9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, July 4, 2017

Tiup Habuk :P

Bismillah...

Chak! haha Assalamualaikum..

Tak tahulah berapa kali azam dah dalam masa dekat 2 tahun ni. Kononnya nak aktif balik berbelog aduhai bukan tak rindu tapi... entahlah. as usual. Alasan.. :P

Anyway.. masa berlalu.. now dah July 2017. tak tahulah berapa bulan dah tertunggak belog aku ni tanpa posting haha. benda-benda nak cerita pun semua dah lupus nak cerita balik pun dah tak musim haha pendek citer takde mood dah nak citer benda lama.. :P

Hampir 2 tahun bergelar SAHM

Alhamdulilah hampir 2 tahun dah bergelar Stay at Home Mom. huhu. Bohonglah kalau kata tak ada langsung rasa rindu dengan title lama as wanita yang ada kerjaya. Namun, mungkin sudah tertulis rezeki aku di sini, di rumah bersama anak-anak. Tak sempat bosan sebab aku dekat rumah 24 jam bekerja sebab tu tak ada masa nak menulis blog haha baik punya alasan kan. 

Bekerja semula? Teringin. tapi bila fikir bakal terikat dengan masa, dengan majikan aku matikan niat. Nantilah... tunggu anak-anak membesar dulu. Anak-anak pun dah biasa ada mommy dekat rumah. Mommy tolong masak.. mommy tolong mandikan.. mommy hantar sekolah.. Sedih pula kalau aku kembali bekerja dalam usia anak-anak sedang membesar ni. Biarlah buat masa ini tangan aku yang mencorak mereka. Kalau di masa depan ditakdirkan aku kembali menjadi wanita yang ada kerjaya InsyaAllah... itupun mungkin masa anak dah membesar sikit di mana aku dah tak risau nak lepaskan mereka berdiri atas kaki sendiri. 

Buat masa sekarang, aku selesa begini. bertemankan anak-anak.. siapkan juadah mereka dan tunggu kepulangan suami balik bekerja setiap hari.. gitew kau. :P

Tahun ni berempat, tahun depan InsyaAllah berlima

Hehe yes, Dhia dan Danish bakal beradik haha. Oh bukan excident. Memang kami dah plan nak tambah lagi memandangkan Danish 3 tahun usia tahun ini. Dan kami percaya setiap anak ada rezekinya.. Sementara usia aku masih muda. muda tak berapa muda la haha tapi sementara boleh beranak ni, mengandunglah puas-puas katanyaaa... Esok-esok dah tua tak sunyi ramai anak hehe. Plan nya nak ramai macam adik beradik sendiri tapi hurm tengoklah berapa rezeki Allah nak bagi haha. Aku pulak macam 'serik' sebab tiga-tiga pregnancy mabuk macam hape. Latest yang no 3 ni betul2 nak puasa haritu baru elok selepas lebih 3 bulan menanggung 'seksa' pembawakan orang mengandung haha. Lagilah dah duduk rumah kan.. memang teruklah aku hadap mabuk sorang2 kat rumah bila ben pergi keje huuu.. anak-anak sampai terpaksa hantar rumah jiran jaga hukhuk... seksaaaaaaa

Now mabuk dah ok. selera makan macam hantu haha. Dalam 6 bulan tempoh pregnancy ni dah 12kg naik kau haha. apepun harapnya baby kali ni juga dipermudahkan.. Amin amin..... doakan yek.

oklah. itu je nak cerita setakat ni. Cerita raya nanti tunggu next post ya haha. baru nampak macam dah kembali rajin sikit kan.. :P

Anyway, SELAMAT HARI RAYA :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers