Memandangkan Ramadhan Al-Mubarak akan tiba tak lama lagi jadinya My berbesar hati sangat nak ajak korang semua mempersiapkan minda dan hati untuk bulan yang penuh peluang ini!!
Berdoalah agar Allah S.W.T. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu bulan Ramadhan dengan keadaan sihat walafiat
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, "Allahuma bariklana fii Rajab wa Sya'ban, wa balighna Ramadan." Ertinya, Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Ketahuilah kita semua bahawa Tetamu Agung akan berkunjung lagi!!;) Mari kita countdown sama-sama!!
AHLAN YA RAMADHAN KAREEM!!
أَهْلاً وَ مَرْحَبًيَا رَمَضَــان
Kat sini My nak kongsikan pada korang ‘Checklist Ramadhan’ untuk korang buat senarai semak amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan nanti… Download di SINI