Salam Saudara/Saudari,
Kami ingin merayu untuk sumbangan bagi membantu pembedahan anak lelaki kami, Adam bin Akbar Ali, berumur 9+ tahun, yang mengidapi penyakit ‘intramedullary cervical spinal cord tumor (astrocytoma grade 2)’.
Adam mengidap penyakit ini sejak 4 tahun lepas dan penyakit in amat jarang sekali berlaku (kebarangkalian penyakit: 10 orang daripada 1 juta orang akan mengidap penyakit ini). Tumor atau ketumbuhan itu berada pada saraf tunjangnya di mana ianya mengganggu saraf- saraf kaki, tangan dan pernafasan. Jika tumor itu tidak di keluarkan melalui pembedahan, ianya akan memudaratkan pesakit di mana pesakit akan menjadi lumpuh ataupun kematian disebabkan saraf pernafasannya terganggu.![]() |
| Image of Spinal Cord Tumor |
Adam telah menjalani 2 pembedahan besar setakat ini. Pembedahan pertama, radiosurgeri, chemoteraphy di Singapura dan pembedahan kedua di Hospital Kuala Lumpur. Malangnya hasil pembedahan dan rawatan tersebut tidak membuahkan hasil dan hanya dapat memberi penyelesaian sementara sahaja dengan mengurangkan kesakitan/risiko yang dialaminya. Menurut pakar-pakar bedah saraf di sini dan di USA dia hanya menunggu masa untuk menjadi lumpuh dalam jangka masa yang pendek atau akan mengalami risiko kematian jika tumor itu menekan saraf pernafasannya. Tumornya dikategorikan sebagai ‘mengancam nyawa’.
Kami telah berjumpa dengan pelbagai doktor neuro dan onkologi di Malaysia dan Singapura (kerajaan dan juga swasta). Ramai yang enggan membedahnya kerana risiko kelumpuhan jika dibedah dan jika dibedah sekalipun hasilnya tidak memuaskan.
Tumor tersebut boleh dibedah dengan jayanya di Johns Hopkins Hospital, Baltimore, USA oleh Dr George Jallo, seorang pakar neuro yang terkenal di sana, tetapi kosnya adalah RM300,000 termasuk kos penerbangan dan lain lain. Kami tidak mampu untuk menanggung kos tersebut. Oleh kerana itu kami ingin merayu bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Insurans yang kami ada tidak memberi perlindungan untuk penyakit ini.
Kami amat berharap untuk mendapat bantuan kewangan ini secepat mungkin untuk membiayai kos pembedahan tersebut. Semoga Allah SWT membalas budi saudara dan saudari. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam: 12038025182964 atau Maybank: 512101054830, Akbar Ali Bin Mohamed Noordin atau PayPal: akbaralinoordin@yahoo.com . Ribuan Terima Kasih.
Wassalam,
Akbar Ali, Siti Rogayah dan Keluarga.akbaralinoordin@yahoo.com
Tel: +60176202642
sumber: AdamsTumor
********************************************************************************
Tersentak My seketika mendengar perkhabaran ini daripada seorang kawan lama yang sama-sama belajar di Business School di UiTM beberapa tahun lalu. En Akbar Ali? Ya... nama itu tak asing lagi. Pensyarah kami yang mengajar subject E-Commerce. Sangat baik. Tak pernah pun rasa taknak pergi kelas sebab sikap pensyarah tersebut nak dibandingkan dengan beberapa pensyarah lain yang agak tegas hehe. Mungkin sebab kebaikannya tu jugaklah kami yang nakal ni berani ponteng kelas dia.. cis. Eh tapi takdelah selalu. Cuma sebab dia baik kan.. tu pasal berani tak pegi kelas dia haha. Kelas dia biasanya dekat Lab komputer. So sambil-sambil menyelam boleh minum air... :D Dia mengajar kat depan kami beryahoo messenger di belakang...-..- ops! Sorry Sir Akbar! :)
Anyway, kembali kepada tajuk asal. Anak kepada Sir Akbar kini sangat-sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk kos rawatan anak kesayangannya yang menghidap penyakit tumor. Allahuakbar... mak ayah mana yang tak sedih sekiranya penyakit yang jarang ditemui ini dihadapi sendiri anaknya? Sampaikan mereka sanggup menjual rumah dan En. Akbar sendiri terpaksa berhenti kerja sebagai pensyarah di UiTM semata-mata untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu. T___T
Kawan-kawan... Sebagai seorang ibu dan ayah, sebagai seorang bakal ibu atau ayah, sebagai Umat Islam terutamanya.... Marilah sama-sama kita hulurkan tangan ringankan beban... Jika tidak dapat sumbangkan banyak... sumbanglah walaupun sedikit... kalau anda seorang hulurkan RM1... kalau 10 orang? 100 orang? 1000 orang? Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima... Jom... kita hulurkan sedikit sumbangan kepada En Akbar Ali...
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam: 12038025182964 atau Maybank: 512101054830, Akbar Ali Bin Mohamed Noordin atau PayPal: akbaralinoordin@yahoo.com
Mintak juga keprihatinan
korang semua untuk sebarkan kandungan entri ini untuk bacaan dan keprihatinan
semua orang di luar sana….
Setiap
sumbangan dan kebaikan yang korang lakukan hanya Allah yang mampu membalasnya…
Sama-samalah kita doakan semoga En Akbar
Ali, isteri serta keluarga tabah menghadapi dugaan Allah yang maha hebat ini…
dan semoga beliau Berjaya memperoleh jumlah sumbangan yang diperlukan untuk
menampung kos perubatan adik adam untuk menjalani pembedahan seterusnya boleh
menjalani kehidupan sihat dan sempurna seperti kita semua….
Amin… Ya
Rabbal ‘Alamin….

2 comments:
sedihnya
ya Allah kesian nye.. berat mate memandang, berat lg yg memikul nye..
insyaAllah nk derma, x byk pun sikit jadi lah :)
Post a Comment