecit ni kuar dari perutku.. Tak sangka si kecit ini sudah besar ini MasyaAllah…. *tears!





Dhia sekarang makin lasak.. Tak padan dengan perempuan. Tak lama lagi nak pandai jalan lettew. Dah mula tatih 2 3 langkah. Tapi merangkaknya masih lebih laju dari tatihnya so she prefer to merangkak hehe. Gigi nan hado walau sebatang. Entah bila nak tumbuh, mommy tak sabar nak masak macam-macam untuk Dhia! ;)

Dan hari-hari Mommy... takkan lengkap tanpa Dhia!!!




Adik Dhia? Errrr seyesly, ramai giler kawan-kawan My yang anak-anak pertama dorang sebaya Dhia dah mula preggy anak kedua.. Secepat ini? Diorang nak rezeki anak kedua awal then oklah. My ni kalau ikutkan memang rindu nak pregnant lagi… rinduuu sangat! Tapi daddy Dhia cakap sabarlah dulu.. takut kami tak larat nak jaga Dhia yang belum cukup besar ditambah dengan diknya pulak.. kerja lagi… Bagi Dhia besar sikit.. manja lebih sikit… Kerja stabil, dapat rumah baru lebih dekat then baru fikir next baby…


I’m feel  like…… Erm ok ok….. sabar ye perut… hehe. 


 

Monday, August 19, 2013

Testing testing 123

Bismillah…………..
Testing.. testing  123… 123!! Hiiiiiiii hello eberibadi… miss me? :P

Baru lepas tebas semak samun di belog naïf ku ini kikiki… homaigod!!! Sebulan lebih tak hapdet hokayyy!!!  Maaf teman-teman.. mood ke laut.. ditambah busy dengan kehidupan.. eceh.. :P ok seyes I have no idea what to blog eventho I’ve lots of story to write here!! Just dunno where to start where to end… kosong! Sudahnya semua terbengkalai dan tak terhapdet. Kalau korang login ke belog ku ni banyak benau post yang save as draft.. semua separuh jalan… T____T

Setelah merasakan diri ini amat melampau makanya hari ini ku UP kan jugak post dengan harapan selepas ini mood dan idea kembali merasuk jiwa agagagaga… :P

Owh.. Selamat berpuasa yang dah lepas.. -.- dan Selamat Hari Raya. Puasa penuh ke yu olsss…. Ai is ingat dapat puasa penuh tahun ni memandangkan masih breastfeed si kecik tapi punah harapan bila kena ganti puasa 6 hari… huuuu redha je lah……

Ya Allah rasa macam baru pulang dari penjara… banyak cerita kengkawan yang My tak hapdet walaupun sebenarnya My selalu je ada di belog cumanya, tak hapdet n kurang berblogwalking…. Ye.. sangat kurang…. 0.01% barangkali… =(

Rindu pada korang… masih ada lagi ke korang kat sini? Hihi.. How’s life??? Takpe nanti ku terjah sorang-sorang hokay…. My sekarang okay2 sahaja. Sejak-sejak dah raya ni badan semakin membulat gara-gara tak boleh benti makan… =( Dhia? She’s already 8month+ now!!! She’s growing!!! Badan da panjang hokayyy…. Dah laju sangat merangkak dan dah mula memapah dan berdiri… kejap2 ada juga dia cuba berdiri tanpa berpaut apa-apa… haish berani budak kecik ni kita yang  tengok takut hihi.

Dhia dah kenal sangat dengan muka mommy n daddy… seyes! Rasa vangga pun ada hehe… Sekarang ni ke mana-mana pun mesti cari mommy n daddy… Kurang nak dengan orang. Cuti raya balik kg langsung tak mahu nenek dukung. Kejap2 je nak. Oi anak… nenek itu yang tolong bersengkang mata jaga kau masa mommy lahirkan kau dulu tau…. Hehe. Memang rasa vangge bila die kanal kita mommynye tapi agak susah jugak bila tak nak orang mommy nak membuang tinggal kejap pun terpekik tangisnya grrr….

Dhia dah pandai babai sekarang… bila sebut babai laju je tangan dia melambai… sekarang tengah train dia belajar salam tangan n flying kiss pulak hihihi…. Dhia cepat belajar… seronok sangat… ramai cakap mungkin cepat dhia berjalan nanti.. InsyaAllah… gigi pun belum tumbuh. Xpela mungkin anak mommy nak berjalan dulu kan? =)

Ok lah ni je untuk hari ini… sebagai permulaan kepada pemangkin semangat baru… pemangkin sangat…. :P Nanti My hapdet lagi k. Cerita warna-warni hari raya coming soon!!! =)



 

Wednesday, July 24, 2013

Selamat Berpuasa!!! heeee lambat!! :P

Dah pertengahan puasa dah kome.... selamat berpuasa hapenye hahaha...

Owh i'm back... heeee tak ke mana pun.. ade je... tapi.. entahlah takde idea nak blogging.. badan puasa blog pun puasa miahahhahaa

Ape cer yu ols? puasa penuh ke? Alahai... pejam celik pejam celik kojap je haaa dah pertengahan Ramadhan... Macam baru semalam je pose kan huhu

Setakat ni My masih berpuasa penuh huhu... disebabkan My masih breastfeed Dhia makanya daku sangat berharap tahun ni dapat puasa penuh hehehehe... tak paya susah2 nak mengganti nanti kikikiki

Setakat hari ni jugak dah 2 kali terlajak tak bangun sahur huwarghhhhhh.... Tapi Alhamdulillah masih mampu bertahan walaupun susu untuk Dhia macam kais pagi makan pagi kais petang makan petang je... huhu...

Shopping? Owh belum lagi. InsyaAllah hujung minggu ni nak pow enchek hasben pegi soping sakan heheh. Banyak yang ku berkenan jual di online tapi macam tak puas pulak kang sampai depan mata ada pulak yang tak kena. So, abaikan yang online kita beli offline hokayyyy... pilih sampai puas hihi.

Tema? belum pilih lagi. Oleh kerana tahun ni dah complete sebagai sebuah keluarga lengkap ada mommy, daddy dan Dhia... kena lah pakai baju sama kaler gitew kan..:P ai is tatao nak match2 kan baju ni adeh... bedal saje lah labu..... :P

Raya mana yu ols??? My InsyaAllah beraya di Johor. Tahun lepas raya pertama daku beraya di KL rumah PIL huhu. 

Ok tu je nak hapdet setakat ni. janji hapdet. kanzzz... :P

Selamat menghabiskan puasa dengan cemerlang dan gemilang... :)


Monday, March 12, 2012

mencari mood yang hilang....

Mood... oh mood.... Haih~ 

eh hai...long time no see hehe...:D Entahlahhhh lately ni takde mood langsung berblog. Busy kerja? errr... maybe. Ada a few issues yang perlu di settlekan.

So... how are you readers? Dah lama tak blogwalking. Sometimes blogwalking gak, but go thru je tak leave comment pun hehe. And now My agak bosan dan tertekan... So bolehlah berjalan-jalan at yours sat kalau ada masa... :)

Time is running very fast kan? Yelah... see see dah bulan March... And.... I'm married?? -.-' Hehe... Eh know what, inai di kuku jari My masih ada tau... n merah menyala lagi... hehe... So bolehlah kalau My nak berangan-angan jadi pengantin baru lagi kan kan? :D Hurm.... kehidupan berumahtangga selama hampir 3 bulan ni... okaylah... Tidur ada orang teman... makan ada orang teman... pergi kerja ada orang hantarkan... baju berbasuh ada orang tolong sidaikan... n kadang-kadang... masak pun ada orang tolong tau... :) Yeah... that's my husband.... ;*

Kerja? Masih di tempat yang sama since almost 2 years ago... Di sini lah tempat My sebelum menamatkan pengajian di UiTM... di sinilah tempat My memulakan career selepas menamatkan pengajian... Yup... My  praktikal di sini.... sebelum di absorb as permanent di sini... Alhamdulillah... Itulah yang dikatakan rezeki... Thank you Allah... thank you to people that made me kekal di sini... Alhamdulillah...

People said... rezeki jangan ditolak... n apa yang kita dapat di sini mungkin kita tak berpeluang dapat di mana-mana andai kita tolak rezeki itu... Yeah... But then... people said also... rezeki ada di mana-mana... asalkan kita rajin berusaha dan berdoa... InsyaAllah pasti ada rezeki di mana-mana... tinggal nak mencari sahaja... kalau duk diam tak buat apa... memanglah tak dapat hape ye dak? :) 

By saying that... Am i bored to be here? Or maybe My sebenarnya bosan bekerja? -..-' Arghhhhh mungkin My perlukan persekitaran yang baru? Takkan nak kena tukar kerja kot???? haish~ 

entahlah entahlah.... hidup penuh dengan entahlah....-..-'

ok fine. sebenarnya haku tak tahu dah nak kata ape. ok bai!:D

nota kaki: Macam nak belajar buat bisnes online la... tapi nak mula dari mana ek? hurmmmm



Tuesday, February 28, 2012

Oh! Belog

Heeeeee~ hai hai hai... ok fine fine everyone is getting bored of dropping by here kan kanzz... :D Phewwww! baru dapat singgah ke belog dek kerana kekangan waktu... Waktu tak tunggu kita dah sekarang oke! So we need to utilize our daily 24 hours sebaik-baiknya!! 

Last weekend i went back to my hometown... After a month married... Sadly, balik bujang sob sob. Enchek suami kena kerja plak last saturday so nak tak nak baliklah sorang-sorang. naik train, malas ah drive alone penat. Macam kelakor pun ade sebab balik sorang-sorang pehtu act pun macam b4 kawen... pas subuh sambung tidur sampai kul seploh dengan mandi lambat nyaaa... hahahaha... mak tengok pun geleng pale pehtu leh cakap 'macam tak caya lah My ni dah kawen...' kikikiki...

Ok make it short... last saturday gi wedding ex school mate dekat segamat... takde ke mana pun memang dah niat nak balik dari last month sebab nak pi wedding kawan tu and hantar laptop adik yang My hantar repair kat sini. last minute enchek somi plak kata kena kerja then takpelah My balik sorang... Balik KL Ahad malam... sampai rumah pun dah lewat... bersih-bersihkan badan then terus masuk tidurrrr

Yesterday, Isnin dan hari ini I went to training kat Grand Millennium di Bukit Bintang. lady boss suh pi training ni. Topic? Advanced Customer Satisfaction Measurement... memang advance sangat kauuuu.. I learn lots of things there... especially about Customer Satisfaction Survey... cumanya, ianya terlalu 'heavy' untuk di apply in my company. Seyesly! thats not my expertise! If my boss wanna me do 'more' they need to hire third party for handling it (survey). seyes kauuuu the real way to collect data, analyze and bla bla bla is more complicated than i have ever done. It could be no problem for a statistician... seyes!

But then, the training? Seyesly... Great!! The trainer and all the inputs that he deliver is good and easy to understand. Mr Ali Kasa, non-malaysian... tak sure where he come from.. lebanon? maldives? entah. Ah yang penting kalau company korang hantaq pi training kalau trainer's name is as above.. tak rugi korang pergi! He's from Egnatia Academy. oke pls take note...:)

And now... I'm home! Di samping laptop dan enchek somi terchenta hehehe.. Esok masuk opis! perghh rasa macam hari Isnin plak esok... wednesday bluesss...-.-'

Ok itu lah aktiviti saya beberapa hari ini... Nampak macam 'alaaa apa je yang kau buattt...' tapi sebenarnya as I said... time is running fast nowadays... 24jam pun tak cukup tahu! T___T

.. Tapi itulah tanda-tanda akhir zaman kan kan kan.... *insap..~ T__T

ok guys... till then!

nota kaki: eh eh...! gambar wedding from official photographer dah dapat tau! hehehhehehe...~

Friday, October 21, 2011

Walau Apa pun Alasannya....

Seperti yang kita semua tahu, berita mengenai kanak-kanak berusia 2 tahun, Wang Yue yang digilis oleh dua buah kenderaan telah pun tersebar di seluruh dunia. Walaupun dah ramai yang post pasal cerita tergempar ini My tetap terpanggil untuk memberikan ulasan dari lubuk hati My sendiri.
Baru sebentar tadi di Buletin Utama ada mengesahkan bahawa budak malang tersebut telah meninggal dunia akibat otaknya yang gagal lagi berfungsi. Bagi My, biarlah dia 'pergi' daripada menanggung kesengsaraan akibat sikap tidak bertanggungjawab oleh masyarakat disekelilingnya. Ternyata berita ini telah mendapat perhatian seluruh manusia di pelusuk dunia. Masakan tidak sikap mereka yang hanya memandang tanpa memberikan sebarang bantuan adalah suatu tindakan luar batasan yang tidak boleh dimaafkan!

My tak berani nak mainkan dan lihat video penuh tersebut.. cukuplah sepintas lalu mata My melihat bila ianya disiarkan di media elektronik. Tak sanggup rasanya.. Luluh sangat rasa dihati... My percaya, semua ibu-ibu di luar sana pasti lebih merasakannya kerana lebih faham perasaan hati seorang ibu apabila anak kesayangan diperlakukan sebegitu rupa. Nau'zubillah....T_T

Sepanjang berita ini menjadi bualan ramai, My ada terbaca di beberapa blog yang post mengenai sebab mengapa kanak-kanak tersebut dibiarkan sebegitu rupa. Kerana kepentingan diri, nyawa seorang kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa. Terkilan sungguh My apabila pemandu kenderaan yang melanggarnya itu sendiri mengaku dia sengaja melanggarnya sekali lagi kerana memikirkan apa yang bakal terjadi padanya sekiranya kanak-kanak tersebut terus hidup di mana kebarangkalian beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi berbanding dengan nilai hukuman denda yang lebih rendah.
Lebih sedih lagi apabila Wang Yue dilanggar lagi oleh kenderaan lain.. Bertambah-tambah malang lagi apabila lebih daripada 10 orang hanya memandang dan berlalu pergi tanpa memberikan sebarang bantuan!!! Malah lebih busuk ada yang bertindak mengelak daripada 'terlanggar' umpama memandangnya hanya seperti kucing yang dilanggar di tepi jalan!!! 

Tempat kejadian hanya berlaku di jalan kecil.. jarak dengan kedai dan kedua ibu bapanya hanya beberapa meter. Mungkin silap kedua ibu dan ayahnya sebab terlepas pandang kelibat Wang Yue sebelum sedar dia telah pun digilis umpama binatang! Namun... Ianya bukan salah mereka apabila anaknya diperlakukan begitu kejam!!!

WALAU APA PUN ALASANNYA.... Di mana letaknya rasa keperimanusiaan masyarakat di sana?? Di mana letaknya rasa ihsan sesama insan sampai sanggup mementingkan kepentingan diri berbanding nyawa yang tidak berdosa??!! kejamnya kamu!!!

Kalau kamu rakyat Malaysia, walau apa pun alasannya... Letaklah rasa keperimanusiaan itu di tempat pertama jika kamu diberi pilihan untuk bertindak... T_T

nota kaki: sakit gusi bekas surgery. mood macam hampeh!!!

Wednesday, October 12, 2011

26 Fakta Menarik Mengenai Manusia


  1. Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.
  2. Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
  3. Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
  4. Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
  5. Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
  6. Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
  7. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
  8. Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
  9. Berat badan manusia adalah 40 kali ganda daripada berat otak.
  10. Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
  11. Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295  kali ketika makan malam.
  12. Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
  13. Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.
  14. Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
  15. Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
  16. Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
  17. Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
  18. Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut.
  19. Janggut lelaki akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
  20. Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
  21. Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
  22. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
  23. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
  24. Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
  25. Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
  26. Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.
nota kaki: orang malas nak hapdet belog camni laaa... ngee~

Wednesday, September 21, 2011

COUPLE bukan tiket untuk mendedahkan aurat kepada PAKWE


Assalamualaikum yu ols!! Selamat pagi! Tak kira nak curik masa sat hapdeting belog hehe…

Pagi ni masuk office serabut kapla tengok workstation bersepah mengalahkan tongkang pechah… -.-’ Document sana sini… telap kuih raya yang dah kosong pun tak reti-reti nak buang grrrr… Takpe itu menunjukkan den begitu jitu dan bersemangat dalam melakukan kerja. Lalala~ Oke sat lagi take time cleanup all the things! Tak boleh tengok menda bersepah-sepah ni… -.-’

Oke takmo mukadimah panjang-panjang so kita straight to the point. Nowadays seperti yang kita lihat dah banyak trend-trend muslimah yang boleh diikuti oleh perempuan yang berhijab. My sendiri tak mahu ketinggalan… Kalau ada trend terbaru yang My rasa sesuai maka My akan mencubanya juga. Selagi tak tersasar dari niat utama untuk menutup aurat tak salah. Nak ikut trend? Nak kelihatan lebih selesa? Nak up-to-date? Tak salah… Yela kang orang kita ni tak alert pada arus pemodenan persekitaran ye dakkk… errr tersasar sudah… Apapun, tak salah selagi niat utama kita tu tidak terkeluar dari senarai…

Tapi! Ada juga yang pakai sebab ikut trend. Yeke? Sebab tudung tu cantik maka dia pakai… sebab dia rasa dia cantik bila bertudung maka dia pakai so orang akan puji dia cantik dia baik dia blab la… semua positip la. Bukan sebab dia takut balasan Allah… Bukan sebab dia fikir azab nampak sehelai rambut 70 tahun kat neraka… Tapi dia fikir kerana kecantikannya… yang dia tak sedar… cantik tu pun nikmat yang datang dari Allah… kan kan.
pinjam gambar ye banggggg eh kakkk...;D
Bila ada niat macam tu so terjadilah adegan-adegan yang tak diingini… Pakai tudung… ye dia pakai tudung bila keluar bekerja bila keluar bersama kawan-kawan bila ke kuliah… Tapi! sewenang-wenangnya membuka aurat di hadapan teman lelaki yang belum tentu sah akan jadi suaminya. Apa kes?? Tu belum tengok yang letak gambar tak bertudung dengan boipren kat fesbuk… -.-’… Kat luar semua orang kenal dia ni jenis bertudung tapi tengok gambar?? Demmmm… Kan dah menimbulkan prasangka buruk oleh orang lain… tak gitu?

My bukanlah nak memburukkan mana-mana perempuan sejantina My… tidak… Peringatan ni untuk diri sendiri jugak… Korang sedar tak? Sebenarnya dengan abang ipar, adik ipar lelaki kita pun kita kena menutup aurat??? So, sebenarnya banyak lagi kekurangan yang ada pada diri kita ni… Kepada yang tak segan silu dedahkan aurat kepada PAKWE terchenta tu toksahlah buat lagu tuuu… Jangan pakai tudung sebab trend je… jangan pakai tudung sebab nak cantik je… jangan pakai tudung sebab… apa-apa je la. Tapi depan PAKWE? Kot ye pun memang takde segan silu nak tunjuk aurat kat pakwe toksah lah buat bagi semua orang nampak… -.-’ bukan apa, tak pasal-pasal yang suka jadi tak suka… yang baik semua dah hilang… tak syok la kan……

Sekian~

Wednesday, September 7, 2011

Aku Pantang Betul kalau….

Jangan ingat orang mengandung je ada pantang… My pun ada pantangnya jugak taw haha… Tataolah My ni mungkin cepat melenting cepat marah atau hape… Tapi memang tak boleh belah kalau insiden-insiden macam kat bawah ni terjadi!

Curik Parking

Entry ni dah lama nak buat sebab insiden ni baru terjadi 2hari sebelum raya haritu. Dek kerana bizi nak  beraya My pendamkan dulu. Nah! Nak ceghite ni 2 hari sebelum raya tu My keluar window shopping dengan mak. Sah-sahlah masa tu masih puasa kan.. Cuaca plak panas terik.. Singgah sebuah pasaraya ni nak cari barang sket. Punyalah ramai orang pusing punya pusing parking pun penuh… Sampailah My jumpa satu kete ni nak keluar parking.. Dalam hati lega lah sebab dapat parking. So My pun bagi signal ke kiri nak masuk parking tu. My tengok ada orang Q kat belakang My.. Rasanya muat je sebelah My ni nak lalu.. Ok takpe untuk lebih memudahkan My ke kiri sedikit untuk memudahkan orang tu lalu. Tup tup…. Bila kete siap keluar parking… orang yang tadi belakang My tu lalu sebelah terus masuk parking yang My dah siap sedia tunggu tu!!!!  Perghhhh pantang betul akuuuuuuu!!!
Masa tu hangin satu badan jangan cakapla.. depan mak My menyumpah van yang curik parking tuh…!!! Dahlah masa tu cuaca panas.. My plak puasa.. penat tahu! Bleh plak orang curik parking My. Orang tua oke… satu kerabat dia ada dalam van tuh. Ahhhh My tak kire! My horn van tu tapi yu know what? Diorang buat bodoh nak mamp jek… Buat muka tak bersalah keluar van n pergi membeli belah. Demmmm!!!

Nasib baik tak lama pastu ada orang lain nak keluar parking so My dapatlah parking tapi masa tu hati tengah hot lagi jangan cakaplah.. Kalau simbah petrol konpem terbako punyeee… Dalam hati memang dah sumpah seranah van tadi. Keluar je kereta.. dengan hangin satu badan.. My nampak family yang curik parking My tadi tu. My pun apa lagi… sound tepek ahhh…

“Tak nampak ke tadi saya tengah beratur nak masuk parking tu?? Lainkali jangan BIADAP sangat!”… Diorang tercengang.

Terus My blah dengan muka merah padam menahan marah teramat sangat. Kalau My tak sound memang tak reda marah tu. Tak tahan der bikin wa panassss jeeee!!!! Grrr

Potong Q!!!
Kalau jalan tu elok-elok ada satu lane jek ko pi pandai-pandai tambah bagi dua lane pehal. Dah lah jalan kampung lagi mahu buat onar memotong barisan! Perghhh pantang betul lah akuuu…! Apa dia ingat dia sorang tensen jalan jammed?? Sabarlah sikit kot ye pun jangan nak pentingkan diri sendiri! Menyusahkan orang! Agak orang macam ni tade rasa bersalah ke? Tak nampak orang punya susah payah beratur dalam kesesakan yang dia? Sanggup mencelah ke tepi semata-mata nak elak jammed tu. Palotak dia…! Bila kereta dah mula bergerak time tu la kau mula nak masuk lane balik. Kena kat haku jangan haraplah nak bagi chance!

Orang tak tepati masa

Ni lah dia kalau dah nama janji melayu… Berjanji cakap pukul 9 pagi dah get ready nak gerak kau 9 pagi baru nak mandi? Perghhh aku pantang betul lahhhh… My ni tak suka menunggu n buat orang menunggu kalau tade sebab munasabah. Sebagai contoh nak keluar dengan kawan… janjinya pukul 9 pagi tu dah keluar rumah… Tapi tup tup tengok pukul 9 pagi baru nak mandi? Tak pasal-pasal aku la nak kena tunggu kauuu??? Grrrr…


Kapel membuat onar di khalayak ramai

Haaa yang ni ada terbaca kat belog YanaMIB tadi. Memang betul pun... grrr pantang betul akuuuu... Annoying giler oke kalau nampak kapel yang gelenyah macam ni. My pun bercinta jugak tapi takdelah sampai nak kena beraba-raba cium-cium.. goli dennn.. Nak pimpin tangan pun segan taw...! Bukanlah nak kata My baik tak pernah pegang tangan dengan enchek tunang tapi berpadalahhh... Nak pelok-pelok depan orang ramai pekejadahnya wehhhh... Bukan apa, bila tengok kapel-kapel buat gini di khalayak ramai.. My naik menyampah.. geliii... tu pasal sendiri tak berani buat sebab tahu kalau orang tengok berbulu.... So, baik berkelakuan macam orang dewasa sikit oke! Takdelah orang sakit mata tengok...0_o

heeee~

Ada lagi kot benda-benda yang My pantang betulllll… Tapi tak hingattt kena terjadi dulu baru boleh ingat hehe… Korang camne plak??? Ada tak pantang-larang macam ni? Bikin panas je kannnnn…

Kalau ada lagi pantang larang ni kita sambung lagi part II ye…

Ok bai ada meeting. Till then!

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Kembali Bloggers!!

Assalamualaikum….

Selamat pagi… eh selamat petang kepada yu ols yang mungkin telah pun memulakan sesi pekerjaan sejak semalam atau mungkin ada yang baru masuk kerja harini… macam My hehe… Selamat jugak kepada adik-adik yang kembali ke sekolah. Haip! Takmo lemau-lemau dah puas cuti seminggu kottt… Dah boleh bawa bekal cekodok dah pun pi skolah so no excuse lemah nak belajar oke..;D Selamat jugak kepada adik-adik yang dah mulakan kuliah. Pada yang sedang bercuti semester 4/5 bulan tu next week dah naik semester baru kan? padan muka… lemak sangat cuti lama-lama..;D
google
Huarghhhhhhh!!! Seperti yang dijangkakan… My akan berdepan dengan kerja yang memerlukan kekuatan mental yang tahap maksimum… Bayangkanlah event nak buat early October tapi satu hape belum jalan… -.-’ Sape tak worried der… Kepala yang belum baik migrane ni pun dah bertambah-tambah migrane nye taw… isk sob sob… Ya Allah berikanlah aku kekuatan… Fuhhh tarik napas.. turun napas… moga-moga dipermudahkan InsyaAllah…

Oleh sebab itu otak My gagal berfungsi sangat harini untuk berblogging. Memang ku bataskan waktu itu hanya untuk memikirkan hal-hal kerja yang tak sudah… Bila satu benda tak jalan benda lain pun tak boleh jalan… Kepala otak dah semakin berat… argghh…-.-’ So, dah abis waktu bekerja ni baru nak menjengah ke blog.

Yang pastinya gian terhadap laman sesawang semakin terubat. Kalau sepanjang cuti raya aktiviti-aktiviti laman sesawang terbatas kerana hanya menggunakan henpon+pinjam android kakak makanya hari ini dah puas pegang laptop sejibik dengan kadar kelajuan yang memuaskan!! Makanya, dah boleh berblogging tanpa batasan!!!!! Horeeeyyyyy!!!

My tahu korang pun sama an an… Perut dah bolat dok makan kuih raya, rendang, ketupat bagai… Sampai bersawang blog korang dibuatnya an an… :D Laa ni dah kembali dari bercuti makanya kembalilah bertebaran wahai blogger-blogger tegar sekalian hohohoho… Haip! Nak menaip tu pandang-pandang sikit… Fikir sebarang kemungkinan kesan daripada penulisan korang… Kalau tak bersesuai sila jangan masukkan takut menyentuh sensitivity sesetengah pihak atau individu yang makan cili terasa pedas… Haaa… bukan bulan pose je nak kena puasakan mulut + jari dari berkata perkara-perkara lagha… Time tak pose pun kaber-kaber la sikitttttt… Pahe dop???? (faham tak?)

My?? InsyaAllah akan kembali dengan isu-isu hangit lagi tengikkkk… erk… Tapi bergantung jugak kepada faktor masa dan kerja… Atas batasan kerja yang memaksa makanya My terpaksa mementingkan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdedikasi lagi berwawasan… -.-’… demi sesuap nasi… -.-’

Ok dah dah… Lagi panjang kang tah hape lagi nak merepek… Dah dapat keyboard ni camni laaaa…

Apepun, welcome back bloggers!!! Rindu yu ols yaw!!!!

nota kaki: Citer pasal raya next entry ya hehe


Wednesday, August 24, 2011

"MANA MAK"?

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"  


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? 


sumber: email forwarded

Monday, August 22, 2011

Innalillah.....

Fuuuhhhhh tarik napas jap....

1....2....3... lepasssss..... pruuutttttt... ops!! Angin lain plak kuar lalalalalalala~

My baru je masuk office pukul 11pagi ni. Sampai 8.30 am pagi tadi tapi tak sempat nak duduk on lappy sebab baru lepas angkut stok kuih raya dari kereta.. (nak edar tempahan harini kalau sempat). Lepas tuh officemate ajak pi melawat kematian di Sg Buloh...

Innalillahiwainnailaihiraji'un.....

Anak kepada staff/officemate meninggal dunia awal pagi tadi jam 1 am. Baru berusia 3 tahun... Meninggal akibat jangkitan dekat jantung... Mula-mula demam je sampailah dimasukkan ke ICU minggu lepas sebelum disahkan ada infection di jantungnya.

Kesian kat ibunya.... Yela ibu yang mengandungkan 9 bulan siapa tak sedih kan. Lebih-lebih lagi dah dekat nak raya ni... T_T

Apapun, yang pergi tetap pergi... Allah lebih menyayanginya. Alhamdulillah... Allah pinjamkan anak kecil itu untuk bersama ibu ayahnya selama 3 tahun... Moga rohnya dicucuri rahmat..

Al-fatihah~

nota kaki: Abah masih di wad... Semalam nampak macam dah okay sikit tapi belum buat scan perut. Darah belum stabil. Harap-harap abah dapat keluar wad sebelum raya... Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers