Baru je semalam punya entry
berazam nak kurus dan tak nak makan nasi tup tup harini ada staff belanja makan
nasi beringin sempena nak menunaikan Ibadah Haji… sedap oooo Bangsar mari rugi
tak makan! Habis separuh je pun nasi tu…kesian kat perut sob sob… hampeh kau My…
Eh bytheway nak citer ni, last
week My ada post status kat profile facebook My yang My copy dari seorang kawan
yang berbunyi begini.. mana ada bunyik… -.-’
Sepanjang My berkecimpung dalam
dunia facebook status ni kot antara komen terbanyak yang My pernah peroleh
haha.. tu termasuk komen My sekali la ye.. Mana taknya bila My tagged
kawan-kawan zaman sepersekolahan tu, ramai jugak duk join sekali mengingati
sejarah lama kami… masa di bangku sekolah rendah…
Antara komen-komen yang My sempat
rakam adalah:
Huhu banyak lagi komen-komen
menarik + kelakar yang kawan-kawan komen tapi tak dan nak rakam semuanya heheh…
Apapun komennya yang pasti kenangan-kenangan tersebut adalah kenangan terindah
dalam hidup My…J
Nostalgia tu beb…. For those yang
lahir tahun 90-an pastinya merasai sepertimana kami pernah lalui…pembelajaran,
persekitaran, pergaulan, permainan.. semuanya old skul! Bila terkenang balik
mengalahkan kerinduan pada pakwe tau korang.. betapa rindunya nak balik ke
zaman itu! Seyes!
Ok jom kita balik ke 1990-an......
Duit belanja ke sekolah
Zaman masa My sekolah dulu start
darjah 1 My cuma membawa duit belanja sebanyak RM0.70 tau. 20 sen My buat beli
mee/bihun/nasi lemak, 20 sen My buat beli air, 20 sen My buat beli jajan-jajan.
Lebih 10 sen My beli air soya bungkus kat tepi jalan depan sekolah. Laku wooo
10sen… sedap giler air soya makcik tu… 70 sen mak bagi setiap hari rasa macam
banyak sangat… zaman sekarang ado???
Persekolahan
Zaman sekolah zaman My dulu tak
pernah kenal erti telefon bimbit. Even masuk sekolah menengah pun My belum
pakai henpon tau. Telefon kat rumah pun belum ada la rasanya time sekolah
rendah dulu. Dengan cikgu tak berani melawan, takut silap sikit je mesti kena
denda dengan cikgu.. cakap je denda apa yang My tak pernah kena.. rotan kat
tapak tangan? Rotan kat kuku-kuku jari? Kena cubit? Kena enjut ketampi? Diri atas
kerusi? Semua pernah… Nak mengadu kat mak abah? Jauh sekali… Silap silap kalau
My mengadu My kena marah lagi ada la. sape suh degil kan ..-.-’ Kalau bosan-bosan kat sekolah main
permainan dalam kelas… main batu seremban, main ceper, main pemadam, main carem
pakai alas meja kayu yang dah rosak pastu bawak bedak tabor atasnya.. gilo.. -.-’,
main lari-lari.. Time rehat masa yang ada sempat main tiang-tiang besi.. sape
tak dapat tiang dia yang jadi kat tengah-tengah haha… heaven kan
kan ? zaman
sekarang? Adooo???
Pergaulan
My masa sekolah rendah dulu
ganas-ganas tapi comel..My kawan dengan semua orang termasuk budak-budak
lelaki.. Masa sekolah rendah bukan My tak pernah tangkap-tangkap cintan tapi
taklah keterlaluan sampai ajak bercinta.. suka-suka je. Tapi My tak pernah pun
terjebak dengan sumbang mahram… nak kawan kawan je lah.. takde pun nak tepuk tampar
sana tepuk tampar
sini… Nak menggatal? Jauh sekali.. memang tak pernah belajar n tak pernah
diajar pun… senang citer tak pandai langsung laaa… Hehe.. teringat masa darjah
6 dulu ada sorang member kelas sebelah ni tangkap cintan dengan My.. Surat cintan
berlambak-lambak dia bagi kat My ahaha… Tapi tak sampai ke mana pun.. tu semua
cinta monyet.. sampai sekarang kitorang masih kekal sebagai kawan…J
Itu dulu… zaman sekarang punya pergaulan? Ado ??
Permainan
Waaaaaa ini part yang paling My
suka.. Sape kata zaman dulu mundur takde permainan nak main? Adolaaa… Meh nak flashback
balik…
·
Teng-teng
Sapa
yang lahir zaman 90-an tapi tak pernah main teng teng tu maknanya dia budak bandar
yang kerek haha.. Permainan yang hanya memerlukan batu untuk bermain. Teng-teng
tu dilukis atas tanah.. Macam rumah My di kampung senang tanah merata amik kayu
lukih je. Teng-teng ada banyak jenis tapi yang My belajar dulu ada satu je hehe…
Nak start main dia baling dulu buah teng-teng tu.. (batu), mana-mana kotak yang
mengenai buah tu adalah diibaratkan rumah kita. Lepas tu lompat sebelah kaki
disetiap kotak.. kotak yang ada buah milik kita boleh pijak dua2 belah kaki,
kotak yang ada buah orang lain kita tak boleh pijak.. kena skip.. haaa macam tu
kalau tak silap.. errrr… correct me if I’m wrong
oke hehe..
![]() |
| ihsan google |
·
Congkak
Kalau macam My tak mampu nak
beli bekas congkak tu so apa yang My buat adalah buat lubang congkak di tanah..
lepas tu kutip la batu-batu yang ada.. Anytime boleh main.. hehe…
·
Baling Selipar
Ahhaaa
permainan ni memerlukan tahap fizikal dan mental yang kuat sikit.. mana taknya
kena berlari keliling rumah hehe. Cara permainan adalah kena volunteer siapa
nak bagi sebelah kasut membentuk seperti segitiga.. biasanya pakai 4 selipar. 3
selipar untuk dibentukkan segitiga 1 selipar sebagai pembaling. n selipar yang
diperlukan biasanya selipar jepun hehe. Lepas tu kena ada 2 kumpulan yang
bermain. Satu kumpulan yang perlu mengejar dan satu lagi kumpulan yang perlu
dikejar. Bila kumpulan yang perlu dikejar tu berjaya meruntuhkan bentuk selipar
tu geng-geng satu lagi perlu segera
mencapai selipar pembaling dan mengejar semua geng-geng yang berjaya runtuhkan selipar
tu. Siapa yang kena baling akan mati.. Kalau salah seorang ahli kumpulan tu
berjaya mencantumkan semula selipar yang diruntuhkan tadi tu maka diorang akan
bermula main lagi (yang mati akan hidup balik). Kalau ke semua ahli kumpulannya
mati maka kumpulan yang mengejar tadi pula akan bermain…J
Faham ke
korang? Berbelit2 lidah den menerangkan.. hehe
·
Belon acar/acah/galah panjang
Hah permainan
ni My tak pasti la nama dia… belon acar ke acah tah… tapi adik beradik la
dengan galah panjang… Permainan ni pun melibatkan 2 kumpulan.. Main acah-acah..
Ahli kumpulan kena berjaya melepasi tembok lawan sampai ke penghujung dan
kembali ke hadapan semula dengan selamat kalau masih mahu bermain…J
Tak faham
buat-buat faham la…-.-’
·
Zero Point/Lompat Getah
Zero point sesuai dimainkan oleh
orang yang tinggi sebab My dulu kalau main menatang ni sampai paras telinga je
mesti mati cis…-.-’
·
Mario games – Permainan komputer
Dulu My tak celik computer sangat..
Kalau masuk computer tahu main Mario Games dengan solitaire je.. itu pun yang
easy level hahaha…
Huihhh kalau nak sebut permainan-permainan zaman 90-an dulu
sampai tahun depan pun tak habis tau korang… So My list kan je lah ye, antara
yang lain-lain adalah seperti Lompat Tikus, Lubang Tikus, Pukul Berapa Datuk
Harimau, Pondok-Pondok, Masak-Masak, Kawen-Kawen, Batu Seremban, Ayu@Are You
Sleeping, Kejar-Kejar, Buaya-Buaya, Nyorok-Nyorok, Nenek nenek si bongkok tiga,
Layang-layang, Wau, gasing, yoyo, guli, Lastik, Bingo, Pangkah Bulat, Tikam, … bla
bla bla…
Haaa korang sempat jumpa ke semua permainan tu? Kalau korang ingat lagi selebihnya bolehlah senaraikan di
ruangan komen ye.. J
Haaa… see see? Best giler kan zaman kanak-kanak My dulu? Itu
dulu… sekarang adooo??
Oke dah dah... Sila balik semula ke zaman 2000-an...
Zaman kanak-kanak zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman
kanak-kanak dulu… Duit belanja seringgit sehari pun tak cukup.. Setiap tahun kena
bertambah.. Tapi itu takpelah ikutlah peredaran ekonomi kan .. sekarang bihun sepinggan nak dapat 20
sen? Kirim salam laaa… -.-’…
Kanak-kanak sekarang pergi sekolah dah tak serajin dulu..
Ramai dah mula tiada rasa hormat pada guru.. Kalau kena marah kena rotan sikit
mula mengadu kat mak bapak.. mak bapak datang sekolah.. masuk media.. nama
siapa yang buruk? Cikgu jugakkkk
Kanak-kanak sekarang kecik-kecik dah pandai main cinta..
main cinta stok-stok orang dewasa.. Dah pandai tonton video lucah padahal masih
bersekolah rendah… Dah pandai menggatal… Dah pandai buat perkara tak senonoh..
akal fikiran mengalahkan orang dewasa… haih~
Kanak-kanak sekarang dah tak main dah teng-teng, galah
panjang, congkak semua tu.. Diorang semua stok-stok main PS1, PS2, Angry Bird...
Yang lagi hebat kecik-kecik dah ada henpon sendiri.. henpon bukan henpon biasa.. takde keypad tuuuu... (touch screen laaa).. perghhhh… Bagi je sejibik
henpon kat dia konpem kejap je dia explore.. Lagi expert kecik-kecik dah pandai
berfesbuk… wallawehhhhh…. Den masuk unibesiti baru kenal fesbuk tau…
Dahsyat tak dahsyat zaman sekarang kan ? Giler tak heaven… Biasalah, kanak-kanak
kita sekarang semuanya ditenggelami oleh peredaran dunia berteknologi dan
digital… Semua yang old skul dah ditelan arus pemodenan ini!!! Giler tak besh
wehhhh…
Itulah untung zaman kanak-kanak sekarang... Tapi untungnya mereka-mereka ni tak seuntung zaman My dulu-dulu... Kami betul-betul menikmati zaman kanak-kanak tersebut... J
ahhhhhh... Kalau saja aku dapat putarkan waktu...... T_T






9 comments:
lepas tu bila dah darjah 5,6 ala2 da besar skit dgn kengkawan pompuan dok main tekan telapak tgn.. kuar berapa "biji" tanda dpt anak berapa! apakah punya mainan la ekekeke ;)
yeahh org yg lahir thn 80an mmg rock abesss! ^__^
zaman sekolah memang best!
kena rotan, kena denda, ponteng sekolah, ngorat cikgu hensem, abang angkat dan macam2 lagi lah...
@CikPuan Fara
selalu buat yg ni dulu, haha, dpt kembar lagi, kah3
psl oat tu, beli je brand quacker oat kaler biru.
tumis bwg putih merah n cili api, tambah air bila dh wangi tumis tadi, letak udang yg dh ditumbuk kasar, letak sawi 2 cekak, letak oat, biar 5 mnt jap, dah siap.
sedap & cepat msk. hari2 balik keje masak bubur oat. smpai x sedar org tegur makin kurus, ahaks. padahal rase mcm same je, tp bile timbang, mmg turun berat badan. hhehe
weeeee
bes kan saat ni
sy pon tergolong dlm golongan yg merasa zaman era dulu yg kurg tercemar ni
hehehe
hero main galah pnjg
walau pendek pon ttp nak main getah
kekeke =]
Memang best zaman dulu2 ... semua tu kenangan terindah :-)
Salam..
So memorable..sy minta izin copy wall fb tu ye..semua awk ckp tu memang syok..nk je ulang balik apa yg berlaku dulu..
budak dulu nan sekarang laaaiiinnnn amat..huhu
Post a Comment