Semalam dapat message di whatsapp pasal Gerhana
Bulan yang dijangka berlaku hari ini, 8 Oktober 2014 (Rabu) bersamaan 13
Zulhijjah 1436H. Whatsapp ni kalau di manfaatkan dengan betul benda yang kita
tatao pun kita boleh tau. Nah, kalau tak dapat msg ni tatao pun harini ada
gerhana bulan hehe.
Bagaimana
Gerhana Bulan Terjadi?
Gerhana bulan terjadi apabila bulan melalui
sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini
cuma boleh berlaku ketika bulan purnama,
dan apabila matahari,
bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.
Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang
relatif kepada nod orbitnya
Jenis Gerhana Bulan
Gerhana
bulan penuh - Pada gerhana ini, bulan akan tepat berada pada daerah umbra.
Gerhana bulan sebahagian - Pada gerhana ini, tidak
seluruh bahagian bulan terhalang dari Matahari oleh bumi. Sedangkan sebahagian
permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra. Sehingga masih ada
sebagian sinar Matahari yang sampai ke permukaan bulan.
Gerhana bulan penumbra - Pada gerhana ini, seluruh
bahagian bulan berada di bahagian penumbra. Sehingga bulan masih dapat terlihat
dengan warna yang suram.
Gerhana Bulan
pada 8 Oktober 2014
Berikut maklumat mengenai gerhana bulan tersebut:
Gerhana Penumbra bermula : 4.15 petang
Gerhana Bulan Penuh bermula : 6.25 petang
Kemuncak Gerhana Penuh : 6.55 petang
Gerhana Bulan Penuh tamat : 7.23 malam
Gerhana Bulan Penuh tamat (umbra) : 8.34
malam
Gerhana Penumbra tamat : 9.33 malam
Solat Sunat
Gerhana
Sebagai seorang Muslim, apa yang kita boleh
lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Seluruh umat Islam
adalah digalakkan (sunat muakkad) menunaikan solat sunat gerhana beserta
khutbah gerhana di antara jam 7.30 malam hingga 8.34 malam. Selain itu, kita
juga digalakkan untuk bersedekah dan berzikir.
Sabda
Nabi Muhammad s.a.w,
Maksudnya, “Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah.
Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang
atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan
dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain
iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bacaan bagi gerhana bulan juga hendaklah
dibaca dengan diangkat suara seperti
mana-mana solat malam.
Solat gerhana bulan ini boleh
dilakukan dengan 3 cara :
Cara
Pertama : Cara
yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat
sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara
Kedua :
Disebut dengan “ الكمال أدنى
” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua
ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah
dalam tiap-tiap qiam itu.
(Bagi kita di Malaysia ini,
cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa
iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam
qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula
(dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua
kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai
rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua).
Cara
Ketiga : Cara
yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam
rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah
ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang
pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang
kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang
kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam
ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80
ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Cara Solat Sunat Gerhana
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـلة جامـ عة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana:
Lafaz
niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat
makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan
Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti
biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat
kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca
tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena
gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya)
CATATAN :
- Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
- Tidak perlu Iqamah cukup
sekadar ucapan: " الص ـلة جامـ عة "
- Makmum yang tertinggal ruku’
yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak
mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu
selepas Imam memberi salam.
- Sembahyang sunat gerhana
matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر)
, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan
dengan suara yang nyaring ( جـهر)
- Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
sumber: google