Heeee… Tiba-tiba teringat kat
hotchat pagi tadi di Hot Fm bersama deejay Usop dan FBI… gelihati je bila
pemanggil call cerita pengalaman pertama kali dating masing-masing.. Secara tak
langsung My pun teringat sewaktu pertama kali jumpa enchek tunang. Tergelak kau
sorang-sorang hahaha…
First date My ada banyak kali
hahaha.. biasalah dulu time muda-muda hot stuff disukai ramai haha.. So, ada
lah 2/3 lelaki yang My pernah admirer lah konon-konon. Pastu stok bila jumpa
first time tu malu-malu kucing… But semuanya not too serious.. bajet nak
serious tapi bak kata orang… takde jodoh…:D
Tapi My tamolah citer pasal
lelaki-lelaki yang tak penting tu.. nak citer pasal enchek tunang yang satu
sekarang ni..:D sekurang-kurangnya kalau dia baca ni kombanglah sikit kan citer pasal dia je.
blueks.sila muntah.
My kenal enchek tunang ni dah
lama, since My form 2.. dia plak form 4.. kenal dari mana? Internet.. MIRC..
pernah dengar ke korang? Sape yang lahir sebelum 90-an mungkin pernah jumpa
laman chat ni kot. Bila masuk banyak chat room yang ada especially ‘kampung’..
tu lah yang paling My ingat walaupun senanya banyak lagi chat room yang pernah
My join.
Masa My kenal MIRC tu, itu adalah
pengalaman pertama My berjinak-jinak kenal internet. Masa tu My sekolah asrama.
Sanggup kau tipu warden nak kuar bandar ada hal padahal gi lepak sisi
memperkembangkan ilmu pengetahuan mengenai dunia internet haha. Masa tu umur
baru 14, orang kata usia baru nak naik kan ..
bergetah gitew.. main berkenal-kenalan ni dah jadi lumrah.. bezanya, masa zaman
My takdelah terlalu sosial seperti sekarang sehinggakan baru berkenalan
beberapa hari dah sampai ke ranjang… Nau’zubillah…
Dipendekkan cerita, My jumpa
enchek tunang di salah sebuah chat room dalam MIRC tu. Dok borak-borak pehtu
perkara wajib sebelum bye-bye mintak nombor telefon. Kalau mula-mula borak tu
mesti tanya… “a.s.l plsss…”…. A.S.L meaning dia Age, Sex, Location… hahaha…. So,
masa My gi chat kat cc masa tu mesti bawa buku nota.. senang nak tulis
nama-nama,alamat n number phone kengkawan chat. Dalam sehari tu adalah 5,6
orang My ambil info sorang… hahah…
Tapi zaman My dulu mana pakai
henpon lagi.. Nak call pun pakai public phone. Untung-untung leh curik line
dapatlah borak lama kalau idakkk jenuh kau nak mengumpul syiling.. So, daripada
bergayut dekat public phone tu another effective way yang My gunakan adalah
surat-menyurat. Masa zaman My main tulis-tulis surat ni perkara biasa. Kalau My bukak balik
stor belakang rumah tu berguni surat-surat dari peminat hahahahah… retis kauuu…
Mana kawan-kawan yang My ada
contact info dari MIRC tadi ni semuanya My tulis surat ..pehtu tak lupa mesti kena ada
BIODATAku diselitkan bersama-sama surat .
Ahhahahaha.. kelakar je bila ingat balik. Termasuklah enchek tunang ni.
Beberapa minggu lepas tu mesti dapat balasan. Enchek tunang pun balas tau…
Pastu kitorang saling berbalas-balas surat
siap pos gambar lagi kau..:D
Bertahun lamanya kitorang kenal
melalui surat
dan telefon. Tak pernah jumpa pun. Yela sorang kat kL sorang di Johor mana nak
jumpa. Hubungan kitorang tak lebih dari sekadar kawan pun. Kejap ada kejap
takde.. Tapi masing-masing still ada contact number dan alamat masing-masing…
Kadang-kadang tak contact terus tapi masih berkawan. Kalau teringat je adalah
contact beliau.
Tahun 2005 My amik diploma si
Bangi. Enchek tunang tahu dan kitorang pernah merancang untuk berjumpa masa tu.
Tapi entah alasan apa enchek tunang terpaksa membatalkan janjitemu kitorang tu
sebab dia ada hal lain. So, memang tak jumpalah. Sampailah masa My di tahun
akhir, semester akhir belajar. Enchek tunang hubungi My. Entah apa mimpi dia
rajin betul kacau My.. selalu call, sms… Sehinggalah suatu hari dia ajak
berjumpa. Itupun dia datang Bangi.
Sampailah hari yang dijanji.. dia
datang.. Tu pun hampir-hampir tak jadi tau tapi mungkin sebab jodoh kuat
makanya bertemulah kitorang.. hehe.. Dia kata nak ajak pi makan sate kajang.
Punyalah My ni berdebar-debar sangat.. kosongkan perut dari petang tu sebab nak
makan sate kajang. Malam tu lepas Maghrib dia sampai depan rumah.. My keluar n
kitorang pergi makan sate Kajang.
Masing-masing tersipu-sipu malu.
Yang lebih-lebih malu ofkos lah My… Makan sate pun 1,2 cucuk je oke. Enchek
tunang kata dia dah makan so dia tak makan banyak. Ah sudah kalau dia tak nak
makan dah tentu-tentulah My lagi segan nak makan n habiskan sate tuh. Apalahi
My pun cakaplah My pun dah kenyang dah makan petang tadi. Demmm… Akhirnya sate
tu dibiarkan tidak tersentuh di atas meja… Sedangkan perut dah berkeroncong
lagu cindai nyanyian CT….-.-’
Balik daripada jumpa enchek
tunang My ajak hosmet gi lepak mamak. Gi makanlah lapar beb! Adehhhh… Dalam
hati menyesal betul tak habiskan sate tuh. Bila citer kat kawan-kawan sume dok
bantai gelak. Yela sape tak kenal dengan My yang kuat makan.. Boleh tahan nafsu
tak makan sate tu? Dahlah feveret… ceyt!
After a few months kitorang
getting closer, closer n closer… Sampailah dia proposed to be a special one… My
mintak masa… Sampailah My dapat tawaran nak further degree di Shah Alam n
akhirnya… My terima dia jugak…
Dah lebih 3 tahun kitorang serius
dengan hubungan ni n Alhamdulillah… ianya diperkuatkan lagi dengan ikatan
pertunangan… coming soon…? Bride n Groom to be!!!
InsyaAllah…..
Sekarang ni, kalau flashback
citer pertama kali jumpa enchek tunang mesti kitorang tergelak-gelak… Ruginye
lah hai tak makan sate tuh…-.-’
korang ada pengalaman dating tak?cer citer cer citer...:D
