9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, July 20, 2012

SEMINIT SAJA


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

 Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem
.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.


Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid


Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa
.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan
.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.


Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan tidak peduli untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
 berfikir,
atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa. 
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun...

kalau ada email yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya, 
serta terus klik pada icon
DELETE . 
sumber: email

Friday, April 6, 2012

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri?


Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!


Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.

 1.  Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.

 2.  Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan+ginjal

 3.  Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

 4.  Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Wallahua'lam...

Friday, December 2, 2011

34 Minit Sehari

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

Subuh: 2 rakaat
Zuhur: 4 rakaat
Asar: 4 rakaat
Maghrib: 3 rakaat
Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

Wallahua'lam...

sumber: Mr. Tazkirah

Friday, November 4, 2011

Keistimewaan Bulan Zulhijjah & Hari Arafah

Salam Jumaat korang…J

Diharapkan semuanya sihat-sihat dan ceria seperti My.. hehe sebab apa My ceria? Sebab harini kan hari Jumaat… esok dah boleh pulang berhari raya… yeay!;D 

Ok straight to the point.. Seperti yang semua orang tahu sekarang ni dah masuk bulan Zulhijjah iaitu bulan yang disyariatkan umat Islam untuk menunaikan Ibadah Haji di Mekah. Akan tetapi, bukan umat Islam yang ke Mekah sahaja yang boleh mengerjakan Ibadah di sana malah kita yang belum berpeluang ke sana ni pun boleh menambah pahala dengan melakukan Ibadah lain termasuklah berpuasa terutamanya pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah… J

Kalau bulan Ramadhan… 10 hari terakhirnya merupakan hari-hari yang mempunyai banyak kelebihan untukkita melakukan Ibadah… Haaa… bulan Zulhijjah pun ada juga tapi pada 10 hari terawal… cumanya ianya tidak banyak dibicarakan seperti kelebihan 10 harii terakhir Ramadhan tu sedangkan kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah ni ada disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith... J 

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: 
“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
Antara amalan-amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan Zulhijjah termasuklah menunaikan Ibadah Haji di Mekah, berpuasa, melakukan Ibadah-ibadah sunat, melakukan Ibadah Korban dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah cari di serata internet pasti ada… J
google~
Untuk pengetahuan korang jugak, esok merupakan 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang belum berkesempatan menunaikan haji ni digalakkan berpuasa pada Hari Arafah ni. 
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)
So, kedatangannya setahun sekali ni janganlah disia-siakan… Kepada yang boleh berpuasa, Jom puasa! Apalah sangat nilai sehari dalam setahun kamus hidup kita ni dibandingkan pahala berlipatkali ganda yang Allah akan bagi tu kan??? 0_o

Renung-renungkan dan selamat beramal...J

nota kaki: yeay!!! nak raya dah!!!

Friday, October 28, 2011

Iktibar: Kisah Si Penjual Tempe

Moga menjadi iktibar.. 

Ada sebuah kampung di pedalaman. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau tealah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. 

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin” 

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. 

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin” 

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. 

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin“. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. 

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. 

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. 

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. 

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin“. 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. 

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap“. 

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

MORAL:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga: Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat: Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat .
source: Email Forwarded

Friday, October 14, 2011

PETUA IMAM SYAFIE


PETUA IMAM SYAFIE 


4 PERKARA UNTUK SIHAT 

Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

4. TIDUR SYAITAN
 Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 



Monday, October 3, 2011

Kalau kita tutup aib orang...Allah akan tutup aib kita

(Sebenarnya ni otopublish patut kuar pg tadi. tah camne tak kuar plak... grrr)

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Jumaat korang. Tup tap tup tap kejap je dah Jumaat kan.. Kalau sibuk camni selalu memang terasa cepatlah Jumaat tu datang hehe... Okay dah lama tak bagi ceramah... meh sini nak sekolah kan hangpa sket... errr untuk diri sendiri yang dhaif juga...

Know what dalam pada My sibuk-sibuk bekerja My masih sempat untuk berblog walking... tak sempat drop by komen My baca pun jadilah... Tak lupa juga My untuk singgah ke laman-laman media yang menghapdet gossip gossip terkini pasal artis. Yela artis kan public figure... mana-mana diorang pegi, apa-apa yang diorang buat mesti jadi santapan awam... Tak kira lah benda baik ke benda buruk ke...
Yang My rasa terkilan sangat dengan manusia manusia ni... Orang buat jahat sah sahlah kemain pandang keji...  yang sadisnya bila orang buat baik pun diorang pandang keji jugak?? MasyaAllah... My kalau singgah ke laman-laman media/hiburan macam ni My memang tak berani nak komen sama. Tak kiralah kalau time tu My rasa terkilan dengan gossip yang dilemparkan kepada sesetengah artis tu.. rasa marah rasa nak tulih macam-macam ikut sama macam hamba-hamba Allah yang komen kat situ... Tapi My tahan.. sebab My fikir, kalau My dah tulis sekali lepas tu orang lain pun respon konfem My akan tambah tambah lagi komen... Indirectly, My dah berdosa kat situ... Berdosa sebab turut sama dalam perbualan yang tak berfaedah... Memperkatakan mengenai perihal orang lain... Haih~

Bila jadi silent reader, My suka tengok komen-komen yang dilemparkan oleh pembaca... Ada yang baik ada juga yang kurang enak nak dibaca. Si polan tu buat benda jahat orang kutuk... bila ada yang buat baik pun dikutuk? pe cer?? Bila orang buat baik dia bersangka buruk plak kononnya orang tu buat-buat baik sebab nak dapatkan sesuatu.. bla.. bla... macam-macam bentuk komenlah yang My pernah baca.... Yang penting terlalu ramai orang yang berdosa dalam tu...
Korang yang mengomen tu sedar tak? Dalam pada korang duk mengutuk si polan si polan yang berkenaan tu.. Yang mendapat dosa nya siapa? korang juga sebab dahlah mengumpat lepas tu membuka aib plak.. tak pasal-pasal si polan artis berkenaan yang diberi ganjaran pahala.. Korang gak rugi der....Makin banyak komen menghina lagi mengaibkan lagi beratlah bahu kanan si polan artis tuh... senang senang je Allah bagi beb...

So, konklusinya... kalau korang rasa si polan tu berdosa kerana dosanya... SEDARLAH! korang tu lebih-lebih lagi berdosa kerana mengaibkannya.... 

Moralnya, lebih baik berdiam daripada berkata apa-apa... Atau berilah komen membina, berilah komen yang menyedarkan mereka-mereka yang lalai di dalamnya.... Sadakallah.... 
"Barangsiapa yang menjaga aib saudaranya, maka Allah akan menjaga aibnya di Akhirat kelak ...."
**********************************************************************
Adalah dibenarkan membuka aib orang lain pada 4 keadaan iaitu:
  • Orang yang dizalimi - Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak berkuasa terhadap kezaliman yang berlaku
  • Untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam - Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.
  • Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan - Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
  • Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain - Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.
Sekian... Renung-renungkan dan selamat beramal....

Nota kaki: Entry ini dicoretuntuk santapan rohani si penulis jua....  Wallahua'lam...


Friday, August 12, 2011

AMALAN-AMALAN YANG MENGHAPUSKAN PUASA RAMADHAN


Hadith : Ramai orang-orang yang berpuasa, tetapi tidak ada baginya (pahala) kecuali haus dan lapar. Ertinya puasanya sia-sia tidak dapat pahala tapi puasanya tidak batal dengan kata lain hanya gugur kewajiban sahaja. Yang dimaksudkan dengan menghapuskan secara maknawi adalah bahawa orang berkenaan tidak akan memperoleh pahala dari jerih payahnya berpuasa. Akan tetapi secara hukum, dia telah melakukan puasa secara lahiriyah, maka tidak dituntut untuk mengqada’kan (mengganti) puasanya tersebut.


Antara amalan-amalan yang menghapuskan pahala puasa Ramadhan adalah
  • Memandang segala sesuatu yang dapat menggugah nafsu syahwat
  • Mengucapkan kata-kata yang sia-sia atau tercela
  • Mendengarkan segala sesuatu yang dibenci agama
  • Melakukan perbuatan tercela, seperti pergi ke tempat maksiat atau perbuatan haram seperti berjudi dan minum-minuman keras (yang memabukkan)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Ertinya: Puasa bukanlah dari makan, minum (semata), tetapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang yang mencelamu, katakanlah : Aku sedang puasa, aku sedang puasa “
  • Berbohong
Dari Abu Hurairah, Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.“Artinya: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan (tetap) mengamalkannya, maka tidaklah Allah Azza wa Jalla butuh (atas perbuatannya meskipun) meninggalkan makan dan minumnya”
  • Ghibah/mengumpat
Ghibah lebih kejam dari perzinaan, kenapa demikian ? Kerana mengumpat perihal dengan orang lain jika kita belum  meminta maaf ke orang yang di ghibah tersebut maka Allah tidak akan mengampuni kita. Sedangkan ketika seseorang mabuk sehingga berzina kemudian bertaubat kepada Allah pun maka Allah akan mengampuninya.
  • Mengadu domba
Menyebarkan isu-isu yang dapat menimbulkan perpecahan mahupun perselisihan baik di kalangan keluarga, tempat kerja dan lain-lain
  • Sumpah palsu
Hati-hatilah dalam berjanji, hati-hati dalam berbicara ataupun bersumpah, jangan mudah mengatakan “Demi Allah”. 
“Lima hal yang dapat menghilangkan pahala orang yang berpuasa, yakni berbohong, menggunjing, mengadu-domba, bersumpah dusta dan memandang dengan syahwat.” (HR Bukhari dan Muslim)
  • Melihat / memandang dengan pandangan syahwat
Dalam Kitab Hidayatus sholihin, ada sepuluh perkara yang dapat menghapus pahala puasa, semua itu berhubungan dengan hati kita diantaranya: Iri (tidak senang melihat orang lain ), Dengki (berbuat sesuatu agar orang lain itu jadi rugi atau jelik seperti menfitnah, merosakkan barangan dll), berbohong ( tidak jujur), cinta akan makan, saba`at , tamak. Orang yang suka iri biasanya cenderung ingin berbuat dengki atau membuat orang lain rugi dan mendorong kita menceritakan keburukan orang lain.

Wallahua'lam..

sumber: SINI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers