Bismillah…
Tak tahu dari mana nak mulakan… dari mana nak My luahkan… I lost my words… tapi My perlu teruskan juga....
FIL
derita kanser usus + Pembedahan
Seperti yang sedia maklum, My pernah bgtahu kat
entri
INI di mana my FIL (father in law) dikesan menghidap barah usus yang
memerlukannya melakukan pembedahan. Isnin minggu lalu (8 Oct) FIL dah pun
selamat menjalani pembedahan tersebut dan masih admitted sehingga Sabtu lalu kerana
pembedahan yang dilakukan menyebabkannya tidak boleh turun dari katil beberapa
hari. Sepanjang tempoh itu MIL (mother in law) lah yang setia menemani FIL di
hospital selain adik-beradik hasben dan kami sendiri (My n hasben) ada sesekali
datang menjenguk.
Kehidupan My sehari-hari kebelakangan ini memang
agak memenatkankan… Bangun seawal 5.40 pagi bersiap untuk ke tempat kerja.
Sebab dah sarat mengandung, enchek hasben akan drive kereta dan hantar My di
komuter Kepong Sentral (berdekatan dengan rumah Parents in Law), dari situ
ambil masa lebih kurang setengah jam ke office berbeza dengan sebelum ni My
akan naik komuter dari Serendah yang mengambil masa sejam untuk ke office
selain lebih penat sebab My kena panjat tangga yang tinggi untuk balik dari
office (takde lift di stesen Serendah). So, lepas hantar My di stesen Kepong
Sentral enchek hasben akan park kereta di rumah PIL n naik motor untuk ke
tempat kerjanya. Balik kerja dia akan ambil kereta n pick up My dari stesen
komuter. Biasanya around 7.00pm. Lepas tu kitorang akan makan dan terus balik
Serendah ataupun akan ke rumah PIL/Hospital untuk melawat PIL… Kalau tak ke mana-mana
kami akan sampai sebelum pukul 9.00pm. Kalau tidak, akan sampai lewat dalam
pukul 10-12 malam dan keesokannya akan melakukan rutin yang sama. Begitulah
sehari-hari….
Dugaan
yang tidak diduga
Petang Khamis(11 Oct) yang lepas, enchek hasben kol
My around 4.30 pm beritahu yang dia nak keluar dari tempat kerja sharp pukul
5.00 pm untuk ke hospital. Dia kata, kawan abangnya ada call tengahari sebelum
tu beritahu abangnya (abg Iwan) ada di bahagian ICU kecemasan hospital kerana
gigitan kucing. Mendengarkan perkataan ICU sahaja My dah berderau n tanya kat
enchek hasben, “teruk sangat ke?”. Enchek hasben pun pelik, dia kata sebelum tu
dia ada call HP abang Iwan dan dapat bercakap dengan dia. Sempat abg Iwan beritahu
yang dia belum makan dari pagi dan masih berada di bahagian kecemasan tersebut.
Jadi, enchek hasben yang dapat panggilan 3 jam lebih awal sebelum 4.30pm tu
memutuskan untuk ke hospital hanya selepas tamat waktu kerja.
Malangnya petang tu hujan selebat-lebatnya. Enchek
hasben tak boleh nak keluar office awal. Jadi dia tetap balik lambat dan sempat
tunggu My balik kerja. Masa My sampai enchek hasben dah siap-siap belikan
makanan untuk abg Iwan dan kami hanya sampai di Hospital Selayang around
7.00pm. Masa tu yang ada kat sisi abg Iwan hanya seorang kakak enchek hasben.
Abg Iwan ditempatkan di Zon Merah… teruk sangatkah dalam hati My….
Masa kitorang sampai, abg Iwan dah tak sedarkan
diri.. wayar kat sana-sini… hidungnya bleeding. Waktu tu doktor kata kidney,
hati dia dah tak berfungsi.. oksigen dalam badan pun takde. Allahuakbar… enchek
hasben dan kakak ipar My dah bergenang air mata. Kami hanya menunggu di bilik
menunggu sambil tak putus-putus doa dan bacakan Yaasin untuk abg Iwan sementara
adik-beradik enchek hasben yang lain masih dalam perjalanan ke hospital.
Tak lama kemudian, doktor datang n bgtau nadi abg
Iwan dah berhenti.. diorang bergegas buat CPR, tekanan, etc dan bagi masa dalam
tempoh 30 minit sahaja.. kalau tak jumpa nadi dalam masa 30 minit………. Ya Allah….
L Doktor suruh kami
panggil mak ayah pesakit dan kumpulkan adik-beradik yang lain. Kami segera call
adik-beradik yang lain suruh cepat ke hospital dan enchek hasben naik ke wad
untuk bawa mak turun (masa tu FIL masih di wad dan MIL masih menemani FIL)… Tak
lama lepas tu, mak, kakak dan abang enchek hasben yang lain sampai… terus doc
terangkan situasi abg Iwan yang dah terlalu kritikal. Doc hanya suruh kami
berdoa dan tunggu masa yang hanya tinggal beberapa minit lagi.
Tak lama lepas tu, doc datang… Doc cuma kata dia
silap beri masa sebelum itu. Sebenarnya tempoh masa yang diberikan dah lama
berakhir.. dan beliau tak dapat nak selamatkan abg Iwan… doc cuma cakap… “maaf
kami tak dapat selamatkan dia… harap bersabar… takziah…”…..
Semua terdiam…. Dan enchek hasben cuma mampu
menyebut “Innalillahiwainnailaihirajiuuuunnnnn….” Sebelum bertanya pada doktor
procedure yang perlu kami lakukan ke atas arwah selepas itu. Lepas tu, enchek
hasben menanges sebab terkilan sangat-sangat tak dapat nak bagi arwah makan
nasi goreng yang dia bungkuskan untuk arwah makan. My terkedu, mata berair… My
peluk enchek hasben dan suruh dia berhenti menangis dan redha atas pemergian
arwah… MIL nampak tenang, dia redha namun airmatanya tak dapat ditahan… Tapi
macam mana dengan FIL? Masa tu kami dah risau macam mana nak jelaskan pada FIL
yang anak kesayangannya dah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya…. L
Alhamdulillah FIL tenang terima kenyataan tapi dia
kalah.. air matanya tak dapat ditahan… bertemankan MIL dia menangis di katil
wad…. Arwah pergi buat selama-lamanya jam 7.30 malam. Dia meninggal kerana jangkitan yang dialaminya akibat gigitan kucing. Dia kena gigit Sabtu minggu lepas.. sayangnya dia tak pergi ke klinik awal sekurang-kurangnya untuk dapatkan injection. Bila dia ke klinik beberapa hari selepas tu doc cuma bagi antibiotik. Sehinggalah bila dia demam teruk.. Bila ke hospital semuanya dah terlambat... kebanyakan organ dalaman dah tak berfungsi akibat infection. Malam tu My, enchek
hasben dan yang lain-lain berkampung di hospital agak lama… Bekas isteri arwah
bersama-sama 4 orang anak-anak arwah ada datang menjengah arwah.. Sedara-mara
lain pun turut datang melawat… Hanya dalam pukul 12.00 malam baru kami pulang
ke rumah PIL. Ikutkan malam tu jugak kami nak uruskan pengebumian arwah tapi
berikutan hujan lebat sebelum tu menyukarkan pihak masjid untuk menguruskan
kubur kerana keadaan tanah yang terlalu basah. Jadi, kami putuskan untuk
kebumikan arwah keesokan harinya (Jumaat).
Keesokannya, jenazah selamat disemadikan sebelum
solat Jumaat. Sepanjang pengurusan jenazah arwah, enchek hasbenlah yang banyak
berhabis tenaga. Dari sejak pagi tu dia yang ke hospital tolong mandi dan
kafankan arwah, ke balai polis untuk urusan pengebumian, solatkan jenazah dan
sampai ke tanah perkuburan pun dialah waris yang tolong angkat jenazah arwah
hingga ke liang lahad. Puas betul hati dia dapat buat semua tu untuk arwah
abangnya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar… Malam tu bermulalah majlis
tahlil untuk arwah… My dan enchek hasben pun berkampung di rumah PIL sepanjang beberapa
malam tu.
Semoga roh abang ipar ditempatkan di kalangan
orang-orang yang Mulia… Banyak cerita-cerita baik mengenai arwah di saat-saat
akhirnya… Kami semua tak sangka dia pergi secepat ini… Sedara-mara pun ramai
terkejut. My sendiri tak sangka… masih terbayang-bayang wajah arwah.. masih
terbayang-bayang pertemuan terakhir kami di hospital masa melawat FIL haritu. Huh….
Ramai cakap FIL yang sakit tapi anaknya yang pergi dulu… Di saat-saat akhir
sebelum pemergian arwah, dialah yang banyak menemani dan tolong FIL sepanjang
keluar masuk hospital… Masa FIL kat rumah, dialah yang bawa PIL ke sana sini
untuk makan-makan, jalan-jalan. Arwah sebelum kematiannya belum dapat kerja
baru… FIL baru je bagi dia duit untuk keluar teksi baru… Arwah hanya sempat
keluarkan teksi baru tapi belum sempat untuk bawa teksi tu untuk cari rezeki
sebab demam.. Tak sangka dia langsung tak dapat nak bawa teksi tu sebab Allah
lebih menyayanginya…. Moga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya…. Amin…..
Tanggungjawab
yang lebih berat
Adik beradik enchek hasben 7 orang kesemuanya. 3
lelaki, selebihnya 4 perempuan… Selama ni, yang paling bertanggungjawab ke atas
PIL adalah arwah dan enchek hasben sendiri. Abangnya yang sulung masih boleh
diharap tapi kurang sedikit apa yang dilakukannya tak seperti arwah dan enchek
hasben. Enchek hasben tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki…
Begitu juga dengan arwah, di saat-saat akhirnya banyak betul jasanya pada PIL.
Sehinggakan kakak ipar My dan kawan arwah ada cerita arwah pernah bgtahu dia
nak jaga PIL, nak bela PIL…
Tapi, bila arwah dah pergi buat selama-lamanya…
tanggungjawab tu jatuh seluruhnya ke bahu enchek hasben…. Allahuakbar…. My
kesian pada enchek hasben… Tak pernah duduk diam... semua benda dia yang buat….
Beratnya apa yang perlu ditanggung selepas ini… Tanggungjawab pada kedua mak
dan bapak… dan tanggungjawabnya pada My, isterinya dan anak kami yang bakal
lahir tak lama lagi…. Huh…..
My faham tanggungjawab yang perlu enchek hasben
pikul selepas ini.. akan jadi lebih besar…. Inilah ujian kecil yang My rasakan
terlalu berat untuk My terima… Masakan tidak… Enchek hasben kena jaga
kesemuanya selagi hayatnya masih ada… My sedar, tanggungjawab anak lelaki yang
paling utama adalah kedua ibu bapanya… My takde hak untuk menidakkan semua tu.
Persoalannya, adakah My cukup kuat untuk hadapi semua tu di masa-masa akan
datang? My hanya insan lemah… L
My tahu My ni jenis yang sukakan perhatian dan
kasih sayang dari insan bernama suami… Kadang-kadang ada juga My terkecil hati
bila enchek suami terlalu mengambil berat hal keluarganya… Ya Allah… berdosanya
My rasa bila ada perasaan seperti itu… Enchek hasben tak pernah abaikan My…
tapi My sendiri yang rasa kurang perhatian daripadanya sedangkan dia bukan
macam tu … Mungkin sebab keluarga My jauh… kat sini kehidupan My cuma ada
suami je… mungkin sebab tu My kadang-kadang terlalu ikutkan perasaan.. L
Allah uji My lagi bila arwah abang ipar pegi, bila
tanggungjawab enchek hasben pada keluarganya makin bertambah… Macam mana My nak
lalui semua ni? My takut My mudah kalah… My takut My tak kuat untuk jadi
kekuatan pada insan bernama suami… My takut…. L
Apa yang My harapkan adalah… My mampu jadi isteri
yang memahami situasi suaminya… My mampu jadi isteri yang mampu beri kekuatan
pada suaminya… My mahu jadi seperti itu! Sejak arwah abang ipar pergi, My banyak
fikir pasal ni… mengenai tanggungjawab yang perlu enchek hasben pikul… bila
fikir semua ni, airmata ni secara tiba-tiba mengalir… My kesiankan enchek
hasben dalam pada masa yang sama My rasa….. entahlah. Mungkin My terlalu tamak
perlukan enchek hasben sepenuhnya…. Hakikatnya, My perlu faham keadaan dia… My
perlu faham apa yang ditanggungnya…. Ya Allah…. berilah aku kekuatan…. L
*****************************************
Korang mungkin tak faham apa yang My rasa… apa yang
My lalui… Maaf kalau entry kali ni terlalu panjang untuk korang habiskan…
Takpe, tak perlu baca habis. Ini cuma luahan rasa yang perlu My coretkan…
itupun di belog sendiri. I need a friend to talk to… tak semua orang faham apa
yang kita lalui… apa yang kita tanggung…
My harap My cukup kuat nak hadapi kehidupan ni…. My
harap enchek hasben kuat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki
dan suami… My harap My kuat untuk jadi isteri terbaik di sisi suami….
Kepada enchek suami… Maafkan b kalau selama tempoh
perkahwinan ini banyak dosa yang b lakukan sebagai isteri… b tahu, abg tak
pernah tak memaafkan b… abg adalah suami yang terbaik di sisi b…. doakan b
diberikan kekuatan untuk jadi isteri terbaik untukmu…. Doakan b jadi isteri yang
mampu memberi dan menjadi kekuatanmu… Moga kasih sayang yang terbina antara kita akan kekal sampai akhir hayat.... InsyaAllah…