Setakat ni, My dah belanja RM700++ untuk
kelengkapan bayi.. bagi yu ols.. melampau tak? My pun tatao apa yang My beli
barang nampak macam barang-barang biasa je tapi dah belanja almost 1k.. -..- Itupun belum complete 100% tau.. ada beberapa
barang-barang kecil lain+barang-barang besar lain yang belum di beli… Yang kecil
tu mungkin benda-benda remeh.. yang besar tu mungkin barang-barang yang boleh
dianggap perlu atau tidak.. keperluan atau kehendak… -..-
Kalau dulu masa nak kawen, ada beberapa wishlist
atau angan-angan yang My nak buat untuk majlis wedding antaranya guestbook,
guestbook corner, button badge, photobooth, bunting, etc. Bila on the day of
wedding.. Alhamdulillah ada a few angan-angan yang dapat dicapai, yang mana out
of list tu barangkali di luar kemampuan My ataupun rasanya tak perlu pun
maklumlah wedding kat kampung je pun… hehe. Itu dulu, now bila dah preggy n
bakal dapat anak makanya bersusun-susun wishlist yang My nak belikan untuk baby
kesayangan ni… Eksaited keterlaluan... budget semua fikir pasal anak anak
anak.. maintenance mommy? Langsung tak masuk carta apatah lagi maintenance
daddy nya hihihi..
So, here are my wishlist for our newborn… mommy
punya wishlist okay.. kalau daddy tau ni mesti dia akan cakap… “beli ikut
keperluan bukan kehendak”…. Kalau bagi
My, semuanya KEPERLUAN… :D
Set Tilam
Kekabu
 |
| ehsan google~ |
My sangat-sangat jatuh hati dengan set tilam
baby lebih-lebih lagi yang made from kekabu… Ia bukan saja selesa but also
sangat comel untuk bayi lepak n tidur di atasnya hokay.. Biasanya set-set tilam
yang ada jual kat luar tu boleh dapat less than RM100.. tapi tu lah, langsung
My tak minat walaupun sebenarnya tilam-tilam tu okay je. Untuk anak lepak-lepak
n tidur je kottt… Itupun entah berapa bulan awal je guna kan… Tapi My tetap
berkenan yang jual online tu… handmade, kekabu… Price range? around RM150 – RM250…
malah ada yang lebih mahal… tapi dilihat pada kualiti dan hasil tangannya
memang puas hati… hurm..
My dah jumpa beberapa kedai online yang jual set
tilam bayi ni dan tengah nak survey yang mana boleh dapat kualiti yang sama
tapi dengan harga terendah… dalam pada masa yang sama masih berfikir… berbaloi ke
beli mahal-mahal untuk set tilam baby sahaja… L
hurm… will see… Later dalam entry lain My kongsikan kedai-kedai online yang
jual set tilam baby tu oke?
Sterilizer
and Warmer
 |
| Ehsan google~ |
Yang ni pada awalnya tak masuk dalam list pun
sebabnya, ada kawan cakap… mula-mula je eksaited n rajin guna menda alah ni… end
up, tak guna pun n basuh manual je. Terfikir gak pe dia cakap tu.. dahla jenis
My ni awal-awal je rajin kang kalau dah penat kerja ke apa ke confirm My dah
tak guna dah kan.. Cuma lately ni je My banyak baca pendapat orang pasal menda
alah ni… ramai gak kata ianya perlu dan sangat-sangat berguna. Hurm… entah! Korang
rasa macam mana? Perlu ke tak ek? -..-
Baby Carrier
 |
| Ehsan google~ |
Hurm, yang ni My rasa memang sangat perlu… Yela,
nanti nak berjalan-jalan penatlah nak dukung baby sepanjang masa kan.. buatnya
baby bambam mau lenguh tangan hihi… Cumanya, My rasa menda ni boleh beli lepas
pantang nanti kot? Yela baby baru lahir takkan tak larat nak dukung kan..
lagipun takkan nak pegi shopping, jalan-jalan time berpantang lak hehe. So,
maybe baby dah 4 bulan ke atas kebaru beli kot? Save budget sikit.. Tapi brand
apa yang okay ek? My ingat nak beli yang boleh adjust macam-macam position..
boleh guna kat depan, kat belakang, sambil baby baring pun boleh guna… which
brand do you prefer?
Stroller
 |
| Ehsan google~ |
Stroller ni My tak tahu lah perlu atau tidak..
Kebanyakan kawan-kawan My memang sarankan suruh beli… memudahkan lebih-lebih
lagi kalau mommy2 nak shopping kannzzz… hehe.. Cumanya, nak ke anak My nanti
duduk dalam stroller tu nanti? Sebab tak semua baby suka duduk dalam stroller
kan? depends. Hurm, mungkin My kena beli tapi bukan sekarang kot? Brand apa
yang okay ek? My nak jenis yang baby boleh baring n duduk n… yang ada banyak compartments
n.. yang boleh pakai sehingga anak
berusia 4/5 tahun… J
bape banyak ‘n’ daaaaaa.. Will see… kalau nak beli pun mungkin bukan sekarang…
what say u?
Baby Car
Seat
 |
| Ehsan google~ |
Yang ni pun perlu kot. Kalau My drive sorang senang
nak bawa anak ke sana ke sini kan. Kalau daddy nya ada pun letak baby kat
belakang dalam car seat takdelah mommy penat dukung kat depan kikiki boleh
gitew? :D So, brand apa yang tahan lasak? Errr letak dalam kereta je pun apa
yang lasaknyaaa… Janji boleh pakai sampai bila-bila.. so bolehlah diwariskan
pada anak ke 2, 3, 4, 5, 6, 7…. Erkkkk…~
Anyway, carseat ni lepas pantang lah baru beli kot?
Breastpump
 |
| Ehsan google~ |
Hurm, yang ni mommy punya wishlist… untuk baby
mommy jugak… J
InsyaAllah, My berazam nak fully breastfeed anak My sehingga 2 tahun… fuhhh
bunyinya macam mampu tak mampu je kan.. tapi My akan cuba selagi mampu sebab..
susu ibu adalah susu yang terbaik! So, breastpump ni mungkin dapat membantu
dari segi storage dan penyusuan botol bila My dah kerja nanti. Yang ni kena
beli sekarang kot at least yang manual pump dulu yelah kena lah ajar anak
menyusu botol di akhir-akhir pantang nanti… Kalau tak ajar takut anak tak nak
isap botol plak susahlah kalau mommy dah naik kerja nanti kan.. Breastpump mana
yang yu ols rasa terbaik? Sebab lain orang lain citarasa.. ada yang okay pakai
brand A, ada yang okay pakai brand B… My? Entah.. tak pernah cuba plak… -..-
Confinement
Set
 |
| Ehsan google~ |
Mommy punya wishlist hehe. Set bersalin… perlu tak?
Kalau tanya My… My nak kurus selepas bersalin!!! Cumanya, set bersalin ni tatao
lah perlu ke tak.. Kalau ianya sangat menyumbang untuk My kurus.. makanya,
perlulah. Tapi jenis apa ye? Ada orang kata brand Nona Roguy okay… Amway pun
okay… u guys rasa? Lepas tu yang jenis ber set-set ni konfius lah.. banyak
sangat benda nak pakai or makan… -..- n satu lagi, My tatao My bersalin normal
atau tak.. let say ceaser.. selamat ke guna set bersalin ni?
Bengkung? Harus beli!! My nak kurussssssssss!
Hurm... setakat ni tu je lah kot wishlist untuk baby and mommy.. di mana ianya antara barang-barang yang melibatkan kos yang tinggi berbanding barang-barang lain... So, kena beli berperingkat-peringkat kot.. kalau beli semua sekaligus takut terasa 'kopak' plak pocket nanti... hehe...
Ada barang-barang lain yang korang rasa My perlu beli tak? Apa ek?