9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label sakit tulang kemaluan ketika hamil. Show all posts
Showing posts with label sakit tulang kemaluan ketika hamil. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Pubic Bone Pain is coming!!!!!

Kalau first pregnancy dulu risau kemahen bila sakit macam ni. Biasalah masa tu first timer kan. Siap gi klinik, sepital bagai. Kali ni dah tau so takdelah gelabah sangat hehe. Pengalaman masa pregnantkan Dhia boleh refer entry INI

Kalau bahasa kasar aku panggil sakit pada tulang kemaluan. Kalau bahasa sopan orang panggil sakit pada tulang ari-ari hehe. Kalau bahasa perubatan If I'm not mistaken dipanggil Pelvic Girdle Pain (PGP) ataupun Symphysis Pubis Dysfunction. Kalau ada sapa2 belajar medic kat sini boleh tak bagitau mana satu senanya nama untuk yang sakit kat pubic bone ni hehe. Haaa itulah yang sedang aku alami sejak masuk 33 weeks. >_<


Cis. kartun atas ni memang terkena btol dengan batang hidung haku. Dengan perut yang semakin sarat membuyung, bila sakit macam ni dah datang makanya pergerakan aku jadi terbatas. Dari kedudukan baring nak bangun rasa sakit, dari kedudukan duduk nak bangun pun terasa sakit. Kadang2 kena berpaut atau hasben tarik huuuu. Mengengkang oiiii jalan.. >_<

Actually sakit kat pubic bone ni biasa berlaku ketika hamil. Kesakitan ni disebabkan oleh penegangan otot-otot dan ligamen yang menyokong rahim. Bahasa senangnya biasa orang cakap sebab kepala baby dah pusing dan menekan ke bawah (pintu rahim). Ini biasa berlaku di hujung-hujung kehamilan..
Antara tanda-tanda korang mengalami sakit macam aku ni adalah:
  • Sakit di bahagian hadapan pelvis. (tulang kemaluan)
  • Rasa ngilu pada bahagian punggung atau belakang kaki
  • Sakit pada bahagian peha
  • Sakit ketika mengalihkan badan semasa dalam keadaan baring
  • Sakit ketika ingin bangun atau berjalan daripada keadaan duduk
  • Sakit lebih teruk pada waktu malam lagi2 kalau korang aktif/bekerja pada waktu siangnya
  • Tetap rasa sakit walaupun sekadar nak regangkan kaki ketika sedang duduk atau baring
None of the above yang aku tak rasa. Semua ada cukup pakej hokay.. -.- Kalau dulu masa pregnantkan Dhia aku siap pergi kecemasan dewan bersalin gelabah punya pasal. Bila cek-cek doc kata ini sakit biasa dihujung2 kehamilan. Aku tanya doc sampai bila baru baik? Sampai kau bersalin! So.... sakit ni hanya akan hilang sebaik aku bersalin nanti. Ubat? takde ubat. 

Nikmati saja kesakitan ini sehingga tamat fasa kehamilan dan kelahiran heheh.. *bertabahlah!

Namun, kalau korang nak kurangkan kesakitan ni boleh lakukan perkara2 berikut:
  • Berhati2 bila buat keje-keje harian. Kawal pergerakan pelvis (yang ni kena tanya fisioterapi)
  • Pakai tali pinggang pelvis (aku pun tatao camne rupe, adakah adik-beradik dengan belly support tu?)
  • Senaman perut dan lantai pelvis (sila google pelvic floor exercise atau lebih dikenali dengan nama senaman kegel)

  • Elakkan mengangkat atau menolak barang berat
  • Perbanyakkan rehat 
  • Lakukan pergerakan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Tidur atas permukaan yang lembut. Boleh beli pregnancy/maternity pillow 
  • Duduk bila nak pakai seluar 
Itu je lah kot info yang aku boleh kongsikan hehe. Kalau korang rasa tak leh tahan sangat pegi jumpa doc O & G korang mintak MC sampai bersalin hehehehe... :P



Till then!


Monday, October 22, 2012

Pubic Bone Pain during Pregnancy


Pubic Bone pain a.k.a sakit tulang kemaluan… Oooo itulah nama tempat yang sakit tu rupanya… My explore di seluruh pelusuk internet.. banyak juga info yang My jumpa.. Bila baca, symptoms yang terkandung di dalamnya sebijik seperti mana yang My alami… Fuhhh lega rasanya….

Pubic bone pain in pregnancy is also known as Pubic Symphysis Diastasis. This is where, usually in later pregnancy, the hormone relaxin causes the pelvis, particularly at the pubic bone, to loosen. In general, this is a good thing as it makes birth easier for mom and baby. However, sometimes the separation is exaggerated and can become quite pain for the mother at the end of pregnancy or in the early postpartum period.

While pregnant women have been known to waddle, the relaxin and loosening of the pelvic ligaments is the reason behind the waddle. When there is too much laxity there can be instability and pain. You may notice this pain when walking, standing or trying to move your legs apart like stepping into pants or the bath tub. Most of the pain is typically centered up front in the pubic bone area, above your mons pubis (below pubic hair).

There are a couple of treatments for pubic bone pain:

·         Stabilize what you can via a pregnancy/maternity binder like the Prenatal Cradle.
·         Avoid situation that cause pain. For example, sit down to put pants on, sit on the side of the tub and swing both legs together.
·         Avoid standing for long periods of time.
·         Use a rice sock to help provide moist heat.
·         Occasionally, pain medication is appropriate and your practitioner can help you decide when and what.

The good news is that shortly after delivery you should be feeling much better as the production of relaxin stops.


So, normal lah kalau sakit kat bahagian pubic bone ni kan.. cuma tatao lah tahap kesakitan tu okay atau tidak.. ade sesetengah kes sakit kat bahagian pubic ni tak boleh dipandang mudah. Hurm… My tak pergi hospital pun.. pergi pvt clinic je.. 3 times already… satu cakap kencing kotor, satu cakap kepala dah kat bawah.. satu cakap pelvis pain aka sebab kepala baby dah kat bawah jugak… Apapun yang penting.. memang apa yang My rasa ni sakit sangat… seriously…. L Ianya akan lebih terasa bila My nak bangun dari keadaan duduk.. Nak bangun dari keadaan baring… nak pusing ke kiri ke kanan ketika baring… dan ketika nak berjalan! Dekat office pun My jalan dah macam apa… tahan je lah… tak bangun dari tempat duduk takkan nak kencing kat cubicle plak kannnzzz… -..-

Anyway, akibat kedegilan dan kerinduan kepada kg halaman.. last weekend My balik ke Segamat jumpa mak abah… dalam keadaan sakit sempat lagi berjimba pergi kenduri 2 orang sahabat.. -..- Tenkiu pada enchek hasben yang sanggup hantar balik jumaat malam tu… then dia balik semula ke KL sebab bekerja on Saturday. Sunday plak dia ada kerja luar.. lepas tu hanya sebelum maghrib dia datang untuk ambil My… Sampai rumah mak abah around 9.30mlm then 10.30mlm kitorang pulang ke KL semula dan sampai rumah pukul 2 pagi! Lepas tu bangun semula pukul 5.45 am untuk pergi kerja. Wallahhhh… gagah tul… walaupun tulang kat bawah ni sakit giler oke.. -.-

Masa kat kg haritu, My ajak kakak pergi rumah mak bidan.. suh dia tengok2kan apa yang patut.. Bila My baring je dia tekan2 perut bahagian bawah dia kata… ‘eh… kepala dah masuk jalan ni… tak boleh buat apa dah… tunggu je lah tanda-tanda nak bersalin..’…. Erkkkk… masuk jalan tu apa maksudnya? Dah nak bersalinkah? -.- Mak bidan tu kata My salah kira tarikh ke? Erkkk betullah… dia kata lagi mungkin My akan bersalin sebelum waktunya… gulp! Takkan kot? L fuhh fuhh My berdebar-debar senanya. Makin dekat makin berdebar-debar. Memang terasa sangat senanya kepala baby ni dah ke bawah sangat.. macam nak bersalin sangat dah cuma tak turun tanda je lagi.. tapi My takut… L Ya Allah… permudahkanlah…

Sayang mommy… kalau nak keluar pun tunggu lah sampai baby matang okay… jangan takutkan mommy…. L

I am not in the mood of working anymore… sebab bawah ni memang sakit sangat… Sekarang ni kena settlekan kerja-kerja yang masih di bawah tanggungjawab My… Kerja-kerja lain My dah pass kat my clique… harap-harap dia faham n boleh handle masa ketiadaan My nanti…. what else? What else I need to do? Ya Allah permudahkanlah hambamu ini ya Allah… L Ikutkan hati nak je ambil cuti awal.. tapi cuti tinggal bape hari je lagi… maternity leave apply awal-awal rugi lah plak nanti sebab tatao bila baby nak kuar kan… alahai~ bersabarlah wahai hati…. Dup dap dup dap… L

nota kaki: ada sape2 penah sakit kat pubic bone? apa korang buat ek? meh lah share...

Thursday, October 18, 2012

Sakit Tulang Tutttttttttt

My MC harini...

otot/tulang kat bawah perut ni sakit sangat... bahagian apa tah namanya? Pelvik? servik? ikut My nak sebut kat tulang kemaluan je...-..- Ye... sakit teruk di situ... sejak semalam.... ='(
haaa tu ade pun tulang kemaluan.. hohoho
Semalam gi ofis ya Allah masa berjalan tu Allah je tau sakitnya macam mana. Bila dah masuk office.. duduk kat cubicle.. time nak bangun dari duduk tu masyaAllah sakitnya.. My kena bangun berdiri kejap then baru berjalan (nak ke toilet ke, nak ke surau ke..). seyes kau sakit... semalam kat ofis buat-buat sihat padahal kat bawah ni sakitnya Maha suci Allah je lah yang tahu... pergerakan terbatas.. time bergerak tahan je lah sakit ni... Jalan memang dah slow habes.. kalau berlumba ngan siput babi pun konfem kalah...-..-

Semalam pun balik naik train.. enchek hasben nak amik tp My malas nak tunggu dia konfem lambat nak gi amik kete dulu kat rumah PIL. So, My gagahkan diri naik train dalam keadaan yang sakit tu.. jalan slow-slow dalam 0.05km/jam gitu...-..-

Sampai je Kepong terus ajak enchek hasben gerak balik rumah.. benti solat maghrib kat Tesco pastu gi klinik berdekatan rumah.. doc check urine, dia kata kencing kotor sebab tu sakit tang situ.. so dia bagi ubat lawas kencing, antibiotik, ubat sakit urat.. Tapi My tak rasa sakit pun kat perut bawah.. kat pundi kencing... ni sakit kat bahagian tulang tu... memang due tu kencing kotor ke? :( takut sebab lain ke..

Ada orang cakap sebab baby dah menekan ke bawah tu pasal sakit. seyes sesakit ni? Macam orang lumpuh? nak berjalan pun kena berpaut? Bangun pagi ni sakit tak berkurang pun.. seksanya nak bangun dari duduk, baring.. berjalan kena berdiri lama dulu sebelum nak mula langkah... Allah... ikutkan memang nak pergi kerja.. bosan duk rumah senanya. Tapi enchek hasben suh rehat kat rumah je. doc pun advice rehat kat rumah. marah enchek hasben bila My cakap tanak masa doc nak bagi MC miahahahaha sengal~. Sudahnya tak ke kerja lah My harini. enchek hasben hantar gi berehat kat rumah kakak ipar sebab risau My tinggal sorang-sorang kat rumah. alahai...

Sekarang masih sakit lagi.. ingat petang ni kalau tak berkurang gak nak gi spital terus. At least kalau kata memang sebab kencing kotor atau baby menekan pun biarlah btol2 sebab tu.. takdelah My risau sangat... sebelum jadi lebih teruk kan... haih~

Ya Allah permudahkanlah hambamu ini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers