9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, October 9, 2014

Bersalin di Hospital Kerajaan VS Swasta?

Dilema Hospital Bersalin, Kerajaan atau Swasta? Aku pernah luahkan mengenai hal ni masa mengandungkan Dhia dulu di Entry INI. Akhirnya apa keputusan aku ketika itu? Memikirkan aku yang mempunyai GDM dan ia merupakan pengalaman pertama, makanya aku memilih ke Hospital Kerajaan. Alhamdulillah, cek VE dan sambut Dhia semasa bersalin adalah insan bernama wanita. Cuma sekali je masa tu, ketika induce di awal Subuh, Doktor lelaki yang datang masukkan ubat untuk induce... A bit sad jugak lah. What can I say......  :'( but overall i can say pengalaman di Hospital Selayang masa tu ok. Dapat bidan perempuan yang sambut Dhia syukur Alhamdulillah.. Tiada doktor-doktor pelatih yang masuk LR (mungkin waktu tu sebab bersalin malam). Layanan di Wad pun ok je. Takde bad experience seperti kebanyakan pengalaman yang aku baca. Pengalaman setiap orang berbeza.. :)


First pregnancy aku bernasib baik dapat bidan perempuan sambut baby.. tapi akan bernasib baikkah lagi aku untuk pregnancy kali ni? Memang pening memikirkan hal ni. Kalau ke kerajaan risau dapat doktor bukan muhrim. Seyes mak tak rela nokkk... laki kau bayar riban2 nak sentuh kau, doktor FOC je dapat merasa. Adil? Mahap lah pada yang mungkin membangkang niat aku ni. Mungkin sesetengah korang anggap hukumnya tak berdosa, haruslah, daruratlah, apa2 je lah.. But for me, tahap perubatan di Malaysia ni belum sampai tahap darurat.. Kita masih punya ramai Doktor perempuan.. Why not letakkan doktor perempuan di setiap LR... dan hormatilah kaum2 hawa especially muslim... oh malunya kangkang dan diseluk oleh doktor lelaki! T__T

Nak ke Hospital Swasta pulak, aku risau akan teknologi yang ada di sana dan risiko sama ada bersalin normal atau ceaser. Tak dapat dinafikan kebanyakan pengalaman aku baca okay je. tapi kena pandai pilih hospital. Ada sesetengah hospital aku baca dan aku dengar sendiri pengalaman2 kawan terdekat simply je nak ceaser eventho mommy dan baby takde apa-apa masalah. Is it all about money? Haih entahlah. 

kalau cakap pasal kemampuan, InsyaAllah aku masih mampu untuk bayar hospital swasta. Lagipun, aku boleh claim dengan company dengan certain amount yang ditetapkan. As long as boleh claim kan... 

Yang menambahkan kerisauan aku ni plak, apakah sign yang akan aku dapat sebelum baby keluar nanti? Sebab masa Dhia dulu sampai due date aku tak turun apa2 tanda. Sudahnya, aku terpaksa serah diri di hospital (due to GDM), overdue 3days dan hanya melahirkan selepas di induce. Masa tu memang takde masalah pada aku dan baby just because of I have GDM (diet control). So dipaksa bersalin dengan induce.

Actually aku dah decide kalau nak ke Swasta, aku akan pergi ke Dr Ratna di Putra Medical Centre, Sg Buloh. Anyone ada experience dengan Dr Ratna? feel free to share here.. :) Setakat ni dah 2 kali aku check up dengan dia di PMC. Syarat untuk bersalin kat sana kena 3 kali checkup. So next week InsyaAllah ada sekali lagi check up. 

Sekarang yang memeningkan aku adalah... Kerajaan bgtau due date aku 30 Oct, while private bagi date 9 November. Ah sudah. Next week kena reconfirm jadual Dr Ratna whether she will be around waktu date2 aku nak bersalin tu ke tak. yela kalau dia takde kena bersalin dengan Doc lelaki. Daripada aku bersalin dengan Doc lelaki di private baik aku ke government... Kalau lah masa aku nak ke gov tu dah overdue (lebih 30 oct), mampuih kena marah dengan hosp gov nanti... yela sebab ada GDM.. -.-


Pening pening pening... korang baca ni ada pening macam aku tak? :P So sekarang ni tak decide lagi ke mana aku nak tuju ni.. :( 

Wait n see je lah ye...

Adik baby oi... adik baby nak bersalin kat mana ni??? huhu


10 comments:

aniswany lazim said...

hi..anis baru lpas besalin..befo nih mmg peninggg pkir gov or private sampaikan checkup spnjg prggy merata2 sampai confius dh mna nk pg dulu..hihi and finally anis besalin di KJP which is smua perempuan and layanan sgt best :) good luck for u!

Nurzakiah Hanum said...

singgah ptg

Chekgu Azrine said...

Semoga dipermudahkan urusan ye sis..dan semoga selamat melahirkan...

Akk xd pengalaman bersalin di gov hosp..tl akk still suka pergi gov hosp bila anak2 akk demam...

ecah khalili said...

sy baru bersalin 2 bulan lepas..bersalin kat private. Salam Medical Centre Shah Alam.secara czer.semua orang ckap, alah..private sikit2 nak czer..tapi macam kes ecah bukan saja2 nak czer.tali pusat baby terbelit dekat badan baby.masa kat bilik bedah suami pon masuk sekali tgk ecah kena czer.n depan mata kitorang sndiri nmpak masa doc tarik baby keluar dari perut mmg tali pusat dah terbelit. so kesimplannya xsemua private simple nak czer. next bersalin try bersalin kat salam medical cntre.doc bersalin semua prempuan. n alim2. die akan smbut baby smbil mngaji tao.seronokkk..

Maizatul Akma said...

@anis

KJP tu hospital ape dear? hehe. bagus gak kan checkup byk2 pvt pastu decide. My gi satu tmpt je huuuuu

Maizatul Akma said...

@chekgu Azrine

Thanks kak.. :)

Maizatul Akma said...

@ecah

yup true. kalau xde masalah mmg doc xkan ceaser. pvt xsemua mcm tu. sbb tu sy kate kena pandai pilih. kalau ceaser atas sbb2 tertentu mmg xleh elak la g gomen pn ttp kena ceaser hehe.

mOoN IzzaN said...

stakat ni prefer swasta or semi government mcm ppum.. huhu.. even mak nurse tpi mak still pesan supaya kumpul duit n bersalin kat swasta.. sbb mak sendiri jadi saksi mcmana dr government layan masa bersalin 1st dulu.. huhu

CikNaa said...

ciknaa pun 2nd baby kompius my.. takde tanda lgsg. pg klinik nk ambik mc sekali doc suh buat VE.. dah 6cm pun.. terus induce mlm tu dah bersalin. bg ciknaa yg bersalin 2,2 kat private ciknaa prefer private lg. sbb utama suami spnjang masa teman..iolss mmg manja..kehkehkeh.. (poyo) pape pun semoga smua selamat yer..

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers