9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, December 2, 2011

34 Minit Sehari

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

Subuh: 2 rakaat
Zuhur: 4 rakaat
Asar: 4 rakaat
Maghrib: 3 rakaat
Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

Wallahua'lam...

sumber: Mr. Tazkirah

Friday, November 4, 2011

Keistimewaan Bulan Zulhijjah & Hari Arafah

Salam Jumaat korang…J

Diharapkan semuanya sihat-sihat dan ceria seperti My.. hehe sebab apa My ceria? Sebab harini kan hari Jumaat… esok dah boleh pulang berhari raya… yeay!;D 

Ok straight to the point.. Seperti yang semua orang tahu sekarang ni dah masuk bulan Zulhijjah iaitu bulan yang disyariatkan umat Islam untuk menunaikan Ibadah Haji di Mekah. Akan tetapi, bukan umat Islam yang ke Mekah sahaja yang boleh mengerjakan Ibadah di sana malah kita yang belum berpeluang ke sana ni pun boleh menambah pahala dengan melakukan Ibadah lain termasuklah berpuasa terutamanya pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah… J

Kalau bulan Ramadhan… 10 hari terakhirnya merupakan hari-hari yang mempunyai banyak kelebihan untukkita melakukan Ibadah… Haaa… bulan Zulhijjah pun ada juga tapi pada 10 hari terawal… cumanya ianya tidak banyak dibicarakan seperti kelebihan 10 harii terakhir Ramadhan tu sedangkan kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah ni ada disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith... J 

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: 
“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
Antara amalan-amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan Zulhijjah termasuklah menunaikan Ibadah Haji di Mekah, berpuasa, melakukan Ibadah-ibadah sunat, melakukan Ibadah Korban dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah cari di serata internet pasti ada… J
google~
Untuk pengetahuan korang jugak, esok merupakan 9 Zulhijjah iaitu Hari Arafah. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang belum berkesempatan menunaikan haji ni digalakkan berpuasa pada Hari Arafah ni. 
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)
So, kedatangannya setahun sekali ni janganlah disia-siakan… Kepada yang boleh berpuasa, Jom puasa! Apalah sangat nilai sehari dalam setahun kamus hidup kita ni dibandingkan pahala berlipatkali ganda yang Allah akan bagi tu kan??? 0_o

Renung-renungkan dan selamat beramal...J

nota kaki: yeay!!! nak raya dah!!!

Friday, October 14, 2011

PETUA IMAM SYAFIE


PETUA IMAM SYAFIE 


4 PERKARA UNTUK SIHAT 

Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama 

4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

4. TIDUR SYAITAN
 Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 



Monday, October 3, 2011

Kalau kita tutup aib orang...Allah akan tutup aib kita

(Sebenarnya ni otopublish patut kuar pg tadi. tah camne tak kuar plak... grrr)

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Jumaat korang. Tup tap tup tap kejap je dah Jumaat kan.. Kalau sibuk camni selalu memang terasa cepatlah Jumaat tu datang hehe... Okay dah lama tak bagi ceramah... meh sini nak sekolah kan hangpa sket... errr untuk diri sendiri yang dhaif juga...

Know what dalam pada My sibuk-sibuk bekerja My masih sempat untuk berblog walking... tak sempat drop by komen My baca pun jadilah... Tak lupa juga My untuk singgah ke laman-laman media yang menghapdet gossip gossip terkini pasal artis. Yela artis kan public figure... mana-mana diorang pegi, apa-apa yang diorang buat mesti jadi santapan awam... Tak kira lah benda baik ke benda buruk ke...
Yang My rasa terkilan sangat dengan manusia manusia ni... Orang buat jahat sah sahlah kemain pandang keji...  yang sadisnya bila orang buat baik pun diorang pandang keji jugak?? MasyaAllah... My kalau singgah ke laman-laman media/hiburan macam ni My memang tak berani nak komen sama. Tak kiralah kalau time tu My rasa terkilan dengan gossip yang dilemparkan kepada sesetengah artis tu.. rasa marah rasa nak tulih macam-macam ikut sama macam hamba-hamba Allah yang komen kat situ... Tapi My tahan.. sebab My fikir, kalau My dah tulis sekali lepas tu orang lain pun respon konfem My akan tambah tambah lagi komen... Indirectly, My dah berdosa kat situ... Berdosa sebab turut sama dalam perbualan yang tak berfaedah... Memperkatakan mengenai perihal orang lain... Haih~

Bila jadi silent reader, My suka tengok komen-komen yang dilemparkan oleh pembaca... Ada yang baik ada juga yang kurang enak nak dibaca. Si polan tu buat benda jahat orang kutuk... bila ada yang buat baik pun dikutuk? pe cer?? Bila orang buat baik dia bersangka buruk plak kononnya orang tu buat-buat baik sebab nak dapatkan sesuatu.. bla.. bla... macam-macam bentuk komenlah yang My pernah baca.... Yang penting terlalu ramai orang yang berdosa dalam tu...
Korang yang mengomen tu sedar tak? Dalam pada korang duk mengutuk si polan si polan yang berkenaan tu.. Yang mendapat dosa nya siapa? korang juga sebab dahlah mengumpat lepas tu membuka aib plak.. tak pasal-pasal si polan artis berkenaan yang diberi ganjaran pahala.. Korang gak rugi der....Makin banyak komen menghina lagi mengaibkan lagi beratlah bahu kanan si polan artis tuh... senang senang je Allah bagi beb...

So, konklusinya... kalau korang rasa si polan tu berdosa kerana dosanya... SEDARLAH! korang tu lebih-lebih lagi berdosa kerana mengaibkannya.... 

Moralnya, lebih baik berdiam daripada berkata apa-apa... Atau berilah komen membina, berilah komen yang menyedarkan mereka-mereka yang lalai di dalamnya.... Sadakallah.... 
"Barangsiapa yang menjaga aib saudaranya, maka Allah akan menjaga aibnya di Akhirat kelak ...."
**********************************************************************
Adalah dibenarkan membuka aib orang lain pada 4 keadaan iaitu:
  • Orang yang dizalimi - Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak berkuasa terhadap kezaliman yang berlaku
  • Untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam - Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.
  • Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan - Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
  • Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain - Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.
Sekian... Renung-renungkan dan selamat beramal....

Nota kaki: Entry ini dicoretuntuk santapan rohani si penulis jua....  Wallahua'lam...


Friday, August 5, 2011

CARA PAKAI CINCIN DALAM ISLAM & CARA POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari

  • jari tengah
  • jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi a.k.a khinzir!!!! Jika kesemua jari kita simpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... ish ish ish...

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Untuk yang belum berkahwin dinasihatkan kalau nak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. -.-'
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
Wallahua'lam...


sumber: email forwarded

Friday, July 22, 2011

NAK GANJARAN TAK?


Korang boleh mengaji dengan tajuid yang betul? Bulan Ramadhan mesti biasa tadarus Quran kan? My pun selalu buat, eventhough bukan bulan puasa pun kalau berkesempatan My akan tadarus setiap kali lepas Maghrib… Habis je 30 juzuk My ulang balik daripada juzuk pertama. Macam tu lah My amalkan sejak 2/3 tahun lepas. Bukan apa, daripada biarkan Quran menjadi perhiasan kan elok kita amalkan? Daripada ilmu membaca Al-Quran terpadam begitu sahaja, sebelum lidah kelu kekok nak membaca lebih baik My teruskan membaca Al-Quran kan? Penat-penat mak abah ajar mengaji dari kecik sampai tersedu-sedu menangis kena marah kalau salah sebutan so sayanglah kalau tak diamalkan…

Ops My bukan nak bukak kelas mengaji ye di sini… tapi My nak ajak korang semua bertadarus bersama-sama dengan My. Eh bukan dengan My je… kita tadarus ramai-ramai. Laaa… tak perlu pun jumpa My la… korang mengaji dekat rumah korang je…;)
Dulu masa belajar My rajin jugak join kawan pergi kelas Usrah. So setiap kali Ramadhan kitorang mesti buat tadarus sama.sama. Surah-surah dalam Al-Quran kitorang bahagikan dan My baca di rumah setiap kali kelapangan sampai habis baca bahagian yang My dapat tu. By end of Ramadhan kami berkumpul di rumah salah seorang sahabat berbuka, solat berjemaah dan khatam Al-Quran sama-sama…;) Seronok… Yela, kalau seorang nak membaca 30 juzuk dalam masa 1 bulan Ramadhan mungkin tak terhabis dek kekangan masa jadi bila dibahagi-bahagikan Surah tu dapatlah kita pahala untuk 30 juzuk tu sebab kita bertadarus bersama-sama…

Tak rugi pun kan… daripada kita abeskan masa hanya di facebook, blog, tidur, ada baiknya kita ambil sedikit waktu baca beberapa ayat dalam sehari tu. Pagi selepas sahur nak tunggu Subuh pun boleh baca, kat tempat kerja kalau letih-letih nak berehat sekejap pun boleh baca, lepas berbuka sementara nak pergi terawikh pun boleh even malam selepas witir pun boleh baca…;) Besar ganjarannya kalau kita tadarus Al-Quran di bulan Ramadhan tau.

Nak join? Jomlah join Cik Tiniey yang berbesar hati menganjurkan sesi tadarus sesama blogger.  Nak tambah ganjaran pahala sila-silalah klik SINI dan hantar penyertaan korang pada tuan belog tu oke…;) Moga Ramadhan akan datang ni beri 1001 makna buat kita semua... Amin...

Dah download Checklist Ramadhan korang? kalau belum klik SINI oke...;)

Friday, July 15, 2011

SEMAK ARAH KIBLAT ANDA KETIKA ISTIWA A'ZAM ESOK!

Istiwa Utama (Istiwa A'zam) pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun

Tadi baca di belog YanaMIB mengenai Istiwa Utama (Istiwa A’zam) ni. Naifnya rasa diri ini sebab baru tahu pasal tu..-.-’ Betullah kata Ustaz Hanim masa My pergi Training haritu, sampai mati pun kita masih bergelar pelajar, banyak lagi pengetahuan yang kita belum terokai.. banyak benda lagi yang kita perlu pelajari…
So, kat sini My republish entry berkenaan ini untuk pengetahuan diri sendiri dan kongsikan dengan semua readers! Yang dah tahu tu baguslah..;)

Menurut sumber yang My perolehi mengatakan, Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam. Penentuan

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH SWT tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Kemudahan yang Allah berikan ini membolehkan kita semua umat Islam di seluruh dunia dari dahulu hingga ke hari Qiamat menyemak arah Qiblat dengan mudah dan tepat. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menjadikan sekalian alam….
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Makkah, fenomena ini berlaku pada:
  • 28 Mei setiap tahun, tepat pukul 12.16 pm
  • 16 Julai setiap tahun, tepat pukul 12.28 pm

Di Malaysia, fenomena ini berlaku pada:
  • 28 Mei setiap tahun, tepat pukul 5.16 pm
  • 16 Julai setiap tahun, tepat pukul 5.28 pm

Di negara lain kalau y’ols nak tahu sila cari sendiri oke..;D

Ini bermakna kita dah terlepas satu fenomena iaitu pada 28 Mei yang lalu. Lagi sekali adalah? Hari ESOK???!!!! Ya Allah.. fenomena ini berlaku setiap hari ulangtahun My, 16 Julai tapi My tak pernah tahu??? Naifnya….-.-’…

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh anda mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, anda boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam anda mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Pastikan juga anda boleh melihat matahari dari kedudukan tempat anda pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
So, diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaatkan untuk semua. Feel free to share with all Muslim oke..;)

"Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Ka'bah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan." ( QS. Al-Baqarah : 149 )

“ BAITULLAH ( KAa'BAH ) ADALAH KIBLAT BAGI ORANG-ORANG DI DALAM MASJID AL-HARAM DAN MASJID AL-HARAM ADALAH KIBLAT BAGI ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI TANAH HARAM ( MAKKAH ) DAN MAKKAH ADALAH QIBLAT BAGI SELURUH PENDUDUK BUMI, TIMUR DAN BARAT DARI UMATKU”(hadith riwayat al-baihaqi)
Wallahua'lam...

 sumber: YanaMIB, Mfadhlan, Mutoha


Malam Nisfu Syaaban Malam Keampunan

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri pertengahan Syaaban kan? Tak lama lagi Ramadhan! wahhh kejapnya masa berlalu... Seperti yang kita semua tahu, 2 bulan terakhir sebelum Ramadhan ni adalah bulan di mana kita boleh perbanyakkan Ibadah, bulan di mana kita boleh pertingkatkan amalan. Selain puasa, bersedekah kita juga boleh memanfaatkannya dengan menyambut malam Lailatul Qadar dan Nisfu Syaaban.
Israk Mikraj dah lepas iaitu di bulan Rejab, akan datang pada malam esok adalah merupakan Malam Nisfu Syaaban. Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Bukan Ahmad Nisfu ye..;D Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Bermakna tahun ini jatuh pada malam esok iaitu siangnya 14 Syaaban, dan menjelang malamnya masuk waktu Maghrib adalah 15 Syaaban... faham anak-anak??? bagus.....


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. 
"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
  • Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini: 1)Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. 2)Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya. 1) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. 2) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. 3)Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
  • Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban). Bermakna pada hari Ahad ini.
Wah, banyaknya kelebihan Malam Nisfu Syaaban ni kan? Weekeend ni y'ols buat apa? Agak-agak boleh tak berpuasa? Hurm, Sabtu ni My tak tahu lagi apa aktiviti, mungkin nak ke Graduan Aspire si KLCC mungkin juga nak pergi celebrate befday... befday diri sendiri la.. yang ke-15.. tetttt....;D So, mampukah My berpuasa? Selepas Maghrib dah ada di rumah ke? atau Maghrib di luar? Ahad plak ada wedding... tapi wedding tu malam. Agak-agak kuat ke nak berpuasa? Haih~ tuh la kan bila nak buat kebaikan macam-macam alasan... Nak seribu daya tak nak seribu dalih.. Apapun My akan cuba yang terbaik! Kalau tiada aral InsyaAllah akan cuba berpuasa..;)

Ingat korang, sebaik masuk je waktu Maghrib esok buku catatan amalan korang akan diganti dengan yang baru. Dan amalan yang akan korang lakukan pada waktu tersebut tu lah akan jadi amalan pertama yang dicatatkan. So, korang pilih masa tu korang nak buat apa? Pastikan ianya adalah perkara yang bermanfaat dan membawa kebaikan.. oke?;)

Renung-renungkan dan selamat beramal!!


Tuesday, July 12, 2011

Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.
Sumber: JAKIM

Friday, July 1, 2011

AMALAN SELEPAS KENCING

Opps! Jangan y’ols anggap My nak membuat lawak atau bercakap lucah plak bila buat tajuk Amalan Selepas Kencing tu ye..0_o… Pasti ada di antara y’ols yang tidak tahu akan salah satu kewajipan kita sebagai umat Islam dalam perkara yang satu ni. So, pastikan y’ols baca sampai habes oke..;)

Seperti yang My sebut dalam entry INI dan INI, My nak sangat kongsi apa yang My belajar semasa mengikuti kursus di Pullman, Putrajaya tempohari seperti yang dikongsikan di entry INI. Kursus itu di kelola oleh syarikat Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah dan dia sendiri ada bersama kami sepanjang hari pertama di sana.
Sepanjang sehari tu banyak sangat ilmu yang My dapat daripada Dato’. Seronok berkursus dengan Dato’ lebih-lebih lagi masa dia baca perihal peserta mengikut tarikh lahir, tandatangan, tapak tangan dan macam-macam. Yela, kata pun pakar motivasi, psikologi kan.. mestilah pakar dalam membaca sifat-sifat manusia ni huhu. Tak kering gusi kami dibuatnya.

Semasa berkursus, salah satu perkara yang My belajar dengan Dato’ adalah mengenai Amalan Selepas Kencing yang satu ni. Tak malu untuk My katakan, My sendiri pun tak tahu rupanya ada amalan sebegini…-.-’… Mungkin ada di antara y’ols yang dah tahu kot. Yang tak tahu boleh lah mulakan amalan ini selepas ini k…;)

Ramai di antara kita mungkin merasakan diri cukup sempurna dengan melakukan amal Ibadah, bersedekah dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Kenapa agaknya?

Syaidina Abu Bakar pernah ketika mahu menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.
Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya, Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. Diselidiki amalan si polan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem tiga kali untuk memastikan air kencing dapat keluar sepenuhnya. Amalan ini juga disebut sebagai Istibra. Selepas itu urutlah batang zakar dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Sesudah itu basuhlah dengan air sesucinya. Antara kebaikan melakukan amalan ini adalah mencegah daripada masalah Kanser Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.

Untuk kaum wanita pula, digalakkan mengurut-ngurut bahagian bawah pusat ke bawah untuk memastikan air kencing keluar sepenuhnya. Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Menarik bukan? Menarik untuk dikongsikan dengan semua orang. Hehe. So, pada y’ols yang sedia maklum memang selalu melakukan amalan ini baguslah. Tak percaya cuba kamu-kamu terutama yang lelaki yang tak pernah buat amalan sebegini lepas kencing berdehem beberapa kali.. ce tengok keluar lagi tak lebihan air kencing? Jangan rakam video plak ye..-.-’

Amalan selepas kencing ni elok untuk diamalkan bagi mengelakkan daripada jangkitan pada saluran kencing dan dapat menyucikan diri daripada hadas lebih-lebih lagi ketika nak melakukan Ibadah. Sebab tu My kalau sedang bermusafir, solat kat mana-mana My suka tanggalkan yang ‘dalam-dalam’ sebab takut kebarangkalian ada najis yang tertinggal pada pakaian tu. Lepas tu setiap kali ke tandas mesti nak kena ada tisu. Lepas cuci nak kena lap kat ‘bahagian’ yang dah dicuci tu. Kalau ada barang setitik pun najis pada pakaian kita, solat adalah tidak sah. So, pastikan y’ols toskan air kencing tu sehingga benar-benar bersih. Yela, ada orang lepas kencing je pup pap pup pap cuci pastu dah terus keluar toilet kan…-.-’

Bukan apa, kelak kat akhirat kita semua akan disoal… sebab itulah selalu kita dengar… ‘Kebersihan itu sebahagian daripada Iman’… Diri bersih, pakaian bersih… Solat kita pun pasti tenang dan bersih kan…;)

Haip!! Bukan Perhimpunan BERSIH oke! 0_o

footnote: dah tengok Transformer!!!! 3D lagi yu!!!

Wednesday, June 29, 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Assalamualaikum.. My kembali bekerja hari ini setelah bercuti 2 hari (walaupun entitle 3 hari cuti..-.-') kerana pemergian nenek ke rahmatullah Isnin lalu.. Moga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..

Pada sesiapa yang tahu, hari ini adalah 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432Hijrah iaitu merupakan hari Israk Mikraj. Bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis tak silap My bercuti (cuti umum) hari ini.. Yang lain? sila bekerja oke..;D Mungkin ada di antara anda yang berpuasa hari ini.. tahniah! My tak dapat lah, sebab Allah bagi cuti..-.-'... 

Jadi sempena hari 27 Rejab ni marilah kita mengimbau kembali peristiwa Israk Mikraj untuk memperingatinya selain mengasah kembali ingatan kita pada peristiwa yang pernah kita pelajari semasa di sekolah dulu... ;)



Peristiwa Israk Mikraj


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
·    Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. 
·    Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
·   Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). 
·   Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
·   Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
·   Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
·   Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
·   Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 
·   Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
·   Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
·   Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 
·   Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
·   Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. 

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, 
"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). 

Wallahua'lam..

source: www.faizalr.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers