Dilema Hospital Bersalin : Kerajaan VS Swasta

Amaran: Entry agak panjang.. mungkin ada yang akan shortcut terus ke full stop... It's up to you readers... :D

Dalam pada My tak sabar menghitung hari dan bulan sejak dari awal kandungan.. tak sedar kini kandungan dah nak berusia 7 bulan dan bakal memasuki trimester ke 3. Kini, hanya berbaki 2 bulan untuk proses kelahiran dan siapa tahu barangkali anak ini akan keluar lebih awal? Allahuakbar… tak dapat bayangkan bagaimanakah situasi ketika itu? Di mana? Dengan cara bagaimana? Kau permudahkanlah ya Allah…

Dalam usia kandungan yang nak mencecah 7 bulan ni, sepatutnya My dan enchek hasben dah buat keputusan untuk bersalin di hospital mana. Tapi, sampai harini takde keputusan tetap dan muktamad. Kalau tiada keputusan dalam masa terdekat ni.. haruskah My serahkan diri dan perut ini kepada Hospital Kerajaan terdekat? Hurm…. My masih dalam dilema…

Sedia maklum, kami tak punya banyak masa untuk keluar survey setiap hospital. Enchek hasben bekerja sehingga Sabtu dan kami tinggal jauh dari KL jadi faktor utama kami tak boleh nak ke mana-mana. Nak ambil cuti? Enchek hasben dahlah baru tukar kerja bulan Jun haritu, lepas tu dah macam-macam cuti yang dia ambil atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Tambahan plak kebanyakan cuti dia adalah cuti tanpa gaji memandangkan dia masih dalam tempoh percubaan 3 bulan. Takkan nak ambil cuti lagi? L My pun dah banyak sangat MC n half day for antenatal check up, hujung tahun dah nak cuti panjang untuk tempoh berpantang. Hurm… pendek kata, memang tak berkesempatan… Masa untuk berdua pun hanya banyak di rumah itupun selepas waktu bekerja sahaja.. Ahad pun belum tentu kami ada masa bersama kalau enchek hasben ada job luar atau hal-hal lain. L

Sebelum ni, My ada banyak baca di forum-forum dan belog-belog mengenai pemilihan hospital ni. Especially the comparison between Government and Private. Both hospitals ada pros and cons. Bila dah banyak sangat info yang My baca lebih besar rasanya tekanan yang diterima dalam kepala otak ni. Huh... Namun sekarang yang lebih My titikberatkan adalah dari segi Aurat dan Kos.
Mungkin sesetengah ibu atau suami itu sendiri tidak kisah kalau doktor lelaki yang merawat diri atau isteri mereka. Apa yang lebih penting adalah nyawa si ibu dan anak selamat… My ada terbaca mengenai perihal aurat dan rawatan yang diterima daripada bukan muhrim ni… Mungkin tak ramai yang ambil berat soal hukum, akidah… Mungkin tak ramai yang tahu, selagi tidak dalam keadaan darurat kita tak boleh menerima rawatan dari doktor bukan muhrim. My nak explain further pun My tak tahu macam mana.. mungkin u guys boleh baca salah satu info di belog UMMUHUSNA.  Bila My sedar mengenai hal ni, My citer pada enchek hasben.. dia pun faham n tak mahu My dirawat oleh doktor lelaki. Masalahnya… kat hospital mana My nak cari gynae perempuan? Especially kalau My ke Government Hospital. Nak ke Private Hospital? Hurm…
Pengalaman My masuk wad di Hospital Kerajaan baru-baru ni mengiyakan pendapat yang My baca mengenai rawatan yang diterima daripada non muhrim. Mula-mula My masuk ke dewan bersalin untuk check up haritu, doktor perempuan yang handle, nampak muda sangat jadi My jangkakan dia hanyalah doktor pelatih. Dia tanya apa masalah.. apa yang sakit, bla bla bla.. Lepas tu doktor lelaki masuk dan doktor perempuan tu explain apa masalah My pada doktor lelaki tu. Doktor lelaki tu selak perut dan dia yang buat scan sebelum akhirnya dia suruh My warded for further check up. sudah… nampak jugak aurat My kepada doktor non muhrim even dia siap sentuh lagi is it? Tak boleh nak elak. Masa tu enchek hasben kena tunggu kat luar.
Masuk kat ward malam tu nurse perempuan yang handle.. Sehingga pagi keesokannya, doktor perempuan datang tanya masalah dan perkembangan My. Beberapa jam lepas tu, datang doktor perempuan tadi bersama doktor lelaki Cina. Doktor perempuan tu buat benda yang sama macam doktor perempuan hari sebelumnya.. explain apa masalah My kepada doktor lelaki berkenaan sebelum doktor tu kemudiannya selak perut dan check apa yang patut. Tapi dia say sorry dan mintak izin sebelum check. What can I say? He is a doktor. Orang lain tak bising takkan aku plak nak tepis tangan dia jangan sentuh kan…-..-  Beberapa jam kemudiannya, doktor lelaki cina dan doktor perempuan tadi datang bersama doktor lelaki lain yang nampak lebih berpengalaman.. My jangkakan dia adalah doktor pakar di wad berkenaan. Mereka buat benda sama.. explain apa masalah My kepada doktor pakar tersebut tapi tanpa buat apa-apa pada tubuh badan My.
Sehari sebelum discharge tu ada seorang doktor lelaki lain datang pada My. Masa tu enchek suami ada datang melawat. Dia mintak permission untuk di soal jawab oleh beberapa pelajar perubatan UiTM pada hari esoknya. My tanya untuk apa.. how many.. apa diorang nak buat pada My? Dia cuma cakap they will have an examination with their lecturer/doctor tomorrow.. diorang akan tanya My bla bla bla… Ok then, My anggap ianya hanyalah sesi soal jawab dan niat untuk membantu since pelajar-pelajar tu will do that for their examination. So, My n enchek hasben OK je lah.
Sehinggalah keesokan harinya.. datang seorang lelaki berusia bersama seorang perempuan muda berpakaian doktor. Diorang perkenalkan diri.. lelaki berkenaan adalah lecturer dan perempuan berkenaan adalah bakal doktor iaitu pelajar yang dimaksudkan pada hari sebelumnya tu lah. Diorang mintak permission untuk melihat abdomen My untuk dilihat dan disentuh oleh pelajar berkenaan di mana dia akan menerangkan kepada lecturer untuk dinilai. My mengangguk je. My biarkan pelajar perempuan tersebut selak perut sambil dilihat oleh lecturer berkenaan. Ada juga beberapa ketika lecturer tersebut pun pegang perut My. Pelajar perempuan tersebut hanya explain apa yang dia lihat dan rasa di perut My kepada lecturer berkenaan. My hanyalah ibarat sebagai objek kajian yang menjadi platform untuk dia lulus peperiksaan tersebut. Fine. Rasanya lebih 10-15minit baru sesi itu berakhir… dan My ingat ianya setakat di situ sahaja tapi My silap! Ada seorang lagi pelajar yang akan melakukan perkara yang sama. Oh My Gucci! Dan kali ini… adalah lelaki!!! Damn… Tanpa enchek hasben di sisi, apa yang mampu My lakukan? Dia selak baju My sehingga di bawah bra.. dan selak seluar My yang My rasa dah nampak sesuku bahagian bawah tu.. dan My hanya mampu diam! Arghhh… tak selesa nya rasa.. Masa dia dok terang kat lecturer tu tangan My sikit-sikit naikkan seluar. Dalam hati.. Ya Allah cepatlah sikit diorang ni blah!
Itu pengalaman My sepanjang 2 malam dimasukkan di Hospital Selayang. Yup, kita tak boleh nak elak dari menerima rawatan oleh non muhrim. Tak boleh nak elak atau kita yang tak nak elak? Mungkin My atau enchek hasben boleh voice out taknak non muhrim yang buat rawatan? But how? Urghhh… Nampak tak tekanan di situ. L
Lepas kejadian, ada juga rasa tak tenang.. rasa bersalah.. rasa berdosa… I thinking of… SUAMI AKU BAYAR RIBAN-RIBAN NAK DAPATKAN AKU, LIHAT DAN SENTUH TUBUH BADAN AKU… SEDANGKAN MEREKA-MERAKA INI BOLEH SENTUH DAN LIHAT FREE OF CHARGE? Bukankah itu tidak adil? Even hanya bahagian perut… L Yeah yeah.. luckily hanya bahagian perut… tapi  hukum tetap hukum… aurat tetap aurat right? yeah yeah... u guys yang tak kisah mungkin tak faham dilema yang My alami... L

Cuba anda baca dan fahami persoalan dan jawapan di bawah....

Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?
Jawapan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…
Wassalam.
(sumber: http://www.ukhwah.com/)

Hurm, so.. what say you?

Jika bercakap mengenai private hospital.. Ramai juga kawan-kawan especially kat ofis yang suggest untuk pergi. Yelah, diorang gaji besar-besar.. bolehlah afford untuk private hospital. Yup.. bila sebut pasal private.. people akan persoalkan pasal KOS. Ya, mungkin ada sesetengah orang cakap.. untuk anak tak kisah berapa jumlah wang ringgit pun sanggup dikeluarkan.. sebabnya, diorang berkemampuan. Tapi bagi My yang baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan.. lepas tu baru mulakan hidup sebagai suami isteri… adakah My cukup berkemampuan? Tak dinafikan, mungkin nak berbelanja untuk proses kelahiran itu kami boleh usahakan.. lagipun company ada tanggung sehingga RM2500-RM3000.. Kurang topup je. tapi bagaimana kehidupan selepas anak dilahirkan? Wang dah banyak dihabiskan untuk proses kelahiran sudahnya kehidupan anak selepas dilahirkan plak yang jadi masalah sebab kewangan… tak gitu? Tambahan plak, My terfikir.. kalau di private setakat bersalin normal takkan jadi masalah kerana kosnya tak terlalu tinggi. Let say, di hujung saat nak melahirkan waktu kita dah budget how much we will spend for normal delivery tup tup doktor kata ada komplikasi.. n kelahiran perlu dilakukan secara pembedahan… hamik kau… bil hospital akan jauh lebih berganda-ganda daripada kos bersalin normal… I can’t imagine that… L
Memang tak dinafikan, senang nak dapatkan gynae perempuan di hospital-hospital swasta.. kau ada duit? Nah… cakap je hospital mana confirm service yang kau nak tip top. My ada juga terfikir nak ke hospital swasta.. tapi selain kos, apa yang merisaukan My adalah adakah My akan bersalin secara normal atau ceasarian? My tak boleh nak berfikir pasal tu. Kalau ditanya… sudah tentu My nak bersalin secara normal. Kalau di hospital kerajaan.. orang kata selagi doktor kata kita boleh melahirkan secara normal, dia akan suruh push secara normal. Tapi, kebanyakan yang My dengar di hospital swasta.. ada sesetengah hospital lebih suka buat pembedahan walaupun si ibu sebenarnya boleh bersalin secara normal. Apa yang diorang lebih pentingkan adalah… DUIT. Is that true? Mungkin tak semua hospital… entahlah…. My tak boleh nak fikir dah…-..- Selain itu, apa yang My risaukan adalah dari segi tempat hospital itu sendiri. Memandangkan My tinggal jauh dari bandar KL tu.. terasa amatlah jauh nak ke hospital-hospital swasta. Buatnya My dah tak tahan sakit time tu jugak nak bersalin haaaa ape cer? Eh sape cakap tade kes sakit terus beranak. Last week je baru My nampak orang datang hospital dah terberanak dalam kete tau.. fobia yuuu...-..-
My ada jugak terfikir nak ke private wing di hospital kerajaan yang dipanggil FPP (Full Payment Patient)… Bayar lump sum RM3000 dapat duduk di wad first class satu katil. Service memang tip top.. kita boleh pilih doktor pakar.. doktor tu je yang akan check kita sampai waktu melahirkan. suami boleh tidur kat wad.. makan boleh order. Kos normal kurang RM2000… kos pembedahan hingga ke RM5000, kalau kurang hanya topup bayar. The problem is yang ada program FPP ni hanyalah di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang. Hospital Putrajaya ada gynae perempuan tapi jauh sangat nak ke sana. Hospital Selayang plak, takde gynae perempuan… boleh gitu? So apa beza kalau My ambil wad biasa yang mungkin ada atau takde doktor perempuan depends on duty sedangkan yang first class tu hanya ada gynae lelaki. Urghhh… tak ke membazir je bayar tapi aurat still tak terjaga kannzzz? Hurm…
So, sekarang dua-dua hospital buat My rasa takut… fobia dengar cerita yang berbagai-bagai..   Service satu hal.. kos satu hal.. Nak Government, kalau request for doktor dan nurse perempuan.. ada jaminan ke My akan dapat doktor dan nurse perempuan? Nak ke Private.. jauh satu hal.. kos entah normal entah ceaser pun satu hal... Mampukah My? haih~ sudahnya, kat mana My nak bersalin ni? Kang aku carik bidan kampung je kang… eh, ada lagi ke bidan kampung zaman moden ni? -..-
Pendapat korang macam mana? Meh la share… L
Nota kaki: errrr... sorry entry kali ni terlebey panjang.... -..-


7 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

kalo gomen kiter kene doa bnyk bnyk supaya masa kita bersalin doktor perempuan yg bertugas..

kalo private kene sediakan 7k sekurang kurang nyer..sb takut last minit c-zer..

izwa dah ade dua pengalaman dia kedua-dua hospital...so just stand bykan duit dan diri...

dyabunga said...

dya baca entry ni dya plak yg dilema.huhuhuh

Rai said...

my tinggal di mana? kalau hospital swasta..cuba cari pusat bersalin.. kalau hospital ratenya mmg agak mahal.. tapi kalau pusat bersalin macam umra shah alam (contoh) rate utk normal rm999, kalau czer rm2999. tapi kalau kes czer mmg doktor lelaki yg akan buat. anak 1st saya dulu mmg plan nak normal kat situ. tapi dah takdir kena emergency czer. so redha je lah doktor lelaki yg buat.

2nd pulak kat serdang. masa saya aritu takde doktor pelatih datang. ada la doktor yang datang check bukaan tu lelaki. tapi mostly perempuan. masa tu da sakit mmg tak terfikir apa dah. kesnya agak emergency jugak. so tak pasti la kira macam mana hukumnya tu..

ketiga ni ingat nak ke al baraqah. dengar kata semua doktornya perempuan muslim. so takde la terjadi kes yg mcm my cakap tu.. biasanya utk kes check pregnancy ni saya mmg memilih. kalau doktor lelaki saya cabut je.

Anum said...

bagus entry nie

YanaUjang said...

erm tgk rezeki masing2 jugak..ada yg pi gomen dr awl admit smpi bersalin dpt doc perempuan islam..ada yg ms bersalin je dpt doc pompuan..ms check bukaan tu tah berapa byk kali kena seluk sume doc laki..dh la somi xde kt sebelah..sepital gomen mmg somi xleh duk sama dlm wad...

ms bersalin zafirah mmg pi fpp..tp last2 czer dpt doc laki jugak..sbb doc pompuan xsempt dtg..service fpp idak la tip top mana..lbh kurang gomen je..bezanya klu full kita dh kompem ada katil..xde la tolak pi sepital len..and boleh booked doc pompuan..yana plan ank ke-2 nnt nk pi gomen je..rs mcm lbh terjamin je..huhu

bcg la dgn somi..ty kemampuan dia..tgk pilihan dia mcm mana..ms sakit nk bersalin tu mmg xpk dh malu ke geli ke..kita tau nk keluarkn baby je sbb sakit sgt..hee~ =)

ce bc blog aku bukan bidadari..tgk pengalaman dia bersalin kt sepital gomen (selayang)..rezeki dia dpt nurse dan doc yg sgt baik..=)

noradzlina.kamdani said...

my..damansara damai hospital bole request doc perempuan..

kak lin setakat ni mmg doctor lelaki yg sambut baby... nk buat camne..kangkang jek la...

eika said...

owh.. mmg syok baca entry ni.. sekadar singgah je.. disebabkan hal muhrim n bukan muhrim ni la once tau pregnent je terus simpan duit.. bila pegi gov mmg kita tak bole pilih doktor.. dah sakit2 tu takkan plak nak pilih doktor.. anak pertama bersalin kt al-islam.. reason sebab pakar sakit puan kat sana sume pempuan.. dan hanya staff pempuan je dibenarkan naik ke wad ni.. org laki lain yg dibenarkan cuma husband la.. kalu share bilik 4 org husband tak dibenarkn bermalam.. yelah jaga privisi pesakit lain jugak.. tp yg ni kos normal 1300 je.. kira affordable lg la.. kalu nak single room dlm 2500++.. huh tak mampu rasanya.. tapi apapun kena gak standby duit lain kot2 la kena czer.. ada tyer kos dlm 3-5k.. yg ni suh en.asben standby kredit card la.. cash mmg xde.. masa sakit mmg la kita rasa nak selamat je.. xkisah laki ke pempuan.. tp masa tgh tak sakit tu nak kasi doktor laki pegang2 dan check2 itu ini.. ishk rasa mmg tak la.. alhamdulillah kt al-islam ni cume bidan dan doktor je yg check bukaan.. dgr kenkawan cerita kalu kt gov siap pelatih sume check..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

Kawan-Kawan Saya! ^_^

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers