9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label bayaran masuk sunway lagoon. Show all posts
Showing posts with label bayaran masuk sunway lagoon. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Doktor tukar EDD Aku Bakal Bersalin Hujung Oktober!

Assalam..

Walaupun xde idea dan masa tetap nak update.. so kita make it fast n sukati aku nak karang macam mana.. :P 

Last weekend as usual sabtu di rumah dengan Dhia while hasben at work. Ahad pegi Sunway Lagoon hehe. Tahun lepas pun dah pergi tahun ni pergi lagi. Tiket FOC sape taknak pergi.. :P Tahun lepas Dhia baru nak bertatih.. tahun ni dia dah pandai jalan so besh sikitlah nak bawa berjalan kan. Tapinya, dia takut air.. mula2 punya lah payah nak bawa masuk air.. mungkin takut ke gayat ke entah lah tapi menangis tak hengat… Aku paksa jugak duduk2 kat air tu lama2 dia ok tapi setakat kat tepi-tepi je lah dia berani haha. Kena ajar slalu pegi kolam/pantai ni kalau idak kang smpai beso takut hehe. Kalau kat rumah tu pantang ajak mandi.. sampai taknak keluar sebab nak main air. Tapi setakat air dalam baldi je la hehe.

Monday aku MC.. jangan tanya kenapa. Biasalah orang mengandung bukan tentu tahap kesihatannya kan.. :P

Oh I went to checkup with gynae recently. Awalnya malas sangat nak follow appointment hosp tu yelah 2 minggu sekali kena g KK, sebulan sekali kena gi hospital (semua gara2 diabetic). Malas sebab kacau waktu kerja.. memanglah boleh masuk lambat ambil time slip tapi tetap macam tak besh kan. Tau je lah gomen kena tunggu berjam-jam.. -.- So, atas dasar sebab hospital ada yang lebih pakar untuk tau tahap kesihatan aku, aku pegi jugak. N luckily aku pergi hrtu sebabnya EDD aku dah tukar!

Awalnya dulu kalau ikut LMP (last month period), EDD (expected due date) aku 30 oct 2014. Tapi doc tukar2 jadi 9 nov sebab masa tu period aku tak regular bcoz of breastfeeding. Tapi masa checkup doc scan perut aku yang 31 minggu, dia kata baby besar… 31 minggu tapi baby macam dah 33 minggu. Alamak! Lepas tu doc kira, buat ukuran, graf, bla bla, which is aku tengok details jugak lah. N she said, KK should not change your EDD. 30 oct 2014 is the correct one. Gulp! Baiklah. We stick with 30th Oct 2014. Aku pun kurang konfiden dengan doktor kat KK.. ala bukan doktor betul pun pegawai perubatan je.. muda lagi pengalaman pun seciput dua. ngeh3. Doc hospital ni nampak lebih meyakinkan sikit. weee~

So maknanya, baby aku ni taklah besar tapi membesar mengikut date yang betul hehe. So, I’m officially 8month 1 week??? What???!!! Ok sebulan lebih je lagi. Or might be less than that?? Waaaaaaa! Tiba-tiba rasa seram sejuk. How fast!!! Bersediakah aku? Fuhhh fuhhh…. Sekarang pun dah terasa perut berat ke bawah. yela kepala dah pusing bawah.. nak terkencing selalu jangan cakaplah setengah jam tah bape kali aku kuar masuk toilet. huuuu~

Baju-baju baby baru start basuh first trip hrtu. Ada lagi baju-baju Dhia, mitten booties semua aku belum kemas n basuh. Erkkk… beg hospital pun tak kemas lagi hehe. N nak bersalin kat hospital mana pun aku tak decide lagi uwwwaaaaa! Aku plan nak pegi private tapi ada a bit takut bila dengar kes-kes kena ceaser... Yela sebab aku tatao nasib kali ni macam mana kan. Dhia dlu pun tak turun tanda. Sampai overdue n kena induce baru datang contraction n bukak jalan. Fuhhh, setiap perancangan Allah itu ada hikmahnya, InsyaAllah… aku yakin kali ni pun aku boleh normal dan lahirkan adik Dhia dengan jayanya… InsyAllah… moga Allah permudahkan!!! Amin Amin Amin Ya Rabb....

Haha korang mesti boring kan entry aku takde gambar.. :P Bukan apa, malas nak attach haha.. Lagipun pakai laptop, gambar dhia pun banyak dalam henpon bila nak upload kena transfer kat laptop. Leceh haha. nak pinjam gugel pun malas.. kiki.

Nanti next entry aku bubuh gambar banyak2 eh.. :P

Ok till then! ^_^









Wednesday, September 25, 2013

Beronok-ronok di Sunway Lagoon


Erk… nak tunggu raya Haji plak ke hape ni baru nak up entry? Kikiki. Okay2… nak up la ni… Haku ni kalau ada citer besh tertarik lagi menarik baru terhegeh2 nak up entry hihi.. maklumlah work mom’s life.. sooooooo busy….. busy la sangatttt (mata ke atas tangan ke dada.. :P)

Last Sunday baru ni My n kesayangan2 ke Sunway Lagoon bersuka ria hehe. I was remembered that last time daku jejak kaki ke Sunway Lagoon adalah masa darjah 4 sekolah rendah dulu. Itupun rombongan sekolah haha. I thought it was the last time yela tade orang nak ajak/bawa aka belanja idoklah daku pergi kaaaannnnnn… :P

Dipendekkan cerita, enchek hasben dapat ticket free from his company for the whole family. Tic for him, me and Dhia. Kebetulan, last Friday mak abah My dari Johor datang tido rumah 2 malam.. datang dengan family kakak. Rumah kecik je terpaksa menyempit2…:P Tapi takpe, family sendiri apa ada hal kan haha.. Ada wedding sedara kat Sg Buloh tu yang datang tido rumah tu. On Saturday sementara enchek hasben keje My ikut mak abah semua pegi wedding and round2 shopping sampai petang. The day before ada usulkan pada enchek hasben whether boleh tak My nak belanja mak abah, akak (with hasben n 2 kids) pegi sama ke Sunway Lagoon. Masa tu encek hasben macam berat hati je since the entry tic bukan murah.. nak belanja bukan sorang dua pulak kiki. Then takpelah, perbualan kami pending sahaja di situ n My anggap permohonan ku tidak lepas so takpelah. 

But then petang Sabtu tu enchek hasben text dari tempat keje. Dia tanya nak ajak diorang pegi SL tak? Erkkk dalam hati bukan macam tak bagi ke semalam huhu. My reply ‘boleh ke?’ je dekat dia. Hehe. Enchek hasben kata boleh.. :P Laju-laju ku tanya akak semua nak ikut tak pi jimba-jimba kat Sunway Lagoon. Dah My nak belanja kan jawapannya haruslah NAKKKKKKKKK hahahaha….

Pagi Ahad tu pagi-pagi buta Subuh dah bangun, mandi, breakfast… We arrived at Sunway Lagoon entrance about 9.30am. Just nice. Beratur beli ticket for another 2 adults n 2 kids. Rupanya enchek hasben dapat 2 lagi ticket free for adult sehari sebelum tu so kurang lah sikit additional cost kikikiki. Lepas tu beratur masuk bila gate bukak around 10am… J Yeeeeehhhaaaaaaaa!

Masa nak simpan barang dalam locker, nak ambil short pants hasben nak mandi erkkkkk tak jumpa!! Fine, konpem tertinggal kat rumah. Dahlah My bekalkan sekali suar mandi untuk abah. Demmm… apalagi gi kedai beli suar pendek kat situ. Harga? RM80+ for 2pcs.. -..- Takpe, layannnnn…..

Ok this is one thing yang u guys kena take note kalau ke Sunway Lagoon

# Jangan lupa bawa swimming suits! Sebab nak beli kat dalam tu harga konpem dua kali ganda dari luar huuuuuu

# Kat dalam sunway ada Locker untuk simpan all of your stuff. Kalau korang plan untuk mandi sila simpan segala mak nenek dalam tu termasuk selipar/kasut. Sebab bila korang dah giler mandi tatao nak letak mana pastu takde orang nak tengok2 kan barang pastu takut lupa kalau korang nak pergi tempat lain haha. Harga Locker adalah RM15 per all day. Boleh bukak tutup ikut sukati korang. Just scan menda alah yang dia pakaikan kat tangan tu. 

They are 4 park there:
# Water Park
# Ammusement Park
# Extreme Park
# Wild Life Park
# Scream Park

Hah sukati korang lah nak gi mana dulu. Ada masa daripada pukul 10am – 6pm untuk korang berjimba-jimba tapi tapi… solat jangan tinggal haaaa…. Surau provided berdekatan dengan entrance.. jauh sikit la dari all parks tu huhu… ;)

Malas nak membebel panjang… layannnn gambar je la ye… huhu

























Kitorang keluar dari Sunway Lagoon about 4.30pm. Solat Zohor n Asar siap-siap baru balik. Mak Abah n family kakak semua dah gerak awal around 2pm sebab nak balik Johor kan. My tak sempat pegi semua park pun. Yela bawa si kecik Dhia kan… huhu kesian dia. Tu pun My bagi chance kat hasben pegi lah main apa lagi dia rasa nak main yela lepas ni entah bile pegi lagi kan. Sementara tunggu enchek hasben bersuka ria My duduk kat kusi mana-mana tidokan Dhia.. J

Monday pegi keje badan sakit-sakit hoho tapi takpelah.. seronok.. J Sok lusa kalau dah beranak ramai sikit + anak dah besar-besar boleh lah suh daddy belanja bawa pi Sunway Lagoon lagi hehehe…

Korang yang nak pi, ni rate dia:



















Till then! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers