9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label malaysia vs chinese taipei. Show all posts
Showing posts with label malaysia vs chinese taipei. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

MALAYSIA VS TAIWAN 03 JULAI 2011 PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014

Petang ini merupakan berlangsungnya perlawanan timbal balik di antara Malaysia dan Taiwan aka Chinese Taipei. Perlawanan Pra Kelayakan Piala Dunia 2014 ini dijadualkan berlangsung jam 6.45 petang waktu Malaysia. 

Jika dilihat daripada perlawanan pusingan pertama sebelum ini di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun yang lepas, Malaysia mendahului dengan memperoleh jaringan 2-1 hasil sepakan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan untuk Malaysia manakala Chen Po Liang menghadiahkan satu jaringan untuk Taiwan. 

Walaupun Malaysia mendapat kelebihan jaringan namun harus diingat bahawa mereka tidak boleh terlalu yakin ketika bermain. Lebih-lebih lagi kali ini mereka bertarung di Taiwan.. Taiwan sudah pastinya akan bermain dengan bersungguh-sungguh di tempat sendiri untuk tidak menghampakan penonton-penonton mereka! Jadi Malaysia harus peka! jangan lalai dan bertahan sehingga ke akhirnya!

InsyaAllah, kalau Malaysia berjaya menewaskan Taiwan malam ini, mereka akan bertemu dengan Singapuran pada 23 dan 28 Julai nanti.. Mampukah Malaysia? Sama-samalah kita berdoa. Dengarnya Safee Sali mengalami kecederaan.. adakah beliau terpaksa direhatkan?? Takpe, kita kena yakin bahawa Malaysia punya ramai pemain-pemain harapan.. Tanpa Safee Sali pun InsyaAllah kita mampu menewaskan Taiwan!!! Yakin boleh! Tapi harap-harap Safee Sali adalah hendaknya.. bagi Taiwan gerun sket hehe.

Apapun, jangan lupa saksikan petang ini jam 6.45 pm!! Sama-sama kita sokong industri bola sepak Malaysia!!!! ho yeh...

Goodluck Malaysia!!!;)


*********************************************
UPDATED!

Sekarang jam menunjukkan pukul 6.58ptg.. Game baru nak bermula.. perghhh nebes!!! Come on Harimau Malaya!!! U can do it!!! Nampaknya Safee Sali terpaksa direhatkan. Takpe-takpe Idlan Talaha pun ada... Doakan yang terbaik untuk mereka!


ho yeh!!!! Gol pertama daripada Malaysia!!! Jaringan Aidil Zafuan pada minit ke-7!!!! 


Demmm!!!! Taiwan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Chang Han!!!! 


Whoooo!!!!!! he did it!!!! saya bangga jadi anak Malaysia!!! Jaringan ke-2 untuk Malaysia oleh Safiq Rahim!!!! lap u Mesia!!!


God!! Kad kuning yang diberikan kepada Mahali memberikan sepakan penalti kepada Taiwan  dan berjaya menyamakan kedudukan!!! **pengadil macam berat sebelah jek..-.-'


Seyesly bengang betul tengok bola malam ni!!! Kerana kesalahan yang tak masuk akal Sarbini dikenakan kad kuning! Xavier Tsan Yuan berjaya jaringkan gol ke-3 penalti menjadikan kedudukan seri 3-3!!!!!!


Tamat sudah permainan dengan penyamaan gol 3-3... Permainan malam ni tak besh sebab pengadil nampak sangat berat sebelah grrr... Walaupun Malaysia tidak berjaya mengalahkan Taiwan tapi Malaysia layak ke pusingan seterusnya untuk menentang Singapura!!!!


Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!;)

MALAYSIA 4 - CHINESE TAIPEI 4




Wednesday, June 29, 2011

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS TAIWAN 29 JUN 2011 | PUSINGAN PERTAMA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014


Kehangatan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chinese Taipei (Taiwan) semakin terasa!! Hehe orang lain heboh dok eksaited tengok bola My pun eksaited jugak! Padahal tatao apa-apa pasal bola. Bila orang tengok My pun tengok.. Bila masuk gol.. My pun jerit same….-.-’… Walaupun tatao skill2 permainan bola sepak tetapi My sokong bola sepak tempatan!!! Ho yeh ho yeh…

Lepas keluar office My ke Digi Centre di Time Square ada urusan sikit. So, sampai-sampai rumah je dah setengah jam perlawanan. Tah masa bila jaringan gol tu masuk..-.-' weeehuuuu!!!! cayalah Malaysia! Jaringan pertama dilakukan oleh Safiq Rahim pada minit ke 28.. 
Come on malaysia!! Jangan hampakan harapan kami! Pasti ramai yang berharap squad negara berjaya setelah melihat akan kejayaan mereka ketika menentang Lubnan baru-baru ini.. buat yang terbaik! Jangan over confidence oke! Kalau Malaysia berjaya menentang Taiwan lepas ni bolehlah mereka bertemu Singapura pula..;)

Wooooo!!! betul-betul baru lepas mandi tup-tup Aidil Zafuan menjaringkan gol ke-2 pada minit ke 54!!!!! Cayalah!!!!!!! i lap yu lah Mesia!!!!!!

Demmm... Chen Po Liang berjaya menjaringkan jaringan untuk Taiwan pada minit ke 76!!!!


Ok fine, kita terpaksa akur dengan keputusan penuh Malaysia melawan Taiwan dengan bekalan jaringan:
MALAYSIA 2 - CHINESE TAIPEI 1
(Safiq Rahim, Aidil Zafuan - Chen Po Liang)

Sama-sama kita saksikan pusingan kedua kelayakan di Taiwan pada 3 Julai (6.45pm) nanti!!!

Footnote: ni mesti dorang nak main tadi tak solat maghrib dulu ni... tak pun penonton tuh.. heee~;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers