Assalamualaikum...
My dah pun berada di KL.. pulang lewat malam semalam dari Kluang, Johor. Ikutkan hati nak tinggal di kampung tahlil 3 hari 3 malam tapi terpaksa pulang juga sebab enchek tunang yang teman sekali balik. Dia kena bekerja harini, nak biarkan dia balik drive sorang tak sampai hati jadinya My pulang juga. Sampai lewat pagi.. My nak ke kerja memang tak terlarat...
Kalau nenek masih ada.. pastinya nenek tak bagi balik.. Dia akan suruh anak-anak dan cucu-cucu dia tinggal lama lagi....T_T
Semalam tengahari My dapat panggilan daripada abang sepupu. Katanya, paklong beritahu nenek dah meninggal dunia baru je. Tersentak My... bila nama abang sepupu tertera di skrin telefon My dah agak ada sesuatu yang tidak baik ingin disampaikan.. Betul sangkaan My.... nenek yang My masih ada satu-satunya telah pergi menyahut seruan Ilahi....
My call akak yang baru juga dapat berita tu, nak call mak.. My tak sampai hati sebab My tahu mak lemah semangat macam My jugak... Nenek tu ibu mak My... pastinya dia sedih...
Nasib baik enchek tunang dapat pelepasan. Jadinya dia yang bawa My balik ke Kluang, Johor. Sayangnya, kami tak sempat tengok jenazah arwah.. nenek dah pun dikebumikan.. Masa My datang semua orang dah nak gerak ke rumah dari tanah perkuburan.. Jadinya My dan enchek tunang bersama 2 orang sepupu sahaja pergi ke kubur nenek... My sedekahkan Al-fatihah banyak-banyak pada nenek. Terkilannya My, masa dapat tahu dia tak berapa sihat beberapa minggu lalu My tak berkesempatan pulang menjenguk nenek.. cium pipi nenek...T_T
| Bersama arwah nenek pada Aidiladha 2009.... |
Maafkan My nenek..... Kini, My dah tak punya atuk atau nenek lagi... Arwah atuk sebelah abah dah takde sejak My lahir lagi. Arwah atuk sebelah mak pergi tinggalkan kami masa My form 1.. masa My masih bermanja-manja dengan dia...T_T... Arwah nenek sebelah abah yang banyak jaga masa My kecik dulu pula pergi sewaktu My baru mendaftar untuk masuk belajar degree di UiTM Shah Alam 3 tahun lepas.. Kini, giliran nenek sebelah mak pula pergi tinggalkan kami...T_T
Paksu yang tinggal dengan arwah nenek beritahu nenek pergi sekejap je semalam. Malam tu sampai ke pagi nenek tidur lama sangat.. Bila panggil doktor, doktor suruh kumpulkan adik-beradik sebab nenek dah tunjuk tanda-tanda mahu pergi... Sekejap je, nafas nenek turun naik.. paksu ajar nenek mengucap dan tak lama lepas tu... nenek pergi buat selama-lamanya..... Petang selepas Asar nenek dah dikebumikan..
Ramai juga yang tak dapat mengadap arwah nenek termasuk family My dari Segamat, pakcik makcik dari KL, Melaka. Takpelah, kami redha.. lagipun tak elok kalau biarkan jenazah nenek lama-lama.
Selamat tinggal nenek... moga roh nenek tenang di sana. Moga nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Angah (kakak My yang satu-satunya sempat jumpa arwah) cakap muka nenek senyum je semalam....;) Dapatlah nenek jumpa arwah atuk di sana.... =')
Esok My kembali bekerja... Moga dikuatkan hati My menerima pemergian nenek..... Amin...
Al-Fatihah....~
footnote: eh.. Transformer dah kuar eh korang? heee~ -.-'




8 comments:
yang pergi tetap pergi. doakan yang baik tuk arwah. :)
Takziah My.... Al-Fatihah untuk nenek...
Al-Fatihah untuk arwah nenek Kak My.. Sabar ye Kak..
follow da :)
nice entry :)
”Thanks Ben Ashaari”
T_T Moga nenek My ditempatkan orang beriman di sana ..
takziah...awak sabar ye jangan sedih....alfatihah banyak2 sedekah kat nenk
semoga my tabah..
Al-Fatihah utk arwah nenek!
yang pergi tak kembali. teruskan kehidupan masing2. semoga tabah mengharung hari yang mendatang. al-fatihah untuk arwah nenek My
Post a Comment