9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Pemakanan/ Suplemen tambahan sepanjang Kehamilan

Mak buyong officially 34 weeks now. Fuhhh.. Kalau nak beranak orang kata 35weeks pun dah okay. Full term katanya heh. Eh tapi kot ye pun janganlah awal sangat bagi aku settle keje2 dulu huhu.

Untill today Alhamdulillah kesihatan aku baik-baik je sepanjang preggy ni. Cumanya, diabetic yang aku tak boleh nak elak. Erk. Walaupun on diet control tapi still kena berjaga-jaga. Makan kena jaga weh! Sob sob tapi aku banyak hentam je makan kali ni. Dah hujung2 ni baru macam nak insap bila perut beso semacam. Janganlah baby beso plak nanti adeh.. >_<  Setakat lain2 Alhamdulillah aku masih ada tenaga jaga makan pakai Dhia dan hasben, mengemas mengemop rumah tetiap minggu, ulang alik ke kerja hari-hari, boleh dukung Dhia melayan karenah Dhia yang semakin manja. Fuh… memang penat yela kalau dlu preg balik je rumah usai solat Isya aku dah boleh rehat-rehat lelap mata tapi dah ada Dhia ni kenalah melayan anak dulu kan hehe. Tapi syukurlah aku ada kudrat nak buat semua tu… n harapnya kalau dah beranak 2 nanti aku tetap gagah! Fuhhhh can’t imagine.. >_<

Anyway, apa yang aku amalkan sepanjang pregnant? Sedia maklum aku kan jual Shaklee. Makanya kalau aku dok canang-canang kebaikan suplemen semualajadi ni kalau aku sendiri tak amal derhaka naPemmanya ye dak hehe. Jadi, memang Shaklee adalah suplemen utama aku sepanjang pregnant. Ubat klinik langsung tak pernah makan. Tapi tidaklah aku ambil semua yang terkandung dalam cadangan pengambilan untuk kehamilan. Apa yang aku amal? Vitalea, Omega, Ostematrix. Kikiki 3 je? ngelat tak ngelat tak. :P

vitalea elak hb low

Vita-lea adalah sejenis multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran, buah-buahan, 12 vitamin serta 7 mineral penting mengikut piawaian RDA. Pengambilan Vitalea Shaklee ketika hamil boleh membantu ibu untuk memperolehi bacaan haemoglobin (HB) yg paling optimum. Selain tu, ianya juga sebagai pembekal tenaga, agen antioksida serta mampu meningkatkan metabolisme badan. Haaa... aku amik vitalea sebab satunya ofkos la pasal multivitamin. Bila dah amik multivitamin tak perlulah aku ambil vitamin-vitamin lain hahaha. Nampak tak kemalasan kat situ.. :P Bukan apa, aku ni selalu culas bab-bab ubat ni so kalau dah makan multivitamin ni cukuplah. yang satu ni pun kadang2 culas jugak.. :P

Sepanjang aku pregnant kali ni, HB aku tak pernah kaler merah! hehe Alhamdulillah maintain sahaja compared masa preg Dhia dulu kejap turun kejap naik ngee~


ostematrix kalsium
Ostematrix pulak adalah suplemen yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalau korang nak tau sebiji ostematrix (250mg) adalah bersamaan dengan segelas susu. Kalau mengikut keperluan, kita perlukan 1000 mg kalsium sehari iaitu bersamaan 4 gelas susu. So, kalau malas nak minum susu telan je 4 biji ostematrix sebelum tido...Kalau kita tak amik kalsium setiap hari...kepadatan tulang akan berkurang dan tulang mudah rapuh dan mengakibatkan  osteoporosis!... Kalau time pregnant ni pulak, bayi di dalam kandungan akan menyerap kalsium ibu so sebab tu pentingnya kalsium time pregnant. 

Biasanya,sebelum tidur My akan telan 4 biji ostematrix setiap hari. Kesannya, tidur akan lebih lena walaupun kerap terjaga sebab Dhia bangun minta susu 3 4 kali huhu.. -.-,  bangun pagi pun biasanya tak keletihan. Dulu masa bersalin kan Dhia pun My amal Oste setiap hari without fail ditambah plak dengan ESP sungguh lah bangun pagi rasa sangat fresh. Selain itu, Ostematrix juga mencegah dari sembelit. Alhamdulillah time pregnant kali ni memang takde masalah sembelit. Ku amal oste ni hari-hari bangun pagi kebiasaanya akan membuang dengan lancar dan jayanya heheh. Tak percaya? cubalah! dan yang penting silalah minum air secukupnya ye. 

Bila amalkan oste ni jugak, badan pinggang segala takdelah lenguh2 sangat. Pastu apa yang My perasan, krem kat betis pun dah tak kerap macam 1st pregnancy dulu (masa 1st preg tak kenal shaklee lagi). Kalau tidak boleh kata setiap malam ku mengerang kesakitan sebab krem/kejang dekat betis. Oste ni memang feveret everlah! 
omega

Omega sesuai amalkan semasa trimester kedua ke atas sehinggalah kandungan 35 minggu (36 minggu dikhuatiri akan mencairkan darah so tayah ambil dah). Aku makan omega sebab ianya bagus untuk perkembangan otak bayi. Selain tu, ia sangat baik untuk menurunkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis macam aku ni hehe. Omega ni kalau nak tau feveret si Dhia! kalau kat rumah kena sorokkan omega ni kalau tak bagi sebiji pun x cukup hehe.

Selain Shaklee, aku amalkan juga makanan tambahan lain. Antaranya:

habbatussauda
Makanan Sunnah, Habatussauda. Ada orang kata, xelok makan.. ada yang kata ok je. So aku dengar cakap ustaz je boleh je amalkan asalkan tak berlebihan hehe. Aku ambil sebiji yang jenis kapsul setiap pagi sebelum sarapan. Alhamdulillah ok je. Aku rasa HB aku maintain pun sebab aku rajin amal habbatussauda ni. Habbatussauda ni secara Islamiknya adalah penawar bagi segala penyakit kecuali maut. InsyaAllah... Aku harap Allah permudahkan kandungan aku kali ni.

Virgin Coconot Oil Tanamera. Aku baru je amalkan baru-baru ni. Untuk apa? Orang kata elok untuk permudahkan bersalin dan elakkan koyakan perineum huhuhu.. Entahlah betul ke tidak tapi benda baik apa salahnya ikut ye dak? Harap2 kali ni bersalin dpermudahkan n tak payah lah kena gunting lagi hohoho.
susu kambing nutrigoat miracle 8
Makanan Sunnah, Susu Kambing! dan Pilihan aku adalah Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8. Kalau jenis korang yang susah nak minum susu macam aku InsyaAllah susu kambing NGM8 ni korang akan suka. Kalau dlu aku amalkan anmum tapi tak berapa nak amal pun hehe. Tapi kali ni Alhamdulillah dah lebih 3 kotak aku minum. Susu ni sedap, tak manis, tak bau hamis dan senang disediakan memandangkan ia datang dalam bentuk sachet.. :) Minum susu kambing ni senang hadam dan badan pun rasa segar hehe. n sedia maklum susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Say no to susu lembu jom bertukar kepada susu kambing! hehe

Haaa, it je lah yang aku amal sepanjang pregnant kali ni. Kalau ikutkan banyak lagi makanan-makanan tambahan yang korang boleh amalkan ketika hamil ni macam minyak zaitun la, buah delima, madu, boleh gugel2 k. Kalau aku, aku tak reti nak amik banyak2 hehe lagipun dah sarat beno ni idok la sepat aku nak amik semua2 tu hehe. 

Kalau korang nak cuba Shaklee atau Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 boleh roger2 aku k sebab aku memang Pengedar Sah Shaklee n baru-baru ni aku dah register jadi agen Susu Kambing NGM8 hahahaha... Memandangkan aku memang peminum tegar susu kambing ni maka aku beli la banyak-banyak buat simpanan hari tua hahaha. So kalau korang berminat nak cuba boleh roger2 aku k. Nak rasa tester dulu pun boleh.. :) Nak Shaklee pada harga berpatutan pun InsyaAllah aku boleh bagi... :) apa2 boleh sms/whatsapp/telegram aku kat 0193364122.

So, korang yang preg macam aku apa yang korang amalkan? jom share! hehehe

Friday, August 17, 2012

Last Antenatal Checkup Before Aidilfitri

Semua orang dah sampai kampung ke? Smooth betul jalan Kuching all the way gi keje tadi.. hari-hari gi keje macam tu kan besh huhu. Ni mesti ramai dah mula bercuti untuk beraya nih. haish jeles betul la. 

My masih bekerja harini. Last day koje before berhari raya... Tapi sudah sedia maklum mood semua sudah ke laut... jasad je dalam opis.. hati sudah di kampung... walaupun hakikatnya My tak akan berada dalam suasana kampung untuk 2/3 hari lagi sob sob.... takpe. janji raya huhu...

Anyway semalam My ke Klinik untuk check up. kira last check la before nak raya ni kan... result check up semua okay kot except untuk HB... turun 10.7... hehehehe... terus dia tulis pen merah and suh datang lepas dua minggu...-..- Ni gara-gara My selalu skip makan ubat lah ni. boleh dikatakan bukan skip memang tak makan langsung kot... boleh dikira barangkali dengan jari berapa kali je My telan ubat sepanjang sebulan nih...-..- Mahapkan mommy sayang!! memang mommy ni jenis yang liat nak telan ubat uuuwwwaaa...

semalam nurse tanya makan ubat tak? dengan tersengeh2 My jawab.. kadang2 ada skip... padahal selalu! Pastu nurse pesan suh makan. siap suh tambah dos sehari. elok kena makan sehari sebijik.. kena makan 2 kali sebijik gara-gara HB turun. My tanya kat nurse banyak-banyak ubat+vitamin tu yang mana PALING penting.. hahaha niat hati nak telan yang penting-penting jek... terus nurse jawab SEMUA PENTING... semua berkait.. awak kena makan... errr... baiklah...-..-'

Sebelum keluar bilik, nurse siap pesan raya ni jaga makan.. jangan sehari beraya 10 buah rumah semua rumah awak bedal lemang, dodol, ketupat segala... air manis rasa kat bibir je hahahah... adeh~ yela, dah suspect diabetes ni kannn kena lah jaga makan.. tapi My ni selalu main taram jek...-..- bila nurse cakap apa effect kat anak dalam perut kalau tak jaga makan, kalau terlebih gula bla bla bla.. alahai terus My sedar diri... owh aku perlu disiplin!!!! janganlah kesedaran ni datang sehari dua je..-..- sorry again my dear baby.... mommy cuba oke mommy cuba... huhu....

Semalam kena cucuk kancing gigi. adeh lama kot tak kena inject kat bahu.. sampai sekarang masih kebas lagi bahu kiri ni... -..- Sekarang ni movement baby dalam perut semakin terasa.. tapi taklah sampai tahap terasa betul dia tendang-tendang. just rasa macam ada benda gerak-gerak dalam perut. Kadang-kadang tiba-tiba je ada gerakan macam baby tersedu kat perut. time tu selalu la My amik tangan echek hasben suh rasa hehe dia pun eksaited sangat... dahla kami tatao lagi jantina baby apa lagi. selalu gado2 sorang panggil baby boy sorang panggil baby girl... hahahahaha... lepas raya nantilah jawabnya baru scan baby... kita raya dulu oke... :)

Semalam masa My check up dapat call encheck hasben.. Pakcik dia passed away... Pak Lang. Allahuakbar... 3 hari je lagi nak raya Pak Lang plak pergi tinggalkan kami selamanya.. Kesian Mak Lang n anak-anak... pilu je My tengok semalam... Tak dapat bayangkan kalau My di tempat mereka menerima berita pemergian orang yang sangat kita sayangi... Sudahnya semalam, My amik EL sebab takut tak sempat nak masuk office sebab pegi melawat arwah. Al-fatihah untuk Pak Lang.... semoga rohnya tenang di sana.... 

haih~ okelah... jom koje.. koje la sangat... dengar lagu raya je nih... cepatlah masa berlalu.. rumah tak berkemas lagi... huhuhuhuhu~

Tuesday, May 15, 2012

Bukan Nak Mengadu....


Alhamdulillah…. I am 11 weeks plus now. Bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah.. Cuma aku yang gagal untuk mensyukuri nikmat pemberianMu… L Mungkin My yang terlalu manjakan diri… layankan sakit pening segala… haih~ entahlah…. Orang yang pernah merasa je tau apa yang My rasa… Walaupun tak semua yang kita alami adalah sama… Mungkin cara kamu begitu… dan cara My begini…. Allah je tau kan?

Dah beberapa hari My tak online fesbuk. Sudah sedia maklum server kat opis ni memang blocked social network. My punya mobile internet plak entah kenapa beberapa hari ni tak boleh connect internet. Dah kehabisan limit usage barangkali. Nak call tanya operator malas. So, biarkan je lah. Walaupun kat rumah ada internet, memang dah jarang sangat online. Enchek hasben je yang rajin duk depan screen lappy tu. My? Lepas Isya’ biasanya dah masuk tidur. Nak bersosial dengan kawan-kawan di laman sesawang memang dah takde mood sangat-sangat.

Kehidupan seharian di rumah macam tu je lah. Kalau weekdays pegi keje balik keje, tidur. Weekend kalau takde apa yang betul-betul penting memang takkan ke mana-mana. Duduk berehat di rumah je. Nak keluar? Memang takde hati langsung. Kenduri kawan-kawan pun ramai sangat My tak dapat nak pergi especially yang jauh-jauh kat Johor nun. Tak larat. Plus, sejak preggy ni dah 2 bulan rasanya My tak keluar shopping. At least beli barang-barang keperluan rumah. Setakat ni barang yang penting seperti sabun basuh baju, toiletries semua masih ada… barang-barang dapur? Dah beberapa minggu My tak masak sebab tak boleh bau bawang segala… -.-’
ihsan google
Haih~ macam tu lah hari-hari My sejak preggy ni. Selagi loya, muntah ni tak hilang memang semangat My takkan datang. Allah n enchek suami je tahu macam mana My lalui hari-hari. Letih… letih sangat. Lebih-lebih lagi time keje. Mungkin sebab travel jauh sangat so bila duduk ofis dari pagi sampai petang… balik rumah jauh-jauh memang sampai rumah rasa flat giler. Semalam je dari pagi bawa ke malam My muntah-muntah. Makanlah apa pun memang akan keluar balik. My dah elak pedas, minyak… Tapi My tak boleh nak lawan. Makan ubat muntah? Buah? Biskut? My tetap tak boleh nak lawan…. Sampaikan bila dah tak larat sangat My akan menangis bila balik rumah… Sebab My sedih sangat tengok diri sendiri… My cakap kat enchek suami sampai bila My nak macam ni… My dah tak larat sangat-sangat… T__T

Bukan My nak mengadu… Tapi inilah yang My rasa… Dulu My tak faham kenapalah orang mengandung ni banyak sangat songeh.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. sikit-sikit tak larat lah apa lah. Sampaikan ada satu masa tu My merajuk dengan sorang kawan baik ni sebab tak datang majlis kawen My walaupun dia bagi reason yang dia tengah preggy. My cakap dia saja bagi alasan… setakat pregnant apalah sangat datang je lah kenduri My. Tapi sekarang bila My sendiri rasa, baru My tahu apa yang kawan My lalui tu tak semudah yang My sangkakan… T__T  Luaran orang Nampak kita ceria, sihat…. Tapi dalaman kita? Kita je tahu… My lemah… Tapi My cuba gagahkan diri… Kalau kita tunjuk sangat kita lemah nanti orang kata kita gunakan pregnant sebagai alasan untuk tunjukkan kita lemah… T__T

What’s now? Settlekan kerja ofis... Selagi tak settle memang tak sedap hati. Lepas ni akan ada kerja yang lebih ‘besar’ menanti. Harap sangat My boleh organize sehabis baik. I love my job… but kalau dengan keadaan macam ni, My takut My tak boleh buat. Come on My…. Kuatkan semangat…. J

I am almost to the end of first trimester. Apa yang My harap sangat-sangat… sekurang-kurangnya loya dan muntah My ni hilang masuk trimester kedua nanti. Yup. Memang My doa n harap sangat-sangat. My nak kuat bekerja… kuat buat kerja rumah… kuat makan… T__T Sekarang ni kalau tengok orang lain berselera makan rasa sedih sangat sebab My dah tak punya selera macam tu. Makan tak pernah habis walaupun makanan depan mata tu sangat-sangatlah sedap… T__T

Ku mohon nikmat kesihatan dan kekuatan dari-Mu ya Allah…….. ku mohon….. T___T

nota kaki: korang!!! tolong nasihatkan My!!!!!!!


Thursday, March 29, 2012

KHABAR GEMBIRA.... ^___^

Jumaat Lepas....

Dah masuk hari ke-30 tapi My masih tak datang bulan.... Tapi, kenapa masa hari ke-26 haritu ada bleeding? Keluar sekali je. Esoknya tak keluar dah macam biasa. Kerisauan dah mula mengganggu... Haih~ tak teratur dah datang bulan My ni... Sudahnya, My mandi wajib dan solat seperti biasa. Sampai hari ke-30 memang tak keluar langsung... hurm, mungkin lambat sikit... kata My untuk menyedapkan hati....~

Ahad Lepas...

Confirm tak datang bulan... dah hari ke-32 kot! takkan peknen kot? nak cek ke idakkkk? errr awal lagi kot nak cek.... Takkan menstruasi bermasalah kot? hurm... ye la tu kot, perubahan hormon agaknya... haih~

Bangun Subuh pagi tu... terdetik nak cek urine... petang sabtu semalamnya ada beli pregnancy test hehe mengade saje-saje. Bulan lepas ada gak beli tapi negative.. so this time takmo la eksaited sangat... Sebelum subuh My terus bukak sampul pregnancy test tu... Nak test urine laaa... Orang kata kalau cek pagi-pagi masa bangun tidur lebih accurate keputusannya. Sebab urine pertama keluar tu lebih pekat kandungan HCG... so My pun cek....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

2 lines!!!!!!
Hehehe... Dapat je result My terus kejut enchek hasben... "sayang..! tengok ni..."... terpinga-pinga enchek hasben sambil tengok apa yang My tunjuk... pastu dia senyum.... "yey yey ada baby..."... hehe.... My? Masih tak pecaya? betul ke ni??? Rilex-rilex jangan eksaited sangat... nanti jumpa doc dulu.... Walaupun dalam hati dah berbunga-bunga....heeee~

Isnin lepas....

Petang Ahad semalamnya kitorang dah pergi beberapa klinik tapi semuanya doktor lelaki. Malas lah. So, My decide pergi klinik dekat dengan ofis My... Doktor perempuan.

Agak lama jugak tunggu turn pagi tu. Dalam hati berdebar-debar... Camne nak cakap dengan doc ni.. festime ni.. segan pun ado... enchek hasben ada kan senang...-.-'

My masuk bilik doc... Doctor chinese. "I've checked My urine yesterday"... "hmmm.. 2 lines..."... "so i nak confirmation on that...".... Doctor senyum... " Is it your first time".... "yeah..."... "ok... then do your UPT..."....

Lepas bagi urine kat assistant doc tu My tunggu kat luar. Beberapa minit pastu, Doc panggil masuk semula. Bukak je pintu doc dah senyum-senyum and tengok pada keputusan UPT My... "Congratulations.... Yes.... 2 lines..."... cakap doc sambil senyum.... Sebelum keluar dia tanya last date period... dan My ada cerita pasal bleeding yang keluar recently. Dia kata kalau keluar sekali tu sahaja don't worry but then kalau keluar lagi jumpa doctor. Sebelum keluar dia bagi advice.... termasuklah suruh ambil folic asid... *festime oke tahu pasal folic asid...-..-'

Alhamdulillah..... tak My duga seawal ini walaupun memang berharap...:) Kandungan ni dah berusia 4 minggu... Thanks Allah.... Kau permudahkanlah kandungan ku ini... sehingga hari kelahirannya nanti.... Amin.... :)

Setakat ni, My takde rasa loya-loya atau nak muntah... cuma sakit pinggang dan perut je. Selera pun macam biasa je cuma sekarang dah tak diet-diet dah hehe. Kalau dulu jarang makan nasik, kononnya nak diet...:D tapi sekarang hari-hari makan nasik... dah ada green lite... hehe...:D

Harap-harapnya sepanjang 9 bulan ni My tak alami apa-apa yang boleh memudaratkan kandungan. Harap sangat.... Pray for me also ya friends!! :)

** Apa yang boleh n tak boleh buat atau makan sepanjang trimester pertama ni ek? -.-'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers