9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label suplemen hamil. Show all posts
Showing posts with label suplemen hamil. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Pemakanan/ Suplemen tambahan sepanjang Kehamilan

Mak buyong officially 34 weeks now. Fuhhh.. Kalau nak beranak orang kata 35weeks pun dah okay. Full term katanya heh. Eh tapi kot ye pun janganlah awal sangat bagi aku settle keje2 dulu huhu.

Untill today Alhamdulillah kesihatan aku baik-baik je sepanjang preggy ni. Cumanya, diabetic yang aku tak boleh nak elak. Erk. Walaupun on diet control tapi still kena berjaga-jaga. Makan kena jaga weh! Sob sob tapi aku banyak hentam je makan kali ni. Dah hujung2 ni baru macam nak insap bila perut beso semacam. Janganlah baby beso plak nanti adeh.. >_<  Setakat lain2 Alhamdulillah aku masih ada tenaga jaga makan pakai Dhia dan hasben, mengemas mengemop rumah tetiap minggu, ulang alik ke kerja hari-hari, boleh dukung Dhia melayan karenah Dhia yang semakin manja. Fuh… memang penat yela kalau dlu preg balik je rumah usai solat Isya aku dah boleh rehat-rehat lelap mata tapi dah ada Dhia ni kenalah melayan anak dulu kan hehe. Tapi syukurlah aku ada kudrat nak buat semua tu… n harapnya kalau dah beranak 2 nanti aku tetap gagah! Fuhhhh can’t imagine.. >_<

Anyway, apa yang aku amalkan sepanjang pregnant? Sedia maklum aku kan jual Shaklee. Makanya kalau aku dok canang-canang kebaikan suplemen semualajadi ni kalau aku sendiri tak amal derhaka naPemmanya ye dak hehe. Jadi, memang Shaklee adalah suplemen utama aku sepanjang pregnant. Ubat klinik langsung tak pernah makan. Tapi tidaklah aku ambil semua yang terkandung dalam cadangan pengambilan untuk kehamilan. Apa yang aku amal? Vitalea, Omega, Ostematrix. Kikiki 3 je? ngelat tak ngelat tak. :P

vitalea elak hb low

Vita-lea adalah sejenis multivitamin yang mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran, buah-buahan, 12 vitamin serta 7 mineral penting mengikut piawaian RDA. Pengambilan Vitalea Shaklee ketika hamil boleh membantu ibu untuk memperolehi bacaan haemoglobin (HB) yg paling optimum. Selain tu, ianya juga sebagai pembekal tenaga, agen antioksida serta mampu meningkatkan metabolisme badan. Haaa... aku amik vitalea sebab satunya ofkos la pasal multivitamin. Bila dah amik multivitamin tak perlulah aku ambil vitamin-vitamin lain hahaha. Nampak tak kemalasan kat situ.. :P Bukan apa, aku ni selalu culas bab-bab ubat ni so kalau dah makan multivitamin ni cukuplah. yang satu ni pun kadang2 culas jugak.. :P

Sepanjang aku pregnant kali ni, HB aku tak pernah kaler merah! hehe Alhamdulillah maintain sahaja compared masa preg Dhia dulu kejap turun kejap naik ngee~


ostematrix kalsium
Ostematrix pulak adalah suplemen yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalau korang nak tau sebiji ostematrix (250mg) adalah bersamaan dengan segelas susu. Kalau mengikut keperluan, kita perlukan 1000 mg kalsium sehari iaitu bersamaan 4 gelas susu. So, kalau malas nak minum susu telan je 4 biji ostematrix sebelum tido...Kalau kita tak amik kalsium setiap hari...kepadatan tulang akan berkurang dan tulang mudah rapuh dan mengakibatkan  osteoporosis!... Kalau time pregnant ni pulak, bayi di dalam kandungan akan menyerap kalsium ibu so sebab tu pentingnya kalsium time pregnant. 

Biasanya,sebelum tidur My akan telan 4 biji ostematrix setiap hari. Kesannya, tidur akan lebih lena walaupun kerap terjaga sebab Dhia bangun minta susu 3 4 kali huhu.. -.-,  bangun pagi pun biasanya tak keletihan. Dulu masa bersalin kan Dhia pun My amal Oste setiap hari without fail ditambah plak dengan ESP sungguh lah bangun pagi rasa sangat fresh. Selain itu, Ostematrix juga mencegah dari sembelit. Alhamdulillah time pregnant kali ni memang takde masalah sembelit. Ku amal oste ni hari-hari bangun pagi kebiasaanya akan membuang dengan lancar dan jayanya heheh. Tak percaya? cubalah! dan yang penting silalah minum air secukupnya ye. 

Bila amalkan oste ni jugak, badan pinggang segala takdelah lenguh2 sangat. Pastu apa yang My perasan, krem kat betis pun dah tak kerap macam 1st pregnancy dulu (masa 1st preg tak kenal shaklee lagi). Kalau tidak boleh kata setiap malam ku mengerang kesakitan sebab krem/kejang dekat betis. Oste ni memang feveret everlah! 
omega

Omega sesuai amalkan semasa trimester kedua ke atas sehinggalah kandungan 35 minggu (36 minggu dikhuatiri akan mencairkan darah so tayah ambil dah). Aku makan omega sebab ianya bagus untuk perkembangan otak bayi. Selain tu, ia sangat baik untuk menurunkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis macam aku ni hehe. Omega ni kalau nak tau feveret si Dhia! kalau kat rumah kena sorokkan omega ni kalau tak bagi sebiji pun x cukup hehe.

Selain Shaklee, aku amalkan juga makanan tambahan lain. Antaranya:

habbatussauda
Makanan Sunnah, Habatussauda. Ada orang kata, xelok makan.. ada yang kata ok je. So aku dengar cakap ustaz je boleh je amalkan asalkan tak berlebihan hehe. Aku ambil sebiji yang jenis kapsul setiap pagi sebelum sarapan. Alhamdulillah ok je. Aku rasa HB aku maintain pun sebab aku rajin amal habbatussauda ni. Habbatussauda ni secara Islamiknya adalah penawar bagi segala penyakit kecuali maut. InsyaAllah... Aku harap Allah permudahkan kandungan aku kali ni.

Virgin Coconot Oil Tanamera. Aku baru je amalkan baru-baru ni. Untuk apa? Orang kata elok untuk permudahkan bersalin dan elakkan koyakan perineum huhuhu.. Entahlah betul ke tidak tapi benda baik apa salahnya ikut ye dak? Harap2 kali ni bersalin dpermudahkan n tak payah lah kena gunting lagi hohoho.
susu kambing nutrigoat miracle 8
Makanan Sunnah, Susu Kambing! dan Pilihan aku adalah Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8. Kalau jenis korang yang susah nak minum susu macam aku InsyaAllah susu kambing NGM8 ni korang akan suka. Kalau dlu aku amalkan anmum tapi tak berapa nak amal pun hehe. Tapi kali ni Alhamdulillah dah lebih 3 kotak aku minum. Susu ni sedap, tak manis, tak bau hamis dan senang disediakan memandangkan ia datang dalam bentuk sachet.. :) Minum susu kambing ni senang hadam dan badan pun rasa segar hehe. n sedia maklum susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Say no to susu lembu jom bertukar kepada susu kambing! hehe

Haaa, it je lah yang aku amal sepanjang pregnant kali ni. Kalau ikutkan banyak lagi makanan-makanan tambahan yang korang boleh amalkan ketika hamil ni macam minyak zaitun la, buah delima, madu, boleh gugel2 k. Kalau aku, aku tak reti nak amik banyak2 hehe lagipun dah sarat beno ni idok la sepat aku nak amik semua2 tu hehe. 

Kalau korang nak cuba Shaklee atau Susu Kambing Nutrigoat Miracle 8 boleh roger2 aku k sebab aku memang Pengedar Sah Shaklee n baru-baru ni aku dah register jadi agen Susu Kambing NGM8 hahahaha... Memandangkan aku memang peminum tegar susu kambing ni maka aku beli la banyak-banyak buat simpanan hari tua hahaha. So kalau korang berminat nak cuba boleh roger2 aku k. Nak rasa tester dulu pun boleh.. :) Nak Shaklee pada harga berpatutan pun InsyaAllah aku boleh bagi... :) apa2 boleh sms/whatsapp/telegram aku kat 0193364122.

So, korang yang preg macam aku apa yang korang amalkan? jom share! hehehe

Monday, June 23, 2014

KEPENTINGAN SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL

Perlukah seseorang ibu yang hamil mengambil suplemen sepanjang kehamilannya? Once disahkan positif hamil, bakal ibu tersebut pasti mencari sumber dan rujukan terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu persoalannya adalah sejauh  mana vitamin/suplemen diperlukan untuk kehamilan.

Diet yang betul dan seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Namun, berapa ramai bakal ibu yang boleh ikut dengan betul cara pemakanan seimbang tersebut? Betul tak? Contoh terdekat, aku la haha. Bab makan memang susah sangat nak control… sebab tu lah berat naik mendadak walaupun baru 5 bulan hehe.

Dulu masa pregnant kan Dhia aku memang buta bab-bab suplemen, makanan tambahan semua ni. So aku makan je lah ubat yang klinik selalu bagi tu. Iron tablet, Bcomp apa tah lagi. Tapi tak pernah konsisten pun. Sebab rasa dan bau ubat klinik sangatlah meloyakan haha. Sudahnya HB aku selalu rendah gara-gara skip makan ubat. Oleh sebab aku ni memang susah nak telan pil, nak-nak yang berbau kuat ni kan… Aku makan iberet folic je yang aku beli dari farmasi. Iberet tu lengkap dah mengandungi semua ubat-ubat yang klinik selalu bagi. Kiranya semua dalam satu tablet. So, senang. Sampai ke sudah aku telan iberet je. HB pun dah jarang turun.

Alhamdulillah pengalaman melahirkan Dhia Batrisyia tidaklah seteruk pengalaman-pengalaman lain yang pernah aku dengar atau baca (rujukan sebelum kelahiran). Malah aku seronok plak bersalin haha sebab tu laju je nombor 2 ni haaaaa hahahahhaa… :P

Bila dah masuk pregnancy kali ke 2 ni syukur aku dah mengenali suplemen/makanan tambahan. So, ubat klinik memang totally aku tak telan langsung atas sebab tahap kesedaran tentang bezanya ubat klinik dan suplemen semulajadi… J

Apa yang aku amalkan? Sudah tentu Suplemen Shaklee. Kenal Shaklee masa lahirkan Dhia. So masa berpantang dulu memang makan Shaklee je, konsisten without fail. Dan Alhamdulillah segar sepanjang hari masa berpantang. Macam tak pantang je kikiki. So bila dah jatuh cinta dengan Shaklee, sampai la niamik Shaklee je la. Yang pasti, Shaklee selamat dan 100% semulajadi. So, sangat-sangatlah berbeza dengan ubat-ubat klinik yang nurse bagi tu.

Kenapa berbeza? Sebab ubat klinik tu bukan suplemen semulajadi, ianya adalah sintetik.. J Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Sebab tu lah ubat-ubat tu free free je dia bagi sebab pemprosesannya tidak memerlukan research atau sumber-sumber khas macam Shaklee dan suplemen semulajadi lain.. Cara ia bertindak dalam badan pun sangat berbeza. Bab ni kalau nak cerita sampai minggu depan pun tak abes haha.

So, in short apa yang aku makan sepanjang kehamilan ni?



Haaa ni dia. Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vita-C, B-Complex, Ostematrix Omega dan ESP.

Antara kelebihannya adalah:


Tapi, kalau korang jenis yang culas makan pil macam aku.. tayah amik semua pun takpe. Macam aku cuma amalkan Vita-lea dan Ostematrix saje haha. Vita-lea tu multivitamin so aku amik yang tu je all in one. Ostematrix tu aku amik sebab selalu sakit-sakit badan n kaki krem malam2. Alhamdulillah setakat ni checkup HB tak pernah low n malam-malam dah takde kaki krem lagi hehe. ESP & Omega aku cadang nak on tak lama lagi. Sebab haritu mabuk so baru few weeks ni je aku on suplemen. ESP & Omega tu aku nak amik untuk bagi tenaga, anak sihat, anak cantik, dan untuk perkembangan otak janin. InsyaAllah... :)

So, pada sapa-sapa yang nak cuba suplemen semulajadi ni bolehlah cari aku. Konsultasi percuma. Harga Istimewa (t&c applied). wokeh? :P

Jom sehat dengan Shaklee!!!

#postalaalapromosigitewwwww


yang benar,

Shaklee Independent Distributor
Rawang, Serendah, KL Sentral, Klang Valley

    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers