Bismillah...
Dukacita nak ku sampaikan... abah My yg terchenta, Hj. Mad Zaki @ Abdullah B Hj. Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada lewat petang Khamis lalu, 12 Disember 2013 @ 6.02pm.
Dapat text daripada akak masa kat office sebelum tu bgtau keadaan abah yang lemah dan perlu ditransfer ke ICU semula. Abah da kurang respon, Oksigen dah kurang dan peparu telah dijangkiti kuman. Allahuakbar.. airmata tidak dapat ku tahan.. kalau boleh ingin saja ku terbang saat itu jugak untuk berada di sisi abah menemaninya ketika dia sedang bertarung dengan maut...
Plan awalnya My dah ambil cuti hari Jumaat untuk tumpang abang dari Perlis yang nak balik semula ke Segamat malam Jumaat tu. Namun takdir Allah siapalah yang mampu melawan.. Dapat berita pemergian abah masa My tengah bersiap-siap barang untuk pulang ke Segamat menjenguknya. Allah... Allah... Allah.... lemah lutut My dapat berita sedih tu... Tak sempat ku jenguk abah lagi sebelum dia betul-betul pergi... :'( Kalaulah My tak balik KL sejak hari pertama dia di hospital haritu... :'(...
Sudahnya My pulang jua dengan enchek suami selepas maghrib malam tu... Dengan perasaan yang bercampur-campur, antara percaya dengan tidak... :'( Sampai rumah mak abah malam tu lebih kurang jam 12.30am. Jenazah abah dah pun ada di rumah sejak 9 malam.
Subhanallah.... Sejuk hati melihat jenazah abah... muka abah senyum je... seolah-olah bahagia dengan pemergiannya... :')...
Jenazah abah selamat dikebumikan pagi Jumaat jam 10.45am dengan sempurna. Keluar saja jenazah abah dari rumah cuaca jadi redup... Orang yang datang melawat ramai sangat seolah-olah menghadiri majlis kenduri kawen. Alhamdulillah.....
Kini secara rasmi My dah jadi anak yatim... :'( Sampai harini My masih tak percaya abah dah tiada. Masih terbayang-bayang wajah abah... suara abah... terbayang-bayang abah tengah solat, tengah tidur, tengah tengok tv, tengah makan... Allah... rindu sangat pada arwah abah... :'(
My masih di kg halaman mak abah.. bercadang untuk terus bercuti sepanjang minggu ini.. Rasa perlu dan bertanggungjawab untuk menemani mak yang baru kehilangan separuh dari hidupnya... :'(... Kami anak-anak ni pun perlu masa untuk lupakan kedukaan ni apatah lagi isteri abah, iaitu emak... ya Allah kuatkan hati mak... :'(
Moga Allah ampunkan dosa abah dan dipermudahkan kehidupannya di alam sana... we missed u abah...
Perginya abah takkan ada pengganti... :'(






