9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, June 29, 2011

DI SINI AKU BEBAS BERSUARA...

Assalamualaikum korang..
Sahabat Blogger mencari feature untuk bulan Julai.. tak pernah join sebelum ni so instead of ping entry kat fan page je why not My join plak this time kan hehe.


Sebagai penghargaan, entry terbaik akan dipilih untuk dipampangkan belog dan gambarnya di sidebar blog Sahabat Blogger.

Apa yang perlu My buat untuk menang? mudah je! check it out!;)


Sejak bila Berblog

Since 2008. tapi masa tu berbelog untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Menjadi blogger aktif dan tegar sejak awal tahun ini.

Tujuan berblog [40 patah perkataan]
Blog menjadi platform untuk My menyuarakan apa jua perasaan dan pendapat yang terbuku di dada. Kadang-kadang tak semua perkara kita punya kekuatan untuk bercerita dengan orang-orang sekeliling. Jadi blog adalah tempat terbaik selagi tidak melanggar etika berblogging dan menyentuh sensitiviti orang lain. Selain itu, dapat mencari kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat…;)
Apakah matlamat jangka panjang anda terhadap blog anda
Dengan harapan agar suatu hari nanti My semakin maju dalam setiap penulisan di entry-entry blog dan blog dikenali ramai kerana majunya My dalam entry-entry berkenaan..;)
Apakah yang anda pernah perolehi dari blog anda
Kepuasan bersuara dan kawan-kawan baru..;)
Apakah pendapat anda mengenai dunia blogger masa kini [120 patah perkataan]
Dunia blogger masa kini umpama satu trend. Kalau kita lihat beberapa tahun kebelakangan ini blog tidak begitu popular di kalangan remaja-remaja muda. Kalau ada pun tidak semeriah sekarang kira smooth gitu. Namun dewasa ini, blog semakin mendapat tempat di hati semua pelayar internet tidak kira dari pengguna-pengguna yang masih bersekolah, yang belajar di universiti, yang berada di alam pra-pekerjaan, yang telah mempunyai banyak pengalaman dalam dunia pekerjaan mahupun yang dewasa yang dah lebih dulu makan garam. Kalau dulu kita tanya orang, ‘ada friendster??’… semua orang ada friendster.. Sekarang? Semua orang ada facebook.. even budak sekolah yang baru kenal dunia tu pun ada facebook. Seiring dengan itu, blog pula semakin menular. Hampir semua orang yang kita kenal mempunyai blog. Bukan sahaja yang dewasa, yang celik IT je ada blog malah, yang masih setahun jagung yang masih memakai baju sekolah pun dah ada blog! Malah isi-isinya lebih hebat daripada blogger yang lebih dewasa. Ye, tidak dinafikan. My sendiri banyak membuat blogwalking di alam maya ni… Bila My kagum dengan hasil penulisan seseorang blogger My akan cuba baca profile tuan punya blog berkenaan sebelum mengenal pasti dianya masih bersekolah! Wow… amaze me. Budak sekolah boleh menghasilkan penulisan sehebat ini? Budak sekolah boleh menghasilkan blog secantik ini? Hurm… Apapun, banyak mana pun kemunculan laman-laman blogger masa kini, yang menjadi tunjang kepada kejayaannya adalah penulisannya selain semangatnya dalam berblogging. Bukan hangat-hangat tahik ayam je! hehe
Idola anda dalam dunia blogging [2-3 orang pun boleh]
Ben Ashaari, Faizal Fredley, Iqbal Zack dan semua lah otai-otai yang My banyak refer blog diorang sebagai panduan dalam dunia blog..;)

tepek muka diri sendiri dengan jelas!;D
URL Facebook:
 http://www.facebook.com/maizatulakma

Korang!! Takkan baca je??? mehla join sekali!!


GOODLUCK! ;) 

4 comments:

YanaMIB said...

gud luck my! ^_^

K O R I E said...

gudluck my! rasa mcm nak msuk jugak.. tpi.. fikirx2 dulu la

~Kirin Selama Perak~ said...

gudluck
:p

Irshadim said...

goodluck dalam menjadi feature blog bulan ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers