9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, October 23, 2014

Dhia recover + 39 weeks of pregnancy

Alhamdulillah... Dhia dah baik demam. Camne bleh baik? Kena duduk rumah bermanja dengan mommy baru dia ok.. :P Cuma masih berbaki batuk dan selsema. Rasanya demam sebab tumbuh gigi kot? entahlah aku pun tatao gigi yang ada tu tumbuh masa bila. Sebab banyak sangat plak yang naik.. 

Perubahan sejak demam ni, dia tak bernafsu untuk makan. Puaslah pujuk makan nasik makan mee itu ini dia tak berapa nak. Biasanya sebelum ni pantang nampak mommy makan bernafsu nak makan sama tapi sekarang ni sikit tak heran. Adakah sebab gusi dia bengkak tak selesa nak makan? Atau selera dia terhadap makanan dah berkurang? Entahlah. Tapi menyusu kuat... Sekejap2 nak susu.. so oklah kan cover balik dengan susu takdelah dia kelaparan. Hopefully selera makan dia datang baliklah lepas ni. Kalau tak aku kena ON Mealshake Shaklee lah jawabnya huhu.

Oh I am 39 weeks already...! Sekarang ni malam susah sangat nak tido, malam tadi je bape kali perut aku rasa tak sedap macam krem. Aku tatao lah itu contraction ke false contraction kepejadahnya tah yang aku tau memang sakit... susah betul nak lena.. Dah la susah nak tido dengan Dhia plak asyik merengek2 bangun. Terpaksa aku kejutkan daddy dia buatkan susu, tidokan dhia apa semua nak harap aku sorang memang tak larat. Nak bangun dari pembaringan tu pun Allahuakbar cukup seksa.

Dalam masa tunggu hari ni aku masih pergi kerja. Nak ambil cuti awal? Macam malas. kang tiba2 tengah ambil cuti terbersalin pulak dah membazir cuti kan. Aku suka simpan cuti untuk waktu2 genting macam anak sakit... kecemasan itu kecemasan ini... senang. Kalau takde benda penting memang aku sayang betul nak cuti. Yela kita dah ada anak ni bukan tentu kan. Ada masa2 macam Dhia demam baru2 ni takkanlah aku nak lepas tangan hantar dia kat babysitter pulak. Nak harap laki aku memang aku tak harap sangat yela nama pun bapak, lelaki.. kang Dhia yang jaga daddy bukan daddy jaga dhia hehe. Lagipun cuti tahun laki aku dah abes. Ni kang nak tambah cuti aku bersalin pun dia kena ambil unpaid. huuuu 

Korang doa2lah aku cepat bersalin. Turun tanda tayah serah2 diri pi induce macam dulu.. T__T

Lagipun aku tak sabar nak gomol2 baby baru ni uuuuuuuuu



 

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

please take care

uncle gedek said...

dah lama tak xperience wife ngandong ni...

lupa dah..

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers